Isnin, 22 April 2013

Jenis Ikan & Khasiatnya



Ikan mengandungi banyak nutrien penting, termasuk protin dan sepatutnya menjadi sebahagian besar dari diet harian kita. Hanya sebahagian kecil dari ikan (100 gram) menyediakan 1/3 hingga separuh dari keperluan protin seharian. Ikan juga kaya dengan vitamin B12 yang diperlukan oleh sistem tubuh. Ikan berlemak seperti salmon, makerel dan herring juga mengandungi 2 kali ganda kalori dari ikan lain. Tidak seperti lemak tepu dari haiwan, lemak tak tepu dari minyak ikan adalah sangat berfaedah kepada kita. Kajian yang pernah dijalankan menunjukkan seseorang yang makan ikan berminyak sekali seminggu adalah jauh dari risiko penyakit jantung dan strok.

Omega-3
Asid lemak Omega-3 dari minyak ikan diketahui membantu melindungi jantung dan melancarkan perjalanan darah. Ia adalah suatu keperluan (essential) kepada sistem imun kerana tubuh kita tidak menghasilkannya melainkan kita harus mendapatkannya dari sumber luar. Saintis mendapati asid lemak Omega-3 penting untuk kesihatan mata dan otak. Ibu mengandung sepatutnya menjadikan ia sebahagian dari diet mereka. Ia dapat memberi keseimbangan terhadap pemakanan sumber omega-6 yang berlebihan.

Terdapat dalam bentuk kapsul atau cecair, minyak ikan boleh dikategorikan kepada 2 jenis:
1. minyak limpa ikan (seperti kod, salmon, makerel)
2. minyak isi ikan (seperti ikan bilis, sardin).

Istilah minyak limpa ikan kod berasal dari minyak yang diekstrak dari limpa ikan kod. Minyak ikan adalah sumber yang baik untuk vitamin A dan D.

Spesis Ikan Berminyak

Tenggiri (Mackerel)
Kaya dengan omega-3, Vitamin D dan selenium. Mengandungi 2 ~ 3 % asid lemak omega 3. Bagaimanapun, kandungan lemak omega-3 berbeza mengikut musim. Kekurangan selenium boleh mendatangkan penyakit jantung dan kanser.

Salmon
 
Dikatakan spesis kedua kaya dengan omega 3 selepas Tenggiri.

Todak (Swordfish)
Meskipun mengandungi omega 3, ia tidak dapat menandingi kandungan omega 3 seperti yang terkandung di dalam ikan tenggiri dan salmon. 

Ikan Sebelah (Halibut) 
Ikan jenis ini juga mengandungi omega 3 yang tinggi, kurang sedikit dari ikan kod. Ada yang memanggil ikan ini ikan sisa nabi di mana ada kisah yang menceritakan bagaimana kedua-dua belah matanya hanya terletak di sebelah kiri, dan warna yang berlainan di antara sisinya, iaitu seorang Nabi pernah memakan ikan ini di sebelah sisinya kemudian mencampakkan ke laut, kemudian ikan ini hidup semula dan jadilah ia ikan separuh badan. 

Ikan Kayu/Tongkol (Tuna)

Ikan tuna kaya dengan vitamin D, B12 dan Omega-3. Tetapi tuna bukanlah sumber terbaik untuk asid lemak omega 3 kerana kandungannya terlalu rendah. Tuna di dalam tin tetap kaya dengan vitamin tetapi sumber omega-3 semakin kurang kerana kebanyakan minyak sudah dikeluarkan sebelum ditinkan.

Ikan Kod (Cod)
Banyak faedah yang kita dengar tentang minyak limpa ikan kod. Antaranya menguatkan tulang dan gigi, memelihara kulit, merawat gout dan arthritis dan juga untuk kesihatan jantung.


Ikan Parang (Wolf-Herring)
Mengandungi omega 3, vitamin A dan C, kalsium dan zat besi.


Sardin (Sardine/Pilchard)
Boleh didapati dengan harga yang murah di pasaran tetapi sangat berguna untuk sumber protin, zat besi dan zink termasuk semua jenis nutrien yang terkandung di dalam ikan-ikan yang disebutkan di atas termasuk omega-3. Sardin tergolong dalam kumpulan yang sama dengan salmon dan trout.

Layaran (Sailfish)
Ikan Layaran juga antara sumber terbaik omega3.

Siakap (Barramundi)
Siakap harganya agak mahal tetapi ia tidak kurang juga khasiat protin dan omega-3. Masakan popular yang menyelerakan ialah siakap tiga rasa. Tetapi lebih baik ia tidak digoreng terlebih dahulu demi memelihara khasiatnya.

Kerapu (Grouper)
Juga kaya dengan omega-3 dan protin.

Ikan Bilis (Anchovies)
Ikan yang kecil tapi tidak kurang dari segi khasiatnya. Ia seperti ikan sardin, mempunyai lemak omega-3 dan protin yang berfaedah kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa. Ia juga kaya dengan vitamin E dan D, mineral kalsium dan selenium. Ikan kecil seperti ini lebih baik dari ikan besar seperti siakap dan tuna kerana ia mengandungi kurang kadar pencemaran logam berat seperti merkuri, plumbum dan arsenik oleh sebab pencemaran alam. Ini kerana ikan kecil mempunyai jangka hayat yang pendek dan ia kurang risiko pencemaran.

Ikan Mentah
Memakan ikan secara mentah seperti di Jepun iaitu sushi dan sashimi boleh mendatangkan risiko kecacingan kerana ikan adalah antara perumah yang baik untuk cacing-cacing parasit. Ia perlu dimasak untuk memastikan semua cacing dan telurnya mati. Sesudah dimasak, hendaklah dimakan ketika masih panas kerana ikan yang dimasak cepat rosak dan membiakkan bakteria. Masak stim, bakar atau panggang adalah kaedah terbaik untuk memelihara kesihatan. 

*** Kenapa saya bagi artikel mengenai ikan ni..haa...kehebatan produk Kolagen NUCELL mengandungi sumber daripada bio marin laut dalam..Dan inilah diantaranya..
Inilah kelainan dan kehebatan kolagen NUCELL..bukan sahaja mengandungi RUMPAI LAUT malahan ditambah lagi dengan kolagen bio marin serta kehebatan buah ACAI BERRY.

Pilihan perlu TEPAT.
Dan saya bantu anda pilih KOLAGEN dgn tepat..
Jom berNUCELL..

Nak harga berbaloi2 utk cantik dan sihat..
PM/whatsapp laju2...0123171593

 

Isnin, 8 April 2013

BOM Shah Alam

Syukur ke hadrat ilahi..
Buat pertama kalinya Bussiness preview akan diadakan di Shah Alam..
Alhamdulillah..berkat kesabaran dan doa serta usaha yg tidak putus2..serta keluarga dan rakan2 yg banyak menyokong selama ini..
Kita bukan tak mampu jadi apa yg kita mahu..apapun kena BERANI.


Ayuh..ingin tahu mengenai DCL..pernah dengar tapi apa itu DCL..kenal produk DCL tetapi siapa DCL..
Kenapa produk DCL sangat2 high repeat sales..

Jom jumpa saya secara LIVE..pm/call/whatsapp 0123171593 utk sebarang pertanyaan .

 

Seminar BCB 2013

Alhamdulillah..selesai menghadiri seminar BCB atau Bermula Cara Betul yang sangat2 best dan mengujakan pd 7 April yang lalu..
Banyak ilmu baru yg diperolehi hari tu..dan sangat2lah santai..
Saya tak mahu cerita lebih2..
Jom cuci mata tengok gambar sekitar seminar tersebut..




Permulaan seminar dgn sedikit games yg membuka minda..

Team Work

Wajib nyanyi lagu DCL sebelum bermula

Meningkatkan keyakinan diri utk bercakap dihadapan.

Kumpulan EGNIUS..


CA Rizal sedang menerangkan SELLING POINT mengenai EGNIUS


CA Azrul menerangkan SELLING POINT mengenai QSHE

Kumpulan BIDADARI..paling overss..hik


En Azmi (pengurus pemasaran DCL)

Sessi wajib setelah selesai seminar.
Terima kasih kepada tuan rumah iaitu Teja Norhawa yg mengadakan seminar di BC beliau..Terima kasih kepada Nana Firana my biz partner yg turun utk dapatkan ILMU..Terima kasih juga kepada tenaga pengajar iaitu En Azmi, CA Azrul dan CA Rizal.
Yang tak pergi mesti menyesal..Banyak ilmu baru yg kami dapat..
Ini lah namanya pelaburan yg menguntungkan..
Satu2nya NETWORK MARKETING yg mencungkil teknik perniagaan utk dikongsikan dan sangat berkesan..

Sokong sistem yg telah disediakan..

I luv DCL..^__^

Isnin, 1 April 2013

Kanser Prostat ~ Jaga2 kaum lelaki

“Kanser Prostat” mencegah adalah lebih baik dari mengubatinya

Apakah kanser prostat
Prostat ialah kelenjar bersaiz “walnut” terletak di belakang dasar penis,di depan rektum,di bawah pundi kencing dan di sekeliling uretra. Uretra ialah saluran tiub yang membawa air kencing dan air mani melalui zakar. Fungsi utama prostat ialah untuk menghasilkan cecair air mani. Cecair dalam air mani melindungi, menyokong dan membantu menyalurkan air mani. Prostat biasanya membesar bila usia lelaki meningkat tua, ini dipanggil Benign Prostate Hyperplasia (BPH). Ini bukannya kanser walaupun gejala mungkin menyerupai dengan kanser prostat.



Kanser prostat ialah perebakan ketumbuhan yang bermula dari dalam kelenjar prostat lelaki . Sesetengah kanser prostat membesar secara perlahan lahan dan mungkin tidak menyebabkan masalah dalam beberapa tahun. Peringkat awal kanser prostat ( juga dikenali sebagai kanser prostat setempat) terletak diantara prostat. Peringkat awal kanser tidak menghasilkan gejala dan mungkin tidak menjadi kanser dan tidak memerlukan rawatan. Walau bagaimanapun sesetengah kanser prostat membesar dan merebak ke sekeliling prostat, ini dipanggil kanser prostat yang teruk.
Punca punca kanser prostat
Penyebab utama kanser prostat masih tidak diketahui dan juga tidak di ketahui bagaimana untuk mengelakkan kanser prostat. Faktor berikut boleh meningkatkan risiko pembentukan kanser prostat:
    1. Usia
Risiko kanser prostat meningkat dengan usia. Peningkatan yang cepat berlaku selepas umur 50 tahun. Lebih dari 80% kanser prostat didiagnosakan pada lelaki berusia 65 tahun atau warga emas.
    1. Sejarah keluarga
Anda berisiko mendapat kanser prostat jika mempunyai ayah atau adik beradik lelaki yang pernah mendapat kanser prostat.
    1. Hormon
Paras testosteron ( hormone seks lelaki) yang tinggi mungkin mencepatkan pembentukan kanser prostat.

Tanda & Gejala kanser prostat

Gejala kanser prostat:
  • Aliran air kencing yang tidak lancar.
  • Rasa hendak buang air kecil kerap kali pada waktu malam.
  • Sakit atau pedih semasa buang air kecil.
  • Sakit semasa ejakulasi (pancutan mani).
  • Darah dalam air kencing atau air mani.
Jika anda mengalami gejala kanser prostat ini, Sila berjumpa doktor untuk rawatan selanjutnya

Diagnosa kanser prostat.

Diagnosa kanser prostat:
  1. Prostate-Specific Antigen (PSA) test – adalah bahan ( sejenis protin yang dihasilkan olih tisu prostat) didapati tinggi dalam darah bila aktiviti dalam prostat yang luar biasa termasuk kanser prostat, BPH atau Prostatis ( radang prostat).
  2. Digital Rectal Examination ( DRE). Doktor memakai glov (sarong tangan) dan jari dimasukkan kedalam dubur dan rasa permukaan prostat dan didapati tidak sekata. Ujian ini tidak sensitif, oleh itu kebanyakan lelaki pada peringkat awal kanser prostat mempunyai DREs yang normal.
  3. Transrectal Ultrasound (TRUS) – Doktor memasukkan alat gelombang bunyi ke dalam dubur dan ambil gambar.
  4. Biopsy – hanya satu cara untuk memastikan kanser didiagnosakan iaitu dengan biopsi. Biopsi ialah pengambilan sedikit tisu untuk pemeriksaan di bawah mikroskop.
  5. Computed Tomography (CT atau CAT) scan. CT Scan membentuk gambar tiga dimensi di dalam badan dengan menggunakan X’Ray.
  6. Magnetic Resonance Imaging (MRI) – MRI mengunakan lapangan magnet, bukan x-ray untuk menghasilkan imej lengkap badan.
Peringkat kanser prostat:
  • Peringkat 1 Kanser (<5%) terletak di prostat .
  • Peringkat 2 Kanser (>5%) terletak di kelenjar prostat .
  • Peringkat 3 Kanser melibatkan sarong prostat dan/atau vesikal seminal (hasilkan kebanyakan dari komponen cecair air mani)
  • Peringkat 4 Kanser melibatkan sekeliling organ seperti pundi kencing atau dubur, kelenjar di pelvik atau bahagian lain kebanyakannya tulang
MENCEGAH PENYAKIT KANSER PROSTAT ADALAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATINYA.

Amalkan ADUKA setiap hari 2 sudu pagi 2 sudu malam dan elakkan sebarang minuman teh atau kopi selama sejam.