Selasa, 10 Julai 2012

Be yourself!!


 Foto: Seseorang mulai berjualan ikan segar di pasar. Ia memasang papan pengumuman bertuliskan" Disini Jual Ikan Segar". Tidak lama kemudian datanglah seorang pengunjung yang menanyakan tentang tulisannya.

"Mengapa kau tuliskan kata: DISINI? Bukankah semua orang sudah tahu kalau kau berjualan DISINI, bukan DISANA?"

"Benar juga!" fikir si penjual ikan, lalu dihapusnya kata "DISINI" dan
tinggallah tulisan "JUAL IKAN SEGAR".

Tidak lama kemudian datang pengunjung kedua yang juga menanyakan tulisannya.
"Mengapa kau pakai kata SEGAR? Bukankah semua orang sudah tahu kalau yang kau jual adalah ikan segar, bukan ikan busuk?

"Benar juga" fikir si penjual ikan, lalu dihapusnya kata "SEGAR" dan
tinggallah tulisan "JUAL IKAN".

Sesaat kemudian datanglah pengunjung ke tiga yang juga menanyakan tulisannya: "Mengapa kau tulis kata JUAL? Bukankah semua orang sudah tahukalau ikan ini untuk dijual, bukan dipamerkan?

Benar juga fikir si penjual ikan, lalu dihapusnya kata JUAL dan tinggallah tulisan "IKAN".

Selang beberapa waktu kemudian, datang pengunjung ke 4, yang juga menanyakan tulisannya: "Mengapa kau tulis kata IKAN? Bukankah semua orang sudah tahu kalau ini Ikan bukan Daging?

"Benar juga" fikir si penjual ikan, lalu diturunkannya papan pengumuman itu.

Seseorang mulai berjualan ikan segar di pasar. Ia memasang papan pengumuman bertuliskan" Disini Jual Ikan Segar". Tidak lama kemudian datanglah seorang pengunjung yang menanyakan tentang tulisannya.

"Mengapa kau tuliskan kata: DISINI? Buka
nkah semua orang sudah tahu kalau kau berjualan DISINI, bukan DISANA?"

"Benar juga!" fikir si penjual ikan, lalu dihapusnya kata "DISINI" dan
tinggallah tulisan "JUAL IKAN SEGAR".

Tidak lama kemudian datang pengunjung kedua yang juga menanyakan tulisannya.
"Mengapa kau pakai kata SEGAR? Bukankah semua orang sudah tahu kalau yang kau jual adalah ikan segar, bukan ikan busuk?

"Benar juga" fikir si penjual ikan, lalu dihapusnya kata "SEGAR" dan
tinggallah tulisan "JUAL IKAN".

Sesaat kemudian datanglah pengunjung ke tiga yang juga menanyakan tulisannya: "Mengapa kau tulis kata JUAL? Bukankah semua orang sudah tahukalau ikan ini untuk dijual, bukan dipamerkan?

Benar juga fikir si penjual ikan, lalu dihapusnya kata JUAL dan tinggallah tulisan "IKAN".

Selang beberapa waktu kemudian, datang pengunjung ke 4, yang juga menanyakan tulisannya: "Mengapa kau tulis kata IKAN? Bukankah semua orang sudah tahu kalau ini Ikan bukan Daging?

"Benar juga" fikir si penjual ikan, lalu diturunkannya papan pengumuman itu.


***Moral of the story

-  Bila kita ingin memuaskan semua orang, kita tidak akan mendapatkan apa-apa. Be yourself!
-  Terutamanya bila kita dlm bidang perniagaan ni...sabar dan jadilah diri sendiri seadanya..

Credit to cikgu KIB..CguJinggo..

Isnin, 9 Julai 2012

Lebaran dgn NUCELL

Rasanya dah lama KIB xbergambar..baru2 ni menghadiri majlis pertunangan sepupu suami..agak terkejut dgn perubahan wajah dan kulit muka KIB..
Ditambah pula dgn pemakaian GOLD LUXURY FOUNDATION (produk baru dari DCL) mmg menambahkan lagi keyakinan si pemakainya..
Produk baru...foudatioan stick


Diambil gambar dlm jarak yg agak dekat..KIB perasan kulit muka makin sekata dan nampak gebusss...
Alhamdulillah..berbaloi usaha KIB, pengambilan NUCELL secara konsisten dan inilah hasilnya.. 

WM: RM 89.00 EM: RM 96.00 BRU & S'PORE: $50.00

June tahun lepas...



7 July 2012


 Masamnya muka(hik)...tapi something KIB perasan..kulit muka nampak very gebuss gitu..

Nak kelihatan menarik di pagi syawal dan menantikan hari bahagia anda..Utk kesan yg lebih cepat anda boleh mengambil 4 sachet sehari..dan nikmati pakej menarik ini...!!
12 kotak NUCELL dgn harga yg lebih rendah dari pengedar..
Jom GRAB satu set cepat!! 
Hubungi atau msg
Kak Ina Bidadari 012-3171593


Khamis, 5 Julai 2012

Hitam putih kehidupan..

Manusia , daripada semua mahluk , dari segi fizikalnya paling tidak lengkap dalam dunia ini. Manusia tidak boleh terbang seperti burung , tetapi boleh dibunuh oleh serangga yang sangat kecil , tidak boleh berlari lebih laju daripada seekor harimau bintang. , tidak boleh berenang seperti seekor buaya , tidak boleh memanjat pokok seperti seekor monyet , tidak mempunyai mata seperti helang , dan tidak pulaklah dia mempunyai kuku dan gigi seekor kucing liar. Dari segi fizikal , manusia tidak berdaya dan tidak berupaya mempertahankan diri.

Tetapi alam ini bertimbang rasa dan murah hati. Hadiah terbesar kepada manusia adalah kemampuan berfikir. Manusia boleh mewujudkan persekitaran sendiri , sedangkan haiwan menyesuaikan diri kepada persekitaran mereka. Yang menyedihkan pula , sangat sedikit individu menggunakan hadiah yg terbesar itu –
kemampuan untuk berfikir .........

Renungkan : Kehidupan ini ibarat kaferia. Kita ambil dulang , pilih makanan kita dan bayar dihujungnya. Kita boleh mendapat apa – apa sahaja yang kita mahu asalkan kita sanggup membayar. Di dalam kafetaris , sekiranya kita menunggu seseorang menhidangkan kita , kita akan menunggu buat selamanya. Dan itu lah hidup kita. Kita membuat pilihan dan membayar harganya.
Akhirnya semua ditangan kita : Kita berhak memilih hidup bagaimana untuk seterusnya...
 

Credit to CguJinggo

Kaedah Rawatan 5P

Mengapa Kita Memerlukan Makanan Kesihatan Semulajadi?

Ancaman Persekitaran Terhadap Tubuh Badan.

TIADA KESEIMBANGAN DIET
( Zat yang tidak seimbang)
Gula, garam dan lemak berlebihan menyebabkan penyakit pembunuh seperti masalah jantung dan darah.

DADAH
Ketagihan dan keracunan darah.Fungsi kelenjar tidak stabil.Melemahkan sistem metabolisma.

PENCEMARAN AIR
Perut tidak selesa, alergi dan mengganggu sistem penghadaman.

PENCEMARAN UDARA
Ketagihan dan keracunan darah.Fungsi kelenjar tidak stabil.Melemahkan sistem metabolisma.

TEKANAN
Kegelisahan, jantung lemah, pening dan migrain.


GANGGUAN TIDUR
Sel kurang rehat (kehilangan tenaga) dan sel boleh mati.

SINARAN UV
Mencederakan / merosakkan kulit, menyebabkan barah dan melemahkan sistem daya tahan tubuh.


PENCEMARAN MAKANAN
Toksik dalam makanan.
Radang usus dan penyakit reumatik.Sembelit dan usus tersumbat.Sakit tulang belakang dan pinggang.Sakit gout dan sakit sendi.Kurang daya ketahanan badan.


RACUN DALAM TUMBUHAN
Keracunan melemahkan sistem metabolisma badan.



MAKANAN DIPROSES
Perut tidak selesa.Sistem pencernaan tidak berfungsi, radang usus, keracunan makanan dan melemahkan sistem imun.


Langkah 1
Pencucian usus


Langkah 2
Pembakaran Kolesterol Dalam Darah
Langkah 3

Pembinaan Sistem Imunisasi Tubuh

Langkah 4


Penyingkiran Toksik


Langkah 5
Pembetulan CNS
***Kaedah rawatan 5P ini sangat-sangat digalakkan kepada mereka yang tidak pernah mengamalkan makanan kesihatan.Ini bagi memudahkan proses atau aturan permasalahan yang dihidapi di rawat satu persatu.Jika anda sedang mengalami penyakit-penyakit kronik, kesan HEALING CRISIS akan lebih kuat dan berbeza daripada mereka yang tidak mengalami masalah kesihatan.

Berapa harga SET RAWATAN 5P ???

                     Hanya RM 318.50 !!

   PERCUMA!!! Kad Diskaun seumur hidup..

Hubungi dan Booked Appointment!!

KAK INA BIDADARI
012-3171593



Rabu, 4 Julai 2012

Dugaan itu biasa...

Sentiasa percaya dan yakin bila kita diduga.. itu tandanya Allah sangat-sangat sayangkan kita..
Hakikatnya kita rasa seronok bila diduga..tanda Allah sedang perhatikan kita..mahu kita jadi hambanya yang sentiasa beringat akanNYA..

Allah Maha Besar..
Siang tadi KIB benar-benar diduga..
Semasa perjalanan pulang dari Puchong menuju Shah Alam..sebuah kereta KANCIL telah melanggar kereta KIB..
Entah dimana wujud perasaan itu...KIB keluar dari kereta dgn keadaan yg tenang sambil tersenyum kepada Pakcik Isa..
Tergambar seribu kerisauan diwajah tua itu.. 
Tidak berhenti mulut Pakcik Isa beristifar...dan memohon maaf..
" Pakcik tak perasan betul..."
Itu katanya seolah-olah tidak tahu apa yg mahu diperkatakan...

" Macam ni lah pakcik..ini no telefon saya dan suami..petang nanti saya suruh suami saya jumpa pakcik.." sambil menghulurkan kertas yg bertulis nama dan no tel..
Lemah Pakcik Isa menyambut kertas itu..

" Boleh bagi no tel pakcik..." KIB pun menyalinnya dlm kertas..
Tiba-tiba Pak cik Isa bersuara..

" Buatlah missed call kat handphone pakcik..nanti takut fikir tipu plak.." lembut nadanya..
Kebetulan handphone KIB kehabisan bateri..

" Eh..pakcik ni..betul lah ni..ptg nanti yea pakcik..jgn risau sgt.."
Pesan KIB pd Pak cik tersebut..

Kesan kemek dan calar...

Petang, sekitar jam 4.. bertemankan suami kami ke bengkel kereta..Jumlah kerosakan kereta KIB hanya RM 300 manakala Pak cik Isa RM 250..dan beliau meminta jasa baik kami utk membayarnya cukup bulan nanti..dan suami bersetuju..

Alkisahnya..rupanya Pak cik Isa baru sembuh dari kemalangan melibatkan motosikal 2 3 hari yang lepas..
Allahuakbar..hebatnya dugaan yg diberikan kpd Pakcik Isa..dan hari ini sekali lagi hati KIB diuji..

Kata suami..kita baiki dulu guna wang kita...kata suami seolah2 tidak mengharap Pakcik Isa akan membayar gantirugi tersebut..
Semoga Allah permudahkan urusan Pakcik Isa..
Jika ada rezeki kami..adalah...

Terima kasih Allah..bersyukur hari ini kerana menduga sifat-sifat majmumahku...aminnn...
 
 
 

Mengenali bulan SYAABAN & Malam NISFU SYAABAN

Bulan Syaaban muncul lagi. Syaaban menandakan umat Islam semakin menghampiri Ramadhan. Marilah kita sama-sama merenung sejenak apakah pengertian Syaaban dan Malam nisfu Syaaban. Masih ramai umat Islam di luar sana keliru dan musykil tentang amalan-amalan yang sepatutnya dikerjakan pada bulan Syaaban, dan terutamanya pada malam kelima belasnya. Sebelum itu, marilah kita sama-sama mendalami dan mengenali sedikit sebanyak info tentang bulan Syaaban ini.

PENGERTIAN SYAABAN
Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab. Bulan Syaaban juga merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, dan pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
Syaaban dimengertikan sebagai berpecah-pecah atau berpuak-puak. Dikatakan masyarakat Quraisy pada waktu itu berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir. Dan apabila datangnya Rasulullah S.A.W, baginda mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah S.A.W telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah S.A.W bertanya kepada sahabat-sahabatnya;
“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah S.A.W, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama)
MALAM NISFU SYAABAN
Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Maka, Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a: “Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.” Baginda Rasulullah sendiri telah menggalakkan kita agar beramal pada malam kemuliaan nisfu syaaban dengan sabdanya :
Ertinya : “ Apabila tiba malam Nisfu Syaaban , maka hendaklah kalian bangun pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya, ini kerana Allah swt (turun merahmati hamba-hambaNya) pada malam tersebut mulai dari terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah swt berfirman ” Adakah dari kalangan hamba-hambaKu yang memohon keampunan, maka akan Ku ampunkannya. Adakah dari kalangan mereka yang memohon rezeki , maka akan Ku turunkan rezeki untuknya. Adakah dari kalangan mereka orang yang ditimpa bala, maka akan Ku sejahterakannya. Adakah dari kalangan mereka yang begini dan adakah dari kalangan mereka yangt begini sehinggalah terbit Fajar “.
Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”
Hari nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 hb Syaaban sebaik sahaja masuk maghrib).

FADHILAT BULAN SYAABAN
Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :
  • Memperbanyakkan puasa sunat
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah S.A.W lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini. Begitulah tingginya pekerti Nabi Muhammad nabi junjungan kita.
Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
  • Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W.
Kita sebagai umat Islam juga digalakkan untuk memperbanyak doa, zikir, dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
  • Bertaubat
Kita juga digalakkan untuk melalukan taubat kepada Allah SWT. Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu." Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya Sakaratulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nakir, ditutup Allah keaipannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Syaaban dan akhir Khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah). Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.”
Sabda Nabi s.a.w.: “Syaaban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani). Sabda Nabi s.a.w.: “Bahawa puasa Syaba'an kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya” antara lain sabdanya lagi: “Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat”.
 
PERISTIWA PENTING DI BULAN SYAABAN
Mengenali bulan Syaaban tanpa mengetahui peristiwa penting yang berlaku di bulan Syaaban terasa tidak lengkap. Terdapat beberapa peristiwa penting yang berlaku sepanjang bulan Syaaban. Antaranya ialah malam Nisfu Syaaban, penukaran arah kiblat, dan peperangan bani Mustaliq.

Isnin, 2 Julai 2012

Memberi tapi tidak bahagia!

Biasakan kita didatangi oleh orang-orang tertentu, tidak kira usia, bangsa dan agama. Datang tanpa diduga-duga lalu meminta pertolongan. Biasanya, apa lintasan di hati anda?

i) Eish!!! Budak ini lagi

ii) Malas betul aku nak layan budak ni
iii) Ni betul ke tak ni?

dan macam-macam lagi lintasan di fikiran kita bukan? Ahli neuro ada menyatakan, skema fikiran manusia dalam satu hari berubah-ubah sebanyak 60ribu kali. Malangnya, 80% dari skema itu adalah negatif! Apa yang terjadi apabila pemikiran anda negatif? Apa reaksi tubuh badan anda? Apa bentuk bahasa anda? Apa respon anda pada sekeliling anda? Pasti selari dengan apa yang di dalam fikiran bukan?


Yes, lintasan hati dan fikiran amat mempengaruhi tindak tanduk kita. Dalam situasi memberi sedekah, anda akan rasa tidak bahagia jika lintasan di dalam hati dan fikiran tidak selari dengan perbuatan. Apa maksudnya?


Pernah saya ditanya satu soalan. Bagaimana kita ingin ikhlas dan rasa tenang semasa kita bersedekah? Hari ini banyak kes dilaporkan ada komplot, kumpulan-kumpulan tertentu yang mengambil kesempatan dari orang awam. Sehingga saya pun rasa tidak yakin semasa memberi!


Inilah puncanya. Lintasan hati tidak selari dengan tindakan. Tindakan memberi di saat lintasan hati dan fikiran tidak redha atau tidak suka, akan memberi kesan tidak bahagia! Jadi, bagaimana cara pantas untuk menghadirkan rasa bahagia dan ikhlas semasa memberi sedekah? Jawapannya, jadilah anda seorang pendengar. Layan dan berkomunikasilah dengan orang  yang hadir kepada anda sehingga anda mampu melahirkan rasa simpati dan empati! Jika timbul rasa itu di hati dan fikiran, maka disaat itulah anda akan rasa bahagia!



Malangnya, komunikasi kita semasa memberi sedekah tidak berkesan. Kelakuan biasa ialah

i) Semasa memberi tidak membuka mulut sepatah pun dengan si peminta

ii) Tidak ada eye contact dengan si peminta
iii) Tidak ada unsur simpati malah marah dan gelisah lebih menguasai diri
iv) Tidak ada physical contact. Seperti salam dan peluk
v) Tiada agenda sedekah dalam diri

Inilah antara faktor yang membuatkan diri kita tidak bahagia semasa bersedekah atau membantu orang lain. Disaat ini, bahasa diri bukanlah lagi empati tetapi bahasa yang bersifat persiasif dan agresif. Bahasa yang menyakiti orang lain dan diri sendiri!

Antara tips yang digalakkan untuk kita beramal dan berasa bahagia semasa bersedekah ialah

i) eye contact - lihatlah dengan pandangan mata pada sipeminta yang menyenangkan/ memuliakan

ii) physical contact - bersalaman

iii) intelellectual contact - tanya khabar, dari mana, sedang buat apa dan apa sahaja info berkaitan si peminta

iv) emotional contact - simpati dan empati. tanya dan gali situasi si peminta agar anda tahu apa yang berlaku padanya.
v) spiritual contact - meminta doa dan memberi doa kepada si peminta
vi) Yakin - semakin memberi, semakin banyak perkara yang Allah berikan kepada kita semula!

* Perhatikan polar hidup kita. Apabila dapat sahaja gaji/ rezki, pasti ada orang yang datang kepada kita untuk tujuan sedekah! Adakah kita seorang yang memang suka bersedekah atau tidak? JIka tidak, hargailah orang yang meminta sedekah itu yang datang kepada kita. Ini adalah kerana Allah swt telah menghantar orang itu kepada kita untuk diuji dengan rezeki yang telah pun Allah berikan kepada kita. Adakah kita super sedar hal ini?




Selamat menghubungkan potensi spiritual anda dengan sedekah yang membahagiakan!





Syamil Yusuff 2012 


***PERINGATAN UTK DIRI KIB YG SERING LUPA...