Jumaat, 9 Disember 2011

5 tip

Hari ini bila kita belajar dari kesilapan.Sebagai manusia biasa kita tidak akan pernah lari dari melakukan kesilapan.Biarlah apa yg orang mahukan katakan tentang kita..jika perkara itu benar tidak usah pula kita melenting atau menolak mentah2..malahan usahakanlah supaya menerima segala kritikan dgn hati yg terbuka dan tenang..Saya cuba melalui kesilapan demi kesilapan yg saya lalui dengan tabah.Saya tidak mahu sehingga terputus tali silaturrahim yg terbina.Saya mahu ia kekal...dan saya belajar hari ini..mcmana pedih dan sakitnya hati bila menerima sesuatu tamparan itu mmg saya akui...saya akan down...beberapa hari saya akan bersedih..menginsafi diri..bermohon Allah SWT menguatkan jiwa dan hati saya...
Bila berdoa jgn diminta kurangkan dugaan tetapi kuatkan lagi semangat untuk menempuh dugaan dariNya..Kdg2 kita lupa....lupa yg teramat sgt...selalu menyalahkan takdir dan orang2 disekeliling..
Dugaan itu sebenarnya tersembunyi atau tersirat..ada yg telah dijanjikan Allah jika kita kuat dan berjaya menghadapi dugaan tersebut...
Hari ini saya redha dgn ujian yg Allah berikan...
Saya tahu ada sesuatu yg menanti saya...saya yakin Allah sayangkan saya..sbb itu diujinya saya hari ini...
Dan saya yakin Allah mahu melihat sejauhmana saya mahu kekal dalam perniagaan ini...
Saya mmg mahu berjaya...mahu jadi insan hebat bukan sahaja hebat kerana bergelar JUTAWAN tetapi hebat dalam menjadi seorang khalifah Allah dimuka bumi ini...


Suka saya kongsikan MOTIVASI dari Irfan Khairi utk tatapan pembaca blog...5 tip yg terrbaikkk..
Untuk murah rezeki, setiap pagi, petang, siang, malam say: THANK YOU ALLAH!
Buat apa yang kita minat. buat apa yang kita cinta. kalau kita lakukan sesuatu kerana minat dan cinta (passion) kita tak akan rasa penat, bosan dan letih. Kerja siang malam pun kita rasa best. tidur pun excited nak bangun sebab nak buat kerja. masa buat kerja, tak rasa pun masa berlalu!
Sekiranya segalanya tidak seperti kita mahu, atau ditimpa malang, atau masalah yang besar, atau berada di dalam satu krisis, berhenti sebentar dan yakin pada diri sendiri bahawa segala-galanya ada hikmahnya. dalam apa pun keadaan yang sukar, pastinya ada penyelesaiannya dan seringkali kita akan menjadi in…san yang lebih kuat & hebat selepas melalui kesukaran tersebut!
Untuk BERJAYA, kita perlu melatih minda kita untuk melihat peluang-peluang yang ada di sekeliling kita. untuk GAGAL, kita perlu melihat halangan-halangan yang ada di depan kita!
Kita akan jadi seperti orang yang disekeliling kita. jika kita hendak berjaya, berkawan dengan orang-orang berminda positif. Jika kita hendak gagal, berkawan dengan orang-orang berminda negatif. Hadis pun ada menyebut umpama berteman pembawa minyak wangi, kita akan rasa harumannya. Bertemankan tukang besi…, akan terkena percikan api...

Jadi mari sama2 kita renungkan 5 tip ini...teruskan usaha anda pasti berjaya..!!

Khamis, 8 Disember 2011

Dulu, Kini dan selamanya....

NuAge..dulu-dulu
Kini dan selamanya...
Keistimewaan Nucell

  • Pengesan penyakit dalam badan selepas pengambilan, badan akan memberi respon(tindakbalas) untuk memberitahu masalah kesihatan anda sekaligus bertindak sebagai doktor peribadi anda.
  • Penggantian dan Perawatan Sel stem diaktifkan untuk menggantikan dan memulihkan sel yang rosak.
  • Pertahanan Badan Mempunyai anti oksidan yang tinggi yang membantu mengelakkan kerosakan sel badan akibat radikal bebas.
  • Awet Muda Kandungan protein kolagen yang tinggi serta pengaktifan sel stem membantu mencantikkan dan memanjakan kulit anda sekaligus melambatkan proses penuaan.
  • Penstabil darah,hormon dan sistem dalam badan Mengandungi asid lemak omega 3 yang menurunkan paras kolesterol, klorofil yang meningkatkan hemoglobin dalam darah dan Kalsium biogrow membantu mengimbangi iodin.
  • Pencucian Usus Kandungan serat yang tinggi membantu proses detoksifikasi (membuang toksin dalam badan) dengan memudahkan pembuangan air besar.Ini akan membantu menurunkan berat badan serta melansingkan badan.
  • Pembinaan Otak Asid lemak omega 3 meningkatkan kecerdasan otak.
 Hubungi saya utk dapatkan produk keluaran bumiputera bertaraf dunia ini..Anda pasti tertawan!!

Hadiah utk kita..

Optimisme adalah memandang hidup ini sebagai persembahan terbaik.
Tidak ada sesuatu yang terjadi begitu saja dan mengalir sia-sia. Pasti ada tujuan.
Pasti ada maksud. Mungkin anda pernah mengalami pengalaman buruk yang tak menyenangkan, maka keburukan itu hanya kerana anda
melihat dari salah satu sudut mata yg berkaitan wang saja.


Bila anda berani menengok ke sisi yang lain, anda akan menemukan pemandangan yang jauh berbeda. Anda tidak harus menjadi orang tersenyum
terus atau menampakkan wajah yang ceria.

Optimisme terletak di dalam hati,
bukan hanya terpampang di muka.

Jadilah optimis, kerana hidup ini
terlalu rumit untuk

dipandang dengan
mengerutkan alis dan muka.

Setiap tetes air yang keluar dari mata air tahu mereka mengalir menuju ke laut. Meskipun melalui anak sungai, belokan, kawasan kali keruh, danau dan muara, mereka yakin perjalanan mereka bukan tanpa tujuan. Bahkan, ketika menunggu di muara, setiap tetes air tahu, suatu saat panas dan angin akan membawa mereka ke pucuk-pucuk gunung. Menjadi awan dan menurunkan hujan. Sebahagian menyuburkan rumput,
sebagian tertakung dalam sumur-sumur atau telaga. Sebagian kembali ke laut. Adakah sesuatu yang sia-sia dari setiap tetes air yang anda temui?

Masalah Adalah Hadiah.

Bila anda menganggap masalah sebagai beban, anda mungkin akan menghindarinya atau menjauhinya. Bila anda menganggap masalah sebagai halangan, anda mungkin akan menghadapinya. Namun, masalah adalah hadiah yang dapat anda terima dengan suka cita. Dengan pandangan tajam, anda melihat kejayaan di balik setiap masalah.

Masalah adalah anak tangga menuju kekuatan yang lebih tinggi. Maka, hadapi dan ubahlah menjadi kekuatan untuk kejayaan anda. Tanpa masalah, anda tak layak memasuki jalur kejayaan. Bahkan hidup ini pun masalah, kerana itu terimalah sebagai hadiah.
Hadiah terbesar yang dapat diberikan oleh ibu helang pada anak-anaknya bukanlah serpihan-serpihan makanan pagi. Bukan pula, dakapan hangat di malam-malam yang dingin. Namun, ketika mereka melempar anak-anak itu dari tempat yang tinggi.

Detik pertama anak-anak helang itu menganggap induk mereka sungguh keterlaluan, menjerit ketakutan, matilah aku. Beberapa ketika kemudian, bukan kematian yang mereka terima, namun kesejatian diri sebagai helang, iaitu terbang. Bila anda tak berani mengatasi masalah, anda tak kan menjadi seseorang yang sejati.

Rabu, 7 Disember 2011

Nucell lagi..

Dah cuba Nucell?Belum?
Anda rugi..betul2 rugi!
Kenapa saya katakan begitu..sebab tidak mungkin anda akan dapat rasai kehebatannya hanya dalam satu kotak...Saya dah amalkan dan rasai perubahanya hari demi hari...
Mengapa perlu JOM Nucell..?!
Produk ini hebat.Bukan sahaja ianya dari keluaran syarikat 100% bumiputera ISLAM tetapi kandungan didalam Nucell itu sendiri.Ia mempunyai 16 jenis berry dan diantara berry yg paling TERBAIK adalah Acai Berry...
Kenapa dgn Acai Berry?
Tahukah anda Acai Berry yg menjadi kegilaan dunia ini adalah anti-oksidan No.1 di dunia..demikian kata Dr Nicholas...Ini bukan sekadar cakap2 biasa malahan telah terbukti!.
Lihat saja perubahan pd diri saya...
Dan Nucell dalam SET WANITA ANGGUN benar2 memberikan saya lebih dihargai sebagai seorang wanita yg berkerjaya dan sebagai seorang isteri dgn 3 org cahayamata.
Jadi...mulakan hari ini dgn Jom Nucell...
Hubungi saya Ina B'Bidadari 0123171593 atau email
inabbidadari79@gmail.com

Fantasi atau Realiti..

Wow!!!..mesti ramai yg teruja nak baca entry saya kali ni..
Apa yg fantasinya dan apa pula realitinya...
Sebenarnya hari ini saya nak buka cerita mengenai anugerah manusia yg paling senang dapat dosa dan pahala ini...bukan nak cerita pasal MULUT...tapi BIBIR...(hihi)

Semua wanita menginginkan bibir yg merah bak delima dan mungil..macam gambar bawah...tapi manakan mungkin...realitinya kita tidak mampu mengubah secara drastik..tapi kita mampu memeliharanya agar kelihatan lebih menarik dan tidak dimamah usia..tebal atau nipis..seksi atau tidak..tapi kita masih lagi boleh berfantasi...


 Fantasi anda hari ini boleh jadi realiti dgn memilih D-Laila Fantasiola.Namanya saja sudah menunjukkan kehebatannya..Ia bukan sahaja melembapkan bibir anda malahan memberikan warna semulajadi mengikut aliran darah anda.Ia juga mengandungi vitamin E yg dapat memelihara bibir anda dari merekah dan pecah serta tahan lama...sbb itu saya sukakannya...mudah dibawa kemana2..dalam waktu yg sama saya tidak perlukan lg 'PENGILAT BIBIR'...
Hanya RM 29.00 utk kelihatan HEBAT!!

kelihatan hebat dgn D-Laila Fantasiola....

Isnin, 5 Disember 2011

Mulakan...

 
Suka nak kongsi sedikit bahan
MENGENAI PERUBAHAN DIRI
musuh utamanya adalah
DIRI SENDIRI
bila.
terlambat menyedari kegagalan
tidak puas hati dengan diri sendiri
mengalahkan orang lain
mencari kejayaan melalui jalan mudah
takut dikritik.
KERANA ITU
ingat 3M.
mula melalui diri sendiri
mulakan sekarang
mula dari yang kecil.

Ahad, 4 Disember 2011

Harga Diri $$$$

Suatu hari seorang MOTIVATOR terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.
Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,

“Siapa yang nak duit ini?”.

... Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.
“Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu.”


Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.
Lalu bertanya lagi,
“Siapa yang masih mahu duit ini?”
Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.
“Baiklah,” jawabnya,

“Apa jadinya bila saya melakukan ini?”
Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.

OK, sekarang masih ada yang berminat?”.
Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.
“Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.

Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..


Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.

Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.
Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.

Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita.