Selamat datang ke blog ONE STOP CENTRE FOR U.Disini pelbagai produk kesihatan dan kecantikan disediakan malahan peluang perniagaan ONLINE juga disediakan kepada yg berminat.
Selasa, 12 Jun 2012
ERTI KEJAYAAN
Hari ini KIB ingin menyentuh soal kejayaan..
Ada insan yg terlalu mengejar kejayaan sehingga lupa akan nilai-nilai kemanusiaan..apa yg kita lakukan seboleh-boleh nak berjaya..nak menjadi seorang yg "BERJAYA"
Tolonglah faham erti kejayaan itu..!!
KIB sendiri masih belum berani kata KIB sudah betul-betul berjaya dalam bisnes skrg ni..mesti terkejutkan dgn statement ni..(hik)
Cuma apa yg boleh KIB katakan dgn bisnes ini..ia telah berjaya membentuk sahsiah diri KIB yg selama ini telah jauh tersasar dari landasannya..
Kejayaan yg diperolehi atas pangkat dan wang ringgit sebenarnya bukanlah kepuasan sebenar bila KIB memilih bisnes ini..tetapi kepuasan sebenar adalah bila kita niatkan menolong orang utk memilih hidup yg lebih selesa, memiliki kesihatan yg baik dan mencantikkan lagi anugerah Allah dgn membelainya...
Lebih lagi kita tak perlu stress dan happy sgt dgn bisnes ini..
Adakah ERTI KEJAYAAN hanya boleh dinilai dgn perniagaan?!
Jawapan KIB tidak sama sekali...
Jika sebelum ini anda tidak pandai MASAK LEMAK KETAM...anda mencuba kemudian berjaya menyediakan masak lemak ketam yg paling sedap dan menerima pujian suami...
dan lagi bila sebelum ini anda tidak pernah menjahit walau seluar koyak hari ini anda ubah..dan berjaya menjahitnya..
Nilailah setiap PERUBAHAN itu satu KEJAYAAN..
Jangan berubah dari suka jadi tak suka..dari kawan jadi lawan!!!
Inilah yg biasanya terjadi..
Tolonglah ubah persepsi dan pemikiran kita mengenai KEJAYAAN..
NAK BERJAYA memang bukan senang...!!!
***Terlalu ingin berjaya ada yg sanggup memutuskan SILATURAHIM..nauzzubillah...
Khamis, 7 Jun 2012
Kisah suami
![]() |
| My loving husband..Mr.Zulkifli |
Jaga emosi suami anda
SETIAP
isteri sering mendambakan kata-kata cinta dan sayang yang lahir
daripada mulut suami masing-masing hampir setiap hari.Sebagaimana
isteri, suami juga sebenarnya mempunyai keinginan yang serupa. Mereka
ingin dibelai manja dan juga 'disimbahi' dengan kata-kata sayang
daripada isteri mereka.
Mungkin
cara setiap individu adalah berbeza dari segi pengucapan dan ada di
kalangan isteri yang jarang-jarang memberi pengucapan kata-kata itu
kepada suami masing-masing melainkan si suami terlebih dahulu
mengucapkan kata-kata hikmat itu.Ini kerana ada di kalangan isteri yang
malu untuk menzahirkan ucapan sayang akibat daripada runtunan perasaan
yang berbelah bahagi, malu untuk melakukannya mahupun atas rasa ego dan
merasakan tidak penting kata-kata berkenaan berbanding pengucapan yang
terlahir daripada mulut suami.
Sebenarnya,
menzahirkan perasaan sayang itu bukan hanya sekadar daripada
kata-kata. Sekiranya sebagai seorang isteri anda malu atau tidak mudah
untuk menzahirkan kata-kata itu ia sebenarnya boleh diperlihatkan
menerusi perbuatan.Anda juga boleh menunjukkan rasa sayang anda dengan
melakukan beberapa perkara asas:
1. Hormati dia
Cara
yang paling berkesan untuk membuktikan cinta ialah belajar menghormati
dia khususnya di depan sanak saudara. Buatlah sesuatu yang baik untuk
membuktikan anda menyayangi suami anda dan jangan sesekali
memperlakukan yang anda lebih berkuasa daripada dia di depan orang lain.
Sentiasalah menjaga maruah dan 'air muka' suami anda.
Sekiranya
di dalam telefon pun tidak perlulah anda bercakap dengan nada sinis
mahupun garang kepada suami anda seolah-olah untuk menunjukkan kuasa
anda kerana anda tahu pada masa itu orang yang berhampiran dengan anda
dapat mendengarnya. Jangan sesekali memperlihatkan suami anda dayus di
depan anda.
2. Sentiasa meminatinya
Kata-kata
seperti "saya suka tubuh abang" atau " abang ni kelakarlah", umpama
pujian yang meresap ke dalam tubuhnya. Siapa yang tidak sukakan pujian
tambahan pula ia dikeluarkan oleh insan yang dicintainya.
3. Biar dia mendengar pujian anda
Katakanlah
anda sedang berbicara dengan rakan-rakan di rumah, sesekali pujilah
suami anda dan biarkan dia mendengarnya sebaik apabila dia melintas di
belakang anda. Pastinya dia berasa senang dengan pujian anda itu.
4. Tinggalkan segalanya
Sebaik
dia pulang ke pejabat atau berada di rumah, fokuskan diri anda hanya
untuk dia. Jauhkan diri daripada komputer, tutup televisyen, biarkan
anak-anak anda bermain sendiri, berhenti memasak dan berikan tumpuan
sepenuhnya untuk dia dalam beberapa minit. Ini pastinya memberikan
suami anda terasa diutamakan.
Ini
tidak, ada di kalangan isteri yang asyik menonton televisyen sedangkan
suaminya sudah melangkah kaki ke dalam rumah baru pulang dari kerja.
5. Perasan akan kekuatannya
''Tolong
bang, ketatlah balang ini" atau "abang kuatlah boleh membukanya," atau
''cantiklah cat ini, sesuai abang pilih," adalah contoh berbentuk
pujian ikhlas yang boleh menyebabkan suami anda berasa dihargai dan
disayangi.
Namun jangan sesekali memuji 'palsu' suami anda dengan harapan untuk mendapatkan sesuatu. Dia boleh mengetahuinya.
6. Maafkan kelemahannya, terima seadanya
Semua
daripada kita mempunyai kelemahan masing-masing. Maafkan kelemahan
suami anda dan terima dia seadanya dan jangan gunakan kelemahannya
untuk menentangnya.
7. Jangan bandingkan
Jangan
sesekali bandingkan suami anda dengan lelaki lain. Golongan Adam ini
masing-masing mempunyai kelemahan dan kekuatan tersendiri. Jika selalu
sangat membandingkan suami anda dengan lelaki lain, dia akan terasa
kelemahannya dan akan timbul emosi negatif dan menjarakkan hubungan
dengan anda.
8. Hadiahkan sesuatu
Tambahan salah satu darinya..Kadang kala kita selalu mengharapkan hadiah dari suami..apa kata hari ini anda hadiahkan sesuatu pd suami anda..Contoh: KIB sendiri menghadiahkan ADUKA dan RED GUARA CAFE kepada suami..supaya suami sentiasa di bertenaga dan menggelakkan beliau dari mengalami masalah2 kesihatan..
Mahukan produk hebat ni...call or msg jer KIB
012-3171593
012-3171593
Kecil atau besar?
Apa yg kecil...dan apa yg besar..
Disini KIB ingin tekankan kejayaan seseorang itu bukan bergantung kepada berapa besar modal yg dikeluarkan utk memulakan sesuatu perniagaan..
Sering kali kita dengar bermodalkan dgn jumlah yg besar lebih cepat mencipta kejayaan...mencipta kejayaan atau mata duitan?!!
Aduhh..dari mana datangnya kepercayaan ini...
Hakikatnya KIB dah buktikan...tanpa bermula dgn membuka SBC iaitu STOKIST BERGERAK CEPAT..alhamdulillah KIB mampu mencapai pangkat pertama dlm DCL iaitu sebagai Ruby Manager..Pangkat ini hanya pd nama sahaja..apa yg penting manfaat dan kebaikan yg telah byk kita berikan utk melihat orang lain lebih sihat dan cantik...
Sebenarnya erti kejayaan ini terlalu meluas utk ditafsirkan..Ada yg berjaya dalam masa yg singkat...dan kemudian jatuh dan terus jatuh..Kenapa dan mengapa ini terjadi?!
Kejayaan demi kejayaan yg menghuni itu kadangkala membuat kita alpa...dalam tidak sedar kita sedang mencipta kejayaan dari hinaan atau cacian dari orang2 yg kita telah sakiti hatinya..
Suka KIB nyatakan disini..kepimpinan dlm MLM amat jauh berbeza..berbeza sgt2...
Segala-galanya melibatkan hubungan kemanusiaan..dan tahukah anda inilah rahsia JUTAWAN terus bergelar JUTAWAN..
Mereka ini cukup menjaga hati...cukup menjaga setiap perkataan dan tutur kata yg dilafazkan..supaya sentiasa disenangi oleh orang lain..inilah rahsia besar mereka...
dan ingin sekali KIB praktikkan kepada semua kenalan..:-)
Berbalik semula cerita modal kecil atau besar...
Apa yg kita niatkan bila memulakan perniagaan..tentulah ingin berjaya dan jadi kaya..Pernahkah kita terfikir utk berjaya bukan mudah..tiada jalan singkat...jadi USAHAWAN YG JUJUR!!!
Disebabkan itu, DCL banyak mengajar cara berniaga yg betul..bagaimana membina rangkaian dan byk lagi ilmu yg dicurahkan dlm syarikat ini..Jika ada yg menyangkal apa yg KIB katakan..kdg kala sikap segelintir mereka yg tidak pernah bersyukur dgn apa yg ada...telah membutakan mata menilai hakikat berlian yg berada didepan mata...Katakan sayang tpi dlm masa sama cuba ambil kesempatan utk terus membuat cara "kotor"..
Inilah syarikat MLM yg begitu FLEKSIBEL..
Hanya bermodal RM 1k anda sudah layak bergelar usahawan..dan promosi ini akan berakhir July nanti...(biasa RM 5k)
Bayangkan syarikat cukup memahami dgn keadaan ekonomi hari ini..dgn memberikan keistimewaan ini...
Anda sudah bergelar STOKIST BERGERAK CEPAT dan memperolehi rebet 6% setiap kali penebusan produk lebih 100pv..
Hebat bukan...dimanakan anda jumpa sesebuah syarikat yg sebegini...
Inilah masa utk anda terus keluar dari ZON SELESA...
Percayalah..pandang segala2nya dgn mata hati..pasti anda perolehi sesuatu yg tidak mungkin anda dapat dari mana2 syarikat lain...kerana pandangan inilah yg byk mengubah KIB...

![]() | |
| kelebihan SBC 1k..anda boleh buat pilihan produk yg bersesuaian dgn anda.. |
Inilah masa utk anda terus keluar dari ZON SELESA...
Percayalah..pandang segala2nya dgn mata hati..pasti anda perolehi sesuatu yg tidak mungkin anda dapat dari mana2 syarikat lain...kerana pandangan inilah yg byk mengubah KIB...
Booked appointment dgn KIB utk cipta kejayaan bersama2...
012-3171593Rabu, 6 Jun 2012
Suntikan Epidural
Apakah itu suntikan epidura?
Ia merupakan suntikan ke dalam satu ruang
kecil di belakang anda, menggunakan jarum yang bengkok dan berlubang.
Hujung jarum yang bengkok akan dicucuk antara dua vertebrae dan jarum
itu akan masuk ke dalam ruang di luar lapisan pelindung yang
mengelilingi tulang belakang anda yang dinamakan ruang epidura. Satu
tiub halus (atau kateter) disalurkan melalui jarum berlubang itu,
kemudian jarum tersebut akan dicabut keluar. Kateter halus itu akan
dilekatkan pada belakang dan pada bahu anda. Pakar bius akan menyuntik
anestetik lokal (sama seperti apa yang dilakukan oleh doktor gigi) ke
dalam kateter untuk mengebaskan bahagian bawah abdomen anda. Kaki anda
juga akan berasa kebas. Anda tidak lagi merasakan sebarang kontraksi.
Kadang-kala, kateter dilekatkan kepada satu pam kecil yang membolehkan pakar bius mengawal jumlah anestetik lokal yang anda perlukan atau suntikan dos dikawal oleh pam untuk melepaskan dos anestetik yang sedikit setiap beberapa minit.

Bagaimanakah ia berfungsi?
Ia berfungsi seperti mana anestetik lokal
berfungsi apabila doktor gigi mengebaskan mulut anda sebelum mencabut
gigi. Pakar bius akan mematikan saraf yang fungsinya ialah membawa
isyarat-isyarat rasa sakit dari rahim dan serviks anda.
Bilakah saya perlu mengambilnya?
Secara teorinya, anda boleh mengambil suntikan epidura pada bila-bila masa semasa proses pelahiran bayi, dan boleh juga diambil apabila anda berada di peringkat kedua semasa anda menolak bayi anda keluar, walaupun lazimnya anestetik tulang belakang (spinal) akan diberikan pada waktu tersebut.
Walau bagaimanapun, kebanyakan orang akan meminta diberikan suntikan epidura apabila serviks mengembang sebanyak lima hingga enam sentimeter dan kontraksi semakin kuat. Jika serviks telah mengembang sebanyak lapan hingga sembilan sentimeter, mungkin ia terlalu lambat untuk mengambil suntikan epidura dan anda akan dinasihatkan untuk meneruskan pelahiran tanpa bius ini sebab bayi sudah hendak keluar.

Apakah kebaikan suntikan epidura?
• Lebih daripada 90 peratus orang wanita mendapatkan kelegaan sakit yang sepenuhnya.
• Pemikiran anda masih jelas.
• Boleh membantu mengawal tekanan darah tinggi.
• Membolehkan anda mengawal pelahiran bayi dan mengembalikan keyakinan anda.
• Suntikan epidura adalah lebih sofistikated daripada dahulu dan anda akan sedar bahawa keseluruhan kaki anda tidak kebas sepenuhnya.

Apakah keburukannya?
• Anda mungkin akan terasa kebas hanya di
sebelah badan anda dan mungkin ada sebahagian kecil di perut anda yang
tidak terkena bius.
• Mungkin membuatkan anda menggeletar.
• Anda mesti baring di atas katil.
• Anda perlu diletakkan drip pada lengan anda. Ini adalah sebab pengambilan suntikan epidura akan mengurangkan tekanan darah bagi sesetengah wanita dan menjejaskan secara serius bekalan oksigen kepada bayi anda. Drip ialah langkah berjaga-jaga supaya, apabila timbul keadaan kecemasan, jumlah darah anda boleh ditambahkan dengan pantas untuk menaikkan tekanan darah anda kembali ke normal.
• Anda mungkin dipasangkan kateter dalam pundi kencing anda. Jika anda mengambil suntikan epidura, anda mungkin tidak sedar bila anda perlu mengosongkan pundi kencing anda, jadi ini perlu diuruskan untuk anda secara automatik.
• Anda mula merasakan seakan-akan kehilangan kawalan. Tiga tiub telah dimasukkan ke dalam badan anda dan anda akan diberitahu bila dikehendaki menolak jika anestetik masih berfungsi semasa peringkat kedua kehamilan. Pada masa itu pakar obstetrik dan bidanlah yang akan menguruskan pelahiran anda dengan efektif.
• Suntikan epidura boleh memanjangkan tempoh pelahiran terutamanya pada peringkat menolak.
• Denyutan jantung bayi anda akan diawasi secara berterusan dengan menggunakan transduser yang diikat pada abdomen anda atau transduser kecil diklipkan pada kulit kepala bayi.
• Terdapat kemungkinan yang lebih tinggi bagi penggunaan forsep atau ventouse (juga dikenali sebagai vakum) sebab selalunya suntikan epidura akan menghalang bayi bergerak ke posisi terbaik untuk dilahirkan. Ia juga akan menghalang anda daripada merasakan dorongan semula jadi untuk menolak pada peringkat kedua pelahiran.
• Jika jarum epidura melepasi dan keluar dari ruang epidura, akan terdapat kebocoran cecair tulang belakang (tulang sum-sum) selepas tiub dikeluarkan. Cecair ini akan memampan otak anda dan akan menyebabkan sakit kepala yang teruk walaupun hanya sedikit kebocoran yang berlaku. Selalunya ini dirawat dengan mengambil sedikit darah dari lengan anda, sehari selepas bayi dilahirkan dan menyuntiknya ke belakang anda untuk menutup lubang yang disebabkan oleh jarum epidura.
• Sesetengah wanita mempunyai masalah membuang air kecil selepas mendapat suntikan epidura.

Adakah terdapat sebarang tip yang berguna?
• Jangan bergerak semasa pakar bius sedang menyediakan suntikan epidura. Anda akan baring di sisi anda atau duduk di hujung katil, membongkok ke hadapan dan mengerekot seakan-akan bulatan. Tumpukan kepada pernafasan anda. Tarik nafas dengan dalam melalui hidung anda dan hembus keluar dengan perlahan melalui mulut anda. Peganglah tangan suami anda dan tenunglah matanya.• Bincanglah dengan pakar obstetrik dan bidan anda kemungkinan mengurangkan kesan suntikan epidura di peringkat kedua pelahiran semasa anda bayi anda sudah hendak keluar. Jika anda dapat merasakan kontraksi, in akan membantu anda menolak dengan efektif.
• Jika anda tidak merasakan apa-apa sensasi tekanan semasa peringkat kedua pelahiran, dan/atau suntikan epidura melemahkan otot anda, anda mungkin tidak dapat menolak dengan efektif apabila di peringkat kedua pelahiran. Memperlahankan atau memberhentikan kemasukkan ubat epidura akan membantu anda merasakan sesetengah sensasi dan/atau kekuatan otot. Dos tambahan boleh diberikan jika dan apabila perlu.
*** Alhamdulillah sepanjang proses kelahiran ketiga-tiga anak KIB.KIB masih lagi mampu bertahan dgn kesakitan semasa bersalin..Kerana KIB sedar akan kelebihan dan kekurangan suntikan Epidural ini utk jangka masa akan datang..sedikit perkongsian ini semoga dapat membantu anda mengetahui secara lebih terperinci mengenainya..
Apapun ada dikalangan TESTIMONI yg mengamalkan SET WANITA ANGGUN..Kesan dari suntikan Epidural ini berkurangan setelah mengambilnya secara konsisten dan berdiplin.
Isnin, 4 Jun 2012
KOSONG
Layan jap lagu ni...lagu ni KIB suka...:-)
Dari penyanyi muda Najwa Latif yg cute..
Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu
Akal dan mindamu
Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu...
Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa...
Kosong...kosong...
Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku...
Kosong...kosong...
Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar....
Ooo..ooo...
Kosong...kosong...
Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa..
Kosong .. kosong ..

Usahawan yg tidak JUJUR!!
Oleh: Irfan Khairi...
Beberapa
hari lepas, saya mencari keropok lekor untuk anak. Mereka suka yang
rangup (crispy). Terjumpa satu gerai brother ni menjual keropok lekor.
So, saya tanya brother tu:
"Rangup tak keropok ni?"
Jawabnya: "Memang rangup... baru saja goreng!"
So, saya pun
beli. Dalam kereta, bila cuba keropok lekor tu, punya lah liat... sejuk
pula tu (kalau baru goreng, mesti panas sikit kan?). Jadi itulah
kisahnya peniaga yang tidak jujur.
Walaupun RM2.00 sahaja keropok lekor tu, tetapi, akibat tidak jujur, peniaga tersebut hilang seorang pelanggan seumur hidup.
Dalam perniagaan, anda perlu melihat keuntungan di jangka waktu panjang, dan bukannya jangka waktu pendek. Sekiranya melihat keuntungan waktu pendek, disitulah terjadinya kes-kes sebegini dimana peniaga tidak jujur untuk mengaut keuntungan yang cepat dan tidak memikirkan keuntungan jangka panjang.
Bayangkan hilang
seorang pelanggan mungkin membeli keropok lekor RM2.00 seminggu. Sebulan
sudah RM8.00. Setahun sudah RM96.00 hasil jualan tidak dapat. Sekiranya
30 pelanggan terkena nasib yang sama, sudah kerugian RM2,880!
Mungkin anda juga pernah terkena sebegini dan serik dengan peniaga yang tidak jujur.
Rasulullah
mula berniaga pada unur 12 tahun. Sifat Rasulullah saw seorang yang
amat jujur dalam perniagaan sehingga digelar Al-Ameen. Jujur dalam perniagaan itu adalah kunci kejayaan perniagaan yang di ajar oleh Rasul kita.
Jangan mudah mengalah!!
SALAM silaturrahim kepada semua hamba Allah yang dikasihi....
Setahu saya tiada seorang pun hamba Allah yang tidak mengidamkan
kejayaan dalam hidup. Terdapat berbagai cara bagi mencapai semua itu.
Namun yang penting ialah keazaman kuat untuk mendapatkannya. Ingin saya
berkongsi cerita mengenai beberapa individu yang mendapat kejayaan
melalui jalan penuh ranjau.
Suatu ketika dahulu di Amerika
Syarikat, seorang ibu miskin telah melahirkan anaknya di tangga sebuah
sekolah. Dalam saat genting itu dia menerima bantuan daripada para
penuntut dan guru-guru sekolah tersebut. Disebabkan kelahiran berlaku
dalam keadaan yang serba kekurangan, muka bayi yang dilahirkan itu
kelihatan senget sebelah.
Bila meningkat remaja, anak itu mula
menyimpan cita-cita hendak menjadi pelakon ternama. Matlamatnya sungguh
jelas. Oleh kerana itu dia mendaftarkan diri di sebuah sekolah
senilakon.
Setelah lulus pengajian dia mula menghadiri ujibakat
di mana-mana sahaja. Namun, nasibnya malang, tiada seorang penerbit
atau pengarah yang sudi mengambilnya berlakon dalam filem mereka.
Suatu hari selepas ujibakatnya gagal entah kali yang ke berapa, remaja
itu terus duduk menunggu di bilik pengarah. Dia enggan keluar walaupun
setelah diarah berbuat demikian. Pengarah yang berasa kasihan dengan
remaja tersebut lalu menawarkan satu peranan kecil. Tawaran tersebut
diterima kerana menganggap ia bakal membawa kepada tawaran yang lebih
besar pada masa hadapan.
Namun sebaliknya pula yang berlaku.
Sebaik sahaja sesi rakaman filem selesai, dia masih tidak ditawarkan
peranan berlakon lagi. Lalu bermulalah kembali sesi menghadiri ujibakat
yang ain.
Suatu hari dia pergi menonton pertandingan tinju di
antara juara terkenal, Muhammad Ali dengan Chuck Webner. Ramai penonton
meramalkan Muhammad Ali bakal menjadi juara. Memang tekaan mereka betul,
namun yang menjadi perhatian ialah kemenangan itu Ali peroleh hanya di
hujung pusingan akhir. Semangat Chuck Webner yang kental menarik
perhatian remaja tersebut.
Sikap Webner telah memberinya idea
untuk menulis skrip filem mengenai seorang peninju. Skrip yang mengambil
masa selama 84 jam untuk disiapkan itu diberi jodol “Rocky”.
Dia menjaja skrip itu ke sana ke mari namun tidak ada sesiapa yang sudi
membelinya sehinggalah saat dia bertemu seorang pengarah filem yang
menawarkannya AS$255,000 sebagai harga bagi skrip tersebut.
Dia memang gembira dengan tawaran itu namun disebabkan matlamat
cita-citanya jelas iaitu ingin menjadi seorang pelakon, dia hanya
bersedia menyerahkan skrip itu dengan syarat dirinya dipilih menjadi
pelakon utama.
Pengarah kurang bersetuju kerana baginya keadaan
fizikal remaja itu tidak melayakkan dia menjadi pelakon. Harga skrip
kemudian dinaikkan hingga ke AS$1 juta, namun tetap ditolak oleh remaja
yang sungguh bersemangat hendak berlakon. Akhirnya harga skrip
diturunkan kepada AS$35,000 sahaja dan si remaja diberi peluang
melakonkan watak utama.
Ternyata filem “Rocky“ mendapat
sambutan luar biasa. Penerbit mendapat untung AS$171 juta hasil jualan
tiket. Kejayaan ini membuahkan pula filem-filem susulan seperti “Rambo”,
“Rocky 2” dan lain-lain.
Menjelang ketika ini saudara tentu
sudah tahu pelakon mana yang saya maksudkan. Dialah SYLVESTER STALLONE.
Bermula dengan nasib yang terumbang-ambing, kini setiap kali Stallone
ditawarkan sesuatu watak, dia akan dibayar sekurang-kurangnya AS$20
juta.
Pernahkah saudara mengalami situasi yang dihadapi oleh
Stallone apabila segala usaha tidak membuahkan hasil yang diharapkan ?
Sesungguhnya ketika itu Allah sedang menguji saudara. Allah tidak
menguji seseorang itu di luar daripada kemampuannya.
Yang ini
pula merupakan kisah seorang pesara tentera berusia 60 tahun yang memang
handal memasak ayam goreng. Dia yakin ayam goreng dengan resepi
rahsianya itu akan laris di pasaran. Namun disebabkan kekurangan modal
untuk membuka kedai sendiri dia cuba menjual ayam goreng itu di berbagai
kedai lain.
Namun usahanya gagal sehinggalah dia menemui
pemilik kedai ke 1,008 yang bersedia menjualkan ayam gorengnya. Memang
ayam goreng itu laris dan kini telah menjadi terkenal di seluruh dunia
dengan nama Kentucky Fried Chicken. Pesara tentera yang tidak pernah
putus asa itu adalah Kolonel Sanders yang sangat dikenali ramai termasuk
kanak-kanak.
Saudara, apabila kita cuba mencapai sesuatu
tetapi masih belum mencapainya, bererti kejayaan itu masih tertangguh.
Ia hanya datang selepas kita berhempas pulas menghadapi cabaran.
Bagaimanapun, di saat kita berputus asa, kejayaan tertangguh tersebut
terus hilang.
Mengapa harus mengalah? Mungkin ini disebabkan
matlamat belum cukup jelas. Ingatlah when a vision is clear, the action
gets easier. Kalau berputus asa, ertinya kita sendiri tidak tahu apa
yang kita inginkan.
Wallahualam.
![]() |
| with my bestie frenz and biz partner... |
Langgan:
Catatan (Atom)