Khamis, 13 Januari 2011

Resepi Kari Laksa Mi

Atas permintaan ramai..heheh..ini resepi nak di kongsikan pd semua kawan2...

Bahan2nya:

10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 paket rempah kari daging BABAS
2 batang bunga kantan
1 ikat daun kesum
1/2 ekor ayam-di potong kecil
2 keping asam keping
1 cawan santan/ susu segar
1 sudu kerisik
1 tin ikan sardin-dilecek
Minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Bahan Hiasan:
limau kasturi
cili merah / cili padi
Kacang panjang dicelur
Mi/laksa/bihun
Fish Cake-digoreng
Telur rebus

Cara membuatnya:
1) Kisar bawang merah,bawang putih, bunga kantan di belah 2 ambil separuhnya,sejemput daun kesum dikisar halus.

2) Panaskan minyak dan tumis bahan dikisar sehingga naik bau.Kemudian masukkan rempah kari daging dan ayam BABAS kedalamnya.Tumis sehingga pecah minyak.

3) Masukkan sedikit air dan reneh hingga mendidih kemudian masukkan ayam dan kerisik.Setelah ayam hampir empuk masukkan ikan sardin yg telah dilecek,bunga kantan,daun kesum,santan,asam keping dan garam secukup rasa.Biarkan mendidih seketika sehingga bahan masak.
SELAMAT MENCUBA....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan