Isnin, 27 Ogos 2012

HUTANG!!


***Artikel WAJIB baca..Peringatan utk diri sendiri juga ni..^__^

HIDUP HUTANG KELILING PINGGANG

Kira kira 6 juta isi rumah di Malaysia berhutang RM 653 bilion.

Dalam keseronokan kita berbelanja pada musim perayaan Aidilfitri, elok kita menginsafi hakikat bahawa Iebih enam juta isi rumah negara ini kini menanggung hutang berjumlah RM653 bilion.


Segenap lapisan masyarakat di negara ini sanggup berhutang bagi memenuhi tuntutan gaya hidup moden termasuk mereka yang berpendapatan sekitar RM2,000 sebulan.

Namun hidup mereka akhirnya semakin merana apabila Jabatan Insolvensi Malaysia terpaksa mengisytiharkan 85,175 daripada mereka sebagai muflis kerana tidak mampu membayar hutang.

Tiga jenis hutang lazimnya dibuat oleh peminjam yang sesetengahnya mahu hidup bergaya iaitu hutang sewa beli kenderaan yang tinggi, pinjaman peribadi dan pinjaman perumahan.

HIDUP SESAK DIBELENGGU HUTANG

Rakyat Malaysia berhutang RM 108, 000 seorang dgn. jumlah terkumpul RM 653 bilion.

Kegilaan Masyarakat negara ini menjalani gaya hidup moden dgn. berhutang keliling pinggang begitu menggerunkan apabila maklumat terkini seperti yg. tertera di atas.

Kegagalan menguruskan Hutang mengakibatkan 85, 175 rakyat negara ini menjadi bankrap ketika usia muda.

KES MUFLIS DI MALAYSIA
Sebanyak 85.175 kes dari tahun 2007 hingga Mac 2012
Sewa beli kenderaan - 21,796 kes
Pinjaman peribadi - 12,547 kes
Pinjaman perumahan - 12.098 kes
Pinjaman Perniagaan - 9,865 kes
(Sumber : Jabatan Insolvensi Malaysia)

Tidak kah ianya menakutkan Anda?
Apa Balanya? Apa Tindakan Anda? 


Ramadhan yg penuh bermakna..

 ***Entry yg lama disimpan u ollz..baru hari ni berkesempatan nak update..

Alhamdulillah..baru hari ini berkesempatan utk menulis..
Tahun ini Ramadhan KIB agak2 sibuk..banyak perkara2 baru yg telah dilaksanakan..tidak seperti Ramadhan yg sebelum2 ini..
Walaupun tidak dapat menyempurnakan solat tarawikh sepenuhnya tetapi KIB cukup bersyukur dengan segala-segalanya..Banyak aktiviti sepanjang Ramadhan yg telah KIB sertai..

3hb - Birthday Shasha Zulaikha yg ke- 8
5hb - Gotong royong menyediakan bubur lambuk
7hb - Berbuka puasa bersama pekerja-pekerja syarikat suami
9hb - Birthday Saffiya Alieya yg ke- 5

Tambah kapsyen
 
mengeratkan silaturahim..
suami sedang mengoreng..
Alhamdulillah rezeki lebih..belanja berbuka puasa pekerja2 syarikat suami..
Dah lama tggl skill menjahit masa sekolah menengah dulu..KIB praktikkan semula..Alhamdulillah berjaya!!
Latest..Shasha dan Piya semasa Karnival bersama2 dgn Irma Hasmie..

Jumaat, 3 Ogos 2012

FORUM BICARA SELEBRITI

Program yang bakal mencipta impak dalam hidup anda seisi keluarga! Anda perlu menjadi sebahagian daripadanya. Manfaatkan petang Ramadhan juga hujung minggu anda bersama kami bermula jam 2.00 petang hingga 11.00 malam.

Anjuran: De Classic Life (M) Sdn Bhd (DCL)

Khamis, 2 Ogos 2012

Mengapa Terus Biarkan Diri Memberi Alasan

***Lagi perkongsian agar kita boleh bermuhasabah diri..Peringatan ini utk diri sendiri yg selalu lupa..^__^


Mengapa kita suka memberi alasan? Tidak tahu, tidak pandai, tidak seperti dia, tidak senasib baik seperti orang lain dan bermacam-macam lagi perkataan yang keluar dari hati dan perasaan kita. Adakah semua itu adalah alasan yang benar-benar dinamakan 'alasan' atau ia hanyalah sekadar perisai yang digunakan untuk menutup kelemahan diri sendiri?

Berapa tinggikah 'standard' diri kita selama ini? Adakah selama-lamanya dengan beralasan atau 'standard' diri kita memang kuat dan tinggi?


Hapuskanlah semua bentuk bahasa dibawah minda sedar kita ini selamanya kerana ia tidak membawa kita ke satu tahap yang tinggi seperti yang kita impikan. Jika ia masih lagi bersarang di minda, maka alasan akan terus menerus keluar dari sikap kita.


Fokuskanlah kepada apa yang kita impikan dan bukan apa yang tidak mahu. Jauhkanlah diri kita dari apa yang sering menyakiti hati dan perasaan kita. Jika itu yang berlaku kepada diri kita, maka semua yang kita harapkan berlaku akan menjadi satu keajaiban!


Tiada lagi alasan untuk kita terus menerus jauh dari kebahagiaan dan ketenangan. Tiada lagi alasan untuk orang lain terus menerus mengawal dan mengawasi kita. Kitalah yang menentukan apa yang kita impikan dan inginkan. Tiada lagi kesakitan jika kita membuang 1000 alasan dari diri kita selamanya!


Mengapa berhenti sekarang? Bergeraklah dan ubahlah sikap lama yang merugikan kepada yang menguntungkan!

Rabu, 1 Ogos 2012

Terapi Penawar Syifa-Hj Lokman Abdul Hamid

Hj. Lokman Abdul Hamid
(Perubatan Syifa' Al-Hidayah)

1, Jalan Bestari Indah,

Villa Bestari, Sg. Pusu,

Gombak

Tel: 019 315 9377


Perubatan Islam terapi penawar Syifa yang dikendalikan oleh Ustaz Lokman Abdul Hamid ada di siarkan dalam rancangan penawar SYIFA Siaran Astro Oasis,
Channel 106. Ia menayangkan dokumentari berkenaan Perubatan Syifa' Al-Hidayah. Rancangan 13 episod ini masih disiarkan secara ulangan di Astro Oasis.

Program ini mengfokuskan untuk penyakit-penyakit seperti pelbagai jenis penyakit kanser, jantung berlubang, sakit urat saraf, masalah kesuburan, sakit buah pinggang, sakit tulang belakang, sakit angin ahmar atau stroke dan lain-lain penyakit fizikal.


Pengacara program ini adalah Saudara Ashraf Muslim. Program ini akan memaparkan kaedah rawatan perubatan islam dan temubual pesakit-pesakit yang telah sembuh melalui
cara perubatan Syifa' Al-Hidayah. Ayat-ayat penawar untuk penyakit-penyakit akan juga di pamirkan dalam rancangan ini.

Jadual klinik Hj Lokman amat padat hingga temujanji untuk 2010 sudah penuh. Sesiapa yang ingin berjumpa Hj Lokman untuk tahun 2011, bolehlah mengambil nombor giliran untuk tahun 2011.


Alhamdulillah, ramai pesakit yang telah sembuh, beransur sembuh atau keadaan penyakit semakin baik setelah menjalani terapi Islam ini.


Bagi pasangan yang sukar mendapat zuriat, ramai yang berjaya mendapat zuriat setelah menjalani perubatan Syifa.


Alamat website: 
http://www.syifa-alhidayah.com

*** Sekadar sedikit perkongsian kepada yg masih mencuba untuk mendapatkan cahayamata.Salahsatu dari usaha..dan teruskan berusaha serta berdoa...