Isnin, 27 Ogos 2012

HUTANG!!


***Artikel WAJIB baca..Peringatan utk diri sendiri juga ni..^__^

HIDUP HUTANG KELILING PINGGANG

Kira kira 6 juta isi rumah di Malaysia berhutang RM 653 bilion.

Dalam keseronokan kita berbelanja pada musim perayaan Aidilfitri, elok kita menginsafi hakikat bahawa Iebih enam juta isi rumah negara ini kini menanggung hutang berjumlah RM653 bilion.


Segenap lapisan masyarakat di negara ini sanggup berhutang bagi memenuhi tuntutan gaya hidup moden termasuk mereka yang berpendapatan sekitar RM2,000 sebulan.

Namun hidup mereka akhirnya semakin merana apabila Jabatan Insolvensi Malaysia terpaksa mengisytiharkan 85,175 daripada mereka sebagai muflis kerana tidak mampu membayar hutang.

Tiga jenis hutang lazimnya dibuat oleh peminjam yang sesetengahnya mahu hidup bergaya iaitu hutang sewa beli kenderaan yang tinggi, pinjaman peribadi dan pinjaman perumahan.

HIDUP SESAK DIBELENGGU HUTANG

Rakyat Malaysia berhutang RM 108, 000 seorang dgn. jumlah terkumpul RM 653 bilion.

Kegilaan Masyarakat negara ini menjalani gaya hidup moden dgn. berhutang keliling pinggang begitu menggerunkan apabila maklumat terkini seperti yg. tertera di atas.

Kegagalan menguruskan Hutang mengakibatkan 85, 175 rakyat negara ini menjadi bankrap ketika usia muda.

KES MUFLIS DI MALAYSIA
Sebanyak 85.175 kes dari tahun 2007 hingga Mac 2012
Sewa beli kenderaan - 21,796 kes
Pinjaman peribadi - 12,547 kes
Pinjaman perumahan - 12.098 kes
Pinjaman Perniagaan - 9,865 kes
(Sumber : Jabatan Insolvensi Malaysia)

Tidak kah ianya menakutkan Anda?
Apa Balanya? Apa Tindakan Anda? 


1 ulasan:

  1. Jadilah usahawan DCL yang berjaya....pasti akan merasa money freedom.....DCL lebih adil lebih sukses.

    BalasPadam