Selasa, 25 September 2012

Menghadapi Celaan

Jangan biar unsur negatif orang lain mengeruhkan fikiran kita

BAGAIMANA kita menghadapi celaan, cemuhan dan hinaan yang dilontarkan orang lain kepada kita? Bagaimanakah sikap yang dianjurkan Islam dalam perkara ini?

JAWAPAN
CELAAN dan hinaan merupakan perkara biasa dalam hidup bermasyarakat. Setiap manusia tidak dapat lari daripada celaan dan cemuhan orang lain. Siapapun kita, di manapun kita berada akan selalu sahaja ada orang yang berkata buruk tentang kita.
Malah semakin tinggi darjat seseorang, semakin ramai orang yang mencela dan mencemuhnya. Bahkan Rasulullah SAW yang merupakan manusia terbaik tidak lepas daripada lidah keji manusia.
Sama ada yang berlaku semasa hidup baginda hingga ke hari ini. Kes video penghinaan terhadap Nabi SAW yang melahirkan bantahan di serata negeri-negeri Islam pada hari ini adalah salah satu daripadanya.
Jika Rasulullah yang maksum daripada dosa dicemuh orang, maka apatah lagi diri kita yang bergelumang dosa ini? Sudah pasti kita akan menerima hinaan dan cemuhan daripada pihak-pihak tertentu.
Kerana celaan suatu kepastian, maka kita mesti pandai menghadapinya. Siapa yang tak pandai menghadapi celaan, ia akan hidup dalam seksaan. Jangan biarkan ucapan negatif orang lain mengeruhkan fikiran kita, menguruskan tubuh kita dan menghalangi kita daripada aktiviti yang bermanfaat untuk masa depan kita.
Justeru, para ulama mengajukan beberapa tip yang boleh kita praktikkan agar kita tetap berfikiran positif apabila mendengar celaan atau cemuhan ditujukan kepada kita.

Berikut ini, saya akan menyebutkan beberapa daripada tip-tip tersebut.

Pertama, lihat celaan dan cemuhan itu sebagai salah satu cara penghapusan dosa. Sebagai insan biasa, kita pasti memiliki banyak dosa di sisi Allah SWT, sama ada disengaja ataupun tidak disengaja. Sebahagian dosa itu boleh dihapuskan dengan taubat dan istighfar, sebahagian yang lain hanya dapat dihapuskan dengan ujian hidup.
Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah seorang mukmin tertimpa kesusahan, kepenatan, kepeningan, kesedihan dan kesakitan, melainkan Allah menghapuskan dengannya sebahagian daripada dosa-dosanya. (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Kedua, jadikan celaan dan cemuhan itu sebagai pembakar semangat untuk mempertingkatkan diri. Celaan memang menyakitkan namun ia menyedarkan kita akan kekurangan diri yang mesti diperbaiki. Pastikan celaan itu tidak akan berulang pada masa yang akan datang.
Seorang pelajar bernama Sibawaih suatu hari hadir dalam majlis ilmu Hammad bin Salamah di Basrah. Apabila membaca sebuah hadis di hadapan gurunya, beliau tersilap membaca sebuah kalimat. Hammad mengherdiknya di hadapan orang ramai: "Engkau keliru, wahai Sibawaih!"
Sibawaih menjadi sangat malu sekali gus marah. Di dalam hati, beliau bertekad: Aku tidak ingin disalahkan lagi. Oleh itu, aku akan menuntut ilmu dengan rajin.
Pemuda ini lalu mendatangi seorang pakar bahasa Arab terkenal bernama Al-Khalil bin Ahmad dan menimba ilmu dengan tekun daripadanya. Kerana kesungguhan tekadnya, beliau lalu menjadi pakar bahasa Arab yang namanya tetap harum hingga ke hari ini.

Ketiga, terima celaan itu sebagai nasihat untuk perbaiki diri. Sebagaimana ucapan Imam Al-Ghazali: "Seringkali manfaat yang kita peroleh daripada celaan seorang musuh lebih banyak daripada manfaat yang kita dapatkan daripada nasihat seorang teman."
Menjaga hati
Seorang teman rapat mungkin segan memberitahu cacat kita kerana ingin menjaga hati kita atau kerana ia memang tidak dapat melihatnya. Sedangkan seorang musuh sangat tajam pandangannya dalam mencari-cari aib dan kekurangan kita. Maka manfaatkanlah kritikan dan celaan musuh itu sebagai cara untuk kita menyempurnakan diri.

Keempat, apabila cemuhan itu tidak berasas dan hanya lahir kerana kebencian buta, maka alihkan fokus pandangan kita ke tempat lain. Anggaplah orang itu bukan tengah memaki diri kita, akan tetapi figura lain ciptaan imaginasinya sendiri.
Pada masa hidup Rasulullah SAW, kaum Quraisy selalu mencaci maki dan melaknat baginda. Kerana bencinya mereka kepada Rasulullah SAW, mereka enggan menyebut nama Muhammad (maknanya: orang yang terpuji). Akan tetapi mereka menyebutnya Muzammam (bermakna: orang yang tercela). Mereka selalu berkata: Semoga Allah melaknat Muzammam", maksudnya: Muhammad.
Mengetahui makian ini, baginda hanya bersabda: Tidakkah kamu hairan bagaimana Allah memalingkan laknat dan celaan kaum Quraisy daripada diriku? Mereka mencela Muzammam, dan melaknat Muzammam. Padahal namaku Muhammad. (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari_
Demikian empat tip praktikal yang boleh kita laksanakan untuk menjaga kejernihan hati kita setiap kali mendengar celaan atau cemuhan orang lain kepada kita. Mudahan-mudahan bermanfaat. Wallahu a'lam.

Mari kita bersama-sama bermuhasabah diri..Sharing Is Caring
Artikel credit to Utusan Online

Bahaya KOLESTEROL


 
RAMAI sedar mengenai nilai pemakanan makanan yang mereka nikmati. Malah, soalan pertama yang sering ditanya adalah, "Berapakah nilai kolesterol yang terkandung dalam makanan ini?" Ini menunjukkan meningkatnya keprihatinan dan pengetahuan pengguna mengenai tentang kandungan yang paling digeruni dalam diet harian kita.

Adakah keprihatinan seumpama ini berasas? Pertama, wujud banyak kekeliruan berhubung kolesterol dalam diet dan kolesterol yang mengalir dalam darah kita. Kekeliruan ini diburukkan lagi apabila nilai kolesterol darah dilihat sebagai petunjuk kadar risiko kepada penyakit jantung koronari. Namun, semuanya semakin nyata apabila perbezaan di antara kolesterol pemakanan dan kolesterol darah mula diterima dan difahami.

Kolesterol pemakanan diperoleh daripada makanan yang berasal daripada binatang seperti daging, makanan laut dan telur. Orang ramai biasanya berpendapat minyak dan lemak kaya dengan kolesterol. Sebenarnya, kolesterol terkandung dalam banyak jenis makanan, termasuk makanan berasaskan tumbuhan seperti kekacang.

Ini kerana tumbuhan dan binatang menghasilkan kolesterol sebagai metabolit penting sepanjang kehidupan mereka dan ia diguna untuk mengekalkan sejumlah fungsi sel dan pembiakan. Di samping kolesterol, tumbuhan juga mengsintesis sejumlah kolesterol
(phystosterols) lain.

Kolesterol bukan satu keperluan pemakanan kerana ia boleh disintesiskan secara tersendiri dalam badan bagi memenuhi keperluan pembentukan membran, garam hempedu, hormon steroid dan vitamin D. Ia larut lipid (lemak) dan memerlukan lemak sebagai agen pembawa. Oleh kerana itu, kebanyakan kolesterol dalam tisu daging dan binatang terkumpul dalam deposit lemaknya. Kerana itu juga, ketika memasak hidangan, lemak dibuang daripada daging.

Walaupun lemak yang dapat dilihat dengan mata kasar pada daging merah dan ayam boleh dibuang, namun, lemak dalam otot akan tetap dimasak. Ini bermakna lemak tersembunyi dan sejumlah kecil kolesterol akan kekal dalam makanan. Telur pula disebut sebagai sumber pekat kolesterol makanan kerana kuning telur yang mengandungi anggaran 220-250mg kolesterol.

Minyak dan Lemak Sayuran

Semua minyak dan lemak berasaskan tumbuhan secara umumnya dikategorikan sebagai bebas kolesterol, satu definisi yang diperkenalkan melalui bahan penerbitan Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat. Peralatan analitikal moden mempunyai keupayaan mengesan yang tinggi sehinggakan kebanyakan makanan tumbuhan termasuk minyak dan lemak dapat dibuktikan mengandungi sterol-tumbuhan yang terhasil secara semula jadi.

Sejumlah yang sangat kecil daripada sterol-tumbuhan ini adalah kolesterol. Sekiranya anda bimbang mengenai pengambilan kolesterol yang tinggi, kurangkan atau tinggalkan terus pengambilan lemak haiwan termasuk mentega, lemak lembu, khinzir dan kambing.

Peratusan kolesterol makanan dalam minyak atau lemak paling tepat diukur dengan membandingkannya dengan telur. Sebiji telur bersaiz sederhana akan menyumbang anggaran 220mg kolesterol kepada makanan. Sila rujuk jadual berikut:

Kandungan Kolesterol dalam Minyak dan Lemak Makanan Utama.

Minyak Kelapa (14 mg/kg), Minyak Isirung Sawit (17 mg/kg), Minyak Sawit (18 mg/kg), Minyak Sawit Olein (15 mg/kg), Minyak Kacang Soya (28 mg/kg), Minyak Jagung (25 mg/kg), Minyak Bunga Matahari (27 mg/kg).

Mentega (2,500 mg/kg) Lemak Lembu (1,100 mg/kg) Lemak Khinzir (3,000 mg/kg) 1 kuning telur (220 mg/kg).

Di sesebuah negara seperti Malaysia, purata pengambilan minyak dalam lemak (yang nyata) adalah pada 50g sehari. Oleh kerana itu, sumbangan kolesterol daripada mana-mana minyak dan lemak berasaskan tumbuhan, termasuk minyak sawit dan minyak sawit olein, adalah pada purata hanya 1mg sehari. Realitinya, seseorang itu perlu mengambil hampir 11kg minyak (pengambilan selama 220 hari bersamaan 50g sehari) untuk menyamai kolesterol sebiji kuning telur.

Penyerapan Secara Semula jadi

Syukurnya, jumlah kolesterol makanan yang diambil tidak secara langsung menambah jumlah kolesterol darah bagi kebanyakan orang. Banyak kajian menunjukkan bagi individu normal yang sihat, hanya peratusan kecil kolesterol yang diambil akan diserap oleh tubuh. Bagi setiap pengambil 100mg kolesterol makanan, hanya antara 2 – 3mg yang diserap dan ditambah kepada jumlah kolesterol darah.

Bagaimanapun, bagi individu dengan profil genetik tidak normal atau pesakit jantung, adalah lebih baik sekiranya mereka mengikuti nasihat supaya menghindari makanan berlemak yang kaya dengan kolesterol. Ini kerana mekanisme tubuh mereka akan menerima kolesterol, tetapi tidak dapat memprosesnya secara berkesan untuk mengeluarkan kolesterol berlebihan.

Kolesterol dalam darah

Kolesterol darah

Darah yang berterusan dipam oleh jantung dan mengalir ke seluruh tubuh, membawa banyak nutrien utama dan penting bagi menyenggara dan mengekalkan kehidupan. Fungsi badan, seperti enjin yang terpelihara, memerlukan nutrien ini dalam jumlah yang mencukupi.

Kolesterol adalah satu komponen yang dialirkan oleh darah, diperlukan untuk banyak fungsi sel dan pembiakan. Jumlah kolesterol ini sebaiknya dikekalkan pada paras sebenar yang diperlukan oleh tubuh, dan dibawa oleh partikel protein-lipid yang dikenali sebagai lipoprotein. Peningkatan dalam jumlah kolesterol atau ketidakseimbangan pada pengaliran lipoprotein adalah membahayakan, dan boleh menyumbang kepada risiko besar penyakit jantung.

Pengiraan Kolesterol

Bagi individu sihat, jumlah keseluruhan kolesterol darah yang disarankan adalah kurang daripada 220mg sedeciliter (mg/dL). Kebanyakan doktor berpendapat 220-240 mg/dL sebagai kes `borderline', dan lebih daripada 240mg/dL sebagai hiperkolestromik (paras kolesterol darah berlebih). Bagi individu kategori ini, penurunan paras kolesterol darah memang disarankan, pertamanya melalui corak pemakanan, dan seandainya usaha ini gagal, terapi ubatan digunakan. Oleh kerana lipoprotein mengalirkan lemak dan kolesterol, sains telah mendefinisikan lipoprotein ini, serta komponen kolesterolnya berasaskan fungsi biologikal mereka.

Sejumlah besar kolesterol darah dibawa oleh lipoprotein berdensiti rendah (LDL). Penyelidikan menunjukkan bahawa LDL meningkatkan mendapan kolesterol dan lemak di dinding saluran darah, dan dengan itu meningkatkan risiko penyakit jantung.

Malangnya, manusia hidup dengan LDL. Justeru itu, memang ada keperluan untuk mengehadkan peningkatan kolesterol LDL sepanjang kehidupan manusia dengan memilih pemakanan dan cara hidup yang betul bagi mengurangkan risiko penyakit jantung.

Sama pentingnya juga, lipoprotein berdensiti tinggi (HDL) yang membawa struktur protein dan profil lipid yang berbeza daripada LDL. Ciri yang berbeza ini membolehkan ia melaksanakan fungsi biologikalnya, yang juga bertindak berlawanan berbanding LDL. HDL membawa kolesterol daripada sel kepada hati, yang mana ia diproses dan dibuang. Proses ini dipanggil `pengangkutan kolesterol berbalik' (reverse cholesterol transport), yang amat kritikal dalam mengekalkan keseimbangan kolesterol secara keseluruhan. Ini juga penyebab mengapa seseorang pakar kardiologi mengukur jumlah paras kolesterol - LDL dan HDL – untuk menerangkan mengenai status kesihatan jantung.

Pengambilan Secara Sederhana

Bagi mereka yang bimbang berhubung bilangan kolesterol, mereka dinasihatkan untuk memilih diet berhemat yang rendah lemak dan kolesterol pemakanan. Seperti yang disebut sebelum ini, adalah lebih mudah untuk mengenal pasti makanan yang kaya dengan kolesterol berbanding usaha untuk mengurang atau mengelakkan pengambilannya mengikut keperluan semasa.

Hubungan di antara kolesterol dan lemak dalam diet adalah lebih rumit. Tiada sesiapa yang berani menyarankan agar dihentikan terus pengambilan lemak oleh manusia. Kesederhanaan adalah jawapannya, serta pemilihan kombinasi lemak yang tepat juga penting. Ini kerana pengagihan kolesterol akan berkurangan dengan nyata.

Sebagai contoh, protein tertentu yang terkandung di dalam hati dapat mengenal pasti LDL lipoprotein. Dengan kehadiran asid lemak tepu, fungsi protein ini menjadi kurang berkesan dan hati juga kurang memproses lebihan kolesterol untuk dibuang daripada tubuh manusia.

Akibatnya, paras kolesterol darah, terutama kolesterol LDL, boleh meningkat. Begitu juga, seandainya terlalu banyak kolesterol makanan diserap ke dalam darah yang mengalir, aktiviti protein LDL akan tergendala. Inilah antara punca mengapa lemak tepu binatang dan minyak kelapa boleh meningkatkan kolesterol LDL.

Kaedah yang lebih bermanfaat adalah dengan meningkatkan kolesterol HDL, kerana ia menyebabkan pengangkutan kolesterol secara terbalik dan melindungi daripada penyakit jantung. Mereka yang secara semula jadi mempunyai jumlah kolesterol HDL tinggi memang bernasib baik. Ini bermakna mereka kurang berisiko untuk diserang penyakit jantung.

Amalan senaman dan pemakanan yang baik mungkin membantu meningkatkan kadar HDL, di samping pengambilan kombinasi lemak tertentu. Apa yang diperlukan di sini adalah suatu usaha untuk mengimbangi makanan. Caranya adalah dengan mengenal pasti makanan yang mengandungi lemak tepu, lemak tak tepu dan lemak poli tak tepu yang teradun secara semula jadi.

*** Mengikut pengalaman KIB semasa bertugas sebagai pembantu klinik, badan gemuk atau kurus bukan penentu tinggi atau rendahnya kolesterol dlm badan.Alhamdulillah paras kolesterol KIB masih ditahap yg normal..dan produk DCL banyak membantu mengawal kolesterol dlm badan..Jadi lebih baik mencegah daripada merawat.Kolesterol yg tinggi boleh menyebabkan pelbagai penyakit kronik yg sukar diubati.
Perkenalkan SET BEBAS KOLESTEROL..idea yg diilhamkan oleh biz partner KIB iaitu Kak Dasimah Mohd Drus..well done kak..great job!!
Dan inilah hasilnya..sesuai utk lelaki dan wanita..Mudah diambil dan dgn rasa yg sedap..^__^

Berminat boleh PM Kak Ina Bidadari 
atau mana2 biz partner KIB yea..
012-3171593

Isnin, 24 September 2012

Kita praktiskan..

my loving husband...pic 2 tahun lepas..gemukkss..
 
SETIAP hari sebenarnya adalah peluang yang terbaik untuk anda menzahirkan 
rasa penghargaan kepada pasangan.

Ia menunjukkan bagaimana besarnya hati anda terhadap pasangan atas setiap pertolongan mahupun pemberian atau bermaknanya hubungan a
nda dengannya.
Hargai pasangan anda atas sikap tanggungjawab dan perhatiannya bukan sebab kerjanya. Ia berasaskan apa sahaja, mungkin si dia membantu anda memasak, mengemas rumah, menjaga anak kecil, membuang sampah atau apa sahaja yang berkaitan dengan hubungan dan perasaan.
Beritahu juga pasangan anda mengapa anda begitu menghargai apa yang dia telah lakukan untuk anda biarpun dengan sekadar ucapan 'terima kasih'.
Namun untuk mengucapkan terima kasih anda perlu kreatif, sekiranya sebutan terima kasih hanya dilafazkan seperti selalu, tentulah kurang 'magisnya'.

Kreatifkan ucapan

Anda boleh menyebut 'saya menghargainya..., saya amat terharu..., semoga Allah merahmati sayang... jika pasangan anda terlupa membeli sesuatu di pasar raya atas pesanan anda mungkin anda boleh berkata, 'tiada masalah besar sayang...'

Beritahu masalah anda dengan jujur 

Jika anda mengalami masalah atau terpaksa bekerja lewat malam atau apa sahaja, beritahu pasangan anda dengan sejujurnya, seperti "sayang saya terpaksa bekerja lewat hari ini sebab hendak siapkan projek itu tapi saya rasa sangat bersalah kerana terpaksa meninggalkan sayang lebih lama," 
ini akan menyebabkan pasangan anda tidak terasa hati.

Beri nota terima kasih

Anda akan rasa terkejut membayangkan bagaimana hanya dengan nota terima kasih akan menyebabkan hari pasangan anda ceria.

Pujilah di depan orang ramai

Pernahkah anda memuji dan ucapkan terima kasih kepada pasangan anda di depan orang ramai atau jiran atau rakan? Ucapkanlah rasa penghargaan anda kepada pasangan ketika berada di kalangan sanak saudara untuk membayangkan rasa penghargaan anda kepada pasangan. Pasangan anda pasti terkesima.

Ketahui hatinya

Sekiranya pasangan anda kelihatan sedih dan rasa gelisah, usah diganggu dirinya, biarkan dia tidur seketika tanpa gangguan anak-anak daripada asyik bertanya mengapa, kenapa, apa sebabnya kepada pasangan anda atas sesuatu yang terjadi.

Guna kaedah biasa

Ini merupakan satu strategi yang biasa, gunalah hadiah atau bunga untuk menyatakan perasaan anda kepadanya. Tidak perlu mahal, cukuplah ia datang ikhlas dari hati.
 
*** Credit to Cgujinggo..

Sabtu, 22 September 2012

Apa itu KANSER

Sel sel Kanser

Definisi kanser.

Penyakit kanser berkait rapat dengan unit-unit sel badan. Setiap masa berlaku penggantian sel-sel baru kerana proses sel tua atau kecederaan. Badan anda membuat sel yang mencukupi dan membina sel yang sama jenis. Kadang kala sel-sel baru ini membahagi tanpa henti. Sel-sel tambahan ini adalah tidak normal. Sel-sel ini akan membentuk satu tumbuhan tisu yang dipanggil tumor. Tisu tumor ini akan mengepit sel-sel normal sekitarnya dan mengambil makanan daripadanya. Tumor ini boleh menjadi kanser.

Tumor malignan atau benigna.

Tumor boleh jadi tumor benigna atau malignan. Tumor benigna masih boleh menimbulkan masalah jika tumbuh di dalam otak kawasan yang tertutup. Kanser atau tumor malignan merebak dan memusnahkan sel-sel sekitaran dan merebak jauh ke bahagian badan lain.

Barah merebak ke organ-organ lain.

Ketumbuhan malignan terdiri dari sel-sel barah. Sel-sel kanser ini akan merebak ke tempat –tempat lain menerusi aliran darah atau saluran limfa jika ia tidak dirawat.

Adakah anda tahu penyebab kanser?

Kejadian sebenar kanser sehingga kini masih tidak diketahui. 90% kanser berkait rapat dengan gaya hidup dan alam sekitaran.
Faktor-faktor risiko kanser ialah:
  • Sejarah keluarga kanser.
Jika anda mempunyai keluarga yang menghidap sebarang jenis kanser berkemungkinan besar anda lebih berisiko tinggi untuk mendapat barah.
  • Amalan pemakanan(diet).
Dianggarkan 30-40% kanser dikaitkan dengan amalan diet anda. Lemak berlebihan berkait rapat dengan kanser kolon dan barah payudara.
Kanser esofagus, kanser perut dan kanser nasofarinks mempunyai kaitan dengan pengambilan makanan yang digaramkan dan bersalai.
  • Rokok.
Kanser paru-paru dikaitkan dengan amalan merokok. 90% daripada pesakit kanser paru-paru adalah perokok.
Tar di dalam tembakau rokok juga dikaitkan dengan kanser larinks, kanser mulut, kanser farinks,kanser esofagus,kanser pundi kencing,kanser buah pinggang dan kanser serviks.
  • Tabiat seks.
Mempunyai tabiat bertukar-tukar pasangan dalam hubungan seks dan memulakan tabiat di usia muda menambah risiko kanser serviks.
  • Sirih dan tembakau
Mengunyah sirih dan tembakau mungkin menyebabkan kanser mulut.
  • Jangkitan hepatitis B.
Kanser hati mempunyai hubungan dengan jangkitan virus hepatitis B.
  • Amalan cara kerja.
Anda terdedah kepada kanser tertentu jika terdedah di persekitaran kerja yang melibatkan bahan karsinogen.

Langkah-langkah pengesanan awal kanser

Melakukan ujian saringan kanser atau lebih dikenali sebagai pengesanan awal kanser amat penting.
Rawatan segera hasil dari pengesanan awal kanser menambah peluang pesakit kanser untuk terus hidup berkualiti.

Apa yang patut anda lakukan?

9 tanda amaran awal kanser.
Anda harus peka dengan tanda-tanda ini:
  1. Batuk berterusan dan berkahak darah.
  2. Sebarang perubahan pada payudara seperti gumpalan atau bisul berpanjangan.
  3. Perubahan pada amalan membuang air besar.
  4. Pendarahan faraj selepas bersetubuh atau selepas putus haid.
  5. Leher benjol yang tidak ada sebelumnya.
  6. Suara yang garau dan berubah dari asal lebih dari dua minggu.
  7. Sakit atau ketidakselesaan di dalam perut yang berterusan.
  8. Ulser,bengkak atau tompok-tompok putih dan merah yang tidak hilang selepas rawatan.
  9. Pendarahan hidung berlebihan, hilang fungsi pendengaran dan telinga yang berdengung.
Langkah-langkah pencegahan kanser
Mengamalkan gaya hidup sihat boleh mencegah dan mengurangkan risiko kanser.
Umumnya langkah yang boleh anda lakukan ialah:
  • Pengesanan awal kanser payudara dengan pemeriksaan sendiri payudara setiap bulan
  • Tidak merokok
  • Kurangkan makanan berlemak dan banyakan buah-buahan dan sayuran
  • Kekalkan berat badan ideal dengan senaman tetap dan makanan yang seimbang
  • Elakkan hubungan seks rambang
  • Tidak minum alkohol secara berlebihan
  • Elakkan mengunyah sirih dan tembakau serta amalkan penjagaan mulut yang baik
  • Dapatkan imunisasi hepatitis B

Join TEAM KIB..

Bisnes ini terlalu mudah..semudah ABC..
KIB mencari-cari AGENT DCL baru di sekitar Shah Alam, Subang Jaya dan Puchong yg benar-benar komited dan jujur..
3 sebab kenapa anda harus memilih DCL utk membina peluang kejayaan..
Sudah berkali2 KIB terangkan..dan suka rasanya KIB terangkan lagi dan lagi..kerana disebabkan alasan dibawah membuatkan KIB terus jatuh cinta pd DCL..

Pertama..
Tentulah sebab pengasasnya adalah seorang anak bangsa melayu beragama islam..
Inilah pengasasnya Dato Dr Stapa Omar..mempuyai pengalaman dalam bidaing MULTILEVEL MARKETING hampir 30 tahun.
 

Kedua..
Syarikat yg telah beroperasi semenjak tahun 1998 sehingga kini dan GAH berdiri tersergam indah di Wangsa Melawati.Mempunyai 22 buah anak syarikat dibawahnya..dan sememangnya KUKUH dan SELAMAT.Memiliki kilang di Puchong manakala setiap produk di R&D di makmal yg terletak di Kepong serta dikawal sepenuhnya oleh MARDI.

Pejabat Urusan DCL

Foto: Kilang Proses Produk DCL...
@Puchong...
Kilang di Puchong

Ketiga..
Produk yg bertaraf dunia..Bukti sudah cukup jelas menunjukkan kemenangan dlm anugerah SME's BEST BRAND LAUREATE 2009, 2010 dan 2011..Wow..hatrik kan..
Disebabkan itulah produk kita telah memasuki ke 6 buah negara antaranya INDONESIA, THAILAND, BANGLADESH, SINGAPORE, BRUNEI termasuk MALAYSIA dan terbaru kita telah berjaya menembusi pasaran KOREA SELATAN..warga K-POP dah berBIDADARI..hik



Dan semakin hari semakin teruja buat DCL bukan kerana nilaian RM..sungguh..ini benar2 kenyataan jujur..sebabnya kerana adanya TABUNG JIHAD dan TABUNG KHAIRAT KEMATIAN...
Dua tabung ini yg membuatkan KIB benar2 buka mata dan hati..
Dalam kita membuat bisnes dlm tidak sedar kita telah memberi sumbangan..
Alhamdulillah..semakin hari produk DCL semakin mendapat tempat di hati semua..
Jomlah join team KIB..
Cara KIB mudah..semudah ABC juga..^__^
Anda diberikan kebebasan sepenuhnya utk menjalankan bisnes ini mengikut keselesaan..
Im very simple person dan happy go lucky too...
KIB akan bimbing anda..biarlah berapa byk persoalan yg anda ingin ajukan..KIB sedia menjawabnya..
Dalam DCL kita ada ramai pemimpin yg TERBUKTI BERJAYA yg boleh dijadikan rujukan...
KIB suka nyatakan disini..
Ini bisnes anda..jgn buat utk orang lain tapi buat utk diri sendiri..
Dalam perniagaan kita harus jujur..Jujur bila kita kata nak jayakan orang lain..
Yes..mmg itu yg KIB pegang..Bukannya semua anak buah bimbingan KIB laju..tapi sebagai orang yg dipertanggungjawabkan utk membina kejayaan atas kejayaan orang lain..kita harus terus menerus beri bimbingan..bukan KIV..
Dan tegurlah KIB jika cara KIB tidak menyenangkan..
Luahkan saja idea2 anda selagi masih dilandasan yg betul..Jangan sekat kreativiti anda hanya kerana berpegang pd brand.. 

Mulakan bisnes DCL anda..dgn bermodalkan RM 1000.00 sahaja..
Anda layak stokis di tempat anda..
Rebet 6% setiapa kali penebusan produk..
Bonus prestasi sehingga 15%
Melayakkan pangkat pertama Ruby Manager berserta pin dan sijil penghargaan
Produk pilihan sendiri dan
PERCUMA 6 biji cawan limited edition RED GUARA CAFE.



Mudah..anda tidak perlu buka kedai..Just letak produk pilihan anda tadi di dalam almari comel..dan letakkan diruangtamu..Itulah SOHO..
Dgn sedikit teknologi moden..berniaga secara online..tiada yg mustahil..tapi keep on doing x kisah mcmana pun..Janji ada urusan jualbeli..:-)

Hubungi KIB dan booked appointment..
Free Consultation..
012-3171593
 


Rabu, 19 September 2012

PCOS sukar dirawat

Polycystic ovary syndrome (PCOS)



Penyakit ini menjadi salah satu punca utama kemandulan.

Mengapa sukar merawat PCOS ?


1. Salah satu
punca penyakit PCOS adalah cacat baka / genetic - dimana gene yang mengawal hormon subur adalah cacat sejak lahir. Tidak ada rawatan untuk membetulkan kecacatan genetic ini. Kita bergantung dengan usaha mengubah faktor2 lain sahaja , ini pun banyak bergantung kepada azam dan kesungguhan pesakit PCOS.

2. Kegemokkan / obesity adalah faktur kedua pentingnya dalam kejadian PCOS. PCOS sering dikaitkan dengan penyakit diabetes dalam keluarga. Begitu juga obesity juga dikaitkan dengan diabetes dan baka. Usaha untuk mengurangkan berat badan memang sangat sukar, mudah untuk naik berat badan , tapi hendak turun memang perlu azam dan ketabahan. Penurunan berat badan merupakan rawatan yang terpenting bagi meningkatkan kesuburan dikalangan pesakit2 PCOS. Cara2 yang paling berkesan ialah dengan
DIET, iaitu mengurangkan makanan carbohydrate dan gula, dan exercise untuk membakar lebihan gula dan lemak dalam badan.


3. Tiada ubat khusus untuk PCOS, kerana ia rangkaian berbagai masalah termasuk, insulin resistance, hormone imbalance antara FSH / LH, hormon testosterone tinggi, estrogen tinggi, progesterone rendah, Akhirnya sel2 benih/telor tidak dapat dimatangkan.

Seringkali ubat subur clomid dengan dose tertinggi diperlukan (200 - 250 mg), dan jika gagal ubat gonadotrophin secara suntikan diperlukan dan ubat ini sangat mahal harganya, sedang kadar kejayaan hanya 30% sahaja.

4. Kegunaan ubat2 supplement boleh membantu untuk kurangkan berat badan, kurangkan insulin resistance seterusnya mengurangkan gula dalam badan, mengurangkan hormon testosterone. Saya sering beri pesakit2 ubat adipex, metformin, dan saw palmetto.Perlu diingat pesakit2 PCOS tidak bolih bergantung kepada ubat2 tersebut terlalu lama, munkin antara 3-6 bulan sahaja.


5.
Saya nasihatkan makan banyak buah2 dan sayuran serta ulam2. Makanan yang banyak mengandungi bahan2 pengawet, perisa dan pemanis perlu dijauhkan termasuk fast dan junk foods. Segala kebaikkan saperti vitamins, antioxidants, logam dll adlah terkandung dalam buah2, sayur2 dan ulam2.
Cadangan KIB ambil NUCELL

6. Jangan mudah putus asa, teruskan usaha sampai hamil.Perubahan dalam cara gaya hidup sangat penting terutama tabiat makan dan pilihan jenis makanan yang berzat dan berkhasiat. Pilih makanan yang segar/fresh tanpa diperoses, tanpa pengawet, perisa dan pemanis. Lakukan gerak tubuh/exercise , mungkin buat jogging 30 minit sehari. Lakukan breathing exercise/yoga untuk relxation, hilangkan stress dengan baca quran dan berzikir.


7.
Cuba buat IUI apabila ada telor matang selepas makan clomid dos tinggi, ini munkim bolih menambah peluang untuk hamil. Biasanya jika ada pematangan telor kehamilan akan berlaku secara spontan tanpa memerlukan IUI.

8.
Laparoscopic ovarian drilling , ia itu satu kaedah pembedahan untuk menyuburkan ovary perlu dilakukan jika tiada pematangan telor walaupun dengan clomid dos tinggi. Rawatan ini dapat  menurunkan tahap hormon testosterone yang sering menganggu pematangan telor. Selepas ovarian drilling ubat subur clomid dos tinggi masih diteruskan selama 3 pusingan haid. Peluang hamil lepas rawatan ini 40-50 %.

9.
Bayi tabung uji atau IVF munkin bolih dicuba sebagai langkah terakhir, itu pun kalau berjaya merangsang pematangan telor. 

Credit to Dr Hamid Arsat

Sabtu, 15 September 2012

Kenali Manfaat dan Kesan Sampingan-ACAI BERRY

ACAI BERRY


Ada banyak manfaat kesihatan yang boleh diperolehi dengan mengambil Acai berry.
Artikel ini akan membincangkan mengenai manfaat dan kelebihan Acai berry yang dilanjutkan dengan pembahasan mengenai kekurangan atau kesan negatif yang boleh ditimbulkannya.
Acai berry dikenali mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi.
Dalam tubuh, antioksidan membantu meneutralkan radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel dan menyebabkan masalah kesihatan lain seperti mencetuskan kanser.
Saat meneutralkan radikal bebas, antioksida juga akan digunakan sehingga lama-kelamaan jumlahnya jadi berkurang. Ini bererti tubuh perlu terus menerus mendapatkan bekalan antioksidan.
Agar antioksidan yang hilang terganti dengan cepat, maka kitakan terfikir untuk memilih makanan yang mempunyai kandungan antioksidan tinggi.
Menurut beberapa kajian bebas, Acai berry terbukti memiliki kandungan tertinggi antioksidan berbanding jenis makanan dan suplemen lain.
Penelitian lanjutan diperlukan untuk mencari manfaat lain dari makanan ini. Tapi hasil kajian awal telah menunjukkan bahawa Acai berry boleh memberikan banyak keuntungan untuk kesihatan.
Selain melawan radikal bebas, antioksida juga akan membuat tubuh terasa lebih fit dan bertenaga.
Acai berry juga mempunyai kandungan serat yang tinggi. Diet serat tinggi akan sesuai digunakan oleh sesiapa saja yang hendak menurunkan berat badan.
Diet sihat kaya serat yang digabungkan dengan sukan teratur akan membuat program penurunan berat badan berjalan lebih lancar.
Setelah senarai manfaat diatas, lantas adakah kesan sampingan Acai berry?
Setakat ini hanya satu kesan 'negatif' Acai berry yang telah ditemui iaitu orang yang mengambilnya akan cenderung kehilangan nafsu makan.
Walaupun ini dianggap sebagai 'negatif', penurunan nafsu makan justeru akan menjadi berita baik bagi orang yang hendak mengurangkan berat badan.
Memang, bagi orang yang berniat menambah berat badan, mengambil Acai berry boleh jadi tidak terlalu tepat. Jangan bimbang, pengambilan saja dalam jumlah yang kecil sehingga anda masih boleh mendapatkan segala manfaatnya.
Acai berry dilaporkan juga boleh mencetuskan reaksi alergi. Tapi seperti semua jenis makanan atau suplemen lain, risiko alergi selalu boleh timbul.
Ketika baru pertama kali mencubanya, pastikan anda mengambilnya dalam jumlah yang sedikit untuk melihat ada tidaknya reaksi alergi.
Selain dari dua kesan 'negatif' atas, Acai berry merupakan sumber makanan ideal untuk meningkatkan taraf kesihatan anda.
Inilah produk Acai berry keluaran De Classic Life (M) Sdn Bhd..
Alhamdulillah, KIB dah amalkan produk ini setahun lebih sudah..dan tiada sebarang kesan sampingan yg terjadi..:-)
Malahan, manfaatnya kulit lebih cantik dan gebu, berat badan berkurangan dan KIB kekal sihat..
Cubalah acai berry dari DCL..kerana setiap pembelian sekotak Nucell, 0.25% telah disumbangkan kepada golongan miskin, anak2 yatim, ibu tunggal dan warga emas..
Jom kita sihat dan cantik sambil beramal..

WM: RM 89.00 EM: 96.00 S :$ 50.00
Berminat??!!
Hubungi / SMS Kak Ina Bidadari  012-3171593

Khamis, 13 September 2012

Keyakinan terserlah dgn SWA!!


Bukan nak gah-gahkan diri atau menunjuk-nunjuk..sesungguhnya KIB cukup bersyukur dgn kurnia Allah SWT..anugerah yg tidak terhingga yg diberikan bukan utk kita sia-siakan..malahan harus dibelai dan dijagai dgn baik..
Baru2 ini KIB hadirkan diri ke Majlis perkahwinan majikan lama KIB dulu...anak beliau yg sulung melangsungkan perkahwinan gilang gemilang di Kelab Shah Alam, Selangor..
Ini bukanlah kali pertama KIB jejakkan kaki di kelab tersebut..apa yg menariknya..Ini kali ketiga KIB menghadiri majlis perkahwinan berkonsepkan sebegini..
Segala2nya dirancang secara teratur..dari awal majlis hinggalah keakhirnya..Alhamdulillah majlis berjalan dgn lancar sekali..
Dan inilah masanya KIB bertemu semula kawan2 seperjuangan semasa bekerja sebagai pembantu klinik..
Bila dah berjumpa mmg tak hingat langsung..majlis yg agak formal tu..kami huru hara dgn gelak ketawa kami,...
hehe..biasalah..bila sekali sekala bertemu banyak benar cerita yg ingin dikongsikan...
Dan yg paling best sesi bergambar...psst...ada org ingat KIB masih belum kahwin masa tu..ayoyo...(kembang kejap...)ahhaha
Ini sedikit gambar semasa majlis tersebut..
Dan cukup puas hati sbb orang lepas raya naik berat badan tapi KIB still maintain dgn set SWA...dan kulit muka tampak lebih berseri2..masih yg ada kata rugi mengamalkan..
Hasil amalkan secara konsisten..mmg berbaloi2...
Jom cuci mata tgk pic kat bawah...^__^ 
cantik pic ni...tangga tu..menarik...

Bersama rakan2 seperjuangan dahulu...
sebelah tu yg terselit Dr Fakhruddin...
with zura..anak dara lgi ni...Dr Din xabis2..hehe
bersama Farah baru 20an..anak dara lg beb..bandingkan dgn KIB 30an anak 3 dah..
mmg terasa keyakinan makin menyerlah...jom berSWA..
Set Wanita Anggun cuma RM 262.50..FREE GIFT menanti anda!!

Cubalah satu set hari ini...
Booked appointment dgn Kak Ina Bidadari 012-3171593

Sabtu, 8 September 2012

Kesan Sampingan Ubat


Ubat-ubatan

KESAN SAMPINGAN UBAT - UBATAN  

Memang tidak boleh dinafikan bahawa ubat - ubatan untuk merawat berbagai - bagai jenis penyakit yang dihidapi oleh manusia telah mengubah corak penyakit - penyakit yang membawa maut kepada manusia. Dengan adanya berbagai - bagai jenis antibiotik penyakit - penyakit yang sering membawa maut kepada manusia pada suatu masa dahulu seperti penyakit batuk kering , demam kepialu ( typhoid ) , lembab paru - paru ( pneumonia ) telah dapat dikawal. Hari demi hari jenis ubat - ubatan yang baru yang lebih berkesan untuk membunuh kuman - kuman bakteria , kuman parasit dan sebagainya telah berjaya dikeluarkan untuk kegunaan para doktor. Sekarang jenis ubat - ubatan hampir tidak boleh dikira banyaknya.

Pesakit - pesakit yang berjumpa doktor mengharapkan doktor akan memberi mereka ubat - ubatan untuk menyembuhkan penyakit yang dihidapi. Tetapi ramai diantara mereka tidak memahami atau sedar bahawa ubat - ubatan boleh memberi kesan sampingan yang tidak diingini. Terdapat ubat - ubatan yang jarang - jarang sekali memberi kesan sampingan yang tidak diingini tetapi ada juga ubat - ubatan yang sering membawa kesan ini dan tiada biasa digunakan oleh para doktor kecuali jika difikirkan amat perlu untuk menyelamatkan nyawa pesakit itu.

Seorang doktor yang merawat pesakitnya sudah tentulah terpaksa menimbangkan apa yang dipanggil risk benefit ratio untuk mengunakan sesuatu jenis ubat - ubatan itu. Dia terpaksalah mencari ubat - ubatan yang paling rendah risiko kesan sampingan yang tidak diingini dan sebaliknya memberikan manfaat yang lebih kepada pesakit itu.

Kesan sampingan sesuatu ubat - ubatan yang digunakan itu mungkin sukar dikenali kerana ia boleh menyerupai berbagai - bagai jenis penyakit seperti penyakit yang disebabkan oleh kuman virus , penyakit alahan dan sebagainya. Umpamanya seorang pesakit yang dapat penyakit demam selsema dirawat dengan ubat seperti panadol , antihistamine seperti phenergen atau kadangkala dengan sejenis antibiotik. Selepas satu hari memakan ubat - ubatan itu timbullah merah - merahan di kulit badan pesakit. Sama ada disebabkan oleh penyakit yang dirawat atau disebabkan oleh satu daripada ubat - ubatan yang digunakan akan menjadi tanda tanya yang mungkin sukar dijawab. Kadangkala ibu memikirkan yang anaknya telah menghidap penyakit campak walhal bintik merah - merah di tubuh badan anaknya itu kebetulan adalah disebabkan oleh ubat - ubatan yang digunakan.

Aspirin merupakan ubat yang sungguh berkesan untuk menurunkan demam seseorang pesakit. Tetapi ia boleh menyebabkan sakit perut akibat ' gastritis ' sehingga boleh membawa kepada pendarahan  di dalam perut. Jika ini berlaku najis pesakit itu kelihatan hitam akibat darah yang telah bercampur dengan asid di dalam perut dan pesakit boleh memuntahkan kandungan perutnya yang kelihatan seperti kopi. Ada terdapat juga orang yang alah kepada aspirin. Setiap kali dia memakan ubat itu akan timbul kegatalan pada kulitnya. Kanak - kanak yang lelah boleh timbul lelahnya apabila dia diberi aspirin ; para doktor tidak gemar memberi aspirin untuk merawat kanak - kanak kecil yang demam kerana ada pendapat yang mengatakan bahawa pengunaan aspirin ada kaitan dengan kejadian Sindrom Reye's yang melibatkan hati (liver) dan urat saraf kanak - kanak ini dan membawa kepada kegagalan sistem hati (liver failure) serta gangguan fungsi urat saraf. Aspirin juga digunakan untuk merawat penyakit seperti Rheumatoid Arthritis. Jika ubat ini dimakan dengan terlalu lebih boleh membawa kepada keadaan bingit di telinga (tinnitus) , perasaan huyang - hayang (vertigo) dan muntah - muntah. Seseorang kanak - kanak yang menghidap lelah banyak mendapati yang keadaannya boleh dikurangkan dengan memakan ventolin. Tetapi adakalanya ubat ini boleh menyebabkan kanak - kanak itu ketar tangannya dan ini mungkin mengeluh jantungnya berdebar - debar.Ubat - ubat yang mengandungi aminophylin seperti Neulin boleh menyebabkan berbagai -bagai gejala seperti ketar , perasaan huyung - hayang , sakit kepala dan sakit perut. seorang pesakit yang biasa saya rawat telah menelefon saya mengatakan yang anaknya tidak lagi lelah selepas memakan ubat ini tetapi mengeluh sakit perut. Apabila dia menghentikan memakan ubat Neulin sakit perutnya lega.
Cadangan produk : AMAZING, DBLESS, EGNIUS, NIGELLA

Ubat yang mengandungi bahan besi (iron tablets ) boleh menyebabkan sakit perut , membuatkan najis bewarna hitam. Ferrous sulphate biasa menyebabkan keadaan ini dan didapati Ferrous Fumarate lebih sesuai bagi kita kebanyakan mereka yang memerlukan bahan besi sebagai bahan rawatan anaemia .
Cadangan produk : NUCELL

Ada terdapat kanak - kanak yang menghidap penyakit sawan dengan kerapnya semasa diberi ubat disebut anti-convulsant. Terdapat pula berbagai - bagai jenis anti - convulsant seperti phenobarbitone , epilim ( sodium valproate ) , tegretol ( carbamazepine ) , mogadon ( nitrazepan ) dan sebagainya. Semua ubat - ubatan ini boleh memberi kesan sampingan dan pesakit - pesakit perlulah diawasi oleh doktor - doktor semasa mereka menerima rawatan ini . Kalau timbul kesan - kesan sampingan perlulah dilaporkan supaya dapat dinilai sama ada gejala - gejala itu disebabkan oleh ubat - ubatan yang berkenaan ; jika difikirkan ada perkaitan di antara gejala - gejala itu dengan ubat - ubatan yang telah diberi ubat - ubatan yang lain yang lebih sesuai boleh disarankan. Umpamanya seseorang kanak - kanak yang diberi ubat phenobarbitone kerana sawan boleh didapati selalu mengantuk dan mungkin menjejaskan pembelajarannya di sekolah ;sebaliknya ada pula kanak - kanak yang didapati sangat resah dan tidak boleh diam (hyperactive ). Jika ini berlaku doktor akan menilaikan sama ada perasaan mengantuk itu disebabkan oleh terlalu banyak phenobarbitone yang dimakan supaya dapat dikurangkan. Jika kanak - kanak itu didapati sangat resah disebabkan phenobarbitone ubat - ubatan yang lebih sesuai akan digunakan. Ubat ini didapati sesuai bagi kanak - kanak yang sawan yang memerlukan ubat seperti epilim ( Sodium Valproate ) tetapi adalaporan berlakunya gangguan kepada sistem hati atau liver hingga membawa maut kepada beberapa orang kanak - kanak yang mengunakan ubat ini. Tetapi saya tegaskan disini bahawa ubat seperti epilim ini adalah sangat berkesan dan kesan - kesan sampingan seperti ini jarang - jarang sekali berlaku tetapi adalah penting bagi seseorang doktor yang mengunakan ubat ini selalu mengawasi yang si pesakit tidak menunjukkan tanda - tanda gangguan sistem hati. Biasanya keadaan ini berlaku ke atas sekumpulan kecil kanak - kanak sahaja. Adalah difikirkan keadaan ini berkaitan dengan konstitusi kanak - kanak itu sendiri dan tidak ada kena mengena dengan terlampau banyak ubat digunakan.
Cadangan produk: EGNIUS
 
Ubat steroid memang selalu dikenali sebagai ubat yang mempunyai potensi memberi kesan sampingan yang merbahaya terutamanya jika digunakan dengan berlebihan. Steroid adalah ubat yang sangat berguna dalam merawat berbagai - bagai penyakit tetapi jika terlalu banyak digunakan boleh menyebabkan seseorang kanak - kanak itu menjadi bulat (moon face) , mengubah corak bahu (buffalo hump) dan jika digunakan dengan lama ubat ini akan menjejaskan tumbesarannya. Ada banyak lagi kesan - kesan sampingan seperti penggunanya lebih mudah diserang penyakit dan glukos boleh dikesan pada kencingnya seperti orang yang menghidap penyakit kencing manis. kadangkala selepas ubat ini diberhentikan kanak - kanak itu mendapat sakit kepala sehingga merunsingkan para doktor kerana mereka tidak pasti sakit kepala itu disebabkan oleh tumbuhan otak. Keadaan ini telah dikenali sebagai ' Benign intracranial hypertension ' dan akan reda dengan sendirnya tampa apa - apa rawatan.
Cadangan produk: NIGELLA, DBLESS 
 
Satu jenis antibiotik yang biasa digunakan bagi rawatan orang dewasa yang menghidap jangkitan bakteria ialah ' tetracycline '. Ubat ini tidak sesuai digunakan oleh kanak - kanak kerana boleh membawa kepada kekuningan gigi yang tidak boleh hilang. Sewajarnyalah ubat ini tidak boleh digunakan untuk kanak - kanak.

Vitamin memang selalu diberikan kepada kanak - kanak dan biasanya bancuhan yang disediakan itu mengandungi bahan - bahan vitamin yang tidak membawa kesan sampingan kepada kanak - kanak. Tetapi jika vitamin seperti vitamin D digunakan dengan berlebihan kanak - kanak itu boleh merasa kehausan , kencing dengan banyaknya akibat ketinggian tahap kalsium di dalam darah. Jika keadaan ini berterusan dengan lamanya ia boleh membawa batu karang dalam buah pinggang ( nephrocalcinosis ). Vitamin A jika dimakan dengan terlalu banyak boleh membawa kepada sakit perut , kulit yang kering , sakit tulang - tulang, sakit kepala dan sakit otot - otot.
Cadangan produk: EGNIUS
 
Kesimpulan
Hampir semua ubat - ubatan mempunyai potensi memberi kesan sampingan kepada seseorang pesakit. Kadangkala kesan sampingan itu tidak disedari kerana tanda - tandanya hampir sama seperti penyakit - penyakit seperti jangkitan - jangkitan , penyakit alahan , penyakit metabolik dan sebagainya. Ada ubat - ubatan yang membawa kepada penyakit kulit , penyakit mata , penyakit hati (liver) , buah pinggang , penyakit sistem digestif dan membawa kesan urat - saraf. Kesan sampingan ini boleh disebabkan oleh terlalu banyak makan ubat , kurang ketahanan kepadanya (intolerance) , Idiosinkrasi atau alahan. Penting juga ditekankan bahawa seseorang wanita yang sedang mengandung bukan hanya terdedah kepada kesan - kesan sampingan sesuatu ubat yang dimakannya tetapi janin yang dikandunginya juga mungkin terdedah terutamanya jika ubat itu dimakan pada trimester yang pertama di mana proses pembentukan organ - organ sedang pesat barjalan. Oleh itu wanita yang mengandung mestilah berhati - hati supaya mendapatkan nasihat doktor supaya ubat yang boleh menjejaskan pertumbuhan janin boleh diketapikan.
Penicillin adalah sejenis antibiotik yang sangat mujarab dan telah banyak menyelamatkan nyawa manusia dari penyakit - penyakit berjangkit . Tetapi jarang - jarang kali terdapat individu yang alah (allergic) kepada suntikkan penicillin hingga membawa maut. Doktor lazimnya akan menyoal pesakit sama ada dia pernah mengalami alahan atau penyakit - penyakit alahan seperti lelah. Satu suntikan ujian (test dose) akan diberi sebelum pesakit disuntik dengan dos penicillin sepenuhnya.


*** Ini adalah hasil penulisan dari seorang doktor yea..KIB copy paste..Terima kasih atas perkongsian info yg sangat-sangat menarik..Doktor sendiri tidak mengalakkan sangat pengambilan dan bergantung kepada ubat-ubatan...penyembuhan adalah cepat tetapi lihat kesan sampingan jika diambil dalam masa yg agak lama.
Sharing is Caring..
Jom bertukar kepada sesuatu yg lebih semulajadi..Jika diamalkan ia menjadi "UBAT" dan insyallah anda dan keluarga kekal sihat..Insyallah dgn IZIN dariNYA..
Yang paling penting jg berhenti berusaha...dan jgn ada PUTUS ASA dlm kamus anda!! 

20 ciri orang MALAS..


Sekadar perkongsian..adakah kita tergolong diantara kenyataan dibawah...
Terus terang KIB cakap dan secara jujurnya mmg pernah dan sampai sekarangpun masih ada sikap2 mcm ni..
Jadi bila MALAS dah mula datang semula..cepat2 sedarkan diri...Kita ubah..
^__^
 
*** peringatan utk diri sendiri yg selalu lupa...
 
 
1. Sering memberi alasan apabila orang meminta bantuan.ermm..tgk keadaan kita masa tu gak..

2. Tidak pernah menghadiri mana-mana aktiviti sosial.dulu ya..sekarang dah rajin...:-)

3. Tidak pernah mengemas bilik tidur.ni kategori malas tahap gaban!!

4. Separuh dari masa banyak dihabiskan untuk tidur.aduhai..

5. Orang malas menutup kelemahan dengan selalu tampil cantik di depan orang, pakai minyak wangi sebotol, tetapi hakikat sebenarnya baju yang dipakai bertahun-tahun tidak dibasuh.ish3x...

6. Sanggup berlapar daripada bersusah payah membeli makanan atau memasak, kononnya diet.masa bujang2 dulu selalu..:-)

7. Setiap pagi wajah kamu ke pejabat atau kolej tidak pernah ceria. Asyik tidak ada mood sahaja.Ohh..yg ni..kadang2 jer..

8. Tidak pernah ada usaha untuk meningkatkan lagi diri untuk masa akan datang kerana merasakan apa yang ada hari ini sudah cukup dan terlalu selesa.Yg ni paling ramai..dulu KIB mcm ni..selesalah sgt kann..(tangan atas bahu)

9. Sanggup melakukan sesuatu tetapi malas untuk mengerjakannya.Ada gak..

10. Diberi kemudahan untuk melakukan sesuatu tetapi menganggapnya payah untuk mengerjakan.xbersyukur namanya ni..

11. Berpeluang/ada waktu untuk melakukan sesuatu tetapi mencari alasan untuk tidak mahu mengerjakannya.malas,malas,malas

12. Sering melakukan sesuatu tetapi mengatakan tidak boleh mengerjakannya.tidak yakin dgn diri sendiri..

13. Ditugaskan melakukan sesuatu tetapi menolak untuk mengerjakannya dengan berbagai alasan.nak seribu daya xnak seribu dalih..

14. Paling sedikit berbuat sesuatu tetapi mengatakan telah sangat banyak melakukannya.rasa diri dah hebat sgtla tu..berkira2..

15. Bercakap besar/lebih tetapi satu pun tidak di amalkan.cakap xserupa bikin..

16. Orang malas tidak suka menjaga pernampilan diri.ini xhargai diri sendiri..

17. Semua kerja yang dilakukan tidak sempurna.no body's perfect..sekali sekala silap xper..

18. Suka megharapkan orang lain melakukan kerja.dah tau cuba elakkan dgn org mcm ni..

19. Suka mengarah.BOS!! vs Pemimpin = memimpin..


20. Menunjukkan muka yang masam apabila ditugaskan membuat sesuatu.jatuh xikhlas dah tu..