Selamat datang ke blog ONE STOP CENTRE FOR U.Disini pelbagai produk kesihatan dan kecantikan disediakan malahan peluang perniagaan ONLINE juga disediakan kepada yg berminat.
Sabtu, 8 September 2012
20 ciri orang MALAS..
Sekadar perkongsian..adakah kita tergolong diantara kenyataan dibawah...
Terus terang KIB cakap dan secara jujurnya mmg pernah dan sampai sekarangpun masih ada sikap2 mcm ni..
Jadi bila MALAS dah mula datang semula..cepat2 sedarkan diri...Kita ubah..
^__^
*** peringatan utk diri sendiri yg selalu lupa...
1. Sering memberi alasan apabila orang meminta bantuan.ermm..tgk keadaan kita masa tu gak..
2. Tidak pernah menghadiri mana-mana aktiviti sosial.dulu ya..sekarang dah rajin...:-)
3. Tidak pernah mengemas bilik tidur.ni kategori malas tahap gaban!!
4. Separuh dari masa banyak dihabiskan untuk tidur.aduhai..
5. Orang malas menutup kelemahan dengan selalu tampil cantik di depan orang, pakai minyak wangi sebotol, tetapi hakikat sebenarnya baju yang dipakai bertahun-tahun tidak dibasuh.ish3x...
6. Sanggup berlapar daripada bersusah payah membeli makanan atau memasak, kononnya diet.masa bujang2 dulu selalu..:-)
7. Setiap pagi wajah kamu ke pejabat atau kolej tidak pernah ceria. Asyik tidak ada mood sahaja.Ohh..yg ni..kadang2 jer..
8. Tidak pernah ada usaha untuk meningkatkan lagi diri untuk masa akan datang kerana merasakan apa yang ada hari ini sudah cukup dan terlalu selesa.Yg ni paling ramai..dulu KIB mcm ni..selesalah sgt kann..(tangan atas bahu)
9. Sanggup melakukan sesuatu tetapi malas untuk mengerjakannya.Ada gak..
10. Diberi kemudahan untuk melakukan sesuatu tetapi menganggapnya payah untuk mengerjakan.xbersyukur namanya ni..
11. Berpeluang/ada waktu untuk melakukan sesuatu tetapi mencari alasan untuk tidak mahu mengerjakannya.malas,malas,malas
12. Sering melakukan sesuatu tetapi mengatakan tidak boleh mengerjakannya.tidak yakin dgn diri sendiri..
13. Ditugaskan melakukan sesuatu tetapi menolak untuk mengerjakannya dengan berbagai alasan.nak seribu daya xnak seribu dalih..
14. Paling sedikit berbuat sesuatu tetapi mengatakan telah sangat banyak melakukannya.rasa diri dah hebat sgtla tu..berkira2..
15. Bercakap besar/lebih tetapi satu pun tidak di amalkan.cakap xserupa bikin..
16. Orang malas tidak suka menjaga pernampilan diri.ini xhargai diri sendiri..
17. Semua kerja yang dilakukan tidak sempurna.no body's perfect..sekali sekala silap xper..
18. Suka megharapkan orang lain melakukan kerja.dah tau cuba elakkan dgn org mcm ni..
19. Suka mengarah.BOS!! vs Pemimpin = memimpin..
20. Menunjukkan muka yang masam apabila ditugaskan membuat sesuatu.jatuh xikhlas dah tu..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan