Sabtu, 8 Disember 2012

Salah Anggap Songsang

Credit to Dr Azizan Osman:-
Hakim Najili kongsi:- SALAH ANGGAP SONGSANG
1. Apabila Derma Secara Terbuka. Ada seorang hartawan, bila beliau menderma dan membuat majlis, dan ada suara sumbang "eleh, nak menyumbang pun nak menunjuk, org menderma sorok2" "drp dia derma dekat sini, baik di derma di sekolah pondok".

2. Apa Derma Secara Tertutup. "Eh dia nie duit banyak, beli kereta mahal2, rumah besar, cubalah bayar zakat ker, derma ke anak yatim ker", "eh duit ko kan banyak buat la majlis panggil org2 susah, bg derma, duit simpan jer mana boleh masuk dalam kubur!"

3. Apabila Dia Menyebarkan Ilmu. "Eleh kalau dah kaya kenapa nak ajar org jadik kaya pulak, kan dia dah banyak duit, nampak sgt dia punya income dtg dr seminar yg dia buat, nak pau duit org jer tau"

4. Apabila Dia Menyimpan Ilmu Perniagaan. "Ek eleh makan sorang, bukan nak cerita mcm mana dia jadi kaya", "ilmu tue bukan ko punya, ko kene sebarkan dekat org"

5. Apabila Dia Menyapu Sampah Di Kawasan Masjid. "Eleh riak la tue, nak tunjuk dekat org yang dia rajin, time takder org takder pulak dia buat."

6. Apabila Dia Membiarkan Tandas Masjid Kotor. "Weyh tak reti2 lagi ker cuci tandas tue, dah guna tue cuci la", "apa nie, hari2 dtg masjid, tolong la sapu2 sikit, bukan susah pun penyapu semua dah ada"

7. Kalau dia kongsi tips. "Eleh blah la, benda mcm tue pun nak bgtahu, takyah lah heboh2, org semua dah tahu"

8. Kalau dia simpan tips. "Eh dia tue kedekut betul, semua tanak cerita"

9. Apabila kerajaan memberikan bantuan dan melaksanakan sesuatu projek "eleh nak bodek la tue, nak pilihanraya, time org mintak tanak bagi pulak"

10. Apabila kerajaan tak bagi duit dan tak ada projek yg dijalankan di sesuatu tempat "mana duit kami? Bagi lah kami subsidi itu, subsidi ini, semua duit bg kroni jer", "hey, sy bayar cukai tau, mana duit kami pergi? Kenapa tak bina sekolah di sini"

11. Inilah chaos yang paling kronik dalam masyarakat. APTB = Apa Pun Tak Boleh!

12. Kepada rakan2 jika anda mahu buat kebaikan, teruskan saja, nak dengar cakap org, sampai bila pun tak boleh buat apa2.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan