Selasa, 28 Februari 2012

Persaingan

BERSAINGLAH DENGAN DIRI SENDIRI.

Jika sudah terlatih untuk bekerja sendiri tanpa mandur, kita mampu untuk menerobos maju ke hadapan. Ketika itu “kita bersaing dengan diri sendiri”. Bukan sahaja dalam lingkungan skop kerja sahaja, malah melitupi amalan harian, akademik. personal dan banyak lagi.

Akan banyak halang yang cuba untuk membantut kan usaha kita untuk maju ke hadapan serta melakukan tugas tugas denga baik. Ada beberapa tips bagaimana untuk bersaing dengan diri sendiri.

1. Jangan Buang Masa
Ya betul lebih banyak masa yang anda abaikan maka lebih banyak ganguan yang akan anda terima, penuhkan setiap inci ruang masa yang telah anda peruntukan itu dengan sebaik nye.

2. Sentiasa Bertanya Kepada Orang Yang Lebih Tahu
Jika anda tidak pasti dengan sesuatu rujuk pada meraka yang lebih mengetauhi, jangan gunakan andaian sendiri. Bukan semua perkara kita tahu, masih banyak lagi yang kita tak tahu so jangan segan-segan untuk bertanya.

3. Baiki Kelemahan Diri
Setiap hari adalah hari yang baru buat kita semua, maka perbaiki kelemahan diri dari semasa ke semasa. Baru la rasa diri kita nie lebih hebat setiap hari. Tapi bukan bermaksud untuk bermegah diri atau bongkak.

4. Berusaha Melakukan Yang Terbaik
Ingat apa jua yang kita lakukan, berusaha yang terbaik untuk kita. Semua orang nak yang terbaik kan, takde yang nak terburuk. Untuk itu berusaha la untuk yang terbaik.

5. Berani Melaksanakan Langkah Bijak Yang Di rancangkan
Bila kita dah rancang, maka kena la berani untuk melakukan apa yang telah di rancang. Kalau tak sia-sia masa yang di ambil untuk setiap perancangan.

6. Tabah dan Sentiasa Rasa Bersyukur
Apa jua halangan rintangan yang mendatang kita kena tabah, sentiasa mensyukuri nikmat apa yang kita miliki sekarang ini. Ia nya sebahagian dari ujian jadi hanya meraka yang cekal dan tabah akan berjaya mengharungi halangan dan rintang.

Akal bagaimanapun mempunyai peranan penting untuk membangun kekuatan iman kita. Sedang iman adalah benteng yang kuat untuk menjaga keintegritasan antara jiwa dan akal kita. Keduanya saling berkait dan mempunyai peranan yang saling mempengaruhi. Akal tanpa iman seperti pedang di tangan seorang penyamun, sedang iman tanpa akal seperti pedang tumpul, pedang yang tak lagi bisa berfungsi sebagaimana mestinya.

Halangan terbesar datang nya dari dalam diri anda sendiri, jadi anda kena bersaing dengan diri anda sendiri. Ingat pastikan anda tidak tewas dengan diri anda sendiri.
 

Kesilapan

 Manusia tidak terlepas dari buat kesilapan.
TIDAK ADA KESILAPAN YANG LEBIH
BESAR DARIPADA MENGANGGAP
DIRINYA SENTIASA BETUL
kesilapan adalah umpama batu2 kerikil yang
menghasilkan jalan yang elok.
orang yg tidak pernah buat silap sebenarnya tidak
mencuba dengan bersungguh2 ,
malah tidak menghasilkan apa2.
KESILAPAN BUKAN BERERTI GAGAL
ia menjadi tapak untuk kita belajar
kesilapan adalah ilmu
kesilapan adalah aset
ADA PEPATAH MENYATAKAN
ketika seorang insan merasa ragu2 kerana
merasa diri kurang hebat ,
insan lain yang banyak melakukan kesilapan
muncul sebagai manusia hebat.
menurut ahli falsafah Ludwig Wit-tgenstein
jika kita tidak pernah melakukan perbuatan yang bodoh ,
sesuatu yang pintar tidak tidak akan disempurnakan.

Isnin, 27 Februari 2012

Kanser Serviks

Tanda dan golongan berisiko...
Kanser rahim

 
TANDA DIJANGKITI HPV
Kebanyakan individu yang dijangkiti atau terkena infeksi HPV ini boleh dikenalpasti apabila ujian pap (Pap Smear) yang dilakukan tidak normal keputusannya. Ujian Pap Smear merupakan sebahagian ujian ginekologi yang membantu dalam mengesan sel tidak normal dalam serviks sebelum berubah menjadi pre-kanser atau kanser serviks.
Kebanyakan pre-kanser serviks (boleh berubah menjadi kanser) mempunyai kaitan dengan HPV dan boleh dirawat sekiranya dikesan pada peringkat awal. Sebab itulah ujian awal amat diperlukan.
SIMPTOM KANSER SERVIKS
  1. Pendarahan yang tidak normal – Perempuan yang dijangkiti kanser serviks mungkin mengalami pendarahan vagina yang tidak normal. Ia boleh terjadi dalam kuantiti yang sedikit atau banyak. Pendarahan ini bukanlah kitaran haid biasa. Ia juga boleh berlaku secara berpanjangan.
  2. Keluar cairan yang banyak dan tidak normal – Pertambahan pengeluaran discaj yang berbau, cair, banyak, tebal atau yang mengandungi mucus atau berdarah. Ianya berbeza bagi setiap perempuan. Sebarang ketidaknormalan discaj perlu dirujuk kepada doktor.
  3. Sakit pada tulang pelvik- Sakit yang tidak ada kaitan dengan kitaran haid. Ramai wanita yang mengalaminya sama ada sedikit atau sakit yang tajam yang boleh berlanjutan beberapa jam.
  4. Sakit ketika pembuangan air kecil – Selalunya ia terjadi apabila kanser sudah mula merebak ke pundi kencing.
  5. Pendarahan antara kitaran haid yang normal, selepas perhubungan seks, ‘douching’ atau selepas ujian pelvik. – Terjadi kerana adanya jangkitan pada serviks semasa aktiviti ini dilakukan.
    * Ujian pelvik – ujian terhadap vagina, serviks dan uterus (rahim) yang dilakukan oleh doktor yang bertauliah. Wanita yang digalakkan membuat ujian ini adalah mereka yang berusia 21 tahun ke atas atau dalam masa setahun selepas melakukan hubungan kelamin pertama.
  6. Terdapat darah beku yang dikesan
  7. Sakit ketika melakukan hubungan kelamin
  8. Juga berlaku pendarahan dari vagina selepas putus haid
GOLONGAN BERISIKO
  1. Wanita yang pernah dijangkiti oleh sesetengah jenis HPV dan badan tidak mampu untuk membersihkan virus tersebut.
  2. Berusia antara 35-55 tahun. Lebih separuh wanita yang didiagnosis menghidapi penyakit ini.
  3. Kebanyakan mereka terdedah kepada penyebab kanser HPV semasa masih remaja dan pada usia 20-an.
  4. Lebih ramai wanita yang dijangkiti tidak pernah membuat ujian Pap.
BAGAIMANA HPV DIRAWAT?
Sehingga kini tiada bukti rawatan untuk HPV. Majoriti individu yang dijangkiti HPV, pertahanan badan mampu membersihkan virus tersebut.
Bagaimana pun, jika badan tidak mampu melawan virus ini, maka kesan yang lebih teruk akan terjadi, iaitu kanser.
Ingatlah, terutamanya kaum wanita kerana ramai yang tidak menyedari terdapat virus ini di dalam badan kerana ia tidak menunjukkan tanda pada peringkat awal. Bagi mereka yang sudah berkahwin atau mempunyai anak, ujian awal dapat menyelamatkan diri sendiri.

We Share We Care..

Ahad, 26 Februari 2012

Cabar diri sendirii..

Alhamdulillah..akibat kesibukan yg melanda..Hari ini akhirnya dapat juga buat entry baru..
Kesibukan yg dialami tak lain tak bukan..
Biasalah bila berada di dalam 2 pekerjaan pasti menuntut komitmen yg tinggi...


Khamis, 23 Feb
Saya dan KJC serta suaminya bertemu dgn client baru..
Seorang warga PAKISTAN yg berminat nak tahu ttg bisnes health and beauty yg saya lakukan...
Saya berjumpa dgnnya semasa menghadiri Seminar Marketing Power Dr Azizan...perjumpaan secara tak sengaja..
Apa yg memeranjatkan dia menyangka saya seorang DATIN..(hik)
Perbincangan hebat itu, berakhir dgn idea2 yg bernas..serta kami mendapat ILMU baru...Jadi ini peluang...harus ambil...dan laksanakan...

Mohammad Iqbal, Me and KJC

Jumaat lalu...24 Feb..
Saya cabar diri sendiri utk menjadi MC pd majlis ilmu di BC Nilai.(markas TEAM CANTEK)
Tugasan tersebut diberi oleh KJC selaku top leader saya..Saya terima wlupun hakikat dlm hati ini..timbul perasaan yg semacam...
Tanggungjawab harus saya ambil...saya hanya katakan dlm diri saya BOLEH!!!
Pertama kali sebagai MC..
Alhamdulillah saya berjaya..Komen negatif dan positif itu biasa..
Saya ambil sebagai pengalaman...Ilmu baru mengacarakan sesuatu majlis..wlupun agak kekok dan tergagap2..saya teruskan sehingga tamat majlis...

Komen dari my top leader selepas majlis...
 
Tahniah..MC yang hebat malam ni..GOOD JOB CROWN..blh jadi MC TETAP BC KITA..
· · Lihat Persahabatan · hari Sabtu, pada pukul 12.53 pagiPujian...membarakan lagi semangat nak buat lagi yg terbaikk!!!..
Acara akhir wajib bg TEAM CANTEK..posing time...I LIKE...


Happy sgt berada dlm TEAM ni...This is the SCHOOL OF BISNESS...Ingin jumpa kami secara live jom ramai2 booked tmpt ke seminar pertama kali dianjurkan oleh TEAM CANTEK...
CEpat!! Tempat Terhad...

 

Rabu, 22 Februari 2012

SET WANITA ANGGUN terbaikkk!!!

Biarkan gambar2 my biz partner TEAM CANTEK berkata2...

Puan Zura Cendana
Puan Min Cantek

Puan Rinn Ramli
Kda Cantek

 Dayah Cantek


Dan tentu sekali adalah diri saya sendiri...Kenapa SWA begitu menjadikan saya wanita yg lebih dihargai oleh suami dan anak2....

gambar kiri semasa Sarah Mia berusia 8 bulan...gambar kanan yg terkini usia 1 tahun 6 bulan...
Dan lagi terkini....



Apa istimewanya SET WANITA ANGGUN.?
Ia menjanjikan kesihatan dan kecantikan yg seimbang.
Menjadikan diri saya lebih dihargai...
Berminat ttg produk hebat ini...
Saya pakar dalam SWA...FREE Consultation...
Call or email...
Pn.Ina B'BIdadari 0123171593
inabbidadari79@gmail.com

Selasa, 21 Februari 2012

FROM USER TO BISNESS...


Hello !!! Anda semua di Jemput untuk menyertai Seminar " From User To Bisness "..

Bagaimana Kami hanya bermula daripada seorang User Boleh Transformkan Kami sebagai seorang Bisnesswoman yang hanya Berbisness menggunakan Jari & Sedikit Idea untuk Generate Income dari Hujung Jari Anda & Tip-tip untuk Pemakanan yang betul mengikut tahap kesihatan dan Banyak lagi..


Kami Team Cantek akan Kongsikan...
(Speaker by Kak June Cantek, Ina B'Bidadari Dcl, Puan Zura Cendana, KDa Cantek & CA Anizah Ibrahim Dcl - Motivasi ) dan Nad Cantek sebagai MC.

Pendaftaran terbuka untuk ANDA..Ini lah masanya untuk anda Berjumpa Krew Team Cantek secara LIFE.. Tempat duduk Terhad..KEUTAMAAN akan di beri kepada mereka yang dulu membuat pendaftaran..Pendaftaran di buka bermula hari ini 22.02.2012 sehingga TARIKH TUTUP 8.3.2012..

Hubungi Min Cantek 013-2539400, Rinn Ramli 016-6064840 & Nurul Jannah Cantek 017-3389785 untuk urusan Pendaftaran dan Pembayaran..
Atau hubungi saya terus utk keterangan lebih lanjut...
Pn. Ina B'Bidadari 012 3171593

Ahad, 19 Februari 2012

Power Marketing 2012 by Dr Azizan

First time attend seminar Dr Azizan...
Semalam 19 Feb di De Palma Inn Hotel Shah Alam...
Dewan full sampaikan ada yg terpaksa duduk bersila dibawah...
But saya...sampai seawal jam 7.45 pg...
First come fist serve..
The best thing is dapat duduk depan sekali..with my biz partner Puan Azura Cendana...


Atas sbb dah tandatangani syarat..pic tak boleh capture dlm dewan tue..huhu..so sad gak...
Kemunculan Dr Azizan mmg dinanti2kan...
Bila muncul jer..wow!! teruja betul melihat insan hebat ni yg telah melahirkan ramai jutawan dan peniaga hebat...
Mula2 lihat cara dia present..seorang yg humble...
Sikap org yg bergelar JUTAWAN mmg mcm tue kan...

Org kata apa yg disampaikan terus sampai kat hati and lekat pd minda...


Dan saya takkan sia2kan pengalaman pertama ni begitu sahaja.
Insyallah saya akan cuba realisasikan ilmu yg simple, short dan solid dari seminar tempoh hari..
Rasanya masih belum ckup lagi..nak cari lg ilmu tue..
Bukan sahaja bagus utk my own company buat also my side income bisnes...

inilah bukti saya hadirkan diri...kau ada...!!!kannn...
 

Khamis, 16 Februari 2012

Bila pula nama kita nak naik?!

Senarai individu terkaya di Malaysia 2011 telah pun dikeluarkan pihak media. Yang kaya menjadi semakin kaya.Hanya tahniah yang kami mampu ucapkan. Bilangan rakyat Malaysia yang mempunyai aset lebih RM 1 Bilion meningkat kepada 27 orang tahun ini berbanding 22 orang tahun lalu.

Gabungan aset 40 individu paling kaya di negara ini juga meningkat sebanyak 30% kepada RM 206.27 bilion daripada 156.7 bilion.Robert Kuok yang kembali semula dalam perniagaan gula tahun lalu terus mengekalkan kedudukannya sebagai orang paling kaya Malaysia dengan aset bernialai RM 50.04 bilion.

Jutawan komunikasi, Ananda Krishnan di tempat kedua dengan RN 45.78 bilion, meningkat 70 peratus daripada tahun lalu.Kedudukan ketiga pula milik Tan Sri Teh Hong Piow, yang melonjak satu anak tangga dengan aset RM 12.77 bilion.

Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary mengekalkan kedudukannya sebagai orang melayu terkaya di Malaysia.Pendapatan asetnya meningkat sebanyak 50% kepada Rm 8.84 bilion. Berikut di bawah adalah senarai lengkap 10 rakyat malaysia paling kaya 2011.

Robert Kuok Hock Nien-RM 50.04 bilion
T. Ananda Krishnan-RM 45.78 bilion
Tan Sri Teh Hong Piow-RM 12.77 bilion
Tan Sri Lee Shin Cheng-RM 12.73 bilion
Tan Sri Lim Kok Thay-RM 10.89 bilion
Tan Sri Quek Leng Chan-RM 10.75 bilion
Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary-RM 8.84 bilion
Puan Sri Lee Kim Hua-RM 7.42 bilion
Tan Sri Tiong Hiew King-RM 4.772 bilion
Ong Beng Sheng-RM 3.987 bilion

Ada tiga pendatang baru dalam senarai rakyat Malaysia yang memiliki kekayaan lebih dari RM 1 bilion. Mereka adalah:

Tan Sri Leong Huy Kum- Mah Sing Group
Datuk Seri Stanley Chai-Supermax Corporation Sdn.Bhd
Datuk Tan Heng Chew- Tan Chong Holdings Bhd.

Adakah kedudukan Robert Kuok akan dirampas juga satu hari nanti? Kita tunggu dan lihat......

Rabu, 15 Februari 2012

Awan Nano


Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri
Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu
Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu
Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Fahami maksud tersirat AWAN NANO...

Awan apabila memutih di langit, tak ramai yang menghargai akan kewujudannya. Hadirnya sekecil zarah nano yang halus. Kalau ada, adalah. Kalau tiada, tak mengapa. Hanya apabila terik mentari membakar pipi, ketika itulah kita tercari-cari lindungan redupnya. Hanya apabila mendung menyelubungi hari, ketika itulah kita ternanti-nanti kemunculan lingkaran peraknya.
Sayangilah mereka selama masih mereka di depan mata. Jangan tunggu sehingga awan nano merajuk membawa pergi hujan jauh dari bumi lantas membiarkan mentari membakar kulit.

Selasa, 14 Februari 2012

Makanan Terbaik Utk OTAK


Mesti ramai yg tertanya2..
Makanan apakah yg terbaik utk OTAK kita...
Tetapi ada dikalangan kita yg memandang remeh permasalahan ini...
Tahukah anda segala-galanya yg berlaku melalui OTAK.
OTAK manusia adalah ciptaan Allah yg paling hebat.. 
Punca 3%  penurunan fungsi OTAK adalah disebabkan 3 faktor:

1- Faktor peningkatan usia - Sel neuron akan mati dan utk menggantikan semula sel yg telah mati adalah amat lambat dan adakalanya berjaya diganti atau mati terus.Sejak dilahirkan otak manusia mempunyai 18 billion sel neuron aktif.

2- Faktor Aktiviti - Aktiviti atau sukan yg banyak menggegarkan kepala.Ketika itu sel neuron akan terus mati.Contoh: Peninju, Sepak Takraw, Bola Sepak...

3- Faktor Pemakanan - Ia menurunkan prestasi sebanyak 96%.Potensi otak banyak bergantung pada makanan seharian yg diambil.

***Kajian sains sehingga ke hari ini belum lagi menjumpai mesin yg boleh mengira sel-sel otak yg telah mati. 


Tanda2 otak bermasalah.Potensi menurun.

  • Suka berprasangka buruk pd org lain(negatif thinker)
  • Pemalas
  • Suka bertangguh
  • Mengantuk tidak tentu masa
  • Emosi mudah terganggu
  • Pemarah
  • Tidak waras
  • Fokus mudah terganggu
  • Pelupa
  • Buntu bila bertemu masalah
  • Tidak kreatif
  • Mudah sakit
  • Stress/ tekanan
Mulakan pemakanan otak tambahan seawal usia bayi anda 6 bulan.Ianya amat bagus utk pertumbuhan prima.
Manakala utk pelajar2 sekolah rendah, menengah, kolej dan universiti harus mengamalkannya...
Utk memperolehi prestasi anak2 yg menakjubkan mulakan dgn Egnius.Kerana ketiga2 anak saya malahan saya dan suami turut mengambil 2 biji pagi dan 2 biji malam produk hebat ini..
Dapatkan produk menarik ini...Hubungi saya utk keterangan lebih lanjut...
 

Sabtu, 11 Februari 2012

Team Cantek

Semalam saya ke BC Nilai,N9..
Meeting group Team Cantek...banyak perkara berbangkit yg di bincangkan..lebih2 lagi Transformasi 2012...
Banyak idea2 baru yg dapat kami kongsikan..
Kebebasan bersuara dlm melontarkan idea2 menarik dan di terima baik oleh leader kami Kak June Cantek @ KJC...
Pertemuan itu benar2 bermakna dan banyak ilmu yg dapat diperolehi..lebih2 lg bagaimana menerima bantahan dan penolakan...kami diberi peluang melakonkan..dan team cantek mmg pandai berlakon...hik..
Selepas sesi perbincangan kami menjamu makanan yg dibawa oleh masing2 yg dimasak sendiri dari rumah...
Banyak betul makanan..mmg best...
Semasa menikmati makanan yg sedap2..kami gunakan masa tersebut utk menyambung perbincangan yg semakin hebat dan panas...
Inilah yg kami lakukan setiap kali menjalankan aktiviti seperti ini..
Ia mengeratkan silaturahhim antara kami...Sebab itu ini bisnes yg lain dari yg lain.. Let's join our team...this is not bout the money..this is bout how u can make a new freinds with a great bisnes...

perbincangan hebat!!
lakonan mengatasi bantahan..sesi paling mendebarkan...
sempat beri pose menarik...mmg inilah Team Cantek...hik
sesi makan-makan....
Last sesi...bergambar kenangan....
Jumpa saya 10 Mac ini di Wisma DCL...saya adalah salah seorang speaker bersama2 Kda Cantek dan Puan Zura Cendana..Seminar yg pertama kali dianjurkan oleh Team Cantek...Lihat kami semua sebagai MC Nad Cantek, Bahagian Teknikal Min Cantek dan Bahagian pengurusan Norhidayah Alias..
Jom berada di Team yg betul..sama2 kita memartabatkan ekonomi ummah berdikari..Menang dunia menang akhirat...
 

Rabu, 8 Februari 2012

Tekanan

Menghadapi tekanan secara Islam
Berdasarkan personaliti serta cara seseorang menangani sesuatu tekanan, ada yang merasakan kehidupannya sudah tidak bererti, menjadi panik dan merasakan yang dunia ini kejam terhadapnya.

Situasi ini akan lebih menyakitkan apabila ada pula insan sekeliling yang memberi ulasan-ulasan negatif.Sering dikatakan musibah didatangkan sebagai hukuman atau peringatan daripada Allah SWT tetapi hakikat dan tujuan yang sebenar, hanya Allah yang maha mengetahui.

Bolehkah kita mentakrifkan apa yang ditentukan Allah SWT mungkin benar atau sebaliknya?Lupakah kita ujian-ujian yang dilalui oleh para sahabat Rasulullah dan para nabi jauh lebih hebat dan apakah mereka ini melakukan banyak kesalahan serta kita lebih baik daripada mereka?Tetapi sebagai seorang Islam, kenapa kita tidak melihat dan pelajari akan apa yang difirmankan Allah SWT di dalam al-Quran serta sunah Rasulullah melalui hadisnya.

Allah SWT menegaskan dalam surah al-Baqarah ayat 286, bahawa Dia tidak memberatkan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.
Ini bermakna setiap individu yang mengalami musibah tersebut akan mampu mengatasinya .

Kerap seseorang individu menjadi kecewa, marah dan susah hati apabila sesuatu hajat yang diingini tidak berjaya atau sesuatu perkara lain pula yang berlaku.Mereka lupa akan firman Allah SWT; ”Adakalanya sesuatu itu tidak baik bagimu meskipun kamu begitu menghendakinya dan adakala pula sesuatu itu baik bagimu meskipun kamu tidak menyukainya, sesungguhnya aku mengetahui tetapi kamu tidak mengetahuinya”.Kita terlalu mengharapkan keseronokan, kemudahan serta kenikmatan dunia, sudah tentu ia tidak salah kerana itu adalah sifat naluri seseorang manusia.
Allah SWT juga menyuruh kita berbuat demikian seperti firmannya; “Dan hendaklah kamu mencari kebaikan akhirat dan jangan lupa habuan kamu di dunia.”Masalahnya, ramai di antara kita tidak mempedulikan janji Allah SWT tentang kehidupan akhirat yang mana ia adalah kehidupan yang kekal sebenarnya dan lebih baik.

Jika kita benar bertakwa dan yakin, majoriti daripada tekanan yang kita alami tidak memerlukan kita bersedih dan merasa kecewa yang melampau bahkan dapat melihatnya secara lebih positif.Pun begitu, janganlah ada antara kita beranggapan kita tidak memerlukan rawatan dan ubat-ubatan bahkan menasihati ahli keluarga atau rakan yang mengalami tekanan untuk tidak mendapatkan rawatan memadai hanya dengan reda.Ramai antara kita yang tersalah faham mengenai konsep reda dalam Islam. Reda pada Islam bukan bererti menyerah bulat-bulat kepada takdir tanpa disusuli dengan usaha dan ikhtiar.

Sikap terbuka
Ubat-ubatan dan kaunseling akan melengkapkan proses pemulihan emosi seseorang individu.Dapatkan nasihat daripada mereka yang mempunyai pengalaman mengatasi masalah tersebut, berkongsilah masalah anda dengan saudara-mara atau rakan karib atau mana-mana individu yang anda percaya dapat membantu.

Cubalah amalkan mengambil sikap terbuka dan fikirlah secara positif dan objektif dalam usaha menyelesaikan sesuatu kesulitan.Bermula sekarang, kita harus mengambil pendekatan tidak mengeluh bahkan banyakkanlah menyebut Allahuakbar, Subhanallah, Astaghfirullah berulang-kali kerana jika kita mengeluh, memaki hamun contohnya apabila terpijak paku, kita meneriak celaka sambil memaki hamun, percayalah kita akan lebih merasa sakit.

Tetapi jika kita ingat dan yakin akan apa yang diberitahu Allah SWT dan ajaran Rasulullah, kita akan merasa kurang sakit, reda serta mendapat limpahan keampunan dan rahmat Allah SWT. Kita hendaklah bersabar dan banyak berdoa serta dapatkan rawatan dan pertolongan supaya kita beroleh kejayaan, di dunia apalagi di akhirat.

***Tahukah anda pengambilan Nucell dan Eginus dapat meredakan tekanan.Cubalah hari ini..anda pasti rasai perbezaannya..

Selasa, 7 Februari 2012

Bahaya PARACETAMOL


Lazimnya kalau kita demam atau sakit kepala, kita akan mencari ubat yang bernama panadol (paracetamol). Memanglah ubat ini akan memberi kelegaan dalam masa yang singkat.Tapi terfikirkah kalian bahawa kesan JANGKA masa panjang pengambilan ubat ini akan memudaratkan anda terutamanya akan merosakkan hati jika pengambilannya diambil secara berterusan. So kalau demam sikit-sikit, janganlah terlalu 'manja' untuk bergantung pada paracetamol ok.

Tentunya anda semua sudah sedia maklum dengan ubat paracetamol atau lebih popular dengan nama panadol ataupun ubat KK. Ubat ini selalunya kita ambil ketika kita sedang demam(antipyretic). Selain berfungsi sebagai ubat untuk melegakan demam, paracetamol juga digunakan sebagai ubat penahan sakit (analgesik, pain reliever).

Dalam satu kajian yang dijalankan oleh para profesor di Universiti Kaherah, ubat paracetamol dikatakan sebagai ubat yang paling selamat digunakan, berbanding ubat-ubatan lain di pasaran. Walaupun ia dikatakan ubat yang paling selamat, namun paracetamol tetap mempunyai kesan sampingan, lebih-lebih lagi kalau ianya diambil dalam jumlah dos yang tinggi dan tanpa kawalan. Jadi, kalaulah ubat yang paling selamat pun tetap mempunyai kesan sampingan, apatah lagi ubat-ubatan yang lain. Oleh itu, elakkan dari mengambil sebarang ubat tanpa ada preskipsi yang sah daripada doktor anda.

Antara kesan-kesan sampingan akibat dari pengambilan jangka masa panjang ubat paracetamol ialah:

1) Hepatotoxicity(rosak hati): Sekiranya orang dewasa mengambil paracetamol sebanyak 10 g atau lebih dalam sehari, atau 5 g atau lebih sekiranya diambil oleh kanak-kanak, ia boleh merosakkan hati dan boleh membawa maut. Mereka ini memerlukan rawatan N-acetylcysteine (NAC) dengan secepat mungkin. Manakala pengambilan setiap hari paracetamol dan juga secara berpanjangan pula walaupun hanya 4 g sehari sudah boleh menyebabkan toxicity dan juga maut. Paracetamol juga tidak boleh diberikan kepada mereka yang mempunyai penyakit hati (liver failure). Perlu diingatkan juga bahawa jangan sekali-kali memberikan paracetamol kepada mereka meminum arak ataupun mengambil ubat phenobarbitol. Kedua-duanya ialah HME inducer, dan akan menyebabkan kesan buruk kepada hati akan berganda kemudian akan menyebabkan kegagalan hati untuk berfungsi.

2) Nefrotoxicity (rosak buah pinggang). Phenacetin iaitu struktur asal paracetamol boleh mengakibatkan penyakit fatal chronic interstitial nefritis.

3) Methemoglobin dan haemolytic anaemia boleh terjadi kepada individu yang mempunyai penyakit G6PD deficiency.

4) Allergic (pada sebahagian individu).

Nasihat: Sekiranya anda perlukan paracetamol @ Panadol, pastikan anda tidak mempunyai penyakit hati, tidak mengambil alcohol, tidak mengambil ubat yang merosakkan hati seperti phenobarbitol dan juga tidak mengambil lebih daripada 10 g sehari (dewasa) atau 5 g (kanak-kanak). Jangan menggunakan paracetamol setiap hari secara berpanjangan macam korang semua makan vitamin.


Mulakan hari ni dgn bertukar kpd produk kesihatan yg tiada kesan sampingan.Amalkan AMAZING dan NIGELLA serta DBLESS utk melegakan demam, sakit kepala, batuk dan selsema secara semulajadi....kerana saya sekeluarga amat jarang mengambil PARACETAMOL....


We Share We Care.............

Bidadari


Tak habis2 cerita BIDADARI...
Sudah terkenal diserata semananjung..
Apa yg hebatnya BIDADARI ni...
Kalau mahu diceritakan pengalaman sendiri...saya mmg teramat berpuas hati dgn produk keluaran bumiputera ni...
Tanyalah rata2 pengguna yg telah mengamalkan BIDADARI secara berdisplin dan teratur..
Tanyalah respon mereka...
Pasti jawapannya POSITIF...
Bukan produk BIDADARI sahaja malahan keseluruhan produk keluaran syarikat ini... 
Jika mahu dibongkar rahsia kehebatan produk2 ini..anda perlu rasai dan alaminya sendiri...
Jadi utk apa kita perlu memilih yg lain sedangkan sudah berada dihadapan kita satu2nya produk keluaran bumiputera ISLAM yg sememangnya hebat dan tidak akan disangkal kehebatannya lagi..
Manakan tidak kemenangan 3 tahun berturut2 utk produk terbaik Multilevel Marketing melalui SME Brand Laeurate 2009, 2010 dan 2011.Bayangkan pesaing2 100 lebih syarikat luar...


Ini membuktikan produk2 keluaran DCL ternyata TERBAIkk...

Jadi..cuba hari ini...
Anda pasti teruja dgn kelebihan2 produk2 DCL...





Ahad, 5 Februari 2012

Akhirnya...dia perasan...

Mula2 nak rasa melompat sbb terlalu gembira...
Sudahlah senyumpun sampai ke telinga..(hik)
Tidak sia2 saya mengamalkan sesuatu yg benar2 memberikan manfaat besar pd kesihatan dan kecantikan..
Suami tegur..'.. dah nampak kecik dari dulu...'
Saya tidak pernah miss my SET WANITA ANGGUN since June 2011 till now...

Mula2 dari hanya guna2..
Kini,saya adalah pengguna TEGAR produk ini..
Bukan sahaja pengguna tegar malahan saya suka jalankan BISNES ini..


Sudah hampir 8 bln saya menggunakan produk2 keluaran DCL ni..
Hasilnya benar2 memberikan impak besar dlm diri saya..
Bukan saja dari segi ekonomi malahan kesihatan..dan ianya bersifat menyeluruh..
Bagi saya...wang boleh dicari..tetapi utk memelihara kesihatan yg baik dan kekal amat sukar...
Jika satu saat kita ditakdirkan terkena penyakit..anggap itu satu dugaan dariNya...
Yg paling penting kita sudah jagai dan belai nikmat Allah ini sebaiknya...
Hargai lah diri kita...Utk Allah SWT agar mudah kita beribadah pdnya...dan untuk suami serta anak2...


***Saya perlukan AGENT BEAUTY DCL disekitar PERAK.Sesiapa yg berminat BOOKED APPOINTMENT hari ini...Saya tunjukkan bagaimana BISNES HUJUNG JARI boleh menjana side income..

Pn. Ina B'bidadari DCL 0123171593


 

Sabtu, 4 Februari 2012

Cerita KATAK

bestnyer dok dalam ZON SELESA...

Kenapa memotivasikan diri , dan dimotivasikan. Sebab perubahan itu sendiri bukan fitrah manusia.Manusia semahunya berada dalam zon selesa sebagaimana CERITA KATAK. Katak A dan Katak B – diletakkan dalam bikar air ( katak2 tersebut amat senang bermain dengan air sebab zon selesanya ) , kajian dibuat dengan menyalakan api penunu bunsen – didapati katak A terus melompak keluar , tapi katak B terus berada dalam zon selesa sehingga air itu mendidih dan akhirnya mati.
Kita perlu keluar zon selesa kita.
Kita perlukan motivasi diri yang berterusan.

BAGAIMANA.

Kita mulakan disini.Dengan kepercayaan yang kita semua dilahir dengan potensi yang sama , perubahan adalah milik kita.sebagaimana CERITA SEORANG LELAKI MENJUAL BELON.Yang menaikkan belon bukan disebabkan oleh warnanya tapi isi dalam belon. Perubahan bersekitaran menjadikan kita kadang2 leka sebalik ' kepercayaan ' kita sendiri , sebagaimana CERITA ANAK GAJAH. Yang mengikat diri dengan kepercayaan aku tak boleh.Percayalah , kita zahirnya sikap dalam tindakan kita seharian , yang mana kajian dibuat sikap dibentuk oleh budaya dibentuk oleh tabiat dibentuk oleh KELAZIMAN kita.

Apa yang kita lakukan secara berterusan akan menjadi tabiat.Tabiat itu akan membentuk budaya pemikiran kita dan seterusnya SIKAP kita terbentuk. Kita berhak menentukan perubahan diri kita bermula dengan ubah kelaziman kita , berdasarkan satu kajian menyatakan 70 % sikap kita dipengaruhi oleh persekitaran ( kawan2 , media massa ) . Yang pasti kita ada pilihan.


Khamis, 2 Februari 2012

Terhangat di pasaran..NUCELL

Cerita mengenai NUCELL..
Hari ni sahaja beberapa tempat saya pergi...
Bukan utk menghantar produk tetapi lebih kepada cari NUCELL..
Permintaan tinggi produk bertaraf dunia ni mmg tidak saya nafikan...
Semakin teruja saya buat bisnes ni..apa tidak bila kuasa di hujung jari telah membuahkan hasil..
Someone from Bangkok mencari produk DCL..hebat kan!!
She is Pn. Lynn..org Malaysia buat stay kat sana...
Katanya dah bermacam produk beliau cuba utk dapatkan cahayamata..tetapi masih belum berhasil...

Having my MOcha Cream..yummy....
 So,pertemuan 4 mata pd 31 January lalu di Starbucks, Sunway Piramid..Really suprising...she looks very cute..
Kami chatpun tak lama..sbb masing2 rushing...so tak sempat capture picture...
Alhamdulillah..she decide to take 2 set of SET WANITA ANGGUN..nak cuba our produk..thank you..K.lynn...