Isnin, 29 Oktober 2012

Kisah hidupku- Episod 1

Suka KIB ingin kongsikan kepada pembaca2 setia blog KIB..
Tanggal 11 March 1979..lahirlah seorang bayi perempuan yg comel (baby semua comel kann..) seberat 3 kg lebih..lebih tu xhingat berapa..hik..tq mak..
Membesar dgn aktif bersama seorang abang dan kakak..sebelum dpt adik2 lagi..hik
Kehidupan KIB sekeluarga sederhana..Abah bekerja sebagai buruh di MPPJ skrg dah tukar nama MBPJ..Dgn hasil titik peluh beliau membesarkan kami 6 beradik..dgn gaji yg cukup2 makan ketika itu..Abah sekali sekala mengambil upah mesin rumput di sekitar kawasan situ..Emak pula hanya seorang surirumah sepenuh masa..
Kami tinggal di sebuah petempatan rumah setinggan di Kpg medan, Petaling Jaya..bersebelahan Sekolah Rendah Taman Medan..(skrg dah xder setinggan kat situ..semakin maju..)
Sebelum itu kami pernah tinggal di kawasan setinggan betul2 dihadapan landasan keretapi...sejarah betul kan..tpi tak boleh lupa..setiap kali keretapi lalu mesti bergegar...hik
Jika diingatkan semula semasa duduk setinggan dulu...bila hujan mesti banjir..air masuk rumah...angin kuat..bumbung terbang..malahan selalu main banjir ngan abang ngan kakak..hihi
Pernah juga kami tidur atas tilam air...hehe..bukan tilam air tu..tpi xsedar air banjir dah meninggi masa tu..tak tidur kami sekeluarga sampai ke siang..
Abah mmg tak mampu nak belikan kami mainan sangat...kadang2 dibawanya balik mainan atau brg2 keperluan yg dibuang oleh orang yg masih boleh digunakan..Itulah kehidupan kami..sekali sekala makan sedap..paling sedap masa tu makan bila abah gaji dan beli ketam..mmg sedap..tq abah...
Sampai satu tahap, mak pernah buat sup tulang ayam (kawan abah bagi..sbb dia peniaga satay) utk bagi kami makan..kdg2 sampai makan nasi ngan minyak goreng ikan dan garam jer...tapi kami xpernah merungut..sedih bila teringat saat2 itu..(dah mengalir airmata ni..)
Semasa tadika abah yg dtg ambil dgn mengayuh basikalnya..sekali sekala KIB merengek suruh dibelikan aiskrim dan sagun...kdg2 abah belikan..kdg2 abah diamkan ajer..(skrg KIB rasa apa yg abah rasa bila anak2 minta itu ini)
Bermula pula persekolahan rendah..awal2 jer abah hantar dan ambil sekolah..bayangkan seawal 6.30 pagi dah ada kat sekolah..sbb abah masuk keje jam 7 pagi..lepas tu ada rezeki lebih abah naikkan KIB dan kakak naik bas sekolah yg dibayar yuran setiap bulan..mmg abah dan mak ajar KIB berdikari..Abang masa tu dah masuk asrama di Melaka..
Seronoknya abah dan mak semasa darjah 5..KIB dapat no.1 dalam kelas..semasa penyampaian hadiah abah dtg bagi semangat...masih terbayang-bayang wajah abah ketika itu..Kemudian semasa darjah 6 KIB dimasukkan ke kelas 6A..kira terbaik la tu..dan dapat jadi pengawas sekolah..mmg abah dan mak sgt bangga masa tu..tpi sayang..KIB belajar main2...keputusan UPSR tak mengalakkan...nmpk abah hampa sgt..
Kemudian bermula alam sekolah menengah...ketika inilah org kata zaman gila-gila remaja bermula..Abah ajar naik motor..berjaya...hehe..
Sempatlah jatuh motor..dan parutnya masih ada lagi...kenangan betul..hihi
Bising betul abah...masa ni kenakalan remaja makin terserlah...siap ada BF lagi..hahaha
Ingat tak zaman lagu FIONA dari 4U2C..sbb kan lagu tu lah KIB jumpa budak sekolah LA SALLE..namanya ADI AFUAN..masa tu KIB ngah tunggu kawan kat luar sekolah..dtg awal sbb ada latihan dikir barat..biasalah kann...
cinta monyetla tu...hihih...tpi xlama lepas tu kami kene berpindah rumah di Shah Alam..masa tu KIB tingkatan 2...rumah yg abah beli dah boleh duduk..seronoklah kami adik beradik..hehe..
Sedih gak nak tinggal sekolah lama...dptla hadiah kenang-kenangan dari budak tu..dia bagi kaset siap rakam suara dan menyanyi..hehe (kaset tu pun dah hilang...)
Kalau nak cerita sampai menjela2 la jawabnya kann...hehe
Apapun ini episod 1..insyallah akan menyusul lagi...^__^
Gambar2 masa KIB kecik semua abis terbakar masa kebakaran dirumah makcik dulu...yg ada hanya memori tersimpan dlm kotak fikiran...apapun inilah memori terindah yg ingin dikongsikan..mungkin kita ada cerita masing2..dan ianya berbeza2..
Pengalaman merasa susah sejak kecil mengajar kita lebih kuat utk berusaha utk mencapai sesuatu..U CAN DO IT!!




Endometriosis, Senggugut, dan Wanita Berkerjaya



Penyakit endometriosis merupakan satu jenis penyakit yang agak luar biasa. Mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang penyakit ini sedangkan sekarang semakin ramai wanita yang menghidapnya. Di antara masalah yang ditumbulkan oleh penyakit ini ialah senggugut dan kesakitan, kemandulan dan keguguran yang mungkin berulang-kali. Ia juga tidak boleh dipandang mudah kerana senggugut yang kerap mungkin menandakan kehadiran endometriosis. Ia juga boleh menyebabkan pelbagai jenis masalah seperti pendarahan, gangguan kencing, kesakitan, dan lain-lain.

APAKAH SEBENARNYA PENYAKIT ENDOMETRIOSIS?


Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar ´endometrium´ telah tumbuh di luar rahim. Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar ´darah kotor´ atau darah haid.


APAKAH TANDA-TANDA ATAU GANGGUAN?


Tanda yang paling utama sekali di kalangan wanita ialah senggugut ataupun kesakitan pada bawah perut dan pinggang. Senggugut ini mungkin dialami dari sejak remaja lagi dan ia berterusan dan mungkin tidak reda walaupun selepas berkahwin. Ada sesetengahnya lega sekejap selepas berkahwin dan melahirkan anak, tetapi senggugut ini akan timbul semula akibat daripada penyakit endometriosis. Kesakitan yang dialami biasanya berlaku sebelum datangnya haid yang biasanya berbentuk kesakitan yang amat kuat pada bahagian ari-ari dan sering juga ke bahagian pinggang.


Biasanya sakit akan hanya reda selepas dua atau tiga hari sahaja, tetapi jika keadaan di mana endometriosis ini telah merebak, kesakitan ini mungkin akan berterusan waktu haid dan walaupun haid sudah berhenti kadang-kala kesakitan masih ada lagi. Ini menunjukkan bahawa penyakit ini berada di peringkat teruk dan mungkin telah melibatkan dinding atau otot rahim.


Gangguan lain ialah ketidaksuburan dan kemandulan. Ini adalah masalah besar di kalangan penghidap-penghidap penyakit endometriosis. Mereka tidak sedar yang penyakit ini mungkin telah timbul, yang mereka tahu ialah mereka sukar untuk mengandung, samada buat kali pertama ataupun selepas melahirkan seorang anak ia tidak dapat hamil lagi beberapa tahun kemudian.


BAGAIMANA SELAPUT ENDOMETRIUM INI BOLEH TUMBUH DI LUAR RAHIM?


Biasanya tempat-tempat di luar rahim di mana tisu endometrium ini tumbuh ialah pada kilang telur (ovari), belakang rahim (utero sacral ligament), saluran fallopian, pundi kencing, kadang-kala di tempat-tempat yang aneh seperti parut bekas pembedahan untuk melahirkan anak ataupun pembedahan untuk tujuan lain. Endometrium ini juga boleh tumbuh pada dinding atau otot rahim menyebabkan penyakit yang digelar Adenomyosis.


Bagaimana tisu endometrium ini boleh tumbuh pada tempat-tempat yang luar biasa, tidaklah diketahui dengan tepat. Terdapat beberapa teori yang cuba menjelaskan berlakunya keadaan seperti ini. Di antaranya ialah ada kemungkinan darah kotor melimpah atau tumpah ke belakang rahim melalui saluran fallopian. Mungkin ini disebabkan oleh rahim yang kedudukannya luar biasa, iaitu jatuh ke belakang ke arah tulang tongking (retroverted uterus).


Ada juga yang mengaitkan bahawa endometriosis ini sering berlaku di kalangan wanita-wanita yang sering tertekan jiwa mereka (stress), yang mudah menggelabah dan di kalangan mereka yang sangat mementingkan kerjaya dan mereka yang tinggi I.Q.nya. 10 hingga 20 peratus wanita di seluruh dunia menghadapi masalah endometriosis dan antara 30 hingga 40 peratus daripadanya adalah mandul.


Ada juga yang mengatakan bahawa sistem ketahanan pada wanita tersebut telah lemah dan lentur, oleh itu tisu- tisu yang patut keluar dari tubuhnya kini menyerang semula tubuh badannya sendiri. Apa yang terjadi ialah apabila tisu endometrium ini melekat pada tempat-tempat tertentu, ia mulai tumbuh. Lapisan endometrium menjadi tebal akibat daripada rangsangan hormon wanita dalam pusingan haid dan apabila haid berlaku lapisan endometrium tersebut juga akan mengeluarkan darah. Jika keadaan begini berlaku dalam telur (ovari) lama-kelamaan darah akan berkumpul serta menyebabkan apa yang digelar ovarian cysts atau chocolate cysts kerana mengandungi darah kotor yang berbentuk seperti pasta coklat. .


PENGESAHAN PENYAKIT ENDOMETRIOSIS


Daripada tanda-tanda tersebut kita sering mengesyaki pengidap penyakit endometriosis dan ini dapat disahkan melalui beberapa pemeriksaan serta ujian. Apa yang biasa dilakukan yang mempunyai tanda-tanda ialah pemeriksaan kemaluan dan dari situ doktor dapat mengesan kedudukan rahim mungkin jatuh ke belakang (retroverted) dan bila disentuh bahagian belakang rahim ia akan merasa kesakitan. Ujian ultrasound melalui faraj (vaginal sonography) adalah sangat penting kerana ia boleh mengesan tumbuhan cyst pada bahagian kilang telur.


RAWATAN PENYAKIT ENDOMETRIOSIS


Oleh kerana kebanyakan daripada mereka yang bertemu doktor mengalami ketidaksuburan ataupun berulangkali gugur yang mungkin disertai oleh senggugut, mereka memerlukan rawatan yang sewajarnya. Yang penting sekali tujuan rawatan ialah untuk wanita tersebut hamil, kerana keadaan hamil boleh mengawal pertumbuhan atau menghapuskan sama sekali penyakit endometriosis ini.


PEMBEDAHAN UNTUK MEMBUANG ENDOMETRIOSIS


Jika terdapat ´chocolate cyst´ ataupun keadaan rahim yang terbalik (retroverted) pembedahan akan dilakukan. Biasanya saya sendiri mencadangkan pembedahan secara laparoscopy disertai dengan pembedahan kecil pada bahagian bawah perut dengan irisan lebih kurang dua atau tiga inci untuk membuang tumbuhan ´cyst´ serta untuk membersihkan dan membuat cautery atau tembakan pancaran laser pada bahagian-bahagian yang terkena tumbuhan endometriosis.


Pembedahan ini juga membolehkan doktor membetulkan rahim dengan menjahit rahim ke otot perut di bahagian hadapan (ventro-suspension of the uterus). Setelah ini dilakukan, bahagian peranakan serta bahagian sekitarannya akan dibasuh dengan cecair untuk menghilangkan segala kotoran dan keracunan yang dikeluarkan oleh endometriosis. Jika terdapat kesumbatan pada saluran fallopian ketika pembedahan, keadaan ini juga boleh diperbetulkan sekali.


Selain daripada secara pembedahan, rawatan dengan ubat-ubat sering juga dilakukan. Di pasaran terdapat banyak ubat-ubat hormon yang digunakan di antaranya hormon-hormon Progesterone yang mana diantara jenamanya ialah Primulut, Norculut atau lainnya yang digunakan selama enam hingga sembilan bulan dengan tujuan untuk menghentikan haid. Juga terdapat ubat-ubat seperti Danazol yang mana tujuannya adalah sama, iaitu untuk menghentikan haid dan mengurangkan tumbuhan endometriosis ini.


Dalam beberapa tahun yang lepas ubat-ubat terbaru yang diberikan secara suntikan sebulan sekali dan terdapat pelbagai jenama seperti Zoladex dan lain-lain untuk digunakan selama enam hingga sembilan. Suntikan-suntikan tersebut agak mahal sedikit dan ia memberi kesan sampingan seperti yang dialami oleh wanita yang sedang putus haid manakala kesan sampingan yang lain seperti apabila memakan pil Danazol ialah perubahan-perubahan yang menimbulkan sifat kelelakian seperti tumbuh rambut dan suara menjadi kasar. Peningkatan timbang berat juga merupakan satu kesan sampingan.


Pembedahan untuk membuang rahim dan ovari juga satu rawatan yang akhir bagi mereka mengalami penyakit endometriosis yang teruk sekali dan semua organ seperti rahim dan kilang telur telah rosak. Ia mungkin tidak berfungsi lagi dari segi kesuburan dan daya upaya untuk hamil. Di samping itu ia menyebabkan masalah kesakitan yang amat sangat setiap bulan ataupun secara berterusan dan mengganggu kerja harian. Ia mungkin juga menimbulkan gangguan haid yang tidak terkawal yang mengganggu kehidupan seharian, hubungan suami isteri dan juga mengganggu wanita-wanita kita untuk membuat amal ibadah.


BOLEHKAH PENYAKIT BERULANG?


Pada kebiasaanya jika wanita itu hamil dalam masa setahun selepas pembedahan, kemungkinan ia berulang agak kecil. Tetapi jika tidak hamil lepas dua tahun, kemungkinan berulang adalah besar. Selain dari kehamilan, kita tidak mengetahui dengan tepat kaedah mencegah penyakit endometriosis daripada berulang. Tetapi amalan mengawal makanan, iaitu dengan menjauhkan makanan yang menyebabkan alahan seperti beberapa jenis makanan laut, daging lembu atau kambing. Banyakkan sayuran dan protin dari ikan dan kacang soya. Latih diri untuk tenang fikiran dan gangguan emosi. Gunakan berbagai kaedah untuk menangkis stress.


Penyakit endometriosis ini ialah satu penyakit yang aneh di mana banyak perkara yang tidak ketahui tetapi ia menimbulkan berbagai-bagai masalah pada wanita. Kita tidak tahu mengapa darah kotor berkumpul di belakang rahim dan di kilang telur. Ada sesetengah pakar perubatan Islam yang beranggapan bahawa darah ini adalah makanan jin dan mungkinkah ada kaitan ´orang halus´ ini mengganggu peranakan seseorang wanita dan mengganggu agar ia tidak boleh mempunyai zuriat. Oleh itu kaedah-kaedah rawatan alternatif juga perlu dilakukan serentak dengan cara moden, kaedah perubatan Islam, kaedah ubatan tradisional selagi cara tradisional itu tidak menyebabkan syirik ia boleh diamalkan. Mungkin terdapat ubat-ubat herba yang belum dikenalpasti lagi yang mungkin masih ada di hutan kita yang berpotensi untuk merawat penyakit endometrosis dan memulihkan keadaan subur seperti biasa.


Di antara pemeriksaan yang penting bagi wanita ialah "pap smear" bagi mengesan penyakit kanser pangkal rahim, pemeriksaan payudara dan mammography untuk mengesan kanser buah dada, pemeriksaan ultra-sound scanning untuk mengesan kanser pada kilang ovari. Sebaiknya, wanita yang pernah bersalin dan dalam pertengahan umur, patut menjalani ujian-ujian tersebut sekurang-kurangnya setahun sekali.


Penyakit-penyakit wanita yang juga penting pada masakini, ialah jangkitan kuman, tumbuhan "endometriosis" dan "fibroid". Wanita yang mengalami gangguan haid, seperti senggugut, haid yang berpanjangan dan berlebihan, atau haid yang tidak tentu masa patutlah berwaspada. Lain-lain tanda seperti keputihan yang mungkin menandakan jangkitan atau luka pada pintu rahim; kesukaran untuk hamil dan berlakunya gugur yang berulang, ini juga mungkin ada kaitan juga dengan penyakit seperti "endometriosis".


Penyakit-penyakit ini hanya boleh dikesan oleh doktor dan pakar sakit puan. Wanita-wanita sepatutnya mengambil langkah utama untuk mendapatkan rawatan daripada doktor yang terdekat sekali di rumah untuk pemeriksaan awal dan jika perlu doktor ini akan merujuk kepada doktor pakar yang sewajar untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya.


Credit to http://www.yadim.com.my


*** Telah terbukti BIDADARI mampu menangani masalah diatas.Kelebihan herba-herba nenek moyang kita yg hampir dilupakan oleh kita di zaman moden ini..
Cuba sebotol BIDADARI hari ini..mencegah lebih baik dari merawat..^__^

Hanya RM 77.00 utk penjagaan rahim anda..
Hubungi Kak Ina Bidadari 
012-3171593

Isnin, 22 Oktober 2012

Mengapa Berputus Asa!!

***Credit to Iron Lady..Datuk Dr Maznah Hamid ^__^
Sharing is Caring....
 
Cubaan dalam hidup memang memberikan cabaran kepada diri setiap hari. Cabaran yang dihadapi bukan hanya yang mampu kita hadapi tapi juga cabaran yang sepertinya kita terasa tidak adil kepada diri - Terlalu berat.

Setiap insan atas dunia punya beban tersendiri dan tidak pernah terlepas daripadanya. Terkadang kita rasakan bebanan yang datang sepertinya bertimpa-timpa.

Jangan Menyerah!

Sepanjang menempuh arus masa dan menimba pengalaman, walaupun kalau bukan kita yang menghadapi bebanan tersebut. Ianya mungkin terjadi kepada ahli keluarga, saudara, rakan-rakan atau peristiwa yang kita lihat dan dengar. Pengalaman pernah menunjukkan kepada saya betapa susah peritnya sebuah keluarga demi mencari sesuap nasi.

Juga melihat rakan yang terumbang ambing dalam mencari arah dan tersungkur. Mencuba untuk kembali dan menyatakan penyesalan tapi kalah berdepan arus pilihan sendiri. Namun apa yang membuatkan saya masih kagum kerana usaha mereka - walaupun seinci setiap hari.

Begitu juga melihat mereka yang sabar dan bersungguh dalam mencari kejayaan diri namun masih tidak mampu untuk menemui jawapannya, tapi masih juga tidak menyerah.
Jika mereka tidak pernah menyerah dan terus menghadapinya dengan sabar kenapa tidak diri kita yang juga punya upaya, kekuatan dan mungkin juga pengalaaman yang ada. Oleh itu sentiasalah bersabar dalam menghadapai apa jua keadaan yang kita hadapi kerana tidak kita dibebankan dengan perkara yang setara dengan kekuatan diri.

Kerana setiap manusia tidak sempurna. Jadi janganlah mengeluh dan berputus asa atas segala kegagalan atau bebanan yang menimpa. Sepertinya permainan Puzzle, kita mencari bahagian-bahagian yang tersembunyi untuk menyempurnakannya. Begitu juga kehidupan kita sentiasa mencari bahagian - bahagian yang tersembunyi bagi menyempurnakannya dan cabaran dan bebanan itu juga satu bahagian yang diperlukan.

Cabaran dan dugaan adalah juga satu permainan atau perkara yang sepertinya wajib ditempuhi selagi masih kita berada atas dunia. Bagaimanapun beratnya ia, hanya yang paling penting adalah sebuah usaha dan tawakkal untuk terus kukuh berhadapan dengan segalanya.

Janganlah berputus asa jika segalanya tersasar dari jangkaan dan jangan menyerah!






Khamis, 18 Oktober 2012

Kenapa MLM & DCL?

Menjalankan bisnes MLM atau Multilevel Marketing ini adalah amat berbeza.Walaupun ia masih didalam bidang yang sama iaitu perniagaan tetapi ia didalam satu konsep yang berbeza...
Inilah realiti perniagaan..
Namun ramai yg tidak sedar telah ramai jutawan di Malaysia lahir dari bidang perniagaan MLM..
Dan tidak kurang juga ramai yg kecewa dgn perniagaan ini.
Hakikatnya..suka KIB ingin huraikan mengikut pendapat dan pandangan KIB sendiri..

Tanya diri kita..bagaimanakah cara kita mahu memperolehi kejayaan..Sebenarnya kejayaan sudah ada dalam diri masing2..yg membezakan kejayaan itu adalah bagaimana kita membinanya..
Contoh paling mudah..jika kita ingin membuat sebiji kek..tentulah kita mesti cukupkan segala bahan-bahannya dan berapa sukatan yg sesuai..kemudian proses membuatnya dan sterusnya proses membakar dan menghidang,,
Jika kita ikuti langkah2nya dgn TEPAT dan BETUL serta dgn NIAT nak beri tetamu merasai keenakkan kek kita tentu sekali kek itu akan terasa lebih sedap dan mendapat pujian tetamu anda..
Begitu jugalah dlm perniagaan..

Tentu sekali KIB huraikan dalam konteks MLM..
Menggerakkan barang dlm kuantiti yg KECIL tetapi di dalam organisasi yg BESAR

Boleh dikatakan perniagaan ini sangat unik.Uniknya adalah cara kita menjalankan perniagaan ini.Sebenarnya kita tidak perlu modal besar utk memulakan perniagaan MLM.Bayangkan DCL hanya menyediakan modal serendah RM 77 dan seterusnya anda layak keahlian seumur hidup serta mendapat 1 produk iaitu Bidadari.Anda jd pengguna dahulu..rasai kehebatannya...Kemudian anda tentu sekali ingin menyampai berita gembira kpd rakan2 atau saudara terdekat anda..
Disitulah bermulanya perniagaan anda sebenarnya..ianya dtg tanpa anda sedari..bila anda bercerita..mereka turut teruja ingin mencuba..disitu detik permulaannya..

Bayangkan setiap rakan2 atau saudara mara anda tentu sekali ada kawan2 mereka sendiri dan ada lagi saudara mara yg lain..Dan disitulah nmpk perniagaan anda mula berkembang..biarlah hari ini anda hanya berkongsi kebaikkan Bidadari..xper..usah gusar..sbb dikalangan mereka pasti akan teruja utk mencuba produk yg lain setelah merasai keberkesanan produk pertama mereka cuba.
Beri masa 3 bulan utk tanamkan kepercayaan mereka..Jangan lupa manfaat 3 s dalam perniagaan ini.

SILATURRAHIM, SERONOK dan SELAMAT.

Kita jalinkan silaturahim kepada pelanggan2 kita..kita jadikan mereka kawan2 kita..masuk ke dunia mereka..selami apa yg mereka lalui..Jangan anggap pelanggan anda tidak tahu apa2..jika benar mereka tidak tahu..menjadi tanggungjawab kita memberikan mereka rasa seronok dan selamat bila berurusan dgn kita.Seronok adalah kita bukan sekadar berniaga tetapi kita timbulkan keseronokan dlm perniagaan ini.Selamat yg dimaksudkan disini adalah mereka rasa selamat berurusan dgn kita.Boleh dipercayai dan selesa.
Kenapa nak luaskan bisnes perlu modal..?
Mana2 bisnespun kita perlu keluarkan modal.Dan besar atau kecil modal bergantung kepada perniagaan apa yg anda jalankan.Industri MLM amat aktif dan luas..sbb itulah modalnya sangat2 kompetitif.Bayangkan jika anda sudah mula mendapat pelanggan..bagaimana caranya anda mahu pastikan memenuhi kehendak pelanggan anda..Ketika itulah barulah anda fikirkan utk membesarkan perniagaan anda dgn pam modal sedikit.Jika anda yakin anda boleh terajui perniagaan ini atau punyai pengalaman mengenai MLM maka tidak salah anda mengeluarkan terus modal.

Kita ikut cara dan langkah yg betul.Paling penting jgn tipu pelanggan anda.Jika pelanggan membuat pembelian dari anda pastikan urusan tersebut berjaya.Berjaya maksudnya disini..pelanggan percayakan anda dalam urusan itu jadi menjadi tanggungjawab anda utk melaksanakan tugasan itu.
Cthnya: kemasukkan PV, Barang di terima pd waktu yg ditetapkan dan sebagainya.Kejujuran sangat penting dlm perniagaan.Kerana ini yg membina pelanggan anda.
Dan seharusnya anda sentiasa RUJUK pemimpin yg anda selesa dgnnya.Kerana dlm DCL begitu ramai pemimpin yg sudah TERBUKTI BERJAYA..Rujuk dan ikut adalah 2 perkataan yg berbeza.Jika nampak pemimpin dah menjurus ke arah yg tidak betul..Jangan berhenti buat bisnes tetapi cari cara utk terus buktikan anda juga mampu terus jalankan bisnes ini.Bisnes ini MUDAH.Kita berhak lakukan mengikut kreativiti kita tersendiri dan cara kita.Tiada siapa yg berhak menyuruh dan memaksa utk kita lakukan itu lakukan ini.Selalu tekankan dalam diri ini bisnes aku sendiri!! Ramai yg menyalahkan perniagaan MLM jika GAGAL..pdhal yg mengagalkan usaha anda adalah diri anda sendiri..

Realiti perniagaan MLM ini sememangnya amat baik utk anda yg mahu belajar.Lebih2 lagi dalam DCL banyak menyediakan kelas-kelas ilmu yg bermanfaat.Begitu juga dgn seminar-seminar hebat yg dapat membuka minda dan mentaliti kita..Bukan semua MLM itu sama.Yang mengatakan MLM itu sama saja adalah orang yg telah kecewa.Yang membezakannya hanya TULEN dan PALSU.

Gambar dibawah sekitar seminar sabtu lalu di PICC..Teruja sangat2..dari pagi sehingga ke malam tidak terasa masa berlalu..Dato speaker terbaik...^__^
Seminar Kepimpinan Transformasi..HOW TO BE A GREAT LEADER...speaker mantap Dato Dr Stapa..

Jumpa kawan baru lagi..bisnes silaturahhimm...

Great!!!
penuh dewan di PICC...
Bisnes THE MORE U GIVE, THE MORE U GET!!!
Mahu mula bisnes DCL bersama KIB..
Booked appointment hari ini..
Kak Ina Bidadari 0123171593

Isnin, 15 Oktober 2012

SMART UMRAH & SMART HAJI

Anda ingin mengerjakan UMRAH dan HAJI secara PERCUMA?!! atau melancong ke negara impian anda?!!
Memperkenalkan produk SMART UMRAH dan SMART HAJI.
Setiap set ini mengandungi POINT REWARD.Dimana point tersebut yg akan dikira hasil timbunan setahun.Berikut adalah antara pembelian produk yg melayakkan anda mata ganjaran tersebut.








Untuk mengetahui cara dapatkan umrah dan haji secara PERCUMA.Hubungi Kak Ina Bidadari 0123171593..Free Consultation..

Produk terbaru~ Dr. Cook

Memperkenalkan produk terbaru keluaran De Classic Life (M) Sdn Bhd-DCL..
Mengabungkan teknologi- teknologi moden utk mendapatkan hasil masakan yg lebih enak seperti masakan ibu-ibu anda.Mari kita lihat keistimewaan-keistimewaannya..
Dengan motto.. 
NOW,EVERYBODY CAN COOK...
Cheap!Cheap! Good!Good!

DAPUR FIR (Dr.Cook)

Ciri-ciri utama Dr. Cook

  • Tiada nyalaan
  • Haba merebak sekata
  • Pemanasan sehingga 1100c
  • Thermal effisensi sehingga 70%
  • Pembakaran yg lengkap
  • Pelepasan pembakaran mengandungi .002% C0 & .0015% N0
  • Tiada jelaga atau kesan hitam pada peralatan memasak anda.
  • Tidak ada sekatan atau karat
  • Tidak mudah terpadam oleh angin dan air
  • Sensor keselamatan pemotongan gas automatik
  • Menjimatkan 40% gas
  • Seramik gelas dgn jaminan SEUMUR HIDUP
  • Mempunyai 7000 lubang pengeluaran api.

Harga yg lebih kompetitif dgn kelebihan maksimum.
Berminat?!
Hubungi atau msg Kak Ina Bidadari 0123171593

Isnin, 8 Oktober 2012

Orang yg Menegur,Orang yg ditegur

"Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain."

Ayat diatas adalah antara kata-kata cerdik pandai mengenai orang yang menegur dan ditegur. Teguran boleh berlaku di mana-mana, berlaku di dalam peme
rintahan kerajaan, di dalam syarikat-syarikat, di dalam persatuan-persatuan, di sekolah.

Dalam rumahtangga juga berlaku, bapa menegur anak, isteri ditegur suami, dan lain-lain.
Makna katanya teguran itu berlaku di mana-mana sahaja.

Membina dan Meroboh
Teguran boleh dibahagi kepada dua secara asasnya,teguran yang membina dan yang statik dan jumud.

Manusia keseluruhannya mengharapkan
teguran yang membina bukan yang statik.
Tetapi tidak kurang juga yang tidak lansgsung suka ditegur.
Sifat manusia yang diketahui ialah, hanya bersedia ditegur
apabila dia yang memerlukan teguran tersebut.

Lain pula sekiranya seseorang yang tidak memerlukan teguran, tiba-tiba ditegur. Hanya setengah orang yang berjiwa besar sahaja yang boleh menerima teguran spontan tersebut, Manakala yang berjiwa kecil, akan terasa dan terus terseksa hati.

Orang yang Menegur

Manusia memang tidak pernah lari daripada
melakukan kesalah yang berbeza hanya banyak dan sedikit.
Tetapi biarlah orang yang cuba menegur tersebut adalah orang yang minimum kesalahannya. Sebab itu kalau kita suka menegur, kita mesti pastikan teguran itu di tuju
ke arah kita terlebih dahulu, kemudian baru ke orang lain.

Orang yang Ditegur

Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang-kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain, persepsi orang, lain.
Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu, anda adalah orang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya.

Kata Hukama,

"Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain,
manakala orang yang mulia ialah mereka yan memperbaiki diri daripada kritikan orang lain.
Seharusnya begini lah resam kehidupan kita".
Manusia memerlukan 'cermin' bagi bagi meneliti diri.
Orang disekeliling adalah cermin bagi kita. Cuba bayangkan anda bercukur misai tanpa bercermin.
Bukankah susah?

Ingat..
Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur.
Ramai yang tidak mampu lakukan ini.
Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur.
Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu,
teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.

Ingat! Apabila anda menuding jari
terhadap kesilapan orang lain,
sebenarnya 3 jari anda telah menuding
kepada diri anda sendiri. Itu adatnya.

Jom muhasabah diri..
Peringatan untuk diri sendiri yg selalu lupa.. ^__^
( Ini teguran utk diri sendiri )

Credit to Cgu Jinggo..Tqvm Cgu..

Isnin, 1 Oktober 2012

Alat sulit dan Wanita



Wanita dan bahagian peribadinya tidak boleh dipisahkan. Ia berkaitan dengan fungsi seksual, haid dan reproduktif. Penjagaan alat sulit ini penting bagi kesihatan wanita untuk jangka panjang.

Kesihatan bermula dari kebersihan 
Bagi wanita yang telah berkahwin, penyakit kelamin menjadi ancaman dalam hidup mereka. Ini kerana aktiviti seks bersama pasangan memerlukan tahap penjagaan organ seks ini lebih tinggi. Jika diabaikan kesihatan ini, mereka boleh mendapat penyakit kelamin yang disebabkan oleh jangkitan virus, kuman, bakteria ataupun kulat. Antara penyakit kelamin yang biasa dihidapi adalah seperti Aids, Herpes, Hepatitis B, Gonorrhoea, jangkitan kulat, ketuat kelamin dan kutu ari-ari.

Di kalangan wanita yang belum berkahwin pula, pada kebiasaannya mereka mengalami masalah keputihan. Keputihan adalah cecair atau lendir daripada alat sulit wanita. Keputihan yang normal tidak berbau dan tidak gatal. Tetapi lelehan keputihan yang banyak, berbau, gatal, warna kuning dan ada kalanya kehijauan, ia menandakan berlaku jangkitan bakteria, perasit atau virus.

Wanita yang mengalami masalah pada alat sulitnya sering berasa gelisah, runsing dan rasa rendah diri. Ia akan menjejaskan keyakinan diri apabila berhadapan dengan orang ramai. Mereka akan berasa kurang selesa untuk berada lama di tempat awam kerana bau dan kegatalan bahagian peribadinya menyebabkan mereka ingin menjauhkan diri. Sebagai langkah pencegahan, setiap wanita perlu menjaga kebersihan diri terutama bahagian peribadinya. Oleh kerana bahagian peribadi wanita selalu lembap disebabkan berpeluh, lalu bakteria juga mudah membiak dan ia boleh mendatangkan bau yang tidak dikehendaki.

Di sini, beberapa tips dan panduan untuk menjaga kebersihan dan kesihatan alat sulit wanita atau vagina:

1. Cuci tangan sehingga bersih.
2. Cuci bahagian luar alat sulit dengan air bersih sudah memadai.
3. Gunakan waktu mandi dan membuang air untuk membersihkan alat sulit.
4. Gunakan air bersih untuk mencuci.
5. Gunakan sabun khusus jika perlu.
6. Gunakan seluar dalam yang sentiasa bersih.
7. Pakai seluar dalam yang selesa.
8. Pilih seluar dalam daripada kain kapas.
9. Gunakan pantyliner atau tuala wanita nipis bagi mereka yang mempunyai masalah keputihan.
10. Potong atau cukur rambut pada bahagian peribadi untuk mengelakkan perpeluhan berlebihan dan pembiakan bakteria.
11. Pastikan alat pencukur atau gunting itu bersih.
12. Elakkan mengguna seluar dalam orang lain.
13. Sebaik-baiknya gunakan air suam untuk pencucian.
14. Sewaktu haid, gunakan tuala wanita yang sesuai.
15. Ganti tuala wanita beberapa kali sehari.
16. Selepas membersihkan bahagian sulit, keringkan dahulu kemudian barulah pakai seluar dalam.
17. Menyembur ataupun memercikkan air ke dalam vagina (menggunakan alat/produk yang dijual atau botol khusus) untuk membersihkan bahagian dalam alat sulit wanita tidak digalakkan. Dapatkan dahulu nasihat daripada pihak yang arif (seperti ahli farmasi) tentang cara penggunaannya.
18. Anda boleh gunakan air sirih (rebus beberapa helai dauh sirih) untuk membersihkan alat sulit.
19. Elakkan mengguna produk haruman seperti bedak dan pewangi pada vagina. Ini kerana keseimbangan pH dalam vagina sangat sensitif.

Sebenarnya vagina wanita mempunyai mekanisme semulajadi untuk membersihkan diri. Maka pembersihan pada bahagian luar alat sulit sudah memadai. Sekiranya terdapat tanda-tanda seperti gatal, keputihan berlebihan, berbau, sakit atau bengkak pada alat sulit, pergilah berjumpa doktor. Jika dibiarkan, ia boleh menjejaskan kesihatan, tahap reproduksi dan seksualiti wanita.

Walau bagaimanapun, terdapat banyak produk-produk herba yang bermutu tinggi telah dihasilkan khusus untuk penjagaan kesihatan vagina wanita.
Love Hygiene Wash
Mengandungi bahan aktif termasuk ekstrak kacip fatimah, manjakani, Minyak zaitun dan lain2.Bahan yg amat sesuai untuk mencuci, membersih dan menghilangkan bau alat kelamin wanita.Ia juga menghindarkan bakteria kulat bagi mengelakkan jangkitan dan masalah keputihan yang menjadi punca pelbagai masalah wanita.Mengandungi haruman yg menawan.

RM 25.00 (WM) RM 27.00 (EM) $ 39.50 (S)

Bidadari 375ml
Komposisi ramuan semulajadi seperti madu asli, kacip fatimah, manjakani, akar serapat, jarum emas, sirih, serai, kurma dan lain-lain herba terpilih khusus untuk wanita.Membantu:

  • Masalah keputihan dan senggugut
  • Membina dan mengecutkan rahim
  • Mengecutkan otot serta menyempitkan faraj
  • Menguatkan sistem kemutan
  • Meransang seksual dan memberi kepuasan kepada suami
  • Menambahkan kolagen dalam badan
  • Mencantikkan kulit dan seri wajah
  • Menegangkan payudara dan punggung
  • Merawat luka dalam perut dan pembedahan
  • Membekalkan tenaga segera
RM 77.00 (WM) RM 84.00 (EM) $ 36.00 (S)

Dapatkan gabungan hebat penjagaan alat sulit anda hari ini..
Hubungi Kak Ina Bidadari 012-3171593..
Jangan lupa..FREE POSTAGE..^__^

Promosi Oktober- Khas dari KIB

Jom rebut peluang ni..sepanjang Oktober..
Hubungi KIB 012-3171593

***
Anda ahli?!
Boleh jer nikmati promosi ini juga...
Free postage utk Semananjung shj..^__^