Rabu, 27 Februari 2013

Kekayaan~Ilmu~Bahagia

Hari ni nak citer feeling2 sikit bleh tak..
Actually..tiba2 teringat kisah2 lama semasa mula2 menjinak2kan diri dalam dunia DCL ni..Wahh...heheh

Sebelum ni bukannya xpernah buat MLM..tapi inilah MLM paling lama KIB pernah buat..Iyalahkan..pengalaman itu mendewasakan kita..Rupanya perniagaan MLM indah, benar-benar indah..Jika dipandang dari satu sudut yg positif..yg menegatifkan adalah daripada orang2 yg pernah gagal atau yg tidak pernah ada pengalaman tiba2 buat dan tidak tahan dugaan lalu menghilangkan diri dari jualan langsung..(jgn mare haa..)

Apapun..KIB sangat2 bersyukur kepada Allah SWT kerana menemukan insan2 yg telah membuka hati..membuka pintu rezeki ini..Nak mention ke nama insan2 tu..KIB rasa tak perlulah..cukuplah KIB mendoakan semoga insan2 ini terus dikurniakan kebahagiaan,kekayaan,kejayaan dan kesihatan yg baik..

Alkisahnya kan...mesti kita tertanya2 macamana KIB boleh meniaga ni..bila jumpa orang kan..depa selalu dok kata..KIB blehla..mulut ramah..murah senyuman...haa kau..terkeluaq lorat utara...

Sebenaqnya..klu ikutkan..dulu dulu...KIB suka cakap xtentu arah jer..hahaha..
Memang suka bercakap...tapi cakap merapu..xder isi..borak kosong..
Tetapi setelah dah join bisnes DCL selama hampir 2 tahun dah ni...berkat rajin bebenor pegi kelas..

Ia banyak membina keyakinan diri KIB..ingat lagi dulu...dok bercakap kat depan siap buat skrip..ketaq tak hingat...last2 skrip ntah kemana...main cakap ikut sedap mulut jaa...hahaha
Tapi ada isinya...cuma itulah..cik somi kita kata..kita cakap melalut kat depan...
Namun itu semua cerita dulu...bukan nak ungkitpun..just nak share..bukan mudah nak berada kat tahap sekarang ni..bukan mudah ada perubahan diri mcm ni..kita berubah bukan sebab sesiapa..tapi rasakan diri memang perlukan perubahan..

Ya Allah...banyak betul dugaan yg diberi..kadang2 tu tewas gak ngan dugaan tu..tpi itulah..banyak sokongan yang diterima dari pelbagai sudut dan bermuhasabah diri serta perbaiki hati banyak mendewasakan kita..
KIB mintaq maap sangat2 pada insan2 yg pernah terluka dilukai samada sengaja atau tidak sengaja..Biasalah kita manusia..bukan malaikat..
Semua tak sempurna melainkan Allah SWT..

Kalau KIB xkuat " dah lama dah" ..bak kata Tun Mahathir..(hahah)
Kerana wajah2 kesayanganlah yang menjadi kekuatan utk KIB meneruskan dan teruskan..bukan nak bukti pd sesiapa..tapi nak bagi" hadiah" pada wajah2 kesayangan KIB..tanda terima kasih selama ini..Bukan dari segi material nak kasi jer..tapi perubahan dari spiritual dlm diri..nak bantu orang u ollz..buat kebaikan berterusan..

Ada rakan2 yg tidak menyangka KIB sekuat ini utk meneruskan perjuangan ini..tapi itulah..sakitnya hanya KIB saja yg tahu..dan teman paling rapat ketika itu adalah Allah SWT..Disitulah banyak KIB mengadu..sedih..sob..sob..sob..dah nangis dah ni...huhu

Betul ada hikmahnya kan...Allah uji dulu kita...kemudian di beri..dan rezeki itu berbeza beza..kalau hari ini..rezeki dia ada anak..rezeki orang tu pula..berjaya naik pangkat..atau sebaliknya...
Rezeki Allah tu kan luas..tak payahlah sempitkan fikiran rezeki itu hanya bentuk DUIT..
DUIT xbawak kemanapun...memangla tidak dinafikan duit itu perlu..tapi jgn jadi HAMBA DUIT..sampai yg haram dah xnampak..haa...ini yang kadang2 kita terlepas pandang...sampai dlm masa yg sama kita tak perasan dah tutup periuk nasi orang lain..awas..jaga2 tau..

Dalam berniaga ni..kena sangat hati2..takut sangat..walaupun 10 senpun di ambil kira tau..
KIBpun nak cakap lebih2 pengalaman masih baru lagi...lainlah kalau dah berniaga bertahun2 lamanya..tapi itulah...setiap hari pasti ada pengalaman baru kan..
Bohongla kalau sama jer...

Ooklah..rasanya cukuplah bebelan KIB utk pembaca setia blog KIB..This is me..KIB

KEKAYAAN~ ILMU~BAHAGIA




Selasa, 26 Februari 2013

JOIN KAIZEN TEAM!!

Alhamdulillah..Syukur..impian utk memiliki TEAM sendiri akhirnya terlaksana..Walaupun masih baru..KIB dan biz partner yg lain sentiasa berkongsi idea utk memantapkan lagi TEAM kami ini..
Projek terbaru@pertama kami iaitu kempen SAYANGI RAHIM ANDA mendapat sambutan yg amat amat mengalakkan..
Justeru itu kempen tersebut kami lanjutkan sehingga 30 April 2013..dan kami juga bercadang menaikkan hadiah perkongsian testimoni..Jadi anda diluar sana yg sudah membuat pembelian 2 botol BIDADARI 375ml dgn harga tawaran istimewa RM 128.00 melalui KAIZEN TEAM..Anda secara automatik telah melayakkan diri utk menyertai kempen ini..
Kami masih menunggu testimoni-testimoni hebat dari anda...

 Manakala kami juga telah melancarkan kempen JUALAN AMAL utk mengutip sumbangan kepada Tabung OKU Sayangmu Malaysia..Caranya sangat mudah..Anda hanya perlu membuat pembelian sehelai T-Shirt KAIZEN TEAM bernilai RM 25.00.


Kami bersetuju menjual t.shirt exclusif KAIZEN TEAM setelah mendapat feed back yg baik setelah kami menyediakan t.shirt tersebut sebagai hadiah PERCUMA kepada sesiapa yg ingin menyertai KAIZEN TEAM dan menjadi STOKIS BERGERAK CEPAT.


Jadi..jika anda berminat dgn mana2 tawaran istimewa dari kami..Jangan lupa hubungi biz-biz partner KIB yg lain juga yea..atau boleh hubungi KIB terus..

PM/Viber/whatsapp 0123171593

Sabtu, 23 Februari 2013

Pentingnya AIR






Setiap 25kg berat badan anda, anda perlu minum air kosong sekurang-kurangnya 1 liter. Contohnya, berat 50kg, memerlukan 2 liter air.
Kenapa air penting untuk manusia?
1. Tubuh akan hilang 1.7 liter air sehari melalui proses pernafasan dan kumbuhan. Bayangkan jika anda cuma minum seliter atau kurang dalam sehari!
2. Otak manusia mengandungi 90% air
3. Darah manusia mengandungi 83% air
4. Otot manusia mengandungi75% air
5. Tulang manusia mengandungi 22% air
6. Air menstabilkan suhu badan
7. Air mengangkut nutrisi dan oksigen ke dalam sel
8. Air melembabkan udara dalam paru-paru
9. Air meningkatkan kadar metabolisma!
10. Air melindungi organ-organ
11. Air membantu organ-organ untuk serap nutrisi dengan baik
12. Air melindungi dan melembabkan rawan
Apa yang berlaku sekiranya kita kekurangan air?

  • Tubuh selalu kepenatan
  • Sakit kepala yang kerap atau migrain
  • Sembelit
  • Ketegangan otot
  • Tekanan darah yang tidak seimbang
  • Masalah buah pinggang
  • Kulit kering
  • Risiko Kematian
Diatas sedikit info mengenai AIR yg kadang2 kita lupakan atau buat endah tak endah walaupun tahu..hehe
Tahukah anda..kita boleh pilih samada mahu mengambil air yg bersih atau air yg tercemar.
U ollz sanggup ke minum air yg sebegini rupa..
Nak tgkpun tak lalu..inikan pula kita jadikan kegunaan seharian kita..Ini keadaan yg kita nampak ..bagaimana dgn air yg nampak jernih tetapi mengandungi klorin dan ammonia yg sangat tinggi yg boleh memudaratkan kesihatan kita..Walaupun amaun yg digunakan adalah diluluskan oleh Jabatan Bekalan Air, sikit-sikit lama-lama jadi bukit dalam badan kita. Bila dah jadi bukit maka bermula lah era penyakit menyerang. Lepas satu, satu lagi penyakit lain datang.


Credit pic to Hanan Asmidar
   Ini pula kenyataan keratan-keratan akhbar yg telah membuktikan keadaan air sekarang..Walaupun ramai kini yg menyedari akan kepentingan air yg bersih..tetapi kita masih lagi tidak terdedah dgn kepentingan air BERALKALI.  

So, kat sinilah pentingnya air beralkali yg kita minum. Air yg mempunyai nilai pH yang tinggi iaitu pH alkali membantu untuk melawan tahap keasidan dalam badan kita. Air yang sihat mempunyai pH antara 8.5 hingga 10 dapat membantu meneutral dan melawan keasidan. Air beralkali sangat penting untuk mengimbangi pH darah antara 7.2 hingga 7.45. pH darah dalam keadaan asid boleh menyumbang kepada koma dan kematian tau. Badan kita automatik akan menghentikan sistem penghadaman, tukar suhu badan, menghakis kalsium dari tulang, menghalang fungsi pankreas hanya untuk mengimbangi balik kadar keasidan . 

Inilah bukti jelas air OXYPI mengandungi PH yg tinggi,

Jadi dengan apa yg kita makan dan minum ni, menyumbang kepada peningkatan keasidan dalam badan kita. Dan, penyakit memang suka terhasil dalam persekitaran asidik. 


Minumlah air beralkali utk kesihatan anda!!





Sistem perawatan air (Water Treatment) OXY PI D'IONIK adalah sistem penulenan air dan pengionan yang unggul. Sistem terunggul ini merawat, menulen dan mengion air paip biasa untuk menjana air alkali tulen bertaraf dunia dan menghasilkan ion negatif (Negative Oxidation Reduction Potential, -ORP mV) secara terus mengurangkan atau mencegah kerosakan tisu daripada radikal bebas. Sistem perawatan air ini turut menghasilkan minuman beralkali positif mineral dan kaya dengan oksigen terlarut yang sangat membantu mengimbangi pH bendalir badan, membuang toksin-toksin dalam badan dan banyak lagi. Selain itu, sistem perawatan air ini akan mengaktifkan dan memecahkan kelompok molekul air yang lebih kecil untuk meningkatkan penyerapan tubuh kita. 


Keistimewaan air OXY PI D'IONIK yang terhasil ;

1. Bersih dari pencemaran
  • Elemen penting dalam proses penyingkiran toksik secara maksimum

2. Melimpah dengan tenaga dan menjana Oksigen
  • Memberi tenaga segera yang diperlukan oleh sel tubuh dalam masa singkat

3. Mengandungi galian dalam bentuk Ionik 
  •   Mudah diserap oleh badan 
  •   Membantu merendahkan osteoporosis

4. Anti-oksidan
  • Membantu menghapuskan radikal bebas yang mengganas yang boleh menyebabkan barah 
  • Mambantu meningkatkan sistem antibodi dan daya penyembuhan semulajadi
  • Membantu mencegah proses penuaan sel-sel badan

5. Imbangan pH bersesuaian dengan bendalir badan (pH alkali)
  • Membantu mengekalkan keasidan perut pada tahap yang sesuai
  • Membantu menguatkan jantung
  • Membantu mengawal kolesterol berlebihan
  • Membantu menguatkan fungsi organ hati
  • Membantu meneutralkan asid urik dalam menyembuhkan radang sendi seperti gout dan artritis
  • Membantu menurunkan berat badan

6. Struktur molekul air dalam kelompok kecil yang berbentuk     
    heksagon
  • Membantu tahap gula dalam darah seterusnya mengawal gejala kencing manis
  • Membantu memecahkan dan menyingkirkan lemak yang berlebihan
  • Membantu melancarkan pembuangan air kecil

Pemasangan yang sangat mudah, hanya sambungkan terus ke paip dapur rumah anda, bekalan air alkali akan sentiasa ada di rumah anda tanpa henti. 



Hubungi Kak Ina Bidadari melalui PM/Viber/Whataspp 0123171593 atau email ke inabbidadari79@gmail.com untuk info lebih lanjut serta HARGA ISTIMEWA utk 10 ORANG PERTAMA yg membuat TEMPAHAN. 
Fast Action Fast Result.


I am HAPPY

Syukur kehadrat ilahi kerana dikurniakan dgn keluarga yg sangat happening dan best gitu..
Tapi apapun kita yg kena sesuaikan diri dgn mereka..Klu ikutkan kita jer..mmg xkan sampai kemana kan...
Well..hujung minggu lalu masa orang dok sibuk2 planning nak balik kampung..nak pegi cuti2 malaysia..KIB pegi attend seminar kat Wisma DCL..
9hb tu mmg boleh dikatakan jem jugak masa lalu jalan menuju ke Tol Gombak..
Biasalah masing2 ada agenda semasa musim cuti panjang ni..

Hari tu cik abg sayang KIB berbesar hati tolong hantarkan..bising gak dia terpaksa menempuh jem tu..Jika tak kerana planning utk pulang ke Tasik Chini malam tu..tentu sekali di biarnya KIB drive sendiri..syukur sgt..tq Allah.
Alhamdulillah sampai jugak KIB ditempat yg dituju..say THANK YOU bang..sbb hantar..hehe
Agak lewat sikit sampai..mujur seminar tak start lagi..
Ingatkan KIB sorang2 jer..sampai sana..wow..ramainya kawan2 yg hadir..

Seminar Titian Transformasi

 Haa..inilah Hawa..duduk sebelah ngan dia masa seminar tu..

senyum..lima...sama2 anak 3 u ollz...hehe

Tak kisahlah kan berteman atau tidak yg penting kita sendiri yg dalami ilmu tu..dgn niat nak share pd semua anak-anak buah dan rakan niaga yg lain..  
Hari tu banyak maklumat penting mengenai Pelan Pemasaran dan produk-produk baru yg bakal memasuki pasaran..Sangat2 teruja dapat hadirkan diri..Banyak ilmu yg dapat..
Dan syukur sangat2 KIB semakin hari semakin positif dgn keadaan sekeliling..
Biarlah apa orang nak kata...yg penting kita tahu apa yg kita mahukan..Bohongla kalau hati tak pernah terusik dgn perbuatan atau tindakan seseorang kepada kita..tapi kali ni alhamdulillah KIB semakin kuat dan matang dalam permainan kehidupan.

Yang pastinya kita haruslah sentiasa mendoakan seluruhnya umat Nabi Muhammad SAW...Kita harus belajar dari kesilapan sendiri..Kita harus cari cara perbaiki hati..

Oh indahnya bila kita luahkan segala2nya kepada NYA.Luahkan sesama manusia belum tentu kita dapat jawapan yg superb..tetapi janji Allah SWT itu pastikan..Dia Maha Mendengar..pasti dia beri..keindahan dan ketenangan hati itu..

Apapun..KIB bersyukur bertemu dgn bisnes ini..Bisnes mata hati..bukan sekadar kita diasuh utk berniaga malahan tingginya nilai kemanusiaan yg banyak dipelajari didalamnya...

Nak join KIB dan KAIZEN TEAM..Jom..booked appt..
 
 
    

Khamis, 14 Februari 2013

Cara Nabi Muhammad S.A.W Berniaga

1. Keuntungan Adalah Sasaran Ke-2

Seseorang peniaga muslim itu, sewajarnya tidak menjadikan keuntungan sebagai sasaran utama perniagaan beliau. Sebaliknya, beliau perlu menjadikan keredhaan Allah SWT itu sebagai punca beliau menjalankan perniagaan.

Dengan menjadikan keredhaan Allah SWT sebagai sasaran pertama perniagaan, peniaga-peniaga muslim akan mampu untuk melakukan perkara-perkara terpuji lain di dalam perniagaan mereka dan pastinya perniagaan akan mendapat keberkatan dan bertambah maju.

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh.(Itu telah menjadi) Janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.” (Surah At Taubah, Ayat 111)

2. Berniaga Mengikut Sunnah

Perniagaan mengikut sunnah junjungan besar Rasullullah SAW adalah perkara yang perlu diikuti oleh kita semua sebagai seorang peniaga muslim. Rasulullah dahulu ketika berniaga, tidak pernah menyakiti hati peniaga lain dan tidak pernah pula berlaku kurang jujur dengan pelanggan. Hal ini diakui oleh mereka yang pernah berurusan dengan baginda SAW sebelum baginda diangkat menjadi rasul lagi.

Dalam satu peristiwa, seorang peniaga bernama Saib bin Ali Saib datang menemui Rasulullah SAW. Melihat Saib datang, Nabi Muhammad berkata, “Mari, mari. Selamat datang saudara saya, dan rakan niaga saya yang tidak pernah bertengkar,” kata Nabi Muhammad.

Saib membalas dengan berkata, “Kita tidak pernah bertengkar sebab tuan peniaga yang sentiasa lurus dan tepat dengan kiraan.” Kisah ini saya petik daripada buku “Cerita Motivasi Untuk Pemimpin” keluaran PTS.

Saya terkenang kembali kata-kata seorang tokoh perniagaan yang berjaya ketika beliau menyampaikan syarahan berkenaan perniagaan beliau, dan salah satu perkara yang dinyatakan oleh beliau berkait dengan teknik Rasulullah berniaga.

Ketika baginda berniaga, baginda menyatakan harga modal yang diperoleh kepada bakal pembeli. Kemudian, baginda menyatakan pula harga jual kepada bakal pelanggan tersebut. Ini merupakan satu contoh perlakuan terpuji Rasulullah yang perlu kita ikuti ketika hendak berniaga.

“Dari Anas Radiallahuanhu berkata Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Barangsiapa yang merasa penat kerana bekerja untuk mencari rezeki yang halal, nescaya terampun segala dosanya”.(Riwayat Al-Imam As-Suyuti)

3. Berkata Benar dan Berlaku Jujur

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi). Dalam konteks ini, kejujuran ditekankan kerana kejujuran merupakan antara elemen terpenting dalam perniagaan.

Ketika kita berbnicang mengenai perniagaan seorang muslim, kita sebenarnya sedang membincangkan satu konsep perniagaan yang membangunkan hubungan kepercayaan di antara peniaga dan pelanggan, dan piawaian ini tidak boleh dicapai dengan adanya dusta dan penipuan.

Pada suatu hari, Nabi Muhammad berjalan-jalan di kawasan pasar bandar Madinah. Baginda lalu di hadapan seorang peniaga yang menjual buah-buahan yang dilonggok-longgokkan.

Rasulullah memeriksa buah-buahan itu dengan memasukkan tangannya ke dalam satu longgokan.

Kemudian Nabi Muhammad menarik tangannya keluar dan menunjukkan jarinya yang basah kepada peniaga itu.

“Apa ini saudara ?” tanya Nabi Muhammad. “Terkena hujan, tuan,” kata peniaga itu.

“Mengapa saudara tidak letakkan buah-buahan yang basah itu di sebelah atas supaya orang dapat melihatnya ?” kata Nabi Muhammad. Kemudian baginda berkata lagi, “Barang siapa menipu, dia bukan pengikut saya.”

4. Buka Ruang Pada Pandangan Serta Kritikan Yang Membina

Walaupun kritikan daripada pelanggan adalah seperti “pil pahit” yang harus ditelan, setiap peniaga muslim harus ingat bahawa yang pahit itu tidak semestinya racun, manakala manis tidak semestinya penawar. Banyak benar contoh yang boleh mengaitkan penawar itu dengan sifat ‘pahit sedikit’.

Kritikan yang berasas dan membina merupakan keperluan dalam perniagaan yang kadang-kadang tidak dipandang oleh peniaga Muslim. Mereka menganggap kritikan itu lebih membawa keburukan kepada perniagaan mereka. Sebenarnya mereka tersilap. Dengan kritikan yang membina itu, seorang usahawan itu bukan sahaja boleh bertahan lebih lama, bahkan mampu untuk mengembangkan lagi perniagaan beliau ke medan yang lebih luas.

5. Sasarkan Matlamat Yang Lebih Tinggi

Usahawan muslim sewajarnya tidak berada di takuk yang sama. Sewajarnya dengan pelancaran produk baru, target perniagaan bagi jangka waktu sederhana serta jangka waktu panjang juga telah dilaksanakan.

Ini juga bererti, perniagaan yang diusahakan oleh usahawan muslim perlu mempunyai sistem yang mantap. Sistem yang tersusun dan saling melengkapi antara satu sama lain. Bagi menerangkan hal ini, kita semak kembali apa yang telah dinukilkan oleh Allah SWT di dalam surah As-Saff ayat 4 yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berjuang dijalanNya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.”

6. Bekerjasama Dengan Muslim Lain Dalam Pasaran Anda

Ini mungkin perkara yang sangat sulit bagi sesetengah usahawan. Saling tunjuk menunjuk, tuduhan demi tuduhan dan teknik menikam dari belakang sering menjadi pilihan sesetengah muslim yang memasarkan produk yang sama dengan pesaingnya. Tapi ini sama sekali bukan etika ekonomi seorang muslim harus bekerja.

Persaudaraan dalam umat tidak wajar dilupakan. Pertimbangkan untuk membentuk sebuah kesatuan usahawan Muslim yang terdiri daripada peruncit atau pengedar serta boleh sama-sama berkongsi pengalaman, dan belajar untuk bekerja sama. Kerjasama ini tidak lain dan tidak bukan dapat menguntungkan pengguna Muslim itu sendiri, dan akhirnya menguntungkan perniagaan Muslim sendiri.

7.Jangan Menjual Benda-Benda Haram

Harta yang halal membawa keberkatan dalam hidup. Ini merupakan ungkapan yang boleh digunakan untuk menjelaskan tip terakhir ini.

Ingatlah bahawa orang yang mendapat rezeki dari sumber yang tidak halal akan membawa akibat yang buruk seperti rezeki yang diperolehi tiada keberkatan di dalamnya, hilang kepercayaan orang ramai kepadanya, tidak akan diterima doanya, akan mendapat tempat yang hina di sisi Allah Subhanahu Wata’ala dan dimasukkan ke dalam api neraka.

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya : “Dari Khaula Al-Ansariah Radiallahuanha ia berkata : Aku mendengar Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Bahawasanya orang yang mencampur adukkan harta Allah dengan jalan yang tidak halal, maka mereka akan mendapat seksaan api neraka pada hari kiamat kelak”. (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

P/S: Jom kite contohi cara Rasulullah berniaga agar kite semua mendapat keberkatan di dunia dan akhirat…InsyaAllah..

 

Selasa, 12 Februari 2013

Kesan Ketara Akibat Berfikiran Negatif

Untuk kita benar-benar berjaya merubah diri kepada fikiran positif, kita kena tahu dulu akibat dari berfikiran negatif.

Bila Anda berfikiran negatif (walaupun sedikit) kita akan ditemukan dengan pelbagai permasalahan secara tidak sengaja dan kebetulan – mengakibatkan kita kerugian masa, tenaga dan wang ringgit. Rugi, rugi, rugi. Banyak yang rugi!

Kesan kedua, kita akan susah untuk bermotivasi.Asyik tak bersemangat saja, rasa malas, berat tulang nak buat kerja. Walaupun ada kerja yang penting untuk diselesaikan, Anda rasa macam tak nak buat lalu mendorong Anda bertangguh. Bila asyik bertangguh, kesan jangka masa panjang, prestasi Anda akan menurun. Anda jadi orang kurang cemerlang.

Kesan ketiga, bila berfikiran negatif, masalah dalam hidup kita tak akan pernah surut, ada-ada saja masalah yang muncul.Masalah kecil membawa kepada masalah besar. Masalah besar yang melanda semakin membesar akhirnya membawa kepada permasalahan yang dua kali ganda lebih besar. Orang berfikiran negatif tak menumpu pada penyelesaian masalah, sebab tu masalahnya makin membesar, makin menambah.

Kesan keempat, fikiran negatif akan membuat Anda memiliki tabiat negatif – tamak, dengki, gelojoh, panas baran, ego, gopoh dan paling ketara, PEMALAS! Sesiapapun tak suka berkawan dengan anda dan tak siapa mahu menolong anda bila anda dilanda kesusahan.

Itulah 4 kesan ketara akibat dari berfikiran negatif. Banyak lagi kesan-kesan lain, tapi 4 kesan di atas adalah yang paling kerap berlaku dalam masyarakat kita.
Maka kepada sesiapa yang selalu berfikiran negatif, Let’s be POSITIVE NOWADAYS n ALWAYS!!


Ahad, 3 Februari 2013

Masalah Peranakan Jatuh

Sering kita dengar orang bergurau, ‘perempuan tak elok mengangkat barang berat, nanti jatuh peranakan’. Tanpa mengetahui lebih jelas apa yang dimaksudkan dengan ‘peranakan jatuh’, ayat berkenaan sering berlegar dalam kalangan masyarakat kita.

Peranakan atau rahim iaitu tempat janin membesar, terletak di dalam pelvis dan disokong oleh otot, jaringan dan ligamen.
Proses kehamilan dan melahirkan anak boleh menyebabkan otot dan ligamen yang menyokong rahim menjadi lemah, mengakibatkan ia jatuh dan kadangkala terkeluar dari saluran faraj.

Rahim jatuh atau dikenali sebagai prolaps rahim boleh berlaku dalam pelbagai peringkat. Pada peringkat awal, rahim hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa, peringkat kedua apabila pintu rahim jatuh sampai ke permukaan faraj manakala peringkat ketiga, keadaan yang sangat teruk iaitu apabila keseluruhan rahim terkeluar daripada saluran vagina dan permukaan.

Foto OBESITI antara punca peranakan jatuh.

Ketua Jabatan Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Dr Rozihan Ismail berkata, ramai wanita yang mengalami masalah kekenduran rahim akan menghadapi masalah urinari seperti kerap kencing dan sukar hendak mula kencing.

Lebih menyulitkan, masalah kekenduran organ reproduksi ini akan menyebabkan wanita terbabit sukar mengawal kencing, terutama apabila batuk, bersin atau sebarang perbuatan yang menyebabkan tekanan dalam perut meningkat seperti ketawa atau ketika hendak berdiri selepas sujud sewaktu solat.

“Air kencing akan keluar dengan sendiri tanpa dapat dikawal. Keadaan ini mengganggu tugas harian dan kehidupan wanita terbabit.

“Dalam kes prolaps rahim yang teruk atau peringkat ketiga (keseluruhan rahim terkeluar), sering kali pintu rahim bergesel pada seluar dalam menyebabkan luka. Luka ini boleh dijangkiti kuman menyebabkan keputihan atau pengeluaran lendir yang banyak.

“Tanpa rawatan yang betul, ketumbuhan akan berlaku akibat pergeselan berpanjangan dan meningkatkan risiko menghidap kanser serviks (barah pangkal rahim),” katanya pada Seminar Kesihatan Wanita anjuran QRS Asia Sdn Bhd dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan HTAA, baru-baru ini.


PENCEGAHAN:

1. Kawal berat badan

2. Mengamalkan senaman menguatkan otot lantai pelvik (senaman Kegel)

3. Ada juga alat bantuan (Vaginal Cone) yang dapat membantu dalam mendapatkan proses senaman berkesan.

4. Teknologi moden memperkenalkan mesin yang sangat berkesan membantu menguatkan otot lantai pelvik dan memulihkan kedudukan organ peranakan wanita seperti alat stimulasi magnetik.

Sementara itu, Pensyarah Jabatan Perbidanan dan Sakit Puan UIAM, Prof Madya Dr Zalina Nusee berkata, inkontinen urin ialah kebocoran air kencing di luar kawalan atau masalah lemah kawalan pundi kencing yang boleh berlaku pada wanita semua peringkat umur.

Mungkin dianggap perkara biasa yang tidak membahayakan kesihatan, tidak ramai wanita tampil mendapatkan rawatan. Hanya 30 peratus wanita yang mengalami masalah ini datang ke klinik.

Jenis kebocoran kencing:

1. Kebocoran kencing tekanan
2. Kebocoran kencing gesa
3. Kebocoran campuran
4. Kebocoran limpahan
5. Kebocoran kencing upaya

Faktor risiko:

1. Proses kehamilan
2. Kelahiran biasa, terutama penggunaan alat bantuan seperti forsep atau vacum
3. Kongenital/baka
4. Obesiti
5. Merokok
5. Pembedahan histerektomi (buang rahim)
6. Menopaus
7. Lanjut usia


Menurutnya, kebocoran kencing berpunca daripada lantai pelvik yang lemah dan tidak berupaya menutup uretra (leher pundi kencing) ketika batuk, bersin atau aktiviti lain yang mengakibatkan peningkatan tekanan di rongga pelvik. Kebocoran kencing juga boleh berlaku ketika mengadakan hubungan kelamin, aktiviti riadah atau solat.

Rawatan konservatif berkesan untuk kes yang ringan dengan senaman lantai pelvik. Bagi kes serius, rawatan pembedahan diperlukan. Tiada ubatan berkesan untuk rawatan kebocoran ini.

“Pundi kencing terlebih aktif ialah masalah penyimpanan air kencing dengan gejala utama iaitu desakan ingin membuang air kecil secara tiba-tiba ketika individu itu belum betul-betul bersedia.

“Gejala lain termasuk kerap buang air kecil, biasanya lebih lebih lapan kali sehari dalam masa 24 jam dan bangun malam untuk buang air kecil.

“Ia juga mungkin menyebabkan kebocoran kencing gesa iaitu pesakit tidak sempat sampai ke tandas yang berpunca daripada otot detrusor pundi kencing terlebih aktif,” katanya.

Masalah ini dirawat dengan pengambilan ubatan, mengubah suai cara hidup dan fisioterapi. Jarang sekali pembedahan diperlukan dalam kes ini.

Ada juga wanita yang mengalami kedua-dua masalah (kebocoran kencing tekanan dan gesa) dan biasanya kes ini akan dirawat menggunakan ubatan dan fisioterapi. Pembedahan akan dijalankan jika rawatan ubatan dan fisioterapi gagal.

Pengarah Operasi QRS Cellvital Kuantan, Shahrill Sabarudin berkata, satu kaedah baru untuk memperbaiki dan menguatkan fungsi serta koordinasi lantai pelvik ialah menggunakan teknologi Trans Pelvic Magnetic Stimulation (TPMS). Kaedah itu tidak menggunakan ubat, pembedahan dan tiada kesan sampingan.

Apakah kaedah rehabilitasi lantai pelvik TPMS?

Kaedah rehabilitasi ini menggunakan denyutan gelombang elektromagnet berkuasa tinggi tetapi selamat digunakan. Ia dihalakan terus kepada lantai pelvik tanpa pesakit perlu membuka pakaian.

Denyutan elektromagnet ini akan melatih otot lantai pelvik yang terbabit dalam keseluruhan fungsi sistem urinari dan membolehkan ia mencapai koordinasi betul dan kekuatan diperlukan untuk memulihkan sebarang masalah berkaitan kerosakan otot lantai pelvik.

TPMS yang merangsang senaman Kegel automatik juga mampu menyelaraskan kembali isyarat pundi kencing yang rosak disebabkan radang pada otot detrusor pundi kencing, selain memulihkan masalah gesaan kencing.

Credit artikel dari MyMetro 26/01/2013

***Sekadar perkongsian..Anda juga boleh mengamalkan BIDADARI.Ia merupakan sumber alam semulajadi yg digunakan oleh nenek moyang kita secara turun temurun..