Risau Bayi Anda Mengalami Masalah Kuning Selepas Bersalin?
Artikel Dipetik Daripada Tulisan : DR ASMUNNI YAHYA
Pakar Perunding Paediatrik
JAUNDIS NEONATAL
atau penyakit kuning bayi (juga disebut demam kuning) adalah perkara
yang biasa terjadi di kalangan bayi pada minggu pertama kelahiran.
Lebih
kurang 60 peratus bayi matang (lahir selepas genap 37 minggu kehamilan)
dan 80 peratus bayi pramatang mengalami masalah ini. Jaundis pada bayi
terjadi disebabkan pemendapan pigmen bilirubin di dalam tisu,
menyebabkan kulit dan mata putih bayi kelihatan kuning.
Pada
keadaan biasa, ada sedikit kuantiti bilirubin di dalam darah, tetapi
apabila kuantiti bilirubin ini melebihi satu tahap (akibat sebab
tertentu) pemendapan bilirubin ke tisu badan dan kulit akan berlaku.
Penyakit kuning bayi boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu penyakit kuning berkonjugat dan kuning tak berkonjugat.
Bilirubin
tak berkonjugat adalah antara produk akhir yang terhasil melalui
pemecahan sel darah merah yang tamat tempoh hayatnya. Bilirubin tak
berkonjugat seterusnya akan diproses kepada bilirubin berkonjugat di
hati dan kemudian akan disingkirkan dari badan melalui najis. Ketika
bayi dalam kandungan ibu, proses ini dilakukan oleh hati ibu. Jadi
apabila bayi dilahirkan, proses ini mula dilakukan oleh hatinya sendiri.
Bayi
baru lahir mempunyai jumlah sel darah merah yang banyak. Tambahan pula,
hati bayi yang baru lahir belum matang dan tidak dapat memproses dan membuang bilirubin dengan pantas sepenuhnya beberapa hari selepas dilahirkan.
Ini menyebabkan paras bilirubin di dalam darah meningkat dan seterusnya
pemendapan berlaku di dalam kulit yang menyebabkan kekuningan.
Penyakit Kuning Tak Berkonjugat
Sebilangan
bayi sihat mengalami masalah kekuningan pada hari kedua dan menjadi
nyata menjelang hari ketiga dan keempat selepas kelahiran. Fenomena ini
adalah masalah fisiologi tubuh badan bayi dan kuning ini dipanggil
jaundis fisiologikal.
Masalah
jaundis fisiologikal tidak berlaku dalam masa 24 jam pertama kelahiran
dan tidak melebihi jangka masa dua minggu dalam bayi matang atau tiga
minggu dalam bayi pramatang. Tahap bilirubin dalam darah juga tidak
tinggi (iaitu kurang dari 250 mmol/L atau 12 mg/dL).
Beberapa punca boleh menyebabkan peningkatan paras bilirubin dalam tisu, antaranya :
1.
Penyakit kekurangan enzim Glokosa-6-Fosfat Dehidrogenase (G6PD) yang
biasanya melindungi daripada kesan tekanan pengoksidaan pada sel darah
merah di dalam darah yang menyebabkan ia tidak stabil apabila terdedah
kepada bahan-bahan tertentu. Bagaimanapun tidak lebih dari 5% bayi
mengalami masalah ini. Sekarang semua bayi akan diperiksa status G6PD
nya sejurus selepas lahir.
2. Ketidaksesuaian kumpulan darah antara ibu dan bayi - iaitu faktor rhesus negatif atau ABO.
3. Terlalu banyak sel darah merah (polycythemia).
4.
Masalah kecederaan ketika lahir. Bayi yang lahir melalui kaedah vakum
atau forsep mungkin mengalami masalah pendarahan di bawah bahagian
kepala, sama ada di bawah selaput yang menutupi tulang tengkorak (cephalhaematoma) atau di bawah tisu lembut kepala (pendarahan subaponeurosis).
Semua
masalah di atas akan menyebabkan pemecahan sel darah merah dan
seterusnya jaundis. Penyakit kuning tak berkonjugat juga boleh berlaku
kerana keadaan luar biasa seperti hypothyroidism iaitu
Kekurangan hormon tiroid. Kes ini sangat jarang, seorang dari 4000
kelahiran. Melalui program saringan kebangsaan, semua bayi yang lahir
akan dilakukan pemeriksaan saringan menggunakan darah tali pusat.
Selain
itu, kemungkinan jangkitan kuman, ibu menyusu yang memakan jamu atau
ubat tradisional tertentu, anak yang tidak menyusu secukupnya dan breast milk jaundice.
Breast milk jaundice
boleh terjadi disebabkan kandungan susu ibu yang luar biasa dan mungkin
mengandungi komponen beta glukoronidase yang boleh merencatkan
pemprosesan bilirubin tak berkonjugat kepada berkonjugat.
Penyakit Kuning Berkonjugat
Antara
punca paling penting menyebabkan penyakit kuning berkonjugat adalah
masalah biliary atresia, di mana saluran hempedu tidak normal dan
tersekat.
Ini
menyebabkan paras bilirubin berkonjugat meningkat di dalam darah.
Tambahan pula, bilirubin berkonjugat yang terhasil tidak dapat
disingkirkan melalui najis, seterusnya menyebabkan najis bayi kelihatan
pucat keputihan dan air kencing berwarna gelap. Penyakit biliary atresia
memerlukan rawatan pembedahan.
Kesan-Kesan Jaundis
Apabila tahap bilirubin tak berkonjugat tinggi, ia boleh melepasi lapisan darah-otak (blood brain barrier)
dan termendap di sel-sel otak. Jika jaundis tidak dirawat, bayi boleh
mengalami masalah pendengaran atau lebih teruk lagi masalah terencat
akal (kernicterus).
Rawatan Jaundis
Jika
bayi anda kelihatan kuning, jumpalah doktor untuk pemeriksaan.
Pemeriksaan darah akan dilakukan untuk menilai paras bilirubin di dalam
darah. Berdasarkan keadaan bayi dan pemeriksaan darah, doktor
kanak-kanak anda akan menilai sama ada rawatan susulan diperlukan.
Rawatan yang biasa dilakukan untuk bayi jaundis adalah Rawatan Fototerapi.
Fototerapi adalah rawatan cahaya biru yang boleh menukar struktur
bilirubin tak berkonjugat kepada lumirubin, di mana ia senang dikumuhkan
di hati dan disingkirkan melalui najis.
Fototerapi
perlu dilakukan berterusan; bayi didedahkan kepada cahaya biru ini
tanpa pakaian dan mata bayi akan ditutup dengan penutup mata khas.
Rawatan
fototerapi ini akan dihentikan apabila tahap bilirubin darah menurun ke
tahap selamat. Rawatan fototerapi boleh dilakukan di hospital atau jika
paras bilirubin tidak terlalu tinggi melalui home phototherapy; di rumah anda.
Rawatan Penukaran Darah
akan dilakukan apabila paras bilirubin tak berkonjugat dalam darah
terlampau tinggi, iaitu melebihi 340mmol/L, walaupun setelah diberi
rawatan fototerapi.
Jika
anak anda sudah menerima rawatan fototerapi, pemeriksaan susulan perlu
diadakan untuk memastikan tahap bilirubin tidak melambung semula.
Berbincanglah dengan doktor anda sama ada rawatan fototerapi masih diperlukan.
Bayi
yang mempunyai paras bilirubin terlampau tinggi atau menerima rawatan
penukaran darah perlu mendapat pemeriksaan susulan untuk pemeriksaan
perkembangan dan ujian pendengaran.
Petua Rawatan Tradisional
- Jemur
bayi di sebelah pagi. Jangan jemur dalam keadaan terlalu panas.
Seeloknya dalam pukul 8 sebab belum panas terik lagi. Jika cuaca
luar terlalu panas nanti bayi kita kekurangan air pulak. Tutup mata
bayi supaya tak terkena silau.
- Beri
bayi anda lebih air masak supaya kekotoran dan tahap bilirubin
yang ada dalam tubuh bayi dapat di singkirkan dengan lebih cepat.
- Susukan
bayi anda dengan lebih kerap kerana bayi anda akan lebih kerap
buang air atau buang air besar yang akan sama-sama keluar dengan
kekotoran yang ada dalam tubuh mereka.
- Jika anda mengambil herba atau jamu, hentikan buat seketika sehingga bayi anda sembuh.
- Rebus
daun bunga raya, daun sirih dengan air kelapa. Selepas di mandikan
bilas dan bersihkan. Mandikan bayi dalam beberapa hari.
- Rebus
kacang bendi dengan secawan air. Ambil air lendir kacang bendi
yang direbus tadi dan diberi minum pada bayi anda sekali sehari.
- Anda
juga boleh mencuba beri minum susu kambing (sikit saje) kerana
berapa orang rakan saya yang mencuba kaedah ini sebelum ini memang
berkesan.
- Sesetengah orang petua beri anggur hitam, jus sahaja.
***Pendapat saya, segala penyakit yg terjadi pasti ada sebabnya.Tidak mungkin ia boleh datang sebegitu sahaja.
Mengikut beberapa testimoni yang telah mengamalkan set sihat hamil semenjak kandungan berusia 3 bulan, mendapati bayi tidak mengalami KUNING dan kulit menjadi sangat cantik.
Kebaikan Set Sihat hamil ini adalah kerana kandungan AMAZING dan EGNIUS tersebut.
AMAZING merupakan hasil daripada saribunga, buah tin, buah zaitun, kurma, habbatusauda,dong quai, dong shen dan habbatussauda.
Kajian atau demo yg dibuat telah membuktikan AMAZING bertindak meneutralkan asid berlebihan didalam badan.Kerana setiap makanan kita mengandungi racun tersembunyi yang kita tidak sedari dapat memberi kesan kepada bayi.
Manakala EGNIUS merupakan makanan otak yang sangat2 efektif dimana ia mampu meredakan masalah ibu iaitu morning sickness dan bagi bayi pula pertumbuhan otak yg sangat bagus serta menjadikan kulit bayi anda tiada bermasalah ketika melahirkan.