Sabtu, 23 Mac 2013

Jaundice atau Masalah Kuning

Risau Bayi Anda Mengalami Masalah Kuning Selepas Bersalin?



Artikel Dipetik Daripada Tulisan : DR ASMUNNI YAHYA
Pakar Perunding Paediatrik

JAUNDIS NEONATAL atau penyakit kuning bayi (juga disebut demam kuning) adalah perkara yang biasa terjadi di kalangan bayi pada minggu pertama kelahiran.

Lebih kurang 60 peratus bayi matang (lahir selepas genap 37 minggu kehamilan) dan 80 peratus bayi pramatang mengalami masalah ini. Jaundis pada bayi terjadi disebabkan pemendapan pigmen bilirubin di dalam tisu, menyebabkan kulit dan mata putih bayi kelihatan kuning.

Pada keadaan biasa, ada sedikit kuantiti bilirubin di dalam darah, tetapi apabila kuantiti bilirubin ini melebihi satu tahap (akibat sebab tertentu) pemendapan bilirubin ke tisu badan dan kulit akan berlaku.

Penyakit kuning bayi boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu penyakit kuning berkonjugat dan kuning tak berkonjugat.

Bilirubin tak berkonjugat adalah antara produk akhir yang terhasil melalui pemecahan sel darah merah yang tamat tempoh hayatnya. Bilirubin tak berkonjugat seterusnya akan diproses kepada bilirubin berkonjugat di hati dan kemudian akan disingkirkan dari badan melalui najis. Ketika bayi dalam kandungan ibu, proses ini dilakukan oleh hati ibu. Jadi apabila bayi dilahirkan, proses ini mula dilakukan oleh hatinya sendiri.

Bayi baru lahir mempunyai jumlah sel darah merah yang banyak. Tambahan pula, hati bayi yang baru lahir belum matang dan tidak dapat memproses dan membuang bilirubin dengan pantas sepenuhnya beberapa hari selepas dilahirkan. Ini menyebabkan paras bilirubin di dalam darah meningkat dan seterusnya pemendapan berlaku di dalam kulit yang menyebabkan kekuningan.

Penyakit Kuning Tak Berkonjugat

Sebilangan bayi sihat mengalami masalah kekuningan pada hari kedua dan menjadi nyata menjelang hari ketiga dan keempat selepas kelahiran. Fenomena ini adalah masalah fisiologi tubuh badan bayi dan kuning ini dipanggil jaundis fisiologikal.

Masalah jaundis fisiologikal tidak berlaku dalam masa 24 jam pertama kelahiran dan tidak melebihi jangka masa dua minggu dalam bayi matang atau tiga minggu dalam bayi pramatang. Tahap bilirubin dalam darah juga tidak tinggi (iaitu kurang dari 250 mmol/L atau 12 mg/dL).

Beberapa punca boleh menyebabkan peningkatan paras bilirubin dalam tisu, antaranya :

1. Penyakit kekurangan enzim Glokosa-6-Fosfat Dehidrogenase (G6PD) yang biasanya melindungi daripada kesan tekanan pengoksidaan pada sel darah merah di dalam darah yang menyebabkan ia tidak stabil apabila terdedah kepada bahan-bahan tertentu. Bagaimanapun tidak lebih dari 5% bayi mengalami masalah ini. Sekarang semua bayi akan diperiksa status G6PD nya sejurus selepas lahir. 

2. Ketidaksesuaian kumpulan darah antara ibu dan bayi - iaitu faktor rhesus negatif atau ABO.

3. Terlalu banyak sel darah merah (polycythemia).

4. Masalah kecederaan ketika lahir. Bayi yang lahir melalui kaedah vakum atau forsep mungkin mengalami masalah pendarahan di bawah bahagian kepala, sama ada di bawah selaput yang menutupi tulang tengkorak (cephalhaematoma) atau di bawah tisu lembut kepala (pendarahan subaponeurosis).

Semua masalah di atas akan menyebabkan pemecahan sel darah merah dan seterusnya jaundis. Penyakit kuning tak berkonjugat juga boleh berlaku kerana keadaan luar biasa seperti hypothyroidism iaitu Kekurangan hormon tiroid. Kes ini sangat jarang, seorang dari 4000 kelahiran. Melalui program saringan kebangsaan, semua bayi yang lahir akan dilakukan pemeriksaan saringan menggunakan darah tali pusat.

Selain itu, kemungkinan jangkitan kuman, ibu menyusu yang memakan jamu atau ubat tradisional tertentu, anak yang tidak menyusu secukupnya dan breast milk jaundice.

Breast milk jaundice boleh terjadi disebabkan kandungan susu ibu yang luar biasa dan mungkin mengandungi komponen beta glukoronidase yang boleh merencatkan pemprosesan bilirubin tak berkonjugat kepada berkonjugat.

Penyakit Kuning Berkonjugat

Antara punca paling penting menyebabkan penyakit kuning berkonjugat adalah masalah biliary atresia, di mana saluran hempedu tidak normal dan tersekat.

Ini menyebabkan paras bilirubin berkonjugat meningkat di dalam darah. Tambahan pula, bilirubin berkonjugat yang terhasil tidak dapat disingkirkan melalui najis, seterusnya menyebabkan najis bayi kelihatan pucat keputihan dan air kencing berwarna gelap. Penyakit biliary atresia memerlukan rawatan pembedahan.

Kesan-Kesan Jaundis

Apabila tahap bilirubin tak berkonjugat tinggi, ia boleh melepasi lapisan darah-otak (blood brain barrier) dan termendap di sel-sel otak. Jika jaundis tidak dirawat, bayi boleh mengalami masalah pendengaran atau lebih teruk lagi masalah terencat akal (kernicterus).

Rawatan Jaundis

Jika bayi anda kelihatan kuning, jumpalah doktor untuk pemeriksaan. Pemeriksaan darah akan dilakukan untuk menilai paras bilirubin di dalam darah. Berdasarkan keadaan bayi dan pemeriksaan darah, doktor kanak-kanak anda akan menilai sama ada rawatan susulan diperlukan.

Rawatan yang biasa dilakukan untuk bayi jaundis adalah Rawatan Fototerapi. Fototerapi adalah rawatan cahaya biru yang boleh menukar struktur bilirubin tak berkonjugat kepada lumirubin, di mana ia senang dikumuhkan di hati dan disingkirkan melalui najis.

Fototerapi perlu dilakukan berterusan; bayi didedahkan kepada cahaya biru ini tanpa pakaian dan mata bayi akan ditutup dengan penutup mata khas.

Rawatan fototerapi ini akan dihentikan apabila tahap bilirubin darah menurun ke tahap selamat. Rawatan fototerapi boleh dilakukan di hospital atau jika paras bilirubin tidak terlalu tinggi melalui home phototherapy; di rumah anda.

Rawatan Penukaran Darah akan dilakukan apabila paras bilirubin tak berkonjugat dalam darah terlampau tinggi, iaitu melebihi 340mmol/L, walaupun setelah diberi rawatan fototerapi.

Jika anak anda sudah menerima rawatan fototerapi, pemeriksaan susulan perlu diadakan untuk memastikan tahap bilirubin tidak melambung semula.

Berbincanglah dengan doktor anda sama ada rawatan fototerapi masih diperlukan.

Bayi yang mempunyai paras bilirubin terlampau tinggi atau menerima rawatan penukaran darah perlu mendapat pemeriksaan susulan untuk pemeriksaan perkembangan dan ujian pendengaran.

Petua Rawatan Tradisional
  1. Jemur bayi di sebelah pagi. Jangan jemur dalam keadaan terlalu panas. Seeloknya dalam pukul 8 sebab belum panas terik lagi. Jika cuaca luar terlalu panas nanti bayi kita kekurangan air pulak. Tutup mata bayi supaya tak terkena silau.
  2. Beri bayi anda lebih air masak supaya kekotoran dan tahap bilirubin yang ada dalam tubuh bayi dapat di singkirkan dengan lebih cepat.
  3. Susukan bayi anda dengan lebih kerap kerana bayi anda akan lebih kerap buang air atau buang air besar yang akan sama-sama keluar dengan kekotoran yang ada dalam tubuh mereka.
  4. Jika anda mengambil herba atau jamu, hentikan buat seketika sehingga bayi anda sembuh.
  5. Rebus daun bunga raya, daun sirih dengan air kelapa. Selepas di mandikan bilas dan bersihkan. Mandikan bayi dalam beberapa hari.
  6. Rebus kacang bendi dengan secawan air. Ambil air lendir kacang bendi yang direbus tadi dan diberi minum pada bayi anda sekali sehari.
  7. Anda juga boleh mencuba beri minum susu kambing (sikit saje) kerana berapa orang rakan saya yang mencuba kaedah ini sebelum ini memang berkesan.
  8. Sesetengah orang petua beri anggur hitam, jus sahaja.

***Pendapat saya, segala penyakit yg terjadi pasti ada sebabnya.Tidak mungkin ia boleh datang sebegitu sahaja.
Mengikut beberapa testimoni yang telah mengamalkan set sihat hamil semenjak kandungan berusia 3 bulan, mendapati bayi tidak mengalami KUNING dan kulit menjadi sangat cantik.
Kebaikan Set Sihat hamil ini adalah kerana kandungan AMAZING dan EGNIUS tersebut.
AMAZING merupakan hasil daripada saribunga, buah tin, buah zaitun, kurma, habbatusauda,dong quai, dong shen dan habbatussauda.
Kajian atau demo yg dibuat telah membuktikan AMAZING bertindak meneutralkan asid berlebihan didalam badan.Kerana setiap makanan kita mengandungi racun tersembunyi yang kita tidak sedari dapat memberi kesan kepada bayi.
Manakala EGNIUS merupakan makanan otak yang sangat2 efektif dimana ia mampu meredakan masalah ibu iaitu morning sickness dan bagi bayi pula pertumbuhan otak yg sangat bagus serta menjadikan kulit bayi anda tiada bermasalah ketika melahirkan.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan