Jumaat, 30 November 2012

Tahniah suamiku..


Pada tanggal 27 November 2013 berlangsungnya majlis gilang gemilang bagi penanugerahan Ruby Manager dan Emerald Manager.
Dan syukur alhamdulillah salah seorang penerima Ruby Manager tersebut adalah my loving hubby.
Seronoknya bisnes ini bila kita boleh buat untuk sesiapa sahaja..untuk suami, isteri, anak-anak serta ibu dan ayah..
KIB buat utk suami tanpa buka modal utk beliau..hanya melalui mencari pengguna dan buat sales terkumpul. Dan suami tu tak tahu yang KIB buatkan untuk dia..sebab paling tinggi KIB buatkan utk dia sebab nak isi Tabung Khairat tu..Perancangan masa depan..
Apapun mari kita layan cuci mata tengok gambar sepanjang majlis tersebut..
Bersama dengan Dato..wee
Tekun ayah dan anak dengar perkongsian ilmu sebelum majlis anugerah..

tersenyum lebar my hubby..

ketika ini mereka di beri penghormatan naik ke pentas menyanyikan lagu Impian DCL..
My new biz parner yg datang dari jauh..well done u too..awesome!! Stokis Kota Damansara
Tahniah utk semua..Langkah baru bermula..
Peluang menambah pendapatan masih terbuka..Jika hari ini kita hanya melihat dan menunggu kejayaan demi kejayaan orang lain diraikan..apa kata hari ini kita berani ambil peluang..menambah pendapatan keluarga dan menambahkan saham akhirat kita..
Berminat ingin menambah pendapatan anda..
Hubungi Kak Ina Bidadari 0123171593
Booked appointment...


Tiada kejayaan hari ini utk orang yg takut..kerana kejayaan hanya utk orang yg berani..!!
Cabar diri sendiri...Yakin anda boleh lakukan..
KIB pimpin anda hingga ke puncak kejayaan..Ini janji KIB..

Isnin, 26 November 2012

Jangan Bersedih Jika Tidak Dihargai..


Apabila seseorang itu membuat kebaikan atau pun sebarang pekerjaan, adalah normal kalau dirinya terasa berguna apabila dihargai. Lagi-lagi kalau pekerjaan yang dilakukan itu dengan sungguh-sungguh, disambut pula dengan penghargaan yang baik, maka akan berbungalah hatinya. Itu biasa, bahkan akan mendorong dirinya untuk buat yang lagi terbaik pada masa hadapan.

Tetapi, manusia akan rasa sedikit ‘turun’ apabila usaha yang dilakukan dengan sedaya upaya itu tidak dihargai bahkan diperkecil-kecilkan. Itu juga adalah biasa bagi makhluk yang bernama manusia. Malah kadang-kadang akan membuatkan seseorang itu merasa tidak berguna dalam apa jua pekerjaan yang dilakukannya.


Apabila anda buat sesuatu kebaikan, anda buat pekerjaan dan menolong orang lain dengan sedaya upaya. Dengan harapan, moga dengan apa yang telah anda usahakan, orang lain itu akan lebih baik keadaannya. Tetapi, sebaliknya pula berlaku. Orang yang anda tolong itu sudah dalam keadaan yang baik, namun anda pula disisihkan jauh-jauh seperti orang yang tidak dikenali. Tidak cukup dengan itu, ada pula yang akan memusuhi anda seolah-olah anda itu pernah membunuh ahli keluarganya. Maka, janganlah merasa hairan dan sedih.

Kalau tidak mahu terluka, jangan mengharap lebih-lebih. Senyum!

Sifat manusia memang pelupa dan suka melupakan sesuatu.

Penghargaan dari manusia bermusim. Sedangkan penghargaan dari ALLAH itu sentiasa ada, hatta untuk penzina sekalipun. Begitu juga seperti kasih sayang diantara manusia, ada pasang surutnya, sedangkan, kasih sayang ALLAH itu sentiasa pasang bagi orang-orang yang dalam hatinya masih ada perasaan kasih.

Mari, Pujuk Hati

Ya, saya tahu. Banyak benda boleh melukakan hati manusia. Dan ini adalah salah satunya. Maka, adalah tidak berguna bila anda bersedih dengan perangai manusia yang mahir dalam bab tidak tahu menghargai.

Biarkan ia berlalu bagaikan angin.
Apa yang penting bagi anda adalah, jangan kerana orang-orang yang tidak tahu menghargai segala usaha anda, maka anda pula akan berhenti memberi kebaikan kepada orang lain.

Orang yang memberikan atau melakukan sesuatu kerana ALLAH, dan kerana perikemanusiaan, pasti akan merasa tenang. Kerana, keberkatan daripada perbuatan sangat cepat dirasai apabila manusia mendidik hati untuk lebih ikhlas dan tidak mengharapkan pujian orang semata-mata.

Anda bersedih? Anda akan rugi.
Anda senyum, maka anda akan bahagia.
Manusia itu, harus juga bijaksana dalam buat kebaikan.
Semoga ALLAH merahmati sahabat semua!

Photo: JANGAN BERSEDIH JIKA TIDAK DIHARGAI

Apabila seseorang itu membuat kebaikan atau pun sebarang pekerjaan, adalah normal kalau dirinya terasa berguna apabila dihargai. Lagi-lagi kalau pekerjaan yang dilakukan itu dengan sungguh-sungguh, disambut pula dengan penghargaan yang baik, maka akan berbungalah hatinya. Itu biasa, bahkan akan mendorong dirinya untuk buat yang lagi terbaik pada masa hadapan.

Tetapi, manusia akan rasa sedikit ‘turun’ apabila usaha yang dilakukan dengan sedaya upaya itu tidak dihargai bahkan diperkecil-kecilkan. Itu juga adalah biasa bagi makhluk yang bernama manusia. Malah kadang-kadang akan membuatkan seseorang itu merasa tidak berguna dalam apa jua pekerjaan yang dilakukannya.

Apabila anda buat sesuatu kebaikan, anda buat pekerjaan dan menolong orang lain dengan sedaya upaya. Dengan harapan, moga dengan apa yang telah anda usahakan, orang lain itu akan lebih baik keadaannya. Tetapi, sebaliknya pula berlaku. Orang yang anda tolong itu sudah dalam keadaan yang baik, namun anda pula disisihkan jauh-jauh seperti orang yang tidak dikenali. Tidak cukup dengan itu, ada pula yang akan memusuhi anda seolah-olah anda itu pernah membunuh ahli keluarganya. Maka, janganlah merasa hairan dan sedih.

Kalau tidak mahu terluka, jangan mengharap lebih-lebih. Senyum!

Sifat manusia memang pelupa dan suka melupakan sesuatu.

Penghargaan dari manusia bermusim. Sedangkan penghargaan dari ALLAH itu sentiasa ada, hatta untuk penzina sekalipun. Begitu juga seperti kasih sayang diantara manusia, ada pasang surutnya, sedangkan, kasih sayang ALLAH itu sentiasa pasang bagi orang-orang yang dalam hatinya masih ada perasaan kasih.

Mari, Pujuk Hati

Ya, saya tahu. Banyak benda boleh melukakan hati manusia. Dan ini adalah salah satunya. Maka, adalah tidak berguna bila anda bersedih dengan perangai manusia yang mahir dalam bab tidak tahu menghargai.

Biarkan ia berlalu bagaikan angin.
Apa yang penting bagi anda adalah, jangan kerana orang-orang yang tidak tahu menghargai segala usaha anda, maka anda pula akan berhenti memberi kebaikan kepada orang lain. 

Orang yang memberikan atau melakukan sesuatu kerana ALLAH, dan kerana perikemanusiaan, pasti akan merasa tenang. Kerana, keberkatan daripada perbuatan sangat cepat dirasai apabila manusia mendidik hati untuk lebih ikhlas dan tidak mengharapkan pujian orang semata-mata.

Anda bersedih? Anda akan rugi.
Anda senyum, maka anda akan bahagia.
Manusia itu, harus juga bijaksana dalam buat kebaikan. 
Semoga ALLAH merahmati sahabat semua!


Satu perkongsian dari Datuk Maznah Hamid (Iron Lady)..Ianya cukup menarik dan sering berlaku diluar sana..Apapun marilah kita sama2 berMUHABASAH DIRI..renung diri kita sendiri..Peringatan utk diri sendiri juga ni..^__^

Khamis, 22 November 2012

Tiada yg indah..Tiada yg mudah

Perjalanan hidup kita tidak selalu melalui jalan yg indah..dan tiada yg mudah utk melalui perjalanan yg penuh berliku ini..Adakala perjalanan kita terhenti dipertengahan jalan..ada yg meneruskan ada pula yg terus berputus asa lalu berpatah balik..
Setiap apa yg kita lakukan hari ini..bukan utk mendapatkan pujian..bukan utk mendapatkan perhatian malahan jelas disudut hati kecil ini hanya Allah SWT sahaja yg mengetahui apa kehendak dan keinginan sebenar kita..
Mengadulah pdNYA..percaya dia tidak pernah jemu mendengar segala-galanya..
Aduhai..tersentuh sikit hati KIB baru2 ni..
Terasa kebesaran yg MAHA ESA..
Tidak jemu diberikan kita rezekiNYA..nauzubillah..
Bermula jumaat lepas sehinggalah ke hari ini..perniagaan KIB menjadi huru hara sebentar..Tidak putus2 call dan msg masuk melalui phone..tak kurang juga yg PM melalui Facebook..
Rezeki Allah punya tak siapa yg tahu kann..
Itulah ganjaran yg kita dapat bila kita sabar dan redha dgn setiap dugaannya..KIB cukup percaya apa saja pergorbanan masa dan wang ringgit yg kita lakukan hari ini pasti sangat ada ganjaran yg besar dariNYA..Bukan sengaja DIA nak beri kita macam-macam dugaan..
Sebelum DIA beri pasti diujinya kita dahulu..UjianNYA pula berbeza2..
Sesungguhnya KIB bukanlah seorang yg bijak pandai tentang agama..tetapi sekurang2nya ilmu yg ada sedikit ini..kita pratikkan..sambil2 itu kita belajar utk mendalami ilmu..
Takutnya bila dengar..bila kita menipu dlm perniagaan..
Menipu ni maksudnya dlm perniagaan tidak bayar seperti yg dijanjikan, barang tidak sampai kepada tuannya, menjanjikan janji kosong dan pelbagai lagi..
Dlm konteks MLM..alangkah besarnya tanggungjawab seorang LEADER memimpin tangan anak-anak buahnya..Jayakan anak buah...jgn tgglkan mereka..
Tapi adakala ianya dipandang remeh..memutuskan silaturahim dan mencanang cerita2 yg tidak benar..Bukanlah nak kata diri ini terlalu baik..KIB akui diri sendiri juga pernah melakukan kesilapan..
Tapi sikap mendiamkan diri kita..dipergunakan oleh segelintir manusia manusia yg suka ber'drama'.

Ada pula yg tidak tahu menahu kisah sebenar..suka2 membuat spekulasi..
Ermm..entahlah..setiap dari kita melakukan kesilapan..Tiada yg sempurna melainkan Nabi Muhammad SAW..
Kecewa sgt2 bila orang yg tidak pernah mengenali kita mencanang cerita yg tidak benar ttg kita..Bukan kecewa dgn cerita yg disampaikan..kecewa dgn sikap mereka yg terlalu ingin mengejar kejayaan sehingga melupakan pancaindera-pancaindera yg Allah Swt berikan..
Allah kurniakan otak utk berfikir baik dan buruk,mata utk melihat,telinga utk mendengar dan mulut utk bercakap..Dan semuanya perlu digunakan sebaik2nya..
Allahuakbar..KIB sendiri akui kekhilafan diri..tetapi sbgi khalifah di bumi Allah ini..marilah sama kita perbaiki diri dan banyakkan muhasabah diri...
Mesti ada yg membaca entry ini akan berkata..nak tunjuk baik la tu..pdhal perangai..dot..dot..dot..
Terpulanglah apa saja pernilaian masing2..hakikatnya jika kita baik pun salah..dan jahatpun dah tentu salah kan..sama seperti bila kita berjayapun dikutuk..senangpun diumpat..
Tidak akan hilang rezeki jika kita menegakkan kebenaran..rezeki Allah sgt luas..cuma kita dan tanya diri kita sendiri..kenapa perlu takut...
Takut hanya pd Allah SWT..bukan sesama manusia..
Kerana perasaan takut kehilangan..ada yg lupa..sgt lupa..kita tdk boleh bergantung sesama manusia dlm apa saja situasi dan pekerjaan..sehingga kita hampir terlupa bahawa kita taksub dgn manusia bukan Allah SWT..
Sikap yg kita tidak sedari ini..semakin hari semakin memakan diri..Allahuakhbar..
Cepatlah tersedar dan insaf wahai sahabat..
Maaf jikalau KIB katakan..bohong jikalau dikatakan hidup dan pemikiran kita boleh positif jer..ada juga positif yg memakan diri..kerana kita simpan perasaan negatif kerana cuba tonjolkan yg positif sahaja..ketika itulah adakala tekanan perasaan yg melampau boleh berlaku..ketika mengalaminya kembalilah ke jalan Allah..berdoalah pdnya..
Doa adalah senjata kita...KIB akuinya..tatkala dirundung pelbagai masalah..mengadulah pdNYA..
Selepas itu hati rasa lapang sgt..manakala KIB juga berkongsi masalah pd sahabat2..
Nak berjaya bukan semudah yg disangka..teringat kata2 DAO (Dr Azizan Osman)..nak berjaya pastikan kabel dgn Allah SWT sangat kuat..disamping usaha dan tawakkal yg tidak putus2..
DIA akan beri..mmg akan beri..tapi sejauh mana DIA memberi adalah bagaimana kita sendiri...

**Alhamdulillah semakin menemui 'cahaya'nya..Terima kasih Allah..^__^


Apa itu Morning Sickness?

Morning sickness adalah rasa mual dan muntah yang biasanya terjadi pada masa 3 bulan awal kehamilan (trimester pertama kehamilan). Rasa mual dan muntah ini biasa terjadi kerana makanan tertentu, bahkan hanya kerana mencium bau makanan tertentu saja Setiap wanita hamil memiliki tahap mual yang berbeza-beza, ada yang tidak terlalu merasakan apa-apa, tapi ada juga yang merasa mual dan bahkan ada yang merasa sangat mual dan muntah setiap saat sehingga memerlukan rawatan (hiperemesis gravidarum).
Hal ini terjadi kerana adanya peningkatan hormon. Atasilah dengan makan dalam jumlah sedikit tapi kerap, jangan makan dalam jumlah atau kuantiti besar hanya akan membuat anda mual. Di awal kehamilan ini kebanyakan wanita hamil hanya sedikit saja meningkat berat badannya dan ini tidak mempengaruhi perkembangan bayi anda. Dan jangan kuatir biasanya keluhan mual-muntah akan menghilang pada akhir trimester pertama.
Ingat setiap wanita hamil istimewa dengan karektor masing-masing, begitu juga anda!
Berikut ini beberapa tips untuk membantu anda mengatasi “morning sickness” atau mual-muntah selama awal kehamilan:
  • Berusahalah makan sewaktu anda dapat makan, dengan kuantiti kecil tapi kerap dan jangan makan dalam kuantiti besar yang membuat anda tambah mual.
  • Makanlah makanan yang tinggi karbohidrat dan protein sehingga dapat membantu mengatasi rasa mual anda. Perbanyakkan pengambilan buah dan sayuran dan makanan yang tinggi karbohidrat seperti roti, kentang, biscuit, dll
  • Waktu bangun tidur pagi hari jangan langsung terburu-buru bangun, cubalah duduk dahulu dan baru perlahan berdiri bangun. Bila anda merasa sangat mual ketika bangun tidur pagi persiapkan snek atau biscuit didekat tempat tidur anda, dan anda dapat memakannya dahulu sebelum anda mencuba untuk berdiri.
  • Hindari makanan yang berlemak, berminyak dan pedas yang akan memperburuk rasa mual anda.
  • Minum yang cukup untuk menghindari dehidrasi akibat muntah. Minumlah air putih, ataupun juice. Hindari minuman yang mengandung kafein dan karbonat.
  • Vitamin untuk kehamilan kadang memperburuk rasa mual, tapi anda tetap memerlukan folat untuk kehamilan anda ini. Vitamin B6 efektif untuk mengurangi rasa mual tetapi konsultasikan vitamin kehamilan yang sesuai dengan doktor anda. Dan Doktor anda mungkin akan memberikan ubat untuk mual bila memang diperlukan.
  • Rawatan secara Tradisional : Biasanya orang menggunakan jahe/halia dalam mengurangi rasa mual pada berbagai rawatan tradisional. Penelitian di Australia menyatakan bahawa jahe dapat digunakan sebagai ubat tradisional untuk mengatasi rasa mual dan aman untuk ibu dan bayi. Pada beberapa wanita hamil ada yang mengkonsumsi jahe/halia segar atau permen jahe/halia untuk menbantu mengatasi rasa mualnya.
  • Istirehat dan relax akan sangat membantu anda mengatasi rasa mual muntah. Kerana bila anda stress hanya akan memperburuk rasa mual anda. Cubalah beristirahat yang cukup dan santai, dengarkan musik, membaca buku bayi atau majalah kesayangan anda dll. Hadapilah kehamilan anda dengan kebahagian, kerana ini adalah anugerahNya. Bayangkan saja si kecil yang akan segera hadir membawa sejuta kebahagiaan.
Ingat!!! Hubungi dokter anda bila mual-muntah menjadi sangat hebat, sehingga anda tidak dapat makan atau minum apapun juga sehingga dapat menimbulkan kekurangan cairan/dehidrasi. (Hiperemesis gravidarum)

***Artikel di atas dipetik dari sebuah blog dlm bahasa Indonesia..Jadi mana yg KIB faham dah diedit sikit..Diharap pembaca blog KIB faham yea..
Berikutan morning sickness ini hanya berlaku pd ibu mengandung jd KIB just share info pd yg baru first time preggy atau sebelum ni xpernah hadoo mende2 ni..
Kebelakangan ini ramai pulak sahabat2 KIB yg mengandung..Alhamdulillah dan Tahniah kepada mereka..
Nak tahu tak apa yg mereka amalkan sepanjang mengalami masalah diatas....suprise!!! (gaya eric leong..)

   
Apa kehebatan 2 produk ni..
Memang hebat..sbb sahabat2 KIB mengamalkan 2 mende ni jer..bukan sahaja utk diri sendiri malahan bagus utk perkembangan bayi dalam kandungan..
Produk semulajadi hasil dari makanan2 mengikut sunnah nabi iaitu AMAZING.Manakala EGNIUS merupakan dari sumber susu kambing dan susu unta yg terbukti sebagai susu paling baik.
Jadi..jom berubah yg lebih natural..kenapa kita percayakan ubat pdhal kita tahu kandungannya...begitu juga kita harus percayakan produk ini..kerana ianya dihasilkan oleh syarikat bumiputera Islam..Ternyata ianya suci dan halal..
Nak cuba..PM KIB
012-3171593      

Isnin, 19 November 2012

Jalan Jalan Cari Makan..


Aktiviti kami sekeluarga..punyalah xder idea nak pergi mana..lantaran kerja yg membataskan masa kami..tapi itu bukan halangan utk berikan kepuasan pada anak2..Bisnes2 gak..masa utk anak2 kami tak pernah tgglkan..malahan waktu kerja pun tetap bawak..itupun tgk keadaan..klu setakat keluar utk tengok site atau collect payment barulah bawa..hik
Ahad @ 18 November 2012..
Awal anak2 bangun hari minggu..mama dan ayah nak sambung tidur lama sikitpun tak boleh..at last cik abang kata..Jom kita jalan jalan cari makan..biasalah anak2 ni seronok bkn main la kann..
Cik abg ngajak makan mi udang kat Sg Besar..kat BNO..
Sepanjang perjalanan tu kami ikut jalan lama..saja jer kata cik abg..sbb nak beli putu bambu paling sedap kat Meru..Mmg sedapla..tpi KIB agak kureng sikit..bkn apa manis..skrg ni dlm proses kurangkan manis dan masin dlm makanan..hikk
Sempat capture gambar tauke ngah buat putu bambu paling sedap ni..perisa pandan u ollz..mmg terbaiklaa..

Putu Bambu World



Kemudian kami meneruskan lagi perjalanan..ternampak plak signboard yg besar tepi jalan "KEROPOK LOSONG 500m"..Cepat2lah ckp ngan cik abg..apa lagi cik abgpun berhentila..belila dlm 3 pek mentah dan 1 pek siap goreng...yummy..tpi terlebih goreng sikit..keras..xsyiok sgt..hehe..tpi yg penting anak2 suka..

Cik abg ngan Shasha dan Piya

Cik abg kata kat sini banyak kedai buah tepi2 jalan tu..wahh..buah kesukaan beb..mangga madu..apa lagi..RM 40 dptlah dlm 8 biji yg besar2..mmg best..faberet...xsuka yg masam..suka mangga lemak manis gitu..
Cik abg ngah pilih2..

First time makan mende alah ni..huhu..pelik rasanya tapi sedap..paling best dan paling mahal serta sedap tiram..Wow..patutla orang kata makanan hotel..RM 1.00 utk seketul Tiram bakar..
RM 6.00 utk sepinggan Mentarang bakar..

Tiram dan Mentarang bakar..
Wow..angin kuat sungguh tepi pantai BNO tu..apalagi..ayahpun belilah 2 layang2 utk anak2.. 

tgklah happynya anak2..
tingginya..panas betul masa ni..
Mia dgn pistol belon airnya...
At last kan..disebabkan kekenyangan..xlarat dah nak makan mi udang yg paling best kat situ...tpi xper tentu ada next time kan..
Well..moment bersama family mmg xbleh nak lupakan..happy time..really luv my hubby and kids..muahh.. 

Jumaat, 16 November 2012

Perbezaan Royal Cafe_Apa itu Cordyceps??

EM: RM 22.00 WM: RM24.50 BRU &S'pore: $13.00

ROYAL CAFE (20gm x 18 sachet) diperbuat daripada biji terpilih yang diimport dan dicampurkan dengan ekstrak Soya Bean (bukan tenusu) Yis Beras Merah, Ubi Bit Merah, Guarana dan Cordyceps.Kopi ini adalah kopi herba terpilih yang sesuai dijadikan minuman harian.

Bahan-Bahan
Krimer (Bukan tenusu)  9.0gm
Gula                               8.8gm
Kopi                               1.7gm
Ubi Bit Merah                0.1gm
Yis Beras Merah            0.1gm
Guarana                         0.2gm
Cordyceps                     0.1gm

Isi Kandungan
Saiz Hidangan                                          20gm

Jumlah                          Per100gm        Per serving

Tenaga                          389kcal               78kcal
                                    (1,626kj)              (326kj)
Lemak                            0gm                     0gm
Karbohidrat                   92gm                   18gm
Gula                              51gm                   10gm
Protein                           3gm                      1gm

Apa itu Cordyceps ???


Cordyceps sinesis ialah sejenis fungus atau cendawan yang tumbuh subur di kawasan pergunungan yang mempunyai ketinggian melebihi 3500 meter dari paras laut. Ia banyak di perolehi di pergunungan China, Tibet, Nepasl dan Himalaya.
Cordyceps sineses di kategorikan sebagai salah satu herba yang sangat bernilai tinggi dalam perubatan tradisional China dan sains perubatan moden.



Cacing@Ulat Musim Sejuk, Rump
ut Musim Panas

Cordyceps juga dikenali sebagai cendawan ulat bulu. Dalam masyarakat China, ia dipanggil DongChongXiaCao yang bermaksud 'Musim sejuk ulat, musim panas rumput'
Semasa musim sejuk, spora Cordyceps memasuki badan larva dan memperolehi makanan daripada badan larva itu sehingga larva akan mati.Semasa musim panas, cendawan akan tumbuh dari badan larva tersebut. Tinggi antara 3cm-10cm. Cendawan ini dinamakan Cordyceps.

SEJARAH CORDYCEPS

Penggunaan Cordyceps dalam perubatan China mula direkodkan dalam "Ben-Cao-Cong-Xin" (New Compilation
of Materia Medica) oleh Wu-Yiluo semasa Dinasti Qing.
Orang China menggunakan Cordyceps sejak 3000 tahun lalu untuk merawat masalah paru-paru, hati, jantung dan penyakit buah pinggang, merawat barah, melegakan sakit, dan meningkatkan kesihatan dan panjang usia.
Cordyceps dijadikan ramuan herba utama dalam sejarah Maharaja China untuk menguatkan badan, mati pucuk, kelesuan akibat penyakit dan sakit badan.


PENANAMAN CORDYCEPS

1980:
Menggunakan kaedah penapaian (pemerapan) cecair. Ia dipasarkan dalam bentuk kapsul, wain atau minuman biasa.

1990:
Saintis Jepun dan Korea menggunakan puma ulat sutera sebagai asas penanaman stroma (fruit body) cordyceps.

Perkembangan Terkini :
Saintis telah berjaya menjadikan penanaman stroma berasaskan kepada perantaraan organik. Ini adalah penanaman tercanggih Cordyceps dengan menggunakan kaedah teknologi pada tertinggi. Hanya sed
ikit benih yang berkualiti dicambah menjadi stroma. Malah elemen yang paling efektif dan kuat hanya terkandung di dalam stroma.
Asia Herbal Biotech Cordyceps Stroma

Penyelidikan peringkat antarabangsa yang telah dipatenkan oleh Yangtze Delta Region Institute of Tsinghua Unversity, China (No. Paten : WO2005/058022A1) Mengandungi Asid Amino, Vitamin serta kaya dengan polisakarida, asid-cordycepic (D-Mannitol), Adenosine dan Adenine. 100% bebas daripada pewarna tiruan, perasa, racun perosak dan ramuan tiruan. Penanaman bioteknologi terunggul dalam suasana terkawal dan nutrien organik yang unik dalam pembentukkan stroma. 30 kali ganda lebih nutrien berbanding Cordyseps liar mengikut gred kriteria perubatan.

SEBATIAN AKTIF CORDYCEPS

1. Protiens, peptides, semua asid amino dan polyamines.
2. Saccharides
3. Sterois - ergosrerol, Delta-3 ergosterol, ergosterol peroxide, / 3-sotisrerol, daucosterol dan campasterol.
4. 11 kompaun nukleoside.
5. Asid lemak perlu dan asid organik.
6. Vitamin - vitamin Bi, B2, B12, E dan K.
7. Mineral - K, Na, Ca, Mg, Fe, Cu, Mn, Zn, Pi, Se, Al, Si, Ni, Sr, Ti, Cr, Ga.


Kisah Orang GAGAL


Credit to CguJinggo..Sharing is Caring..^__^
 
Balik membahas tentang kegagalan, mari kita ambil contoh Albert Einstein. Kisah singkat tentang perjalanan hidupnya mungkin boleh sebagai bahan cerita yang dapat memberikan kita motivasi. Seseorang yang sering mengalami kegagalan di masa mudanya namun berakhir sebagai salah satu genius sepanjang masa.

Tahu apa rahsianya? Dia tidak pernah menyerah.

"Pemenang tidak pernah berhenti dan mereka yang berhenti tidak akan pernah menang."

Saat mencuba mendaftar di Eidgenosische Technische Hochschule (ETH) untuk mendapatkan Dploma Electric Engineer-nya, Einstein ternyata gagal dalam ujian masuk. Tapi dia tidak berhenti disitu, Einstein kemudian memilih melanjutkan sekolahnya di Aarau.

"Jangan biarkan sejarah masa lalumu membunuh takdir masa depanmu."

Siapa yang boleh menyangka ternyata pada masa-masa awal dia bersekolah, Einstein bahkan pernah dianggap oleh beberapa guru mengalami gangguan mental. Itu kerana dia selalu saja berdiam diri, duduk di belakang kelas sambil tersenyum-senyum sendiri.

"Orang-orang tidak gagal, mereka hanya berhenti untuk mencuba."

Pada tahun 1900 ketika Albert Einstein telah lulus dari Polytechnic dan mendapatkan diploma guru Matematik dan Fisik, dia menghabiskan masa selama dua tahun setelahnya untuk mencari pekerjaan yang tak kunjung di dapatnya. Namun lihatlah, pada tahun 1908 dia bahkan dianggap sebagai seorang pemimpin di bidang sains. Dan tahun-tahun berikutnya dia menjadi professor di beberapa universiti. Dan hingga masa sekarang ini, siapa yang tidak mengenali Albert Einstein?

Merujuk dari kegagalan Einstein hingga kejayaanya yang luar biasa, kenapa kita tidak boleh menjadi seperti dia? Menjadikan kegagalan sebagai kunci semangat menggapai kejayaan kita. Memandang kegagalan itu sebagai sebuah celah, hingga yang dapat memisahkannya dengan keberhasilan hanyalah dari cara kita memandang dan tindakan yang akan kita ambil mengenainya. Hal itulah yang akan membuat perbedaan.

Kegagalan itu sebenarnya bukan ketika kita jatuh, akan tetapi ketika kita tidak pernah lagi berdiri setelah terjatuh.

Kata-Kata Bijak:
“Hidup itu seperti bersepeda. Untuk tetap menjaga keseimbangan, kamu harus tetap bergerak."
Albert Einstein

"Belajar dari hari kelmarin, hidup untuk hari ini, berharap untuk hari esok. Dan yang terpenting adalah jangan pernah berhenti bertanya-tanya."
Albert Einstein

Ahad, 11 November 2012

Fahami Kitaran Haid & Waktu Subur

My loving hubby and my lovely kids..


KENAPA KITA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?
Ada 2 sebab utama :-
  1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
  2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.
Kedua-duanya adalah sama penting.
Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.


MARI KITA FAHAMI KITARAN HAID WANITA
Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.

Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid.
Anda perlu memahami fasa ini.


Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.


Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.


Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.


Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.


BILAKAH WAKTU SUBUR?
Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
** (14 days from the 1st day of your NEXT period - NOT your previous period)

Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari - 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari - 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.
Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR
Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur.

MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT
Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.
Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.
Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.
Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.

MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN
Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.
Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.
Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.
Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri. Harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama.

*** Atau anda boleh cuba mengamalkan BIDADARI utk menyuburkan lagi RAHIM anda..
Sharing is Caring...^__^

Khamis, 8 November 2012

peluang lagi..

Alhamdulillah..Jumaat lalu KIB seperti biasa menuntut ilmu di BC Nilai..xpernah jemupun u ollz..sbb pasti ada mende baru yg kita belajar..Gunakan sepenuhnya peluang yg diberikan..hihi
Sudahlah semalam sepanjang perjalanan menuju ke situ ditemani hujan lebat..
Saffiya dan Shasha
Mujur KIB bawa 2 bodyguard yg cukup comel dan setia..hik
Malam tu KIB di beri tanggungjawab utk berkongsi tentang pengalaman sepanjang buat DCL..
Sebenarnya agak lama juga KIB tidak bercakap dihadapan..
Bila kita berkongsi tanpa menggunakan skrip..pasti yg disuarakan lahir dari hati dan kotak fikiran kita..memori terindah sepanjang setahun 5 bln menjalankan bisnes ini..
Jika mahu dikongsikan mahu sehingga pagi...sbb KIB mmg seorang yg GET REALLY EXCITED ALL THE TIME..inilah maknanya G.R.E.A.T..
Bermula perkongsian malam tu..
Awal KIB mula ingin hadiri kelas di Wisma DCL, Wangsa Melawati..bayangkan sepanjang 3 minggu  berturut2 (kelas ketika itu setiap selasa) pasti KIB hampir terbabit dlm kemalangan..
Dugaan kan...tapi Allah swt maha mengetahui segalanya...
Yakin dan sentiasa percaya pasti ada hikmah di setiap kejadian..
Bagaimana KIB cuba jd luarbiasa..bukan jd superwomen..tapi bertindak luarbiasa...KIB boleh drive sorang2 pulang kerumah paling lewat jam 2 pagi..
Ketika itu..tawakkal..Yakin dan percaya..Allah Maha Mengetahui dan Melihat segala2nya..
Malaikat mencatatkan kemana tujuan KIB ketika itu..jika baik dipermudahkan..
Alhamdulillah..syukur sgt2..Allah Swt menemani KIB sepanjang perjalanan..
Sebenarnya banyak cerita KIB kongsikan malam tu..kalau nak dengar atau tahu lebih lanjut perjalanan KIB..kena dtg kelas..or jumpa KIB taw..hik
 

tgklah muka KIB masa tu..hik
Tq asmidar..sempat capture pic ni..

Apapun suka dengar dgn ilmu-ilmu baru yg dapat dari CA2 yg sangat berpengalaman..Siap belajar teknik Rebus Katak lagi..oleh CA Mohd Azrul..
Nak tau apa teknik merebus katak mmg kena rajin dtg kelas ilmu sebegini..Banyak ilmu yg BETUL kita dapat..hik
Paling teruja sekali dengar adalah mengenai Tabung Khairat Rakanniaga..Tahu tak kenapa kita perlu kekalkan 200pv sebulan...
Daripada situlah sumbangan kita sebanyak RM 3.00 akan ditolak melalui bonus bulanan dan dimasukkan ke dlm tabung tersebut.
Dan kita perlu aktif sekurang2nya 3 bulan berturut-turut utk melayakkan menerima Tabung Khairat kepada pewaris jika berlaku kematian pd bulan berikutnya..

Cth: Jan, Feb dan Mac (3 bulan ni setiap bulan 200pv).Kematian berlaku pd bulan April.Bermakna pewaris layak menerima tabung tersebut.

Cth: Jan (200pv) Feb (0 pv) Mac (0 pv) April (200pv).Kematian berlaku bln April, pewaris tidak layak menerima apa-apa dari syarikat.
      
Nasihat KIB seeloknya kekalkanlah setiap bulan 200pv tu..sbb kita tidak akan tahu bila ajal akan menjemput pulang...Sayang jika kelebihan yg syarikat berikan kita tak guna dan tak ambil peluang ini dgn betul.Sbb inilah sumbangan kepada anak-anak kita,suami kita bila kita dah tiada lagi..
 

Al kisahnya, ada seorang pengguna tegar produk DCL yg setiap bulan menggunakan barang 200pv (dlm RM 400).Sehinggalah satu saat Allah menjemputnya pulang.Alangkah terkejut suami beliau apabila menerima cek berjumlah RM 12'900 dari pihak DCL.Suaminya tidak menyangka yg syarikat membayar hanya kerana guna2 produk.Kisah ini dialami sendiri oleh CA Mohd Azrul dimana pengedar tersebut adalah ahli dibawah beliau.


Jadi, xper kurangkan waktu rehat kita utk menerima ilmu ilmu sebegini...hehe..
Dont worry..KIB kongsikan pd yg tidak berpeluang pergi ke kelas sebegini..KIB cukup percaya xkan berkurangpun sedikit ilmu jika kita beri dan memberi..malah Allah akan beri lagi ilmu yg tidak disangka2..KIB cukup percaya..^__^
Inilah sbb kenapa KIB suka sgt bisnes ini..
Lagi banyak kita memberi..lagi banyak banyak Allah bagi..