Jumaat, 16 November 2012

Perbezaan Royal Cafe_Apa itu Cordyceps??

EM: RM 22.00 WM: RM24.50 BRU &S'pore: $13.00

ROYAL CAFE (20gm x 18 sachet) diperbuat daripada biji terpilih yang diimport dan dicampurkan dengan ekstrak Soya Bean (bukan tenusu) Yis Beras Merah, Ubi Bit Merah, Guarana dan Cordyceps.Kopi ini adalah kopi herba terpilih yang sesuai dijadikan minuman harian.

Bahan-Bahan
Krimer (Bukan tenusu)  9.0gm
Gula                               8.8gm
Kopi                               1.7gm
Ubi Bit Merah                0.1gm
Yis Beras Merah            0.1gm
Guarana                         0.2gm
Cordyceps                     0.1gm

Isi Kandungan
Saiz Hidangan                                          20gm

Jumlah                          Per100gm        Per serving

Tenaga                          389kcal               78kcal
                                    (1,626kj)              (326kj)
Lemak                            0gm                     0gm
Karbohidrat                   92gm                   18gm
Gula                              51gm                   10gm
Protein                           3gm                      1gm

Apa itu Cordyceps ???


Cordyceps sinesis ialah sejenis fungus atau cendawan yang tumbuh subur di kawasan pergunungan yang mempunyai ketinggian melebihi 3500 meter dari paras laut. Ia banyak di perolehi di pergunungan China, Tibet, Nepasl dan Himalaya.
Cordyceps sineses di kategorikan sebagai salah satu herba yang sangat bernilai tinggi dalam perubatan tradisional China dan sains perubatan moden.



Cacing@Ulat Musim Sejuk, Rump
ut Musim Panas

Cordyceps juga dikenali sebagai cendawan ulat bulu. Dalam masyarakat China, ia dipanggil DongChongXiaCao yang bermaksud 'Musim sejuk ulat, musim panas rumput'
Semasa musim sejuk, spora Cordyceps memasuki badan larva dan memperolehi makanan daripada badan larva itu sehingga larva akan mati.Semasa musim panas, cendawan akan tumbuh dari badan larva tersebut. Tinggi antara 3cm-10cm. Cendawan ini dinamakan Cordyceps.

SEJARAH CORDYCEPS

Penggunaan Cordyceps dalam perubatan China mula direkodkan dalam "Ben-Cao-Cong-Xin" (New Compilation
of Materia Medica) oleh Wu-Yiluo semasa Dinasti Qing.
Orang China menggunakan Cordyceps sejak 3000 tahun lalu untuk merawat masalah paru-paru, hati, jantung dan penyakit buah pinggang, merawat barah, melegakan sakit, dan meningkatkan kesihatan dan panjang usia.
Cordyceps dijadikan ramuan herba utama dalam sejarah Maharaja China untuk menguatkan badan, mati pucuk, kelesuan akibat penyakit dan sakit badan.


PENANAMAN CORDYCEPS

1980:
Menggunakan kaedah penapaian (pemerapan) cecair. Ia dipasarkan dalam bentuk kapsul, wain atau minuman biasa.

1990:
Saintis Jepun dan Korea menggunakan puma ulat sutera sebagai asas penanaman stroma (fruit body) cordyceps.

Perkembangan Terkini :
Saintis telah berjaya menjadikan penanaman stroma berasaskan kepada perantaraan organik. Ini adalah penanaman tercanggih Cordyceps dengan menggunakan kaedah teknologi pada tertinggi. Hanya sed
ikit benih yang berkualiti dicambah menjadi stroma. Malah elemen yang paling efektif dan kuat hanya terkandung di dalam stroma.
Asia Herbal Biotech Cordyceps Stroma

Penyelidikan peringkat antarabangsa yang telah dipatenkan oleh Yangtze Delta Region Institute of Tsinghua Unversity, China (No. Paten : WO2005/058022A1) Mengandungi Asid Amino, Vitamin serta kaya dengan polisakarida, asid-cordycepic (D-Mannitol), Adenosine dan Adenine. 100% bebas daripada pewarna tiruan, perasa, racun perosak dan ramuan tiruan. Penanaman bioteknologi terunggul dalam suasana terkawal dan nutrien organik yang unik dalam pembentukkan stroma. 30 kali ganda lebih nutrien berbanding Cordyseps liar mengikut gred kriteria perubatan.

SEBATIAN AKTIF CORDYCEPS

1. Protiens, peptides, semua asid amino dan polyamines.
2. Saccharides
3. Sterois - ergosrerol, Delta-3 ergosterol, ergosterol peroxide, / 3-sotisrerol, daucosterol dan campasterol.
4. 11 kompaun nukleoside.
5. Asid lemak perlu dan asid organik.
6. Vitamin - vitamin Bi, B2, B12, E dan K.
7. Mineral - K, Na, Ca, Mg, Fe, Cu, Mn, Zn, Pi, Se, Al, Si, Ni, Sr, Ti, Cr, Ga.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan