Biasakan kita didatangi oleh orang-orang tertentu, tidak kira usia,
bangsa dan agama. Datang tanpa diduga-duga lalu meminta pertolongan.
Biasanya, apa lintasan di hati anda?
i) Eish!!! Budak ini lagi
ii) Malas betul aku nak layan budak ni
iii) Ni betul ke tak ni?
dan macam-macam lagi lintasan di fikiran kita bukan? Ahli neuro ada
menyatakan, skema fikiran manusia dalam satu hari berubah-ubah sebanyak
60ribu kali. Malangnya, 80% dari skema itu adalah negatif! Apa yang
terjadi apabila pemikiran anda negatif? Apa reaksi tubuh badan anda? Apa
bentuk bahasa anda? Apa respon anda pada sekeliling anda? Pasti selari
dengan apa yang di dalam fikiran bukan?
Yes, lintasan hati dan fikiran amat mempengaruhi tindak tanduk kita.
Dalam situasi memberi sedekah, anda akan rasa tidak bahagia jika
lintasan di dalam hati dan fikiran tidak selari dengan perbuatan. Apa
maksudnya?
Pernah saya ditanya satu soalan. Bagaimana kita ingin ikhlas dan rasa
tenang semasa kita bersedekah? Hari ini banyak kes dilaporkan ada
komplot, kumpulan-kumpulan tertentu yang mengambil kesempatan dari orang
awam. Sehingga saya pun rasa tidak yakin semasa memberi!
Inilah puncanya. Lintasan hati tidak selari dengan tindakan. Tindakan
memberi di saat lintasan hati dan fikiran tidak redha atau tidak suka,
akan memberi kesan tidak bahagia! Jadi, bagaimana cara pantas untuk
menghadirkan rasa bahagia dan ikhlas semasa memberi sedekah? Jawapannya,
jadilah anda seorang pendengar. Layan dan berkomunikasilah dengan
orang yang hadir kepada anda sehingga anda mampu melahirkan rasa
simpati dan empati! Jika timbul rasa itu di hati dan fikiran, maka
disaat itulah anda akan rasa bahagia!
Malangnya, komunikasi kita semasa memberi sedekah tidak berkesan. Kelakuan biasa ialah
i) Semasa memberi tidak membuka mulut sepatah pun dengan si peminta
ii) Tidak ada eye contact dengan si peminta
iii) Tidak ada unsur simpati malah marah dan gelisah lebih menguasai diri
iv) Tidak ada physical contact. Seperti salam dan peluk
v) Tiada agenda sedekah dalam diri
Inilah antara faktor yang membuatkan diri kita tidak bahagia semasa
bersedekah atau membantu orang lain. Disaat ini, bahasa diri bukanlah
lagi empati tetapi bahasa yang bersifat persiasif dan agresif. Bahasa
yang menyakiti orang lain dan diri sendiri!
Antara tips yang digalakkan untuk kita beramal dan berasa bahagia semasa bersedekah ialah
i) eye contact - lihatlah dengan pandangan mata pada sipeminta yang menyenangkan/ memuliakan
ii) physical contact - bersalaman
iii) intelellectual contact - tanya khabar, dari mana, sedang buat apa dan apa sahaja info berkaitan si peminta
iv) emotional contact - simpati dan empati. tanya dan gali situasi si peminta agar anda tahu apa yang berlaku padanya.
v) spiritual contact - meminta doa dan memberi doa kepada si peminta
vi) Yakin - semakin memberi, semakin banyak perkara yang Allah berikan kepada kita semula!
* Perhatikan polar hidup kita. Apabila dapat sahaja gaji/ rezki, pasti
ada orang yang datang kepada kita untuk tujuan sedekah! Adakah kita
seorang yang memang suka bersedekah atau tidak? JIka tidak, hargailah
orang yang meminta sedekah itu yang datang kepada kita. Ini adalah
kerana Allah swt telah menghantar orang itu kepada kita untuk diuji
dengan rezeki yang telah pun Allah berikan kepada kita. Adakah kita
super sedar hal ini?
Selamat menghubungkan potensi spiritual anda dengan sedekah yang membahagiakan!
Syamil Yusuff 2012
***PERINGATAN UTK DIRI KIB YG SERING LUPA...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan