Khamis, 12 Julai 2012

Perutusan Pengasas DCL


Selamat datang ke alam kebebasan kewangan dan gaya hidup terangsang DCL.Ini bermakna anda mengucapkan selamat tinggal kepada rutin hidup yang penuh tekanan.Tahniah diucapkan kepada anda kerana bijak mengguna kuasa pilihan, dengan membuat pilihan yang betul iaitu memilih perniagaan DCL.

DCL, Perniagaan berorientasikan sistem Network Marketing Tulen.Ianya bukan skin piramid atau skim cepat kaya.DCL memberi peluang kepada anda untuk mengubah kehidupan  dan membantu insan lain, justeru perniagaan network marketing bukan sekadar pemasaran produk, tetapi ianya berkenaan budi dan jasa.
Network Marketing adalah benar-benar satu peluang perniagaan di alaf ini, justeru perniagaan network marketing atau MLM adalah satu industri yang mengungguli sistem perniagaan bebas dewasa ini.

Dunia sedang menyaksikan satu aliran raksasa dalam industri Network Marketing dengan penghasilan jualan mencecah ratusan billion US dolar setahun dan ianya terus berkembang pada tahap fenomenal.Begitu juga di Malaysia dan seluruh rantau Asia Pasifik, menunjukkan pertumbuhan dengan kadar Multi Billion Ringgit, dan terus berkembang tahun demi tahun meskipun semasa kegawatan ekonomi dunia.Oleh kerana itu, DCL tentunya menjadi Wadah Perjuangan yang relevan untuk anda berjuang merealisasi impian anda, keluarga, bangsa, agama dan sekaligus membantu memacu ekonomi negara.

Peristiwa penting yang berlaku dalam kalendar DCL terutamanya tiga kali (2009,2010 dan 2011) dianugerahkan dengan anugerah Best Brand In Multilevel Marekting dan CEO Of The Year 2010 yang dianugerahkan kepada CEO Dato' Dr Stapa Omar oleh The Brand Laureate, Asia Pacific Brand Foundation adalah satu isyarat jelas bahawa DCL boleh dijadikan wasilah untuk merealisasikan impian.

Kami menyediakan rancangan menarik & berinovasi, yang prinsip-prinsip keadilan kepada pengguna dan usahawan (rakan niaga) menjadi teras penting.Kami, di DCL tidak sekali-kali berkompromi dalam soal kualiti & kesucian (halal) produk, serta kesan negatif dari penggunaan produk.

Kami di DCL sentiasa menghayati falsafah 'menang bersama / win-win situation' dan hanya percaya, sebuah kejayaan jangka masa panjang dan mulia mestilah dibina berasaskan kejayaan orang lain.Justeri itu, skim piramis / skim cepat kaya tetap kami tolak secara total.

Sayugia diingatkan, janganlah anda muda terpedaya dengan sistem perniagaan yang tidak beretika seperti itu.Sesungguhnya kejayaan perlu bermula dari bawah dan perlu dibina, justeru " kejayaan adalah satu proses pembinaan".

Dengan produk kesihatan, kecantikan dan lain-lain produk DCL yang dikomposisikan daripada bahan mewah semulajadi yang berprestij serta terbukti keberkesanannya dan plan pemasaran unik dan adil DCL, bererti anda berpeluang untuk membantu insan-insan lain.Sebagai balasannya, anda akan memperole kemenangan dari kerja mulia ini.Ini adalah satu situasi kemenangan berkembar di samping anda dapat membina kesihatan dan personaliti diri, dan dalam masa yang sama anda juga akan mendapat kemerdekaan kewangan daripada pelan pemasaran unik dan adil kami.

Untuk melangkah ke dunia kemenangan ini bersama DCL, bertindaklah dengan cara betul, sebagaimana usahawan berjaya yang lain melakukannya.Oleh yang demikian jangan diabaikan dua perkara penting, pertama: Gerakkan barangan dan kedua: Membina rangkaian.Menghadiri mesyuarat (perjumpaan pengedar), latihan perniagaan dan seminar motivasi menjadi antara rukun dan tabiat yang perlu diamalkan.

Sediakan pelan tindakan.Gunakan kalendar aktiviti bulanan (MAP/ Monthly Activity Planner) dan amalkan setiap malam sebelum anda tidur untuk mencatat apa saja aktiviti yang perlu anda lakukan keesokkannya dengan mengguna Pelan Aktiviti Harian (DAP/ Daily Activity Planner). Dan bertindaklah berpandukan catatan pada kalendar aktiviti harian tersebut.
Bermulalah dengan apa yang anda ada, sekarang juga.Jangan menunggu hingga anda benar-benar bersedia untuk melakukannya.Sesungguhnya ana tidak ketemui waima sehari pun, hari yang anda benar-benar bersedia.Melangkahlah kehadapan dengan berani dan jangan biarkan orang lain memindahkan ketakutan kepada anda dan menghalang anda melakukan perubahan.

Gantunglah impian anda setinggi di langit biru, seandainya gugur sedikit tersangkut juga di awan, dan rendahkanlah hati anda serendah mutiara di dasar lautan, seandainya timbul sedikit, tersangkut juga di batu batan.

Dengan potensi tanpa batas yang anda miliki, bertindaklah dengan komitmen yang total tanpa memberi apa-apa alasan.jangan takut menghadapi kegagalan, justeru kegagalan bukanlah sesuatu yang muktamad.Ianya bermaksud Tuhan ada rancangan yang lebih baik untuk anda.Orang yang berjaya, bukan tidak pernah jatuh, tetapi dia sanggup bangkit semula setiap kali dia jatuh.

Akhir kalam ddari saya, marilah sertai perjuangan DCL dengan penuh kasih sayang, ikhlas dan tabah hati.Dan kita bantu insan yang memerlukan tanpa mengharap apa-apa balasan dari mereka kecuali dari Tuhan Yang Maha Berkuasa.

" Saya doakan kejayaan anda"


Salam perjuangan,
Dato Dr Stapa Omar
(Pengasas /CEO)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan