Keluh kesah, rungutan, complain, ungkitan dan semua perkataan yang datang dari fikiran-hati sememangnya begitu nadanya. Tiada yang lain melainkan perkataan yang negatif, pesimis dan seumpamanya. Malah suara-suaranya sering kita dengar atau mungkin kita sendiri yang mengucapnya tanpa sedar seperti
i) Suami orang lain sayang isteri, bahagia saje, tapi aku tak bahagia!
ii) Semua ini menyedihkan. Asyik aku sahaja yang kena bersabar!
iii) Orang lain ok je! Senyum. Aku tak macam diaorang! Asyik sedih je! Sedih tau!
iv) Dia ni tak ambik kisahpun pasal aku. Orang lain tak pun macamtu?!!
v) dan macam-macam lagi nada yang pesimis
Benarkah orang yang kita lihat, mereka senyum, mereka bergelak ketawa, mereka sentaisa mendapat perhatian, sering diingati dan apa sahaja polar dan istilah menuju kebahagiaan, mereka benar-benar bahagia?
Tidak ada masalah atau konflikkah yang berlaku dalam hidup mereka yang dilihat bahagia itu?
Jawapannya YA. Tiada masalah atau konflik!
Mengapa begitu?
Ia adalah kerana, disaat anda MULA berfikir dan merasa tidak bahagia, maka anda adalah seperti apa yang anda fikir dan rasa!
Adakah walau secara realiti dan zahiriah memang dilihat bertengkar, konflik dan seumpamanya itu dikira bahagia juga?
Jawapannya YA!
Walaupun LUAR DIRI (eksternal) kita mempunyai tekanan, jangan biarkan DALAM DIRI (internal) selari apa yang dialaminya di LUAR. Yang penting bukanlah di LUAR tetapi apa yang ada di DALAM DIRI anda sendiri itu yang lebih penting untuk diberikan fokus dan kawalan.
Kita mampu mengawal apa yang di DALAM DIRI berbanding apa yang diLUAR DIRI sebenarnya!
Disaat kita mampu mengawal apa yang ada di dalam, maka hubungan anda dengan Tuhan pasti tidak akan tercedera!
Peliharalah apa yang ada di DALAM DIRI mu!
Ingatlah, anda akan mula tidak nyaman, bahagia, resah, gelisah dan seumpamanya jika anda MULA berfikir dan merasainya!
Syamil Yusuff 2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan