Oleh: Irfan Khairi...
Beberapa
hari lepas, saya mencari keropok lekor untuk anak. Mereka suka yang
rangup (crispy). Terjumpa satu gerai brother ni menjual keropok lekor.
So, saya tanya brother tu:
"Rangup tak keropok ni?"
Jawabnya: "Memang rangup... baru saja goreng!"
So, saya pun
beli. Dalam kereta, bila cuba keropok lekor tu, punya lah liat... sejuk
pula tu (kalau baru goreng, mesti panas sikit kan?). Jadi itulah
kisahnya peniaga yang tidak jujur.
Walaupun RM2.00 sahaja keropok lekor tu, tetapi, akibat tidak jujur, peniaga tersebut hilang seorang pelanggan seumur hidup.
Dalam perniagaan, anda perlu melihat keuntungan di jangka waktu panjang, dan bukannya jangka waktu pendek. Sekiranya melihat keuntungan waktu pendek, disitulah terjadinya kes-kes sebegini dimana peniaga tidak jujur untuk mengaut keuntungan yang cepat dan tidak memikirkan keuntungan jangka panjang.
Bayangkan hilang
seorang pelanggan mungkin membeli keropok lekor RM2.00 seminggu. Sebulan
sudah RM8.00. Setahun sudah RM96.00 hasil jualan tidak dapat. Sekiranya
30 pelanggan terkena nasib yang sama, sudah kerugian RM2,880!
Mungkin anda juga pernah terkena sebegini dan serik dengan peniaga yang tidak jujur.
Rasulullah
mula berniaga pada unur 12 tahun. Sifat Rasulullah saw seorang yang
amat jujur dalam perniagaan sehingga digelar Al-Ameen. Jujur dalam perniagaan itu adalah kunci kejayaan perniagaan yang di ajar oleh Rasul kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan