Contoh ubatan yg mengandungi STEROID |
Steroid
adalah sejenis hormon yang bertindak sebagai agen anti radang dan juga
merencat sistem pertahanan atau sistem imun seseorang. Steroid digunakan
untuk macam-macam penyakit & masalah. Sebab itu kadang2 ubat ini
dianggap ubat ajaib atau pil ajaib/magic pill. Makan sahaja steroid
macam-macam masalah selesai. Antara penyakit yang boleh diubati dengan
steroid adalah seperti alahan, asma/lelah, bengkak, sakit lutut,
penyakit sistemik lupus eritematosus, penggantian organ dan lain2 lagi.
Tetapi harus diingat steroid membawa pelbagai jenis kesan sampingan.
Contoh2
ubat steroid ialah prednisolone, hydrocortisone, dexamethasone dan
betamethasone. Steroid boleh didapati dalam bentuk tablet/pil, cecair
sirap, krim atau salap (ointment) dan juga suntikan.
Di antara kesan2 sampingan steroid:
- meningkatkan risiko terkena jangkitan kuman
- ulser perut dan gastrik
- jerawat
- melambatkan proses penyembuhan luka
- kulit menjadi nipis & mudah lebam
- osteoporosis atau tulang menjadi reput
- pengumpulan lemak: kegemukan, muka menjadi bulat (moon face), sembap, bonggolan pada belakang badan
- pertumbuhan badan terbantut di kalangan kanak-kanak
- meningkatkan tahap gula dalam darah (risiko kencing manis)
- meningkatkan tekanan darah (risiko darah tinggi akibat pengumpulan air & garam)
- meningkatkan tahap kolesterol dalam darah (risiko penyakit jantung)
- meningkatkan selera makan
- meningkatkan risiko masalah mata seperti katarak
- gangguan emosi seperti kemurungan, tekanan dan insomnia (susah tidur)
Perkara
yang menjadi isu adalah berlambaknya produk2 yang tidak berdaftar yang
sesetengahnya dicampur dengan steroid tanpa pengetahuan pengguna.
Pengeluar menyatakan produknya adalah tradisional & dijual di kedai2
runcit terutamanya di kawasan pedalaman, kampung2. Pengguna biasanya
golongan berumur suka mencuba produk macam ni yang dikatakan tradisional
tetapi sebenarnya ia dicampur steroid. Bila dimakan ubat tersebut, rasa
sakit pun hilang kesan daripada tindakan anti radang steroid. Kemudian
pengguna akan kembali mendapatkannya kerana 'amat mujarab'. Tetapi lama
kelamaan kesan sampingan pun datang. Muka menjadi sembap, bawah mata
menjadi hitam. Tekanan darah meningkat, tahap gula darah meninggi.
Akhirnya pelbagai masalah pula timbul seperti penyakit jantung. Terpaksa
dimasukkan ke hospital. Di hospital pula, daripada tiada kencing manis,
doktor sahkan ada kencing manis. Ujian darah pula menunjukkan buah
pinggang pula dah gagal berfungsi, sudah rosak. Semuanya kesan daripada
steroid yang diambil tanpa disedari.
Oleh
itu, semua pengguna perlu bertindak bijak & berhati-hati. Jangan
mudah terpedaya dengan iklan, testimoni atau dengar cakap orang lain
yang tidak bertauliah. Pastikan ubat yang hendak dibeli berdaftar dan
mendapat kelulusan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.
*** PERHATIAN.PRODUK KELUARAN DCL merujuk kepada MAKANAN TAMBAHAN.Dan ia tidak memerlukan pengesahan KKM.
dia sama dengan pain killer ke?
BalasPadam