Sambungan dari ilmu Rahsia Kejayaan yg saya dapat semasa menghadiri majlis ilmu di BC Nilai.
Inilah tujuannya saya ber"BLOG" utk berkongsi ilmu dan memberikan manfaat kepada anda pembaca2 diluar sana serta biz-biz partner yg lain.
Menurut kajian JAYHALL iaitu seorang konsultan yg membuat ujikaji prestasi kepada 16 ribu eksekutif..
( Kaitan antara pencapaian dan kebolehan seni perhubungan)
Pencapai Tertinggi
- Seseorang yg mengambil berat berkaitan orang dan keuntungan.
- Bersikap OPTIMIS kepada orang bawahan.Cth: boleh mendengar dan menerima pendapat dan pandangan.
- Meminta nasihat daripada orang bawahan.Tidak menganggap diri sentiasa betul.
- Mahu mendengar semua orang dan bersikap TIMBANGRASA pd semua.
Pencapai Sederhana
- Memberi tumpuan hanya kepada pengeluaran (sales)
- Hanya FOKUS pada status sendiri.
- Enggan meminta nasihat daripada orang bawahan
- Hanya mendengar pegawai atasan.Cth: Ikut arahan tanpa berfikir.
Pencapai Rendah
- Asyik menjaga kepentingan sendiri.Apa yg dilakukan hanya utk diri sendiri.Ada udang disebalik batu.
- Kurang kePERCAYAan asas kepada orang bawahan.
- Tidak meminta nasihat dari orang bawahan.Sukar memaafkan.
- Mengekak komunikasi dan bergantung kepada MANUAL POLISI.
Perkataan penting yg digunakan dalam hubungan kemanusiaan.
6 perkataan PALING PENTING :-
6 - Saya sedar kesilapan saya.Maafkan saya.
5 - Tahniah! Kerja Hebat! Sungguh Memuaskan!
4 - Apakah pendapat anda tentang...
3 - Harap tidak keberatan...
2 - Terima Kasih
1 - Kita
Perkataan yang kurang PENTING!!!
SAYA.
*** Itu sahaja yg dapat saya kongsikan.Moga apa yg saya kongsikan akan memberikan manfaat kepada kita semua dan bermuhasabah diri..
Luv,KIB.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan