Khamis, 5 April 2012

Ilmu dan Motivasi


"Ilmu itu harus didatangi, bukan mendatangi" begitu jawab Imam Malik, ketika Khalifah Harun Al-Rasyid menyuruh beliau untuk datang dan berkenan untuk mengajarkan ilmunya kepada anak khalifah.
Mendapatkan jawapan dari Imam Malik, khalifah menyuruh kepada anak-anaknya datang ke masjid, majlis Imam Malik memberikan ilmunya iaitu kitab a-Muwatha' kepada pelajarnya.
"Tiada masalah wahai amirul mukminin, anakmu datang ke majlis itu dgn syarat mereka tidak boleh melangkahi bahu jemaah dan bersedia duduk di mana saja yg lapang bagi mereka"
Dari dialog itu dapat kita ambil pengajaran kita sebagai seorang Muslim bahawa ilmu itu perlu dikejar, dicari, dan didatangi, bukan menunggunya sehingga ilmu itu datang dgn sendirinya.
Ia memerlukan kerja keras serta pergorbanan dlm usaha mencarinya.Proses mencari ilmu tidak akan boleh terlaksana jika motivasi dalam menuntut ilmu itu sangat rendah atau bahkan tidak ada.
Motivasi sebenarnya mendorong kita ikhlas kerana Allah.Bertolak dari motivasi itulah ilmu yang kita peroleh itu dapat menambahkan lagi keberkatan dalam hidup kita.
Lain pula halnya ,jika kita ingin bangga diri dgn ilmu yg kita miliki atau untuk mendapat pujian dari manusia.Dalam jawapan Imam Malik kepada khalifah, " Baiklah tetapi dgn syarat tidak boleh melangkahi bahu yang lain dan harus lapang dlm majlis", tersirat bahawa dlm menuntut ilmu rasa sombong, bangga diri, ujub perlu dibuang dalam diri kita sebaliknya perlu sentiasa berlapang dada.
"Hai orang-orang beriman apabila dikatakan kepadamu: "Berlapang-lapanglah dalam majlis",maka lapangkanlah nescaya Allah akan memberi kelapangan untukmu.Dan apabila dikatakan: "Berdirilah kamu", maka berdirilah, nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yg diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.(Surah Al-Mujadillah ayat 11)
Kemudia hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah r.a ini boleh juga dijadikan peringatan buat kita semua.
Beliau berkata bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Barang siapa yang belajar untuk membanggakan diri dengan ulama, atau untuk menentang orang-orang jahil, atau untuk menarik perhatian manusia tertuju padanya, Allah akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam (hadis riwayat Ibnu Majah)
Beberapa tip yang diajar ulama dalam menuntut ilmu:

1. Motivasi untuk ikhlas
Segala amal perbuatan terletak dari niat itu sendiri dan ia cukup bermakna jika niat itu hanya kerana Allah.

2. Belajar dgn sebaik-baiknya
Selepas niat kerana Allah, lakukanlah usaha sebaik mungkin dgn rajin, tekun dan berdisplin dalam belajar.

3. Memanfaatkan hasil usaha dgn tepat.
Itulah antara unsur untuk mendapatkan keberkatan dalam belajar.Bermula dari niat yang betul kemudian berusaha dengan penuh kesabaran hingga berjaya meraih kejayaan.
Manfaatkanlah ilmu itu untuk kepentingan masyarakat dan umat bukan untuk menjualnya dgn harta kebendaan.Itulah perkara paling asas dalam belajar.
Kesedaran itulah dimiliki generasi salaf dalam menuntu ilmu sehingga mereka berjaya menguasai ilmu serta berkongsi dengan masyarakat kemudian mewarisinya sehingga kini.

Tazkirah bersama Datuk Mohd Zawawi Yusoh-Harian Metro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan