Rabu, 11 April 2012

Mudahnya bisnes tanpa paksaan..

Tajuk entry terbaikk....utk KIB kongsikan hari ini..
KIB BERANI bermula pd June 2011....KIB pernah GAGAL pd tahun 2009...Ketika itu KIB sudah melaburkan sejumlah wang yg agak besar..(RM 5k) bagi KIB itu mmg jumlah yg agak besar atau orang yg mempunyai masalah wang yg mcm rollercoster ketika itu mmg agak2 kritikal..

Kerana sikap yg agak2 DEGIL ketika itu..dan juga mungkin kerana terlalu mengejar duit (mata duitan) ketika itu..niat KIB jd SALAH...niat nak jadi KAYA..(haha) dlm hati mesti kata siapa yg xnak jadi KAYA kannn...

Banyak salah KIB sendiri dlm memulakan perniagaan ketika itu.Dalam bisnes MULTILEVEL MARKETING kita perlu ada guideline.Orang yg benar2 boleh membantu kita.Niat ikhlas dan telus nak bantu hingga kita berjaya..Namun sayang..saya tersalah memilih guideline yg BETUL.Akhirnya saya kecundang dan terus kecundang dan patah semangat dan terus FREEZE!!!
Sehingga hari ini..bila KIB buat bisnes tanpa paksaan...
Bagaimana yea..apa maksudnya..
Apa rahsia KIB target pangkat pertama Ruby Manager tanpa buka SBC.(Stokist Bergerak Cepat)
Mungkin pengalaman lalu mengajar kita erti dewasa..dan pengalaman itu menjadikan kita lebih berhati2 dlm menyusuri kehidupan ini.Dan KIB jadi seorang yg amat berhati2..
KIB merangkak perlahan2 meluaskan KUMPULAN..KIB taja dan terus menaja..KIB faham dgn situasi pengguna BIASA ( BIDADARI,KOPI ), SEDERHANA(pengguna TEGAR) dan HEBAT!!(Bisnes secara serius dan pengguna TEGAR)

RM 77..terlalu banyak kelebihannya..


KIB berikan servis yg terbaik wlupun hanya sebotol BIDADARI yg dibeli." Takpe..permulaan.." itulah kata hati KIB.
Alhamdulillah, dari permulaan yg SEBOTOL itu ia semakin menjadi2...rezeki.. dan Allah sentiasa tahu niat kita BETUL...
Berikan masa 2 hingga 3 bulan...sabar dan istiqamah..
Mula2 kita pergi kepadanya (customer) kemudian suatu hari customer akan cari kita..dan berusaha datang ke tempat atau rumah selepas mencuba kehebatan produk..

Modal paling berbaloi..BERCAKAP..
Bagaimana halnya mereka yg ingin serius bisnes..??
Mereka ini asalnya dari pengguna SEDERHANA..
Tahukah anda modal paling besar dlm bisnes MLM ini kuasa MULUT jer..kuasa penCERITAan dan perKONGSIaan produk..
Hakikatnya tak perlu nak keluar MODAL dulu..sbb KIB faham sesetengah situasi ada dikalangan kita yg ekonomi mereka tidak berapa kukuh, simpanan tiada, mempunyai anak yg sakit, suami sahaja yg bkerja, serik nak berniaga..itulah antara halangan utk mereka memulakan sesuatu bisnes..Sbb KIB dulu mcm tue... 
Inilah yg KIB katakan pd diri sendiri...kena berani bermula..
Bermula dgn hanya menjual BIDADARI sebotol dan dapatkan untung runcitnya..kemudian simpan dan setelah cukup baru buka MODAL..Banyak cara kannn...mahu dgn tidak jer...
Jika berjumpa yg ingin serius itu sudah ibarat BULAN JATUH KE RIBA...Bagaimana nak handle mereka yg HEBAT??
Mudah...sgt mudah..dan jadikan mudah..jgn pening2 kepala...
Jika hari ini kita tidak tahu..kita "hello" leader utk closingkan...Atau jika anda BERANI..anda lakukan sendiri..
Bukan apa...INI BISNES ANDA..bukan orang lain..Anda buat..Anda dapat..Anda tak buat..habukpun tak dapat...

Setakat ini sahaja perkongsian KIB..apapun..bayangkan jika buat bisnes kena paksa buat itu..buat ini..padahal kita tidak selesa bila disuruh..Kita ada matlamat sendiri..kita ada nilai EXCLUSIVE kita sendiri..Jadi..DUPLICATE cara kerja yg benar2 bersesuaian dgn identiti kita..Dgn cara ini..orang akan lebih mudah mendekati kita sebagai seorang sahabat..bukan kerana kita HEBAT!!



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan