Khamis, 31 Mei 2012

Apa itu Anemia?

Sedikit perkongsian yg KIB dpt search dlm google..Khas utk tatapan pembaca blog KIB..exspecially En.Azmi yg datang dari jauh (Rawang) utk membeli NUCELL buat kawannya yg mengidap anemia.Semoga dgn apa yg KIB berikan ini..akan memperolehi manfaat...




Apa itu Anemia?

Anemia adalah suatu keadaan dimana kadar hemoglobin (hb) yang merupakan salah satu komponen darah, jumlahnya kurang dari normal. Jadi anemia tidak sama dengan Darah Rendah.

Gejala Umum Anemia?
  •  Lelah
  •  Letih
  •  Lesu
  •  Lemah
  •  Pucat
  •  Kurang konsentrasi
  •  Berkunang-kunang
  •  Sakit Kepala


Bilamana Anemia menyerang?

Anemia dapat menyerang lelaki dan wanita, terutama :

 
• Setelah bekerja keras/kerja tekanan/tugas malam hari
• Keadaan badan kurang tidur
• Pada masa penyembuhan setelah sakit
• Wanita yang sedang dalam masa haid/dalam masa kehamilan


Cara Mengatasi Anemia :

o Perbanyaklah mengambul makanan yang kaya Zat Besi, Asid Folic dan Vitamin B seperti hati, daging, kuning telur, ikan teri, susu dan kacang-kacangan seperti tempe dan susu kedelai serta sayuran berwarna hijau tua.

 
o Perbanyaklah mengambil makanan yang banyak mengandung Vitamin C seperti tomato, mangga dan sebagainya, sebab Vitamin C dapat meningkatkan penyerapan Zat Besi.

 
o Hindari mengambil minuman seperti teh, kopi BERSAMAAN dengan mengambil makanan yang banyak mengandung Zat Besi atau suplemen penambah darah kerana teh dan kopi menghambat penyerapan Zat Besi.

 
o Bagi wanita yang sedang dalam masa kehamilan, hindari mengambil multivitamin bersama makanan yang mengandungi Cafein atau Guaranine, kerana berbahaya bagi keadaan janin. 


Tambahan lain adalah mengamalkan supplemen yg banyak membekalkan zat besi seperti Nucell.Nucell bertindak mengaktifkan sel-sel yg bermasalah dan memperbaikinya kerana Nucell adalah dari sumber 100% asli dan organik.Mengandungi Acai Berry dan 16 jenis buah berries..
Anda yg sedia rasa diri sihat...boleh terus kekalkan kesihatan dgn mengamalkan Nucell...
We Share We Care

Call atau msg Kak Ina Bidadari 012 - 3171593





 

Rabu, 30 Mei 2012

KAEDAH MERAWAT ANAK MENANGIS MALAM

Sekadar sedikit perkongsian kepada pembaca setia blog KIB.Alhamdulillah amalan ini KIB dah serapkan kepada 3 orang anak2 KIB sejak dari lahir hingga ke hari ini...
Terlalu banyak kaedah atau usaha boleh dilakukan yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. dalam usaha mengatasi
masalah seperti ini, di antaranya ialah dengan membacakan :

╭ ☆╯surah al-Fatihah,
╭ ☆╯ayat al-Kursi,
╭ ☆╯surah an-Nas
╭ ☆╯dan surah al-Falaq,

Kemudian hembuskan pada ubun-ubun anak. Lakukan sebanyak tiga kali. Sekiranya anak-anak ini masih juga menangis, bacakan azan di telinga kanannya dan iqamah di telinga kiri. Lakukan sekali ataupun tiga kali.

Dalam sebuah hadis riwayat oleh Abu Isa at-Tarmizi, katanya telah diriwayatkan oleh Aqabah bin Amir al-Juhani, daripada Nabi sabdanya: Sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada aku beberapa ayat yang tidak diperlihatkan seumpamanya, iaitu Qul a'uzu bi rabbinnas dan Qul a'uzu bi rabbilfalaq sehingga akhirnya.

Hadis ini bermaksud bahawa Allah telah menurunkan dua ayat di atas kepada Rasulullah yang mempunyai fadilat yang amat besar, iaitu untuk melindungi diri daripada bahaya teguran hasad dan pandangan mata jahat.
Termasuk dalam kategori pandangan mata jahat ialah manusia yang dibantu oleh jin-jin untuk melakukan perbuatan sihir, yang memancarkan pandangan jahatnya kepada mangsa melalui pandangan mata, termasuk bayi atau anak-anak yang menyebabkan berlakunya gangguan roh.

Mudarat akibat daripada pandangan mata jahat memang boleh berlaku.
Dalam menghadapi masalah seperti ini Rasulullah membenarkan Asma' Binti Umays (isteri seorang sahabat) untuk meminta pertolongan kepada orang yang tahu menjampi dalam usaha untuk menolong merawat anak Jaafar, iaitu saudara kepada Ali Abu Talib.

Petikan soaljawab Dato' Amran Kasimin dalam Utusan Melayu.
My lovely daughters....
 

Tahniah, Nana Firana


Tahniah..Anda insan luar biasa hebat!!
29 May 2012 berlansungnya Majlis Penganugerahan Ruby's & Emerald Manager, Dewan Wawasan 1, Wisma DCL...

Hampir setahun KIB menjalankan biz ini..Alhamdulillah satu persatu rakan niaga yg naik pentas utk menerima anugerah..
Sekalung tahniah buat insan ini, NANA FIRANA..
Pelayak Ruby Manager dlm masa 3 bulan..

Rasa sebak kerana selama ini tidak menyangka KIB akan berada ditahap ini..dimana akan berjumpa dgn seseorang yg akan mengikut jejak langkah KIB..terima kasih NANA kerana sering menunjukkan effort yg amat tinggi utk bisnes menarik ini..


Tidak ketinggalan juga rakan niaga KIB iaitu HAZRINA yg memperkenalkan NANA kepada KIB..


Benarlah kata top leader KIB iaitu KJC..
Pada satu masa nanti akan ada orang yg benar2 serius dan duplikasi kerja kita..buat, buat...dan jangan menoleh ke belakang lagi..beri sedikit ruang dan masa..pasti jalan terus terbuka luas dihadapan kita..


Inilah nilai yg sering diterapkan dlm TEAM CANTEK..terima kasih KJC sebagai pelopor bisnes internet DCL yg pertama..

our bestie TEAM CANTEK

"Bantu orang lain utk mencapai impian mereka dan anda pun akan dapat capai apa yang anda impikan. Help enough other people to get what they want and you will eventually get what u want! by Bob Proctor."

Ulser Mulut


Pagi tu elok jer Sarah main2 ngan kakak2nya...
Tiba2 tengahari tu nampak Sarah lemah..tak bermaya..
Panasnya badan Sarah...demam..

Apa lagi pantasla mama dia ni suapkan AMAZING, titiskan NIGELLA dan beri Sarah minum air OXYPI..
kemudian mama tidurkan Sarah..
Sebelum tu adik ipar ada menyuruh pergi klinik..tetapi mama Sarah lebih dulu nak guna produk DCL... 


Petang tu..dia bangun dgn ceria..magicnya...pdhal tidak sebenarnya..Sarah cuba lawan sakit dia..malam tu Sarah mula merengek..bila masuk makanan jer..dia menangis dan cakap 'sakittt...' sambil jari telunjuk duduk dlm mulut...Mamapun suruh dia nganga besar2..
"...aaaa...."
Ya, Allah byknya ulser...sekeliling mulut..
Patutla Sarah rasa tak selesa semua...minum susupun susah..apatah lagi nak minum air masak..mmg dia tolak..at last mama bg air sejuk(dlm peti ais)...dan mandikan Sarah sekerap yg mungkin...
Alhamdulillah Sarah dpt tidur mlm tue..


Keesokannya, Sarah bangun..badan dah sejuk..demam tiada..tapi ulser dlm mulut masih ada lagi..Mamapun bg AMAZING dan NIGELLA lg..kali ni Sarah menolak..mgkn agak pedih sikit..tpi mama paksa jugak..kesian..xsanggup tgk Sarah x boleh makan dan minum..lepas tu tak berapa lama Sarah ok..Mamapun belikan bubur nasi Mcd..alhamdulillah byk juga dia makan...

Hari ketiga..ulser mulut Sarah semakin berkurangan..cuma tinggal sikit2 dibahagian kiri...itupun Sarah rasa masih kurang selesa..bezanya hari ni Sarah byk minum air masak...makanpun dah ok..wlupun sekali sekala dia mengadu sakit..pedih..


Alhamdulillah..bersyukur dipertemukan dgn produk-produk DCL ni..beberapa minggu yg lalu Allah beri banyak benda pd KIB..dan 2 3 hari ni Allah uji KIB dgn penyakit yg diberikan pd anak..
Terima kasih Allah atas ujian ini...

Sedikit info mengenai ULSER MULUT.
 
Ulser mulut merupakan luka dalam mulut yang berwarna putih atau kuning yang dikelilingi oleh warna kemerahan dan menyakitkan.

Apakah yang menyebabkan ulser mulut?
Penyebab sebenar ulser mulut tidak diketahui. Ia mungkin terjadi disebabkan oleh :
- Stres
- Perubahan hormon
- Jangkitan (infeksi)
- Kekurangan zat makanan
- Alahan
- Radioterapi
- Kimoterapi
 
Tanda-tanda (simptom)
Tanda-tanda ulser mulut termasuk :

- Rasa membakar dalam mulut
- Kesakitan
- Tidak selesa
- Hilang selera makan
- Demam


Berapa lama ulser mulut akan sembuh?
Kesakitan biasanya akan berkurangan dalam tempoh 3-4 hari tetapi ulser akan mengambil masa selama 10-14 hari untuk sembuh. 
 
Apa yang boleh anda lakukan?
Untuk melegakan rasa sakit, anda boleh mencuba petua-petua berikut :
- Gunakan bahan kumuran antiseptikel atau krim penahan sakit
- Kekalkan kebersihan mulut yang baik
- Makan makanan lembut
- Elakkan makan makanan panas dan pedas
- Banyakkan minum air 
 
We Share We Care...
 
 

Selasa, 29 Mei 2012

Red Guara 3 versi

"Kopi abad ini"...
Dikomposisikan dengan 5 bahan aktif mewah utama terdiri daripada Guarana (Paullina Cupana), Ubi Bit Merah/Red Beet Root (Beta Vulgaris) dan Yis Beras Merah/Red Yeast Rice (Monanscus Purpurues), Kopi Arabica dan Kacang Soya (Glycine Max).

Fungsinya : -

1. Membantu ketika berpuasa (menahan lapar & memberi tenaga).
2. Penahan lapar (membantu menurunkan berat badan berlebihan) - diminum sebelum mengambil makanan.
3. Membuang air dan lemak berlebihan dalam badan.
4. Mengatasi kelesuan dan tenaga seksual.
5. Membekalkan tenaga berpanjangan.
6. Mengatasi dan membantu pencernaan dalam sistem usus badan (mampu mengawal/mengubat penyakit cirit birit).
7. Membantu merawat NEURALGIA (Sakit urat/saraf) dan kesakitan ringan.
8. Memudahkan pernafasan (boleh membantu merawat asma/lelah).
9. Membantu mengurangkan Sindrom sebelum datang haid (PMS).
10. Menguatkan otot jantung.
11. Mengurangkan atau menghilangkan demam.
12. Mencegah jangkitan kuman.
13. Membantu mencairkan darah beku dalam salur darah.
14. Sebagai anti-oksida membantutkan sel-sel kanser dalam organ badan.
15. Membantu mengempiskan perut dengan mengeluarkan sisa toksin dari usus besar dan usus kecil dalam organ dalaman badan.

Dikomposisikan dengan 3 bahan aktif mewah utama terdiri daripada Ekstrak Guarana (Paullina Cupana)Ubi Bit Merah/Red Beet Root (Beta Vulgaris) dan Yis Beras Merah/Red Yeast Rice (Monanscus Purpurues).

1.Guarana 
Guarana di mana bijinya berbentuk bulat, kecil merah dan berkelompok berasal dari Amazon, Brazil. Dirujuk sebagaimana oleh dongeng kaum Guaranis.


Bagaimana Guarana Membantu:
I) meningkatkan bekalan oksigen dalam badan (pernafasan) 
- saluran pernafasan iaitu bronkoil akan mengembang
- lebih byk oksigen di bawa masuk
- lebih oksigen untuk sel-sel badan
II) menambahkan kebolehan mendapatkan tenaga 
- menggalakkan penggunaan tenaga simpanan (glikogen) di dlm hati
- meningkatkan gula (glukosa) darah yang membekalkan tenaga badan
- tenaga untuk sel bertambah
- keseluruhannya Biomekanisme badan dipertingkatkan/diperbaiki
- menghindarkan atau mengurangkan kepenatan
- berguna semasa puasa untuk menahan lapar

III) Meningkatkan kesan hormon 
- pada sel, guarana menghalang enzim (fosfodieterase) daripada menukar CAMP (pengantara maklumat ke2) kepada 5 AMP
- ia melengahkan dan meningkatkan kesan pelbagai hormon
- ini mengembalikan fungsi fisiologi badan tertentu dan meningkatkan aktiviti badan


Apa Guarana Boleh Buat?
- mengatasi kelesuan dan tenaga seksual
- membekalkan tenaga berpanjangan
- mengatasi dan membantu pencernaan (diarvhea)
- penahan lapar (membantu menurunkan berat badan)
- Neuralgia (sakit urat/saraf) dan kesakitan ringan
- memudahkan pernafasan (boleh membantu asma)
- sindrom sebelum datang bulan (PMS)
- menguatkan otot jantung
- mengurangkan atau menghilangkan demam
- mencegah jangkitan
- membuang air berlebihan
- membantu sakit kepala dan migrain
- membantu mencairkan darah
- anti oksida

2. Red Beet Root/Ubi Bit Merah 
Akar ubi bit merah sering digunakan oleh orang2 China dan Eropah dalam pemakanan harian memberi tenaga badan dan untuk kesihatan secara menyeluruh.
- mengandungi karbohidrat, protein dan lemak untuk tenaga
- mengandungi vitamin seperti A, B1, B2, B6, B12 dan C untuk membina kesihatan tubuh dan kecantikan kulit.
- pigmen merah dalam beet didapati berkesan bertindak sebagai agen anti kanser
- mengandungi kompaun 'Betaine' yg sgt berkesan membantu fungsi hati
- asid nukleic dari beet menyubur dan membantu sesparasi sel
- mengandungi Beta-Carotena dan Karatenoid yg merupakan anti-oksiden
- mengandungi pelbagai galian dan gula asli di mana secara saintifik dapat membantu membina darah dan kesihatan jantung
- kaya dengan potassium, niasin, asid folic, zinc, magnesium, posfarus, kalsium, sulfer, fodine, besi, copper dan termasuk juga galian yg sukar didapati spt rabidum dan cesium.
- membantu menyerap nutrient2 yg diperlukan
- perangsang dan pembersih ginjal
- migrain
- buang toksid

3. Red Yeast Rice/Yis Beras Merah 
Yis Beras Merah telah digunakan oleh orang2 China sejak beratus2 tahun sebelum ini. Beras Merah adalah hasil 'fermentasi' sejenis yis Monascus Purpureus yg selalunya sering digunakan secara tradisional oleh orang cina merawat masalah penghadaman, cirit-birit dan sakit perut.


KAJIAN SECARA SAINTIFIK KE ATAS YIS BERAS MERAH DIDAPATI BERFAEDAH KERANA:
- kompaun2 penyekat HMG-COA reductase berupaya menurunkan kadar jumlah kolesterol.
- Bagus utk menurunkan berat badan
- ianya juga berkesan menurunkan kadar lemak degil/jahat (triglycerides)
- mengandungi belasan kompaun asli yang sama seperti dgn ubat stafin di mana dewasa ini sgt popular digunakan utk merawat masalah kolestrol berlebihan (spt jenama: Bayoal, Lescol, Lipitor, Meracor, Pravachor)
- melembutkan saluran darah yg keras
- membantu proses penghadaman yg sempurna
- sakit perut
KANDUNGAN KOPI DALAM GUARA CAFE:
1. 70% Kopi jenis ARABICA
2. 30% Kopi jenis ROBUSTA
3. 
Serbuk Kacang Soya sebagai krimer
4. Gula Tebu



RED GUARA PEK ALUMINIUM - 25GM X 20 SACHETS





W.M :RM25.80 E.M :RM28.80 BRU :$15.80 SPORE :$15.80


RED GUARA DCLWARE- 25GM X 81 SACHETS


W.M : RM 103.00 E.M:RM 115.00 BRU:$63.00 SPORE:$63.00

RED GUARA CAFE PAPAN - 25GM X 20 SACHETS


W.M: RM 26.80 E.M: RM 29.80 BRU: $ 16.30 SPORE:$ 16.80




Nak Kopi Red Guara ni? Call / msg je KIB 012-3171593

Ahad, 27 Mei 2012

10 Sifat Peribadi Yang Mesti Dipupuk

10 Sifat Peribadi Yang Mesti Dipupuk

Sifat peribadi yang luhur merupakan aset penting dan berharga dalam kehidupan seseorang. Ia menjamin kehidupan yang indah dan bahagia tidak kira lelaki mahupun wanita.
Tidak semua di kalangan kita memiliki sifat mulia yang luhur ini sejak azali.
Sebab itu ia harus dipupuk supaya sebati di dalam diri kita dalam menjalani kehidupan seharian.
Hayati 10 sifat peribadi luhur di bawah, tanamkan ke dalam hati sanubari, lalui kehidupan yang lebih bahagia…

1. Tulus
2. Rendah diri
3. Setia
4. Berfikiran positif
5. Perwatakan ceria
6. Bertanggungjawab
7. Percaya kepada diri sendiri
8. Pemaaf
9. Mudah berkira
10. Empati
 
Tulus
Tulus atau ‘transparent‘ merupakan sifat yang paling disukai oleh semua orang. Ketulusan akan membuatkan orang lain berasa aman dan dihargai dengan kehadiran kita.
Orang yang tulus tidak akan memperbodoh atau berbohong apabila berkata-kata. Sebaliknya sentiasa menyatakan kebenaran, tidak suka mengada-ngada, berpura-pura, mencari-cari alasan atau memutar belitkan fakta.
Prinsip tulus ialah “berkata benar walaupun pahit”. Namun begitu, adalah lebih sempurna jika sifat tulus ini digabungkan dengan kebijaksanaan. Supaya ketulusan tidak menjadi penyebab yang boleh merugikan diri sendiri.

Rendah diri

Bukan rendah diri di atas kelemahan, tetapi merendah diri kerana kehebatan dan kekuatan. Inilah yang sukar manusia lakukan. Hanya orang-orang yang berjiwa kental mampu bersikap rendah diri. Ibarat padi yang semakin berisi semakin menunduk.
Orang yang bersikap rendah diri mampu mengakui dan menghargai keunggulan orang lain. Sikap sebegini mampu memberi impak terhadap dua situasi.
Pertama, membuatkan orang yang lebih tinggi pangkatnya daripada kita untuk berasa segan dengan kita.
Kedua, membuatkan orang yang lebih rendah pangkatnya daripada kita untuk tidak merasa kekok apabila berinteraksi dengan kita. Hebat bukan?

Setia

Kesetiaan merupakan satu sifat yang tinggi nilainya. Orang yang setia sentiasa dipercayai dan boleh diharap, selalu menepati janji, mempunyai komitmen yang tinggi, rela berkorban dan tidak berkhianat.

Berfikiran positif

Orang yang bersikap positif sentiasa berusaha melihat segala sesuatu dengan pandangan positif, meskipun dalam situasi yang buruk.
Orang sebegini lebih suka membicarakan kebaikan daripada keburukan orang lain, lebih suka membicarakan tentang harapan daripada kekecewaan, lebih suka mencari penyelesaian daripada berputus asa, lebih suka memuji daripada mengecam, dan sebagainya.

Berperwatakan ceria

Bukan semua orang dianugerahi wajah yang ceria. Oleh itu keceriaan tidak harus dinilai dari ekspresi wajah dan tubuh tetapi sikap dalaman (hati).
Orang yang ceria adalah orang yang dapat menikmati hidup, tidak suka mengeluh dan selalu berusaha meraih kegembiraan. Dia juga mampu mentertawakan situasi, orang lain, juga dirinya sendiri. Dia mempunyai potensi untuk menghibur dan mendorong semangat orang lain.

Bertanggungjawab

Orang yang bertanggungjawab akan melaksanakan kewajipannya dengan bersungguh-sungguh.
Andai melakukan kesalahan, dia berani mengakuinya. Ketika mengalami kegagalan, dia tidak akan mencari kambing hitam untuk disalahkan.
Bahkan kalau dia merasa kecewa dan sakit hati, dia tidak akan menyalahkan siapapun. Dia menyadari bahwa dirinya sendirilah yang bertanggungjawab atas apa pun yang dialami dan dirasakannya.

Percaya kepada diri sendiri

Rasa percaya kepada diri sendiri memungkinkan seseorang itu menerima dirinya sebagaimana yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t, menghargai dirinya dan menghargai orang lain.
Orang yang percaya kepada diri sendiri mudah menyesuaikan diri dengan lingkungan dan situasi yang baru. Dia tahu apa yang harus dilakukannya dan melakukannya dengan baik.

Pemaaf

Kebesaran jiwa dapat dilihat dari kemampuan seseorang memaafkan orang lain. Orang yang berjiwa besar tidak membiarkan dirinya dikuasai oleh rasa benci dan permusuhan.
Ketika menghadapi masa-masa sukar dia tetap tegar, tidak membiarkan dirinya hanyut dalam kesedihan dan kekecewaan.

Mudah berkira

Orang yang mudah berkira menganggap hidup ini ringan. Dia tidak suka membesar-besarkan masalah kecil. Bahkan berusaha mengecilkan masalah-masalah besar.
Dia tidak suka mengungkit masa lalu dan tidak mahu khuatir dengan masa depan. Dia tidak mahu memeningkan kepada dan memberi tekanan kepada diri sendiri dengan masalah-masalah yang berada di luar kawalannya.

Empati

Empati adalah sifat yang sangat mengagumkan. Orang yang mempunyai sifat empati bukan sahaja merupakan seorang pendengar yang baik tetapi juga dapat menempatkan diri di tempat orang lain.
Ketika berlaku konflik dia akan selalu mencari jalan keluar terbaik bagi kedua belah pihak. Dia juga tidak suka memaksa pendapat dan kehendaknya sendiri. Dia selalu berusaha memahami dan mengerti perasaan orang lain.

Kesimpulan

10 sifat peribadi luhur di atas sangat berharga jika dapat diatasi dalam hati masing-masing. Bukan mudah, tetapi berbaloi jika dapat sentiasa ditanam, dipupuk dan dirasai oleh semua orang. Cubalah!

Wallahu a’lam.

Terima kasih,Allah..

Alhamdulillah..bulan Rejab sesungguhnya terlalu banyak keberkatannya..dan KIB mahu manfaatkannya betul-betul..
Syukur KIB dapat berpuasa 4 hari...dan insyallah mahu menambahnya lagi dan lagi...Moga Allah SWT permudahkan urusan KIB...
Benar kata rakan KIB salah seorang dlm TEAM CANTEK iaitu PUAN ZURA CENDANA..beliau baru lepas menghadiri IMKK, Seminar dari Dr Azizan..dan terima kasih kepada beliau kerana sudi berkongsi sesuatu yg begitu hebat!
Dan KIB manfaatkannya..benar..mmg benar...minta saja pd DIA..
Just submit jer DOA..nak bagi atau tidak itu kerja DIA..
Dalam minggu ni sahaja..KIB berjaya menaja 7 orang keahlian baru..
terkejut mmg terkejut..setiap kali dapat penajaan baru..mmg KIB sebak..benar2 rasa kebesarannya...Bersyukur sangat2...Tidak berhenti bibir mengucapkan TERIMA KASIH, ALLAH SWT..
Sesungguhnya aku bersyukur dgn kurniaanmu, dan berikanlah aku lebih lagi nikmat kesyukuran ini...aminnn


 

Sabtu, 26 Mei 2012

STOKIS DCL

STOKIS DCL SHAH ALAM 


Kak Ina Bidadari adalah stokis DCL kawasan Shah Alam berdaftar dengan no pendaftaran SBC-2057HQ. Sekiranya berminat mendapatkan produk-produk DCL anda boleh menghubungi KIB 012-3171593 atau email ke inabbidadari79@gmail.com
Pick up point adalah (apartment Taman Bunga Negara, Seksyen 27). Sekiranya mempunyai masalah untuk mengambil barang yang dikehendaki, sila hubungi KIB bagi urusan lanjut. Semua boleh diatur.
Boleh refer google maps di bawah bagi mengetahui kedudukan KIB sebagai Stokis Bergerak Cepat Area Shah Alam.


Khamis, 24 Mei 2012

8 Cara Menjadi Isteri Dambaan Suami

With my loving hubby...

Sebenarnya menjadi seorang isteri lebih mudah untuk mendapatkan keredhaan dan ganjaran di sisi Allah sekiranya seorang perempuan yang berstatus isteri benar-benar menjalankan tanggungjawab dan peranannya dalam keluarga. Menjadi isteri menuntut waktu kerja 24jam sehari dan 7 hari seminggu.
Mana mungkin tugas berat ini diletakkan pada bahu seorang suami. Oleh sebab itu sebagai isteri perlu tahu bagaimana cara untuk menjadi seorang wanita yang menjadi dambaan suami, kerana bidang tugas seorang isteri sebenarnya lebih besar berbanding lelaki walau isteri tidak mendapat kuasa veto dalam keluarga.

Sebagai seorang suami, ciri-ciri di bawah ini akan menjadikan anda wahai isteri-isteri, seorang yang bakal disayangi sepenuhnya oleh suami. Tetapi dengan syarat anda mesti cuba untuk menjadikannya kenyataan.

1. Isteri yang cerdik
Dengan erti kata bukan cerdik dari sudut akademik. Gulungan ijazah bukanlah kejayaan yang perlu anda tonjolkan untuk menjadi isteri dambaan suami. Isteri yang cerdik akan benar-benar mengenali siapakah suaminya, tahu bagaimana mengambil hati suami di waktu sedih, pandai
mengangkat suami di pandangan orang lain, tidak hanya merajuk untuk mendapat perhatian dari suami. Wahai isteri-isteri anda sebenarnya mampu lakukan ini!


2.’Assistant’ dalam pengurusan kewangan keluarga
Jangan menjadi seorang isteri yang hobinya suka shopping. Anda sebenarnya mula memeningkan suami. Lebih-lebih lagi bajet kewangan suami anda adalah di luar kemampuannya. Sebagai seorang isteri andalah yang menjadi pembantu dalam perancangan ekonomi keluarga. Anda mungkin membantu jika anda juga bekerja. Tetapi bagaimana jika anda suri rumah sepenuh masa? Jika anda tidak berkemampuan untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga, biarlah sekurang-kurangnya anda menjadi pengurus yang bijak terhadap bajet bulanan yang diberikan oleh suami anda.

3. Manager dalam segala hal
Suami diberikan kuasa untuk memimpin kerana suami lebih rasional dalam membuat keputusan. Tetapi tidak dapat menguruskan semua perkara tanpa adanya isteri. Maka andalah wahai isteri-isteri yang perlu menjadi ‘manager’. Makan pakai suami, anak-anak, kebersihan rumah, perbelanjaan rumah dan perkara-perkara kecil yang diperlukan dalam kehidupan berkeluarga tidak akan dapat diuruskan tanpa bantuan isteri. Anda perlu mula memahami hakikat ini kerana sekiranya anda mampu menguruskan semuanya dengan cekap dan baik maka sudah pasti apabila suami anda pulang dari bekerja, beliau akan memberikan senyuman yang sempurna kerana menghargai anda.

4. Selalu di belakang suami
Ramai isteri mengharapkan suami berada selalu di samping mereka. Tetapi mereka terlupa bahawa ramai suami lari dari isteri kerana isteri mereka tidak pernah berada di belakang mereka. Seorang isteri perlu menjadi penenang kepada suami, berikan suami kata-kata semangat dan pelukan di saat emosi mereka jatuh. Sekiranya anda mampu berbuat demikian, percayalah bahawa tidak akan ada wanita lain di mata suami anda. Berikan sokongan dan galakan walaupun mungkin ada perbezaan pada minat dan hobi anda berdua.

5. Menjaga perut suami dan anak-anak
Yang ini seharusnya seorang isteri tidak dapat tidak mesti tahu memasak. Bahkan kalau mahukan kasih sayang lebih dari suami kena tahu apa masakan kegemaran suami. Walaupun mungkin masakan anda tidak sehebat masakan chef, tetapi hakikatnya suami tetap mahukan air tangan isterinya dalam menyediakan makanan. Tangan seorang isteri sudah tentu bukan sahaja menyediakan yang terbaik dalam menu untuk keluarganya, tetapi juga sudah pasti isteri yang hebat akan berdoa untuk setiap usaha menyediakan makan minum suaminya.

6. Pandai jaga diri
Isteri perlu pandai jaga diri dan famili. Maklumlah mungkin ada ketikanya suami ‘out station’ kerana berkursus atau atas urusan kerja yang lain. Maka sudah tentu isteri yang pandai jaga diri dan famili akan memberikan kelegaan di hati suami.

7. Perunding imej
Kalau suami anda nampak hensem di pejabat, sebenarnya isterilah yang mendapat pujian. Terutama di pandangan mata orang-orang tua. Sebab itu isteri perlu tahu menjaga imej suami. Bila digelar sebagai perunding imej suami, maka isteri juga perlu lebih-lebih lagi pandai mengurus imej diri. Jangan hanya nampak cantik ketika berada di luar rumah, sedangkan ketika di rumah baju T-shirt dan kain batik menjadi pakaian utama. Cuba ubah situasi ini jika anda ingin menjadi isteri dambaan suami anda.

8. Menjaga keluarga mertua
Tidak dapat tidak untuk menjadi isteri dambaan suami, jangan hanya menyayangi suami anda akan akan bahagia. Anda perlu menjaga hati semua ahli keluarga sebelah suami anda. Percayalah anda benar-benar menjadi dambaan suami apabila anda mengambil berat tentang sakit demam mertua anda. Anda menjaga mertua anda seperti ibu kandung sendiri. Kerana itu semua akan membuatkan suami anda rasa dihargai dan menerima dirinya dan keluarganya.

9. Amalkan SET WANITA ANGGUN
Yang ini KIB tambah 1 lagi cara..Sepanjang mengamalkan SET ini hampir setahun, ia benar2 memanfaatkan 8 cara diatas tadi..
Jadi..para-para isteri tunggu apa lagi...



Hubungi KIB 0123171593..
Booked Appointment..Free Consultation..
Hari ini juga..SWA pilihan tepat!! 

Isnin, 21 Mei 2012

BULAN REJAB


 Manfaatnya utk kejayaan dunia akhirat!
Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:
“Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.

Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.

Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.

Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.

Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.”

Sabda Rasulullah SAW: “Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as: “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”

Berkata Jibril as: “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rajab.”
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita:
“Ketika kami berjalan bersam-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?”

Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka.”
Sabda Rasulullah SAW lagi: “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rajab, dan mereka tidak tidur semalam sahaja di bulan Rajab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur.”

Tsauban bertanya: “Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rajab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?”

Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”

Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.”

“Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka.”

KELEBIHAN BULAN REJAB
Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:

1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.

2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.

7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.

8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).

9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.

10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:
a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.

11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.

12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.

Perkongsian;credit to Pn Iera Yusoff

Alzheimer penyebab nyanyuk


PENYAKIT Alzheimer ialah bentuk penyakit nyanyuk (dementia) paling umum yang dialami oleh manusia berusia 65 tahun dan ke atas. Ini bukan sebahagian daripada proses penuaan normal, tetapi penyakit yang menyebabkan kehilangan progresif sel saraf otak. Memandangkan sel saraf ini penting untuk pemikiran normal, daya ingatan dan fungsi otak, mereka yang menghidap penyakit Alzheimer mengalami kemerosotan fungsi otak yang mengganggu kegiatan harian normal mereka.
Secara beransur-ansur, pesakit Alzheimer hilang keupayaan mereka untuk melakukan kegiatan harian paling asas seperti memberus gigi, memakai pakaian, mandi dan lain-lain. Pada akhirnya, keupayaan mereka untuk berjalan dan bercakap juga mungkin terjejas atau hilang sama sekali.
Dikenali sebagai penyakit 'The Long Goodbye', penyakit ini lazimnya meliputi tempoh lebih sepuluh hingga 20 tahun. Walaupun penyelidikan intensif dijalankan kebelakangan ini, penyakit Alzheimer masih belum difahami sepenuhnya dan tiada penawar yang diketahui, lantas pengesanan dan rawatan awal merupakan satu-satunya pilihan untuk menguruskan penyakit dengan berkesan.
Menurut Pakar Runding Geriatrik Pusat Perubatan Universiti Malaya, Prof Dr Philip Poi Jun Hua, Alzheimer sejenis penyakit otak degeneratif yang dialami oleh kira-kira 24 juta orang di seluruh dunia.
"Perkara yang sering dikhuatiri ialah kepatuhan pengambilan ubat kerana penyakit Alzheimer menjejaskan daya ingatan seseorang. Pesakit mungkin lupa mengambil ubat atau terlupa mereka telah mengambil dos.
"Maklum balas daripada para penjaga pesakit menunjukkan bahawa sering kali, pesakit enggan mengambil ubat kerana berpendapat mereka tidak menghidap sebarang penyakit. Kaedah pemberian ubat baru ini memberikan pilihan tambahan yang amat dihargai kepada kira-kira 50,000 rakyat Malaysia lanjut usia yang menghidap penyakit ini," katanya ketika majlis pelancaran rawatan transdermal penyakit Alzheimer's, Exelon Patch.
Sementara itu, Ketua Perubatan, Novartis Corporation (Malaysia), Dr Premila Paranchothy, memberitahu, rawatan ini menawarkan manfaat terapeutik yang unik dengan mengekalkan kandungan ubat yang sama dalam aliran darah, lantas mengurangkan kesan sampingan gastrousus seperti loya dan muntah.
"Keupayaan memberi pesakit rawatan yang berkesan menerusi tampalan yang mudah dan senang digunakan merupakan satu kemajuan besar. Bagi penjaga, tampalan ini memberikan jaminan yang nyata bahawa pesakit telah mengambil ubat, jadi mereka tidak perlu lagi bimbang tentang perkara ini," katanya.
Dalam pada itu, Dr. Philip memberitahu, Alzheimer sekarang menjadi masalah kesihatan umum utama yang semakin serius dihadapi oleh golongan warga emas dan memerlukan penjagaan keluarga mereka.
"Alzheimer merupakan penyakit nyanyuk yang biasa menyerang warga emas. Mengikut statistik Asia Pasifik, penghidap penyakit ini telah mencecah 18 juta orang. Lebih kurang 60,000 orang di Malaysia merupakan penghidap Alzheimer. Dijangka pada tahun 2020, angka ini akan berganda kepada 120,000 orang," katanya.
Tambah Dr. Philip, berkorban masa dan tenaga menjaga warga emas yang menghidap penyakit Alzheimer atau nyanyuk bukanlah satu perkara mudah.
"Penyakit Alzheimer bukan hanya nyanyuk yang disebabkan proses penuaan. Sebaliknya, ia adalah sejenis masalah kesihatan yang memerlukan perhatian daripada keluarga pesakit. Ia menyebabkan keupayaan fungsi otak menurun dan memusnahkan kemahiran daya ingatan dan pemikiran seseorang," jelasnya.
Risiko untuk menghidap Alzheimer, penyakit yang sinonim dengan warga tua ini, meningkat seiring dengan pertambahan usia.
Menurut Dr. Philip, simptom dementia yang paling awal adalah menjadi pelupa terutama mengenai perkara penting dan dilakukan setiap hari. Mereka perlu dibawa berjumpa doktor bagi menjalani pemeriksaan bagi mengesahkannya.
Jelasnya, sebaik sahaja menusia mencecah 20 tahu, proses kematian sel-sel di dalam otak mula berlaku dan menyebabkan otak mengecut. Kemusnahan sel-sel otak secara berterusan menyebabkan kualiti daya ingatan semakin berkurangan.
Dr. Philip memberitahu, dementia merujuk kepada sekumpulan gejala yang berkaitan dengan hilang ingatan, berlaku secara perlahan-lahan tanpa disedari tetapi akhirnya boleh menjadi bertambah teruk.
Akibatnya, seseorang sukar mengingat sesuatu dan menjejaskan keupayaannya untuk berfikir dengan baik hingga boleh mengganggu aktiviti normal dan rutin seperti makan dan menguruskan kebersihan diri.
"Selain kemerosotan pemikiran, pesakit turut mengalami perubahan dari segi personaliti dan tingkah laku serta perasaan mereka.
Menurutnya, sekiranya pesakit mendapat rawatan pada peringkat awal, ia sekali gus mampu mengurangkan masalah penjagaan yang membebankan ahli keluarga.
"Mengesan gejala Alzheimer pada peringkat awal merupakan satu kelebihan. Doktor boleh memberi panduan tentang tanda-tanda awal demetia. Jika pesakit benar-benar disahkan mengidap Alzheimer, keluarga pesakit mempunyai lebih masa untuk membuat rancangan pada masa depan. Rawatan boleh dilakukan awal dan ia lebih efektif," katanya.
Dr. Philip menjelaskan, ketika diagnosis dijalankan, doktor memerlukan maklumat pesakit daripada keluarga dan kawan-kawan, ujian fizikal dan neurologikal serta ujian makmal. Selain itu, doktor akan melakukan ujian neuropsikologikal di samping melakukan imbasan imej menggunakan CT atau Magnetic Resonance Imaging (MRI). Katanya, imbasan PET merupakan langkah utama untuk mendapatkan maklumat.
Mengimbas sejarah Alzheimer, penyakit ini ditemui oleh Dr. Alois Alzheimer pada 1907 ini, dinamakan Alzheimer, bersempena nama beliau. Dementia boleh dibahagikan kepada dua, pertama dementia berbalik (reversable) yang boleh dikawal dan kedua tidak berbalik iaitu kekal. Hasil daripada bedah siasat terhadap seorang wanita, Dr. Alzheimer mendapati otak wanita tersebut bukan saja mengecut malah, dipenuhi dengan gumpalan protein yang luar biasa yang dipanggil plak amiloid dan serat yang berbelit-belit (neuro fibrillary).
Individu yang berisiko untuk mendapat penyakit ini ialah seseorang yang menghidap hipertensi apabila mencecah usia 40 tahun ke atas, penghidap diabetes, kurang melakukan senaman, paras kolesterol yang tinggi dan faktor keturunan iaitu mempunyai ahli keluarga yang menghidap penyakit ini pada usia lingkungan 50-an.
Antara simptom lain dementia ialah lupa perkara yang sering dilakukan, cepat penat, sukar membezakan masa, tempat dan orang, hilang daya logik, pelupa, tidak mapu melakukan kegiatan harian dan menyiapkan diri sendiri, tidak boleh menumpukan perhatian, susah mengingat perkataan ketika bercakap dan sukar menamakan objek.
Selain itu, pesakit Alzheimer sering tertekan, merepek, tidak sabar, sukar membezakan masa dan yang paling teruk ialah mereka gagal mengawal ketika membuang air kecil atau besar, tidak mampu berfikir, bercakap dan bergerak malah terdapat juga penghidap Alzheimer hilang sifat malu dan bercakap mengenai hal yang boleh memalukan keluarga atau bertelanjang di tempat umum.
Berikut merupakan sedikit panduan bagi keluarga yang ingin menangani ahli keluarga mereka yang menghidap Alzheimer:

  • Selalulah bergurau senda dengan mereka kerana warga emas yang nyanyuk cenderung menyimpan kemahiran bersosial mereka.
  • Sebagai orang yang lebih muda, wujudkan mood positif ketika berbual-bual dengan mereka. Berinteraksilah dengan mereka dengan bahasa yang lembut dan sopan sebagai tanda hormat.
  • Ingatilah masa-masa indah yang pernah dilalui bersama mereka kerana kebanyakan pesakit nyanyuk tidak mengingati apa yang telah berlaku dalam tempoh 45 minit.
  • Ketika berbual-bual dengan mereka, wujudkan suasana tenang. Elakkan bunyi bising seperti telefon bimbit dan radio. Perkenalkan diri anda dan jelaskan hubungan anda dengannya sambil menyentuh tangan dan bahunya.
  • Berbual-bual dengan mereka dengan menggunakan bahasa dan ayat yang mudah difahami. kita perlu faham bahawa golongan ini mudah tersentuh. Jadi, anda tidak perlu meninggikan suara. Cukup sekadar bahasa yang jelas dengan nada rendah.
  • Pesakit nyanyuk biasanya mudah lupa, jadi anda perlu bersabar setiap kali menunggu jawapan  mereka
  • Wujudkan suasana yang bahagia dengan berbual sambil bercerita perkara lucu. Sekiranya mereka dalam mood sedih, cuba tukar persekitaran dan topik cerita.

 Dari petikan Utusan Malaysia Online:Kesihatan

sel-sel Alzheimer

*** Sekali lagi,EGNIUS boleh membantu.Ini telah diakui kerana EGNIUS boleh merangsang semula sel-sel otak.Ia sedikit sebanyak boleh melambatkan proses Alzheimer ini.


 










Ahad, 20 Mei 2012

Apa itu Autisme?


Autisme bermaksud satu gangguan dimana kanak-kanak mempunyai kesukaran dalam interaksi sosial dan komunikasi serta tingkahlaku terhad dan berulang-ulang. Simptom ini mula ditunjukkan oleh anak-anak seawal umur 3 tahun lagi.

Terdapat pelbagai simptom yang berbeza pada kanak-kanak yang mengalami autisme. Terdapat kanak-kanak yang mempunyai simptom yang ringan dan ada juga kanak-kanak yang mempunyai simptom yang lebih berat. Cuba anda bayangkan sekaki payung, Payung itu mewakili Autisme, dimana dibawa payung itu mengandungi pelbagai simptom yang berbeza. Kanak-kanak autisme boleh mempunyai sebahagian simptom-simptom ini atau keseluruhannya sekali (turut dikenali dengan terma ‘Autism Spectrum Disorder’).
Diantara kategori-kategori bagi gangguan Autisme ini adalah:
  • Autistic disorder” (juga dikenali sebagai “Klasik” Autisme)
  • Sindrom Asperger” (juga dikenali sebagai “Atypical Autism”)
  • Pervasive Developmental Disorder” (tiada spesifikasi tertentu)
*(Pervasive Developmental Disorder can be broken down further to include Childhood Disintegrative Disorder and Rett syndrome.)

Tidak ada ubatan mahupun rawatan bagi mengubati autisme, namun begitu terdapat beberapa kaedah untuk membantu anak-anak autisme dalam kehidupan seharian serta memaksimumkan keupayaan pembelajaran.

Tanda-tanda bagi Autisme.

Terdapat 3 jenis kelakuan pada karektor kanak-kanak Autisme:


1) Kanak-kanak Autisme mempunyai kesukaran dalam interaksi sosial, masalah dalam komunikasi (lisan dan bukan lisan), tingkah laku berulang dan obsesi melampau.


2) Kesukaran berinteraksi merupakan antara tanda utama dalam autisme. Ibu bapa biasanya akan menyedari masalah autisme di dalam diri anak mereka melalui gejala ini. Seawal bayi lagi, anak – anak yang mempunyai masalah autisme tidak memberi respon atau fokus kepada sesuatu benda dalam jangka masa yang lama. Kanak-kanak yang mempunyai autisme adalah kelihatan seperti anak-anak yang normal namun mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial.


3) Kanak-kanak Autisme gagal untuk memberi respons apabila nama mereka dipanggil dan tidak mahu bertentang mata semasa berkomunikasi. Mereka juga mempunyai kesukaran untuk menafsir pemikiran serta perasaan orang lain, ini kerana mereka kurang sensitif kepada ciri-ciri bersosial seperti intonasi suara dan ekspresi muka. Mereka juga tidak memandang muka apabila bercakap bagi memahami tingkahlaku yang sewajarnya. Mereka kurang untuk memahami perasaan atau emosi orang lain. Kanak-kanak Autisme lebih gemar untuk melakukan perbuatan yang berulang-ulang seperti menghayun atau memusing-musingkan badan atau keadaan yang lebih merbahaya seperti menggigit atau memghantuk kepala. Malahan, mereka juga lambat bertutur berbanding kanak-kanak seusia mereka. Dalam perbualan juga, mereka lebih gemar untuk membahasakan diri mereka dengan menggunakan nama mereka sendiri berbanding menggunakkan kata ganti diri ‘saya’. Selain dari itu, kanak-kanak autisme juga tidak pandai untuk berinteraksi dengan kanak-kanak lain semasa bemain. Ada diantara mereka yang menggunakan melodi lagu ketika bercakap mengenai sesuatu cerita dan kebanyakkan mereka tidak berminat untuk berkongsi cerita bersama rakan perbualan mereka. Kebanyakkan kanak-kanak autisme adalah kurang sensitif kepada rasa sakit namun mereka lebih sensitif kepada bunyi, sentuhan serta sensori (deria rasa). Sifat sensitiviti mereka yang kuat ini merupakan jawapan mengapa mereka yang tidak mahu dirangkul atau dipeluk.




***Pembetulan CNS (Central Nerve System)
Gangguan di dalam Central Nerve System atau CNS boleh menganggu sistem saraf dan fungsi organ-organ tubuh.E-gnius merupakan rumusan homeopathy yang terbukti berkesan untuk membina otak serta membaiki CNS.


Egnius membantu:

  • Membaiki CNS / Mencerdaskan minda
  • Menguatkan daya ingatan
  • Menjana minda kreatif
  • Menambah tenaga mental
  • Mengatasi masalah stress
  • Mengatasi masalah pelupa
  • Menenangkan fikiran


Sebagai ibubapa kita sentiasa mahu berikan yang terbaik utk anak2.Ini adalah sebahagian daripada usaha kita.Selebihnya kita serahkan kepada Allah SWT..Moga dgn izinNYA..

WM: RM 48.00 EM: RM 53.00 BRU: $ 27.50 S'PORE: $ 27.50
 
 Hubungi KIB untuk tempahan 012-3171593

 

Sabtu, 19 Mei 2012

Untukmu Ibu...

Teringat lirik lagu Untukmu Ibu yang didendangkan oleh kumpulan Exist...Lagu berhantu bg KIB..sejak form 1 lagi lagu ni menjadi kegilaan dan touching setiap kali didendangkan..
Banyak perbezaan antara zaman kecil , remaja dan dewasa..Maksud KIB rasa kasih sayang itu..Bukan kasih sayang seorang ibu terhadapnya tetapi kasih sayang anak kepada ibu..KIB teringat semasa berusia 6 tahun mengalami demam campak...Mak panggilan KIB pada insan yg melahirkan KIB ini...Betapa tekunnya mak masa tu menjaga KIB yg sedang sakit..Allahuakbar...sebak rasa hati..
Bila meningkat remaja, kasih sayang pd mak makin menjauh..tatkala jiwa remaja meronta2..nak seronok jer...bg KIB masa tu yg penting hanya kawan-kawan..maklum remajakan waktu yg paling seronok sekali...Banyaklah bebelan dari mulut mak ketika itu..sebab KIB dulu memang agak nakal orangnya..hik..bukan jahat yea...
Dewasa..ketika ini KIB dah bergelar isteri orang...Dunia KIB bersama mak makin menjauh..jika sebelum kahwin syurga dibawah telapak kaki ibu...bila bersuami..suamilah syurga dan neraka seorang isteri... 


Jumaat lalu, KIB diberikan amanah oleh Kak June Cantek atau KJC untuk berkongsi testimoni produk...Hanya simple slide utk menunjukkan kasih sayang KIB kepada mak..Disebabkan mak sering sakit-sakit lutut dan menyukarkannya utk solat dan berjalan jauh..KIB berikan AMAZING dan STOKIN D'NIFI...Alhamdulillah..lepas seminggu penggunaan mak boleh lebih mudah bangun dan mudah utk solat..


Sepanjang perkongsian KIB mmg sebak..mengenangkan mak yg selama ini KIB letakkannya jauh2..hanya memberi tumpuan pd keluarga, suami dan anak2 KIB..Selepas SBJ mmg KIB rasa byk kesilapan yg telah dilakukan...dan dari masa ke semasa KIB cuba perbaiki diri..Ingin hadiahkan kejayaan hari ini buat mak dan abah, suami dan anak2...
Tanpa mak..tentu sekali KIB tidak akan berdiri dan bercakap pd malam itu..Betapa bersyukurnya malam itu...dapat meluahkan sesuatu yg dari dalam hati..ikhlas...
Malam itu memang byk menyentuh hati dan perasaan KIB..Kami diraikan dgn memotong kek paling sedap dari SECRET RECIPES..hik...

Ibu dan isteri-isteri hebat!!
KJC dgn testimoni kejayaan..so touching...
Kda..emcee hebat
Min berkongsi produk BIDADARI
Motivasi dari CA Mastura..Surirumah JUTAWAN..

Malam itu juga pertandingan wajah ibu dan anak seiras diadakan..dan KIB juga tidak ketinggalan turut serta...
Keputusan berpihak pd Min dan anaknya...mmg rezeki Min malam tu...caiyok...

Antara peserta yg terlibat...
Besarnyaa..samakan muka mak dan anak ni...
Dan akhir sekali tentula sesi bergambar TEAM CANTEK..rasanya tak lengkap sebelum balik...hik..

Luv...TEAM CANTEK...
Nak jadi sebahagian dari kami...
Jom..mulakan langkah anda dgn berani..Kami juga isteri, ibu...bekerja, belajar dan surirumah...
Kejayaan tidak memilih siapa anda...Anda buat anda dapat...
Booked appointment hari ini...
Hubungi KIB 0123171593...





Khamis, 17 Mei 2012

Harga Anda!!

Ada tiga tin Coca-cola dihasilkan dari satu kilang yang sama.
Mereka diletakkan di tiga bakul yang berbeza.Bila sudah sampai masanya, ketiga-tiga tin coca-cola dinaikkan ke dalam lori yang sama dan dihantar ke destinasi masing-masing mengikut pesanan.

Tin yang pertama diturunkan di minimarket biasa dan dipamerkan di rak bersama tin coca-cola yang lain dan diletak harga RM1.50.


Tin yang kedua diturunkan di sebuah pasaraya besar ternama dan di masukkan ke dalam peti sejuk dan diletakkan harga RM2.00.

Tin yang ketiga dihantar ke sebuah hotel bertaraf lima bintang yang sangat mewah.Tin coca-cola ini ditempatkan di dalam rak atau dalam peti sejuk.Tin ini akan dikeluarkan apabila ada pesanan dari pelanggan.Dan jika ada pelanggan yang memesan coca-cola,air dari tin ini dimasukkan ke dalam gelas kristal ang bercampur dengan ketul-ketulan ais. Ia disediakan dengan cermat dan berhati-hati dan disajikan kepada pelanggan dengan sopan.

Harganya ialah RM15.00

mengapa air tin coca-cola ini memiliki harga yang berbeza sedangkan mereka dihasilkan dari kilang yang sama dan dihantar dengan lori yang sama malah ketiga-tiganya mempunyai rasa yang sama?

Persekitaran Mencerminkan Harga Anda!

Apabila anda berada di persekitaran yang boleh mengeluarkan terbaik dari diri anda,maka anda akan jadi cemerlang.Tapi jika anda berada di persekitaran yang meng’kecil’kan diri anda, maka anda akan jadi ‘kecil’.

Orang yang sama,bakat yang sama,kemampuan yang sama + persekitaran yang berbeza = NILAI YANG BERBEZA.