"Aku tidak berhak memilih utk menjadi insan biasa
Malah aku berhak menjadi lain dari yg lain.."
Ini adalah antara bait2 sajak yg banyak mencuit hati dan memotivasikan diri saya.
Bayangkan apakah selama ini kita telah berikan yg terbaik utk kedua ibubapa, adik beradik, suami, isteri dan anak2..
Telah di tetapkan manusia adalah sebaik2 kejadian ciptaan Allah SWT..Mengapa dan kenapa kita masih relakan diri menjadi insan PENAKUT, PEMALAS, PENIPU, SOMBONG dan EGO.
Kisah 1
Sedari diri bukanlah orang yg senang..tetapi kita sanggup menipu diri sendiri.."aku selesa dgn kehidupan aku skrg.."..dpt gaji habis bayar hutang sana sini..nak makan pun sampai teragak2..sampai anak2 minta dibelikan KFC pun kita byk beralasan..
Sehingga satu saat apabila anak meminta belikan durian anda sanggup menipu..dgn membeli sebungkus keropok berperisa durian berharga 30 sen dan mengatakan itulah durian...
Allahuakbar...anak2 apalah yg ditahunya...disuruh makan nasi bersama kicap pun dia makan...sedih...benar2 menyentuh hati naluri ini...
Kisah 2
Bayangkan bagaimana seorang ayah sanggup keluar menoreh getah didalam hujan..semata2 utk memberikan anak2 makan sesuap nasi....dlm keadaan yg hujan..basikal tuanya tergelincir..lalu jatuh dan bertaburanlah susu getah..tanpa memikikan kakinya yg sakit..ayah bangun dan terus mengayuh basikal menuju ke pekan.Setibanya disana...taukeh tidak mahu membeli susu getah yg dibawa oleh ayah...kerana susu getah tersebut telah dipenuhi dgn lumpur dan pasir...berkali2 dipujuknya taukeh cina itu supaya membeli susu getah tersebut...tpi apakan daya...
Lalu...sambil berlutut...dan menitiskan airmata ayah merayu..."taukeh..tolonglahhh....anak2 saya belum makan lgi..."
Kisah 3
Pergorbanan seorang anak terhadap kedua ibubapanya dan adik beradiknya...Beliau seorang anak cina yg pintar dari ibubapa yg bekerja sebagai penanam sayur..mendapat kelulusan yg membolehkan beliau melanjutkan pelajaran ke universiti.Bila disuarakan keinginannya..ibubapanya memberitahu..mereka tidak mampu dan adik beradik lain lagi masih perlu bersekolah..Lalu dibawakan kekecewaannya ke Singapura..Setibanya disana beliau mendapatkan kerja di sebuah kilang yg ketika itu berpendapatan RM 1500 sbln..kemudian dinaikkan gaji beliau sehingga RM 3000 sbln..Sebelum itu beliau telah bertekad ingin menjadi jutawan ketika usianya 30..Mahu membantu ibubapa dan adik2nya..Dan dgn itu beliau telah menginsuranskan sebelah tgn kanannya dgn jumlah RM 1 juta.Dan tidak lama kemudian...beliau mengalami kemalangan di kilang..dan tgn kanannya putus hingga ke bahu...Lalu, lelaki ini menuntut haknya pd pihak insurans.Dan kerana curiga dgn kemalangan yg berlaku insurans tidak dapat membayar tuntutan tersebut.Lalu lelaki ini mengupah seorang peguam utk menuntut haknya..dan akhirnya beliau menang..dan ketika itu usianya 30 tahun..Beliau sudah berjaya menjadi seorang JUTAWAN...
Jadi apa yg boleh kita fahamkan melalui cerita ini..Adakah anugerah Allah ini ada nilaiannya...Tidakkah kita sayang setiap anggota tubuh yg telah Allah kurniakan dgn sempurnanya..Apakah yg kita lakukan utk memberikan kejayaan kepada keluarga,ibubapa,adik beradik,suami,isteri dan anak2...Tepuk dada tanya selera...
Kisah2 diatas byk memberikan teladan dan panduan kepada kita..Kita adalah terbaikk...Telah dikurniakan dgn akal fikiran dan fizikal yg baik..Bayangkan berapa byk masa yg telah kita biarkan berlalu begitu sahaja...tanpa membuat sebarang tindakan utk mengubah nasib diri,nasib keluarga...
Sekadar renungan bersama..semoga pembaca Blog KIB mendapat manfaat darinya....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan