KAEDAH MERAWAT ANAK MENANGIS MALAM
Sekadar sedikit perkongsian kepada pembaca setia blog KIB.Alhamdulillah amalan ini KIB dah serapkan kepada 3 orang anak2 KIB sejak dari lahir hingga ke hari ini...
Terlalu banyak kaedah atau usaha boleh dilakukan yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. dalam usaha mengatasi
masalah seperti ini, di antaranya ialah dengan membacakan :
╭ ☆╯surah al-Fatihah,
╭ ☆╯ayat al-Kursi,
╭ ☆╯surah an-Nas
╭ ☆╯dan surah al-Falaq,
Kemudian hembuskan pada ubun-ubun anak. Lakukan sebanyak tiga kali.
Sekiranya anak-anak ini masih juga menangis, bacakan azan di telinga
kanannya dan iqamah di telinga kiri. Lakukan sekali ataupun tiga kali.
Dalam sebuah hadis riwayat oleh Abu Isa at-Tarmizi, katanya telah
diriwayatkan oleh Aqabah bin Amir al-Juhani, daripada Nabi sabdanya:
Sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada aku beberapa ayat yang tidak
diperlihatkan seumpamanya, iaitu Qul a'uzu bi rabbinnas dan Qul a'uzu bi
rabbilfalaq sehingga akhirnya.
Hadis ini bermaksud bahawa
Allah telah menurunkan dua ayat di atas kepada Rasulullah yang mempunyai
fadilat yang amat besar, iaitu untuk melindungi diri daripada bahaya
teguran hasad dan pandangan mata jahat.
Termasuk dalam kategori
pandangan mata jahat ialah manusia yang dibantu oleh jin-jin untuk
melakukan perbuatan sihir, yang memancarkan pandangan jahatnya kepada
mangsa melalui pandangan mata, termasuk bayi atau anak-anak yang
menyebabkan berlakunya gangguan roh.
Mudarat akibat daripada pandangan mata jahat memang boleh berlaku.
Dalam menghadapi masalah seperti ini Rasulullah membenarkan Asma' Binti
Umays (isteri seorang sahabat) untuk meminta pertolongan kepada orang
yang tahu menjampi dalam usaha untuk menolong merawat anak Jaafar, iaitu
saudara kepada Ali Abu Talib.
Petikan soaljawab Dato' Amran Kasimin dalam Utusan Melayu.
|
My lovely daughters.... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan