10 Sifat Peribadi Yang Mesti Dipupuk
10 Sifat Peribadi Yang Mesti Dipupuk
Sifat peribadi yang luhur merupakan aset penting dan berharga dalam
kehidupan seseorang. Ia menjamin kehidupan yang indah dan bahagia tidak
kira lelaki mahupun wanita.
Tidak semua di kalangan kita memiliki sifat mulia yang luhur ini sejak azali.
Sebab itu ia harus dipupuk supaya sebati di dalam diri kita dalam menjalani kehidupan seharian.
Hayati 10 sifat peribadi luhur di bawah, tanamkan ke dalam hati sanubari, lalui kehidupan yang lebih bahagia…
1. Tulus
2. Rendah diri
3. Setia
4. Berfikiran positif
5. Perwatakan ceria
6. Bertanggungjawab
7. Percaya kepada diri sendiri
8. Pemaaf
9. Mudah berkira
10. Empati
Tulus
Tulus atau ‘transparent‘ merupakan sifat yang paling disukai oleh semua
orang. Ketulusan akan membuatkan orang lain berasa aman dan dihargai
dengan kehadiran kita.
Orang yang tulus tidak akan memperbodoh atau
berbohong apabila berkata-kata. Sebaliknya sentiasa menyatakan
kebenaran, tidak suka mengada-ngada, berpura-pura, mencari-cari alasan
atau memutar belitkan fakta.
Prinsip tulus ialah “berkata benar
walaupun pahit”. Namun begitu, adalah lebih sempurna jika sifat tulus
ini digabungkan dengan kebijaksanaan. Supaya ketulusan tidak menjadi
penyebab yang boleh merugikan diri sendiri.
Rendah diri
Bukan rendah diri di atas kelemahan, tetapi merendah diri kerana
kehebatan dan kekuatan. Inilah yang sukar manusia lakukan. Hanya
orang-orang yang berjiwa kental mampu bersikap rendah diri. Ibarat padi
yang semakin berisi semakin menunduk.
Orang yang bersikap rendah
diri mampu mengakui dan menghargai keunggulan orang lain. Sikap sebegini
mampu memberi impak terhadap dua situasi.
Pertama, membuatkan orang yang lebih tinggi pangkatnya daripada kita untuk berasa segan dengan kita.
Kedua, membuatkan orang yang lebih rendah pangkatnya daripada kita
untuk tidak merasa kekok apabila berinteraksi dengan kita. Hebat bukan?
Setia
Kesetiaan merupakan satu sifat yang tinggi nilainya. Orang yang setia
sentiasa dipercayai dan boleh diharap, selalu menepati janji, mempunyai
komitmen yang tinggi, rela berkorban dan tidak berkhianat.
Berfikiran positif
Orang yang bersikap positif sentiasa berusaha melihat segala sesuatu
dengan pandangan positif, meskipun dalam situasi yang buruk.
Orang
sebegini lebih suka membicarakan kebaikan daripada keburukan orang lain,
lebih suka membicarakan tentang harapan daripada kekecewaan, lebih suka
mencari penyelesaian daripada berputus asa, lebih suka memuji daripada
mengecam, dan sebagainya.
Berperwatakan ceria
Bukan
semua orang dianugerahi wajah yang ceria. Oleh itu keceriaan tidak harus
dinilai dari ekspresi wajah dan tubuh tetapi sikap dalaman (hati).
Orang yang ceria adalah orang yang dapat menikmati hidup, tidak suka
mengeluh dan selalu berusaha meraih kegembiraan. Dia juga mampu
mentertawakan situasi, orang lain, juga dirinya sendiri. Dia mempunyai
potensi untuk menghibur dan mendorong semangat orang lain.
Bertanggungjawab
Orang yang bertanggungjawab akan melaksanakan kewajipannya dengan bersungguh-sungguh.
Andai melakukan kesalahan, dia berani mengakuinya. Ketika mengalami
kegagalan, dia tidak akan mencari kambing hitam untuk disalahkan.
Bahkan kalau dia merasa kecewa dan sakit hati, dia tidak akan
menyalahkan siapapun. Dia menyadari bahwa dirinya sendirilah yang
bertanggungjawab atas apa pun yang dialami dan dirasakannya.
Percaya kepada diri sendiri
Rasa percaya kepada diri sendiri memungkinkan seseorang itu menerima
dirinya sebagaimana yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t, menghargai
dirinya dan menghargai orang lain.
Orang yang percaya kepada diri
sendiri mudah menyesuaikan diri dengan lingkungan dan situasi yang baru.
Dia tahu apa yang harus dilakukannya dan melakukannya dengan baik.
Pemaaf
Kebesaran jiwa dapat dilihat dari kemampuan seseorang memaafkan orang
lain. Orang yang berjiwa besar tidak membiarkan dirinya dikuasai oleh
rasa benci dan permusuhan.
Ketika menghadapi masa-masa sukar dia tetap tegar, tidak membiarkan dirinya hanyut dalam kesedihan dan kekecewaan.
Mudah berkira
Orang yang mudah berkira menganggap hidup ini ringan. Dia tidak suka
membesar-besarkan masalah kecil. Bahkan berusaha mengecilkan
masalah-masalah besar.
Dia tidak suka mengungkit masa lalu dan tidak
mahu khuatir dengan masa depan. Dia tidak mahu memeningkan kepada dan
memberi tekanan kepada diri sendiri dengan masalah-masalah yang berada
di luar kawalannya.
Empati
Empati adalah sifat yang
sangat mengagumkan. Orang yang mempunyai sifat empati bukan sahaja
merupakan seorang pendengar yang baik tetapi juga dapat menempatkan diri
di tempat orang lain.
Ketika berlaku konflik dia akan selalu
mencari jalan keluar terbaik bagi kedua belah pihak. Dia juga tidak suka
memaksa pendapat dan kehendaknya sendiri. Dia selalu berusaha memahami
dan mengerti perasaan orang lain.
Kesimpulan
10 sifat
peribadi luhur di atas sangat berharga jika dapat diatasi dalam hati
masing-masing. Bukan mudah, tetapi berbaloi jika dapat sentiasa ditanam,
dipupuk dan dirasai oleh semua orang. Cubalah!
Wallahu a’lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan