Sabtu, 31 Disember 2011

NUcell terbaikkk!!!

CP: RM 89.00 DP: RM 71.00

Nucell adalah satu2 nya killer product yg lahir dari satu2nya syarikat bumiputera Islam..Siapa kita kalau bukan untuk menyokong produk bumiputera.Terhebat...amat hebat..
Sesiapa yg sudah mengamalkannya pasti teruja dgn keberkesanannya.Saya juga sudah merasai keterujaannya.
Ianya bertindak bukan sekadar dari segi kecantikan malahan memelihara kesihatan.Tahukah anda Nucell amat berkesan utk  penyakit2 kronik antaranya:

Kanser
Ia mempunyai kandungan anti oksidan yg tinggi yg meneutralkan,menyingkirkan dan melindungi tubuh dari radikal bebas, punca utama kanser.190,000 kes baru di kesan setiap tahun iaitu Kanser Ovari.

Lemah Jantung dan Darah Tinggi
Kandungan lemak menyempitkan saluran darah.Nucell membuka saluran darah dan membakar kolesterol dlm darah.

Kencing manis
Telah terbukti Nucell memulihkan kudis, luka dan gangren.Terbukti berkesan dgn pengambilan 1 sachet 2 kali sehari.

Luka Terbakar
Mempercepatkan kering dan memulihkan kulit baru.

Tiroid
Mengurangkan kadar asid dalam tubuh.
 

Obesiti
Membakar kolesterol secara semulajadi dan bertindak mengurangkan berat badan semasa tidur.

Mengapa tidak hari ini kita tukar kepada makanan kesihatan terbaik ini.Jadikan Nucell doktor peribadi anda...
Mahu dapatkan Nucell dgn harga yg  lebih kompetitif dari harga pengedar...

Booked Appointment hari ini 0123171593 atau email inabbidadari79@gmail.com...
Pn. Ina B'Bidadari


 

Khamis, 29 Disember 2011

Need Oxypi Agent Urgentlyy!!


Saya mencari beberapa agent untuk memasarkan produk Oxypi Water Treatment di sekitar Lembah Klang.

Perolehi insentif RM 100 setiap kali anda membeli dgn harga paling kompetitif iaitu RM 1658.00.Dan insentif RM 200 jika anda perkenalkan kepada rakan atau jiran2 anda.

Terbukti Oxypi Water Treatment telah berjaya menyembuhkan pesakit buah pinggang dan digunakan sebagai 'normal saline' untuk mencuci luka terbuka (diabetis @ kencing manis).
Sesuai utk kegunaan di klinik dan hospital.

Cepat! Tawaran ini terbuka bermula hari ini sehingga March 2012.Saya mencari seramai agent yg boleh.

Anda..ya anda...Inilah masanya utk anda mencari pendapatan sampingan...
Hubungi saya utk temujanji...saya akan terangkan lebih terperinci..
Pn.Ina B'Bidadari 012-3171593
Dulu RM 2178.00...Kini RM 1658.00!!!

Rabu, 28 Disember 2011

3 Strategik

Baru-baru ini pastinya anda juga telah ketahui pengasas Apple, ikon usahawan Steve Jobs telah meninggal dunia. Sebagai ikon usahawan dan inspirasi kepada ramai generasi usahawan kini, Steve Jobs telah meninggalkan berbagai teknik dan strategi perniagaan. Antara 3 strategi perniagaan Steve Jobs…
  1. Fikir berbeza
    Slogan Apple satu masa dulu adalah “Think Different”. Slogan yang begitu simple, tetapi memberi makna yang hebat.
    Dalam perniagaan, kita perlu ciptakan perbezaan dalam perniagaan kita. Kita tidak boleh lakukan perkara yang sama dengan pesaing kita oleh kerana, ia tidak dapat membezakan kita dan pesaing. Untuk mendapat pasaran perniagaan yang lebih besar, cari kelainan dan ciptakan perbezaan untuk perniagaan kita. Sama ada pada harga, pada kualiti, pada kecepatan, pada perkhdmatan, pada rekabentuk dan sebagainya.
    Apple berjaya mencipta kelainan daripada pesaing-pesaing oleh kerana menitik berat aspek kualiti dan rekabentuk gajet yang unik dan cantik seperti iPad, iPod, iPhone dan sebagainya!
  2. Komunikasi dalam perniagaan
    Steve Jobs bukan sahaja pakar dalam bidang perniagaan, tetapi juga pakar dalam bidang komunikasi. Setiap kali pelancaran produk Apple, Steve Jobs akan turun padang dan memberi persembahan/talk ringkas mengenai produk terbarunya.
    Steve Jobs sering mendapat pujian dari segi komunikasinya yang amat mudah dan boleh mencapai pelbagai usia dan latar belakang. Dalam perniagaan, komunikasi adalah amat penting, hinggakan kejayaan sesuatu perniagaan bergantung kepada komunikasi yang efektif.
    Untuk berjaya, kita perlu tahu produk dan perkhidmatan kita secara menyeluruh dan boleh menyampaikannya kepada orang lain dengan mudah, bertenaga, dan penuh passion!
  3. Keep it simple
    Permudahkan perniagaan kita. Steve Jobs menekankan ’simplicity’ dalam hidupnya, bukan sahaja dalam produk-produk yang dihasilkan oleh Apple yang menggunakan konsep minimalis, tetapi juga dalam hidup harian dirumahnya dilaporkan menggunakan konsep Zen dan tidak mempunyai banyak perabot!
    Dari segi perniagaan, dengan memudahkan segala urusan - jual beli, rekacipta, laman web, pemasaran, dan lain-lain, ia juga memudahkan pelanggan. Dengan menggunakan konsep ’simple’, dalam perniagaan, ia dapat menarik lebih ramai pengguna dari berbagai lapisan masyarakat! Permudahkan urusan perniagaan anda dalam pelbagai aspek.
    Mudah idea -idea ini dapat membantu anda dalam perniagaan anda. 

    Jadi apa lagi...jom duplikasi kerja2 orang yg sudah berjaya..Mudah bukan...

SET WANITA ANGGUN

Biarkan gambar menceritakan segala2nya...

Tahun 2008 semasa anak kedua berumur setahun
hujung tahun 2010 ketika masih bekerja sebagai pembantu klinik.


selepas 6 bulan melahirkan anak ketiga



May tahun 2011
 Sekarang setelah penggunaan SET WANITA ANGGUN sejak June 2011...

2 bulan turun 3kg

selepas 4 bulan 6 kg
latest...65kg...
Kulit wajah jadi lebih cerah...tiada lagi kusam...lebih awet muda dan gebu..



Saya sudah 'cantek dan anggun' anda bila lagi.Jom set appointment dgn saya hari ini.Rasai kelebihan yg terdapat didalamnya...

Jumaat, 23 Disember 2011

Viral fever bukan Denggi

Seminggu ini...saya lalui dgn penuh dugaan..
Apa tidaknya....saya dan anak2 mengalami demam dan selsema...
Kesian melihat anak2 demam..lebih2 lagi yg kecil tue..Sarah Mia..
Saya gagahkan juga menjaga anak2...wlupun hakikatnya badan2 sakit dan saya demam panas..

Penangan Viral Fever mmg menguji...Mula2 anak yg kedua (Saffiya Alieya)..kemudian saya dan anak ketiga..kemudian anak yg sulung (Shasha Zulaikha) pulak...Dah namanya dok serumah..mmg tak bleh lari dari penangan virus ini..Mudah2an ia hanyalah virus biasa... 
Inilah tanggungjawab bila menjadi seorang ibu.Walau macamana kita sakitpun tetap jugak berusaha utk memenuhi keperluan anak2..
Ianya memerlukan stamina dan kekuatan minda yg tinggi..Sbb kita adalah apa yg kita fikirkan...Minda yg akan menggerakkan utk kita melakukan atau tidak melakukan...
Saya masih lg melakukan kerja-kerja rumah...Saya kuatkan semangat wlu hakikat mmg dah tak sanggup nak hadapi..
Saya tolak semua appointment minggu ni..
Saya hanya tumpukan dgn kerja2 suami...
Saya beri perhatian dan penjagaan penuh kepada mereka...
Dan alhamdulillah hari ini,mereka nampak sihat sedikit...
Mujur ianya bukan demam denggi..wlupun hakikatnya kawasan tempat tinggal saya telah banyak kes yg dilaporkan mengenainya.Malahan ada juga yg menyebabkan kematian.
Saya tidak jemu2 mengelap tubuh anak2 saya dgn air..memastikan badan mereka sentiasa sejuk..dan yg paling penting sekali sentiasa basahkan kepala...Mujur saya ada sedikit pengalaman mengenai penyakit.Saya gunakan pengalaman selama 13 thun sebgai pembantu klinik utk memastikan keadaan anak2 saya terkawal.Dan tentu sekali saya lebih tahu yg terbaik utk anak2...
Dan kini mereka beransur pulih...lega seleganya...
Saya masih lagi memberikan mereka AMAZING dan NIGELLA...Begitu juga dgn saya...

SET WANITA ANGGUN juga tidak saya tinggalkan wlupun sedang tidak sihat...Alhamdulillah..kini selsema saja yg masih belum sembuh...insyallah esok saya boleh menghadiri seminar ROAD TO CROWN..pengisian ILMU yg saya rancang hendak pergi beberapa minggu yg lalu..dan kini Allah mengizinkan saya utk menambah ilmu itu..Saya bersyukur dgn ujian Allah ini...bukankah penyakit itu penghapus dosa...dan menunjukkan Allah sayangkan kita....Jadi..yakin Allah sentiasa janjikan sesuatu pd hambanya yg kuat menghadapi dugaannya...aminn...




Rabu, 21 Disember 2011

AWAS! Jangan Pandang Remeh Jika Kemaluan Gatal

Pencuci alat sulit wanita yang amat efektif dgn Teknologi Nano dan Sireh serta bau haruman Strawberry.Hanya RM 25.00.

Salah satu punca kegatalan di bahagian kemaluan wanita ialah disebabkan oleh masalah keputihan. Ia sesuatu yang normal bagi wanita, namun akan bertukar sebaliknya jika kuantiti yang dikeluarkan terlalu banyak sehingga menyebabkan secondary infection.

Tiada seorang wanita pun akan berasa selesa jika berdepan dengan masalah keputihan ini. Ia mendatangkan banyak masalah dalam menjalani rutin harian contohnya bau yang kurang menyenangkan. Selain itu, ia bakal mengundang pelbagai jangkitan dan juga kegatalan yang amat sangat di bahagian kemaluan.


Keputihan ini sebenarnya adalah protein yang keluar daripada dinding kemaluan wanita dan amat digemari oleh mikro organisma seperti kulat dan bakteria. Memandangkan kedudukan keputihan yang keluar begitu tersorok dan lembap, ia mempermudahkan lagi kulat dan bakteria untuk membiak. Akibatnya, bahagian kemaluan wanita akan merasai kegatalan yang serius. Masalah ini akan menjadi semakin teruk jika mereka mengambil makanan laut seperti udang, sotong, ketam dan sebagainya.

Bagi mereka yang sudah berkahwin, masalah ini boleh menjejaskan hubungan dengan pasangan. Wanita yang mengalami kegatalan di bahagian kemaluan akan berasa tidak mampu dan kurang berminat untuk melayan suami. Kemaluan juga akan berasa gatal dan seakan berdenyut-denyut apabila sampai ketahap serius. Ia secara tidak langsung turut mengakibatkan migrain.

Kaum wanita juga harus berwaspada dengan kegatalan di bahagian kemaluan kerana ia boleh menjadi simptom penyakit-penyakit kelamin yang lain. Ia tidak hanya menyerang wanita yang sudah berumur bahkan mereka yang masih muda. Justeru adalah lebih baik sekiranya anda mengetahui jenis-jenis penyakit kelamin sebagai langkah berjaga-jaga.

Pernahkah anda mendapat luka dan bisul di bahagian kemaluan tanpa menyedari? Jika ya, itu tandanya penyakit sifilis sudah muncul. Namun ia akan hilang dengan sendirinya dalam masa beberapa minggu. Walau bagaimanapun, tidak mustahil ia menjadi lebih teruk sehingga mengakibatkan penyakit kulit lain. Anda boleh cuba mengubatinya dengan menggunakan penicelin dan jangan lupa mendapatkan rawatan susulan daripada pakar bagi memastikan ia tidak akan berulang lagi.

Penyakit Herpes pula tidak terlalu bahaya. Kesanya juga berbeza-beza mengikut individu itu sendiri. Sesetengahnya akan merasa sakit di bahagian pinggul atau pun timbul bintik-bintik berisi air sahaja. Herpes tidak boleh disembuhkan tetapi gejalanya boleh dikurangkan dengan pengambilan ubat daripada doktor.

Jika kebersihan alat sulit dan masalah keputihan diabaikan, ia boleh mampu mewujudkan keadaan yang lebih genting. Dalam keadaan itu, tidak mustahil wanita akan diserang dengan Human Papilloma virus (HPV). Tanda-tanda awal HPV ialah timbulnya bintik-bintik kecil yang kemudiannya membentuk kutilan yang lebih besar di bahagian kemaluan yang lembap. Bagi mengesan virus ini, wanita harus melakukan pemeriksaan di hospital pakar.

Keputihan dan rasa gatal di bahagian kemaluan juga boleh mengakibatkan penyakit kelamin clamidia. Andai penyakit ini tidak diubati, ia boleh membawa radang pinggul dan lebih teruk lagi mandul. Namun usah gusar kerana penyakit ini boleh disembuhkan dengan mendapatkan rawatan dan pengambilan antibiotik.Serta mengamalkan BIDADARI yg sememangnya berkesan untuk mengurangkan masalah keputihan.

Bidadari HOT PRODUCT only RM 77.00
Dapatkan LOVE HYGIENE dan BIDADARI anda hari ini...
Hubungi atau sms saya utk FREE POSTAGE..
Promosi sehingga hujung tahun ini sahaja!!!

 

Sederhana

New me with Nucell

Saya yang sederhana..dari semua segi..iyer ke?(hik)
Hakikatnya menjadi seorang wanita mmg memerlukan 'maintainance' yg tinggi utk kekalkan kesihatan dan kecantikan.
Justeru bukan itu sahaja...mmg menjadi lumrah seorang wanita sukakan perhiasan diri contohnya kasut,beg tangan, baju, alat solek , barang kemas dan sebagainya..
Orang kata orang perempuan ni banyak keluar belanja lagi dari lelaki...
My happy family

Sejak dulu saya mmg suka bersiar2...mujurlah dipertemukan dgn seorang suami yg mmg 'kaki jalan'...Dan sekarang sudah punyai 3 orang cahayamata kami sekeluarga masih meluangkan masa bersama...Dan amat saya akui suami mmg suka meluangkan masa berkumpul bersama saudara mara dan sepupu2nya...Katanya..bila anak2 dah besar mereka akan kenal siapa Pakcik2 dan Makcik2nya..
Betul jugak...Sayapun ikut jer cara suami...dan cara itu mmg bagus.Anak2 saya mudah berinteraksi dgn mereka..malah boleh bergurau senda...Kesederhanaan dalam pergaulan...
Syukurnya suami saya bila saya ni bukan peminat barang kemas...Apatah lg saya mmg tidak suka barang kemas...mesti ada yg kata saya tipu...(hik)Hakikatnya mmg benar...hanya sebentuk cincin perkahwinan sahaja yg berada dijari manis saya...Bukan xmampu..pernah diajukan oleh suami..nak ke?...tapi entahlah...hati saya kata TIDAK!! Kesederhanaan dlm meminta...
saya yg simple...

Apapun saya cukup suka dgn baju atau yg sewaktu dgnnya...
Dalam almari penuh dgn baju saya...bukan baju suami...sampaikan dia bising...tapi yg bestnyer baju2 saya tidak pernah berharga lebih RM 200....Tudung2 pula paling mahal sekitar RM 80..Kasut atau handbagpun sama...Suami dah ajar saya sejak dulu..barang murah tidak semestinya tidak berkualiti..Inilah namanya bersederhana dlm pemakaian...
Latest picture of me..with hubby cousin...

Dan saya mahu kekalkan kesederhanaan yg mmg sudah ada dalam diri walaupun suatu hari saya sudah bergelar JUTAWAN...
Saya hanya mampu berkata2..tetapi Allah itu sentiasa menguji dan menduga sejauhmana kuatnya saya meneruskan niat yg murni ini...



terkenang semasa dahulu...

Ketawa saya..tajuk entry bukan main...
mmg saya terkenang semasa satu ketika dahulu...saya pernah ada ramai kawan..dan sekarangpun masih ramai kawan...
Dan ramai kawan yg memberi motivasi dan tidak kurang juga ada yg memberi caj-caj NEGATIF..tpi saya tak kesah...dah namanya kawan biasalah..masing2 ada pendapat dan kebebasan bersuara..pokok pangkalnya sejauhmana kita kuat utk menghadapinya..

Pendapat saya..proses mengenali hati budi kawan-kawan baru ni mmg mengambil masa...bila kita berjumpa kawan-kawan yg menimbulkan chemistry itu satu bonus..tapi bila kita bertemu kawan-kawan yg sentiasa bersangka buruk dgn niat baik kita..itulah satu dugaan bg saya utk mendapatkan chemistry itu...

Saya tidak mahu kehilangan kawan semata2 mahukan pangkat dan nama...Untuk apa benda2 tue semua utk saya?! Apa yg saya dapat?!

Tersebut alkisah semasa saya bekerja dahulu...
Mmg sukar nak memahami kawan2 yg baru muncul ni..ada jenis yg mudah ada jenis yg amat tipikal..
Biasala sebagai org lama didalam satu2 syarikat pasti saya ditugaskan dgn pelbagai tugasan dan menjadi org kepercayaan pd majikan saya...Dlm pd itu ada yg tidak berpuashati dgn saya...biasalah manusia mana bleh tgk kita senang..tpi apa yg saya dpt di syarikat tersebut adalah hasil usaha saya bertahan selama 13 tahun di Klinik Metro Medics itu..


Saya pernah bertegang urat..mereka tidak puashati cara saya mengendalikan mereka..dari soal buat kerja..buat jadual..sehinggalah mengenai cutipun menjadi isu hangat...ahh..mcm2 lagi la...
Sebenarnya isu2 itu biasa jer..tpi bila diperbesarkan ia menjadi semakin parah...Saya tahu masa itu mereka belum memahami mcamana kerja2 yg saya lakukan... 


Tahukah anda kawan yg dulu sering berselisih pendapat kini adalah kawan baik saya...hebatkan putarannya..Saya tidak membuang mereka malahan menyelami hati budi mereka lagi...akhirnya saya temui jawapan...saya juga ada melakukan kesalahan...bukankah EGO mengatasi segalanya..Mula2 dengar salah..mmg tak boleh nak terima tapi bila ditenangkan hati dan berfikir sedalam-dalamnya...itulah realiti yg harus saya terima...Saya bukan malaikat..dan bukan sempurna..wlu setinggi manapun saya berada!!

Selasa, 20 Disember 2011

Demam@Ilmu

Hari ini saya diduga oleh Allah SWT.Dia yg lebih mengetahui segala2nya..Apa yg dirancangnya utk saya...
Anak saya yg kedua Saffiya atau panggilan manjanya Piya..demam panas hari ini...

Semalam saya dah berikan 1 susu AMAZING dan 7 titis NIGELLA tapi demamnya masih belum kebah sepenuhnya..Dan pagi tadi saya segera bawanya berjumpa doktor.Doktor mengesahkan Piya mengalami infection tekak...disebabkan itu Piya demam..
Suhunya tadi mencecah 39 darjah celcius..panas betul!

Sayapun mengelap2 kepala dan badannya dgn air agar suhu badan cepat turun..sudahlah anak saya yg ni mmg jenis sukar nak makan ubat...terpaksala saya memaksanya juga..nak buat mcmana...demi kebaikan diri dia saya pegang dan kepit kaki tgnnya...klu org tgk mmg kejam..tapi niat saya mahu dia cepat sembuh...
Mungkin kerana terlalu panas..hidung Piya keluar darah..Terlampau panas bahagian dalam badan dia..mungkin...
Tapi saya masih berterusan berikannya AMAZING dan NIGELLA..sbb ia tidak akan memudaratkan lg malah produk bersifat neutral ni boleh dicampur makan bersama ubat-ubatan klinik atau hospital.

Hari juga saya miss ke kelas ilmu..mulanya niat hati nak ke sana jugak..tapi memikirkan anak2 yg lebih memerlukan saya rela lepaskan keinginan saya...
Namun Allah lebih mengetahui segala2nya...tidak lama kemudian seorang customer sms bertanyakan Nucell..dan terus pinta alamat rumah saya...Alhamdulillah..terjual sekotak Nucell hari ini..
Jika kita yakin akan ketentuan dariNya pasti ada sesuatu yg sudah tertulis buat kita...
Produk bumiputera terbaikkkk...hanya RM 89.00 /15 sachet

ANUGERAH HIDUP

Hari ini sebelum engkau berpikir untuk mengucapkan kata-kata kasar,
Ingatlah akan seseorang yang tidak bisa berbicara.
Sebelum engkau mengeluh mengenai cita rasa makananmu,
Ingatlah akan seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
Sebelum engkau mengeluh tentang suami atau isterimu,
Ingatlah akan seseorang yang menangis kepada Tuhan meminta pasangan hidup.
Hari ini sebelum engkau mengeluh tentang hidupmu,
Ingatlah akan seseorang yang begitu cepat pergi ke syurga.
Sebelum engkau mengeluh tentang anak-anakmu,
Ingatlah akan seseorang yang begitu mengharapkan
kehadiran seorang anak, tetapi tidak mendapatnya.
Sebelum engkau bertengkar kerana rumahmu yang kotor,
dan tidak ada yang membersihkan atau menyapu lantai,
Ingatlah akan orang gelandangan yang tinggal di jalanan.
Dan ketika engkau lelah dan mengeluh tentang pekerjaanmu,
Ingatlah akan para penganguran, mereka yang menginginkan pekerjaanmu.
Sebelum engkau menuding atau menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorang pun yang
tidak berdosa dan kita harus menghadap pengadilan Tuhan.

Dan ketika beban hidup tampaknya akan menjatuhkanmu,
Pasanglah senyuman di wajahmu dan berterima kasihlah
pada Tuhan kerana engkau masih hidup dan ada di dunia ini.
Hidup adalah anugerah, jalanilah,
nikmatilah, rayakan dan isilah itu.

NIKMATILAH SETIAP SAAT
DALAM HIDUPMU,

KERANA MUNGKIN ITU
TIDAK AKAN TERULANG LAGI!

Isnin, 19 Disember 2011

Nasihat utk diri sendiri dan yg lain juga...

                         
                 Ada orang berusaha keras untuk menjadi hebat,
sementara yang lain hanya
ingin dipandang hebat.Ada beza antara keduanya?Golongan yang pertama akan terus
mengikhlaskan niat,
mencipta kehebatan seperti
dikehendaki Allah dan
Rasul serta sentiasa sedar akan
kelemahan diri dan membaikinya.Golongan kedua akan terus tenggelam dalam
pujian dan pengiktirafan manusia.
Merasa hebat, dipandang hebat,
tapi indah khabar dari rupa.Selalunya orang yang ingin
dipandang hebat
hanya akan menyandarkan
kehebatannya pada orang lain.Ertinya mereka sentiasa merasa kagum dengan diri sendiri
padahal kehebatan sebenarnya terdapat pada orang lain.Mereka itu mungkin diri kita sendiri yang suka
diiktiraf berdasarkan kepada orang-orang yang kita kenal,
ataupun orang-orang yang mengenali kita.Misalnya kita dikenali oleh tokoh negara atau seseorang
yang diketahui kehebatannya, kita akan mula merasa
bahawa kita juga harus menerima pengiktifaran yang sama.
Kita mula berbicara "Ah, aku kenal Menteri Besar tu",
"Oh, Sheikh tu kenal aku kau tahu". Jadi, apa masalahnya?Masalahnya ialah kita hilang nilai-nilai
kehebatan diri sendiri
kerana hanya suka menyandarkan
kehebatan kita pada diri orang lain.berusahalah menjadi orang
yang memang hebat,
bukan hanya dipandang hebat.
- sumber i luv islam -
ini satu lagi cerita besar
dalam sistem sosial kita
mahu hebat
nampak hebat
DUDUK DIBAYANG2
KEHEBATAN ORANG LAIN.
hari ini mari kita
mulakan kehebatan diri sendiri.
sebab dihujung segala kebagusan kita
adalah tindakan.

Si Anggun Kembali...

Selamat Pengantin Baru Mat Khalid dan Eja
Ke'hilang'an saya beberapa hari..ada ke yg menanya..(hik)
Hakikatnya saya sibuk dgn menguruskan kenduri adik suami saya di Besout 3, Perak.Mmg agak memenatkan..tapi berpuashati kerana segala2nya berjalan dgn lancar...
Bayangkan menguruskan anak2..dgn meringankan tangan menolong serba sedikit persiapan mmg agak meletihkan bg yg kurang stamina.Alhamdulillah wlupun seharian sy dapat membantu..malam saya masih lg boleh bangun utk membancuh susu buat anak saya yg kecil Sarah Mia,1 tahun 4 bulan.Orang kata tak tidur mati..senang jer tersedar bila terdengar si kecil ni merengek..
melayan karenah si kecik yg tak duduk diam..
Pada hari kendurinya..17 Disember...
Suasana amat meriah...malahan sejak sebelum kenduri lagi telah dijamu dgn pelbagai makanan.Mewahnya makanan pd waktu itu..Saya tentu sekali tak lepas peluang menikmati makanan2 tersebut..maklumla..inilah kenduri kahwin terakhir buat keluarga suami..Agak meriahla sikit...tapi mmg berbaloi...
Kebanyakkan tetamu yg datang berpuashati dgn hidangan...alhamdulillah..
Dan saya tidak betah juga bergaya..(hik)
Maklumla badanpun dah agak susut dari sebelumnya...ramai saudara mara yg menegur...perbezaan yg amat ketara...
Jiran2 disitupun menegur...dulu mamanya besar..sekarang dah terbalik anak lg besar dari mak...
Percaya tak selepas melahirkan anak pertama berat saya pernah mencapai 85kg..mmg kembang betul masa tue...malu...
Dan skrg dah anak 3..alhamdulillah saya mampu 'maintain'..semuanya dgn pertolongan SET WANITA ANGGUN...
Shasha Zulaikha dan Saffiya Alieya
Depan sekali pengantin...yg lain sepupu2 belah suami..
sepupu suami yg amat sporting...
melayan tetamu dari Kuala Lumpur
with tailor@sepupu yg buat baju saya...MAMA VOGUE..(hik)
 Alkisahnya..cuma gambar suami yg tiada.Suami anak sulung jadi beliaulah yg jadi pengganti kepada arwah ayah yg pergi.Mmg sibuk sampai nak capture gambarpun tak sempat.Apapun my hubby really do his responbility...Love U...muahhh...

Rabu, 14 Disember 2011

Keistimewaan DCL

Jika mahu diceritakan kenapa saya terlalu sayangkan syarikat ini..kenapa saya mahu terus kekal dlm perjuangan meningkatkan ekonomi ummah berdikari...Mengapa saya mahu menang dunia menang akhirat...
Ramai yg berkata semua syarikat Multilevel Marketing semuanya sama...iyer ke?
Entahlah tapi hati cukup kuat mengatakan inilah satu2nya syarikat yg membuatkan saya rasa tenang..stress free bila menjalankannya..
Apa yg membuatkan syarikat ini begitu hebat..apa keistimewaannya yg tiada dlm syarikat MLM yg lain...Bagus persoalan itu...

5 Keistimewaan DCL utk saya kongsikan..

Pertama adalah kerana Pengasasnya...Siapa?
Tentu sekali Dato Stapa dan Datin Azlina.Syarikat yg diterajui oleh 100% bumiputera ISLAM dan yg mempunyai pengalaman yg luas dalam bidang MLM ini.Inilah syarikat yg bertahan selama 15 tahun dan merupakan syarikat MLM paling unggul di Asia Tenggara.Memperolehi pelbagai pengiktirafan di Peringkat Asia Pasifik iaitu SME Leurate sebagai CEO of The Year 2009 pd Dato Stapa.Seorang anak melayu yg dari ZERO to HERO...jika anda berpeluang mendengar kisahnya...anda akan rasa cukup terharu...
Bukan sahaja beliau mendapat pengiktirafan tetapi produk-produk keluaran syarikat ini juga memenangi BEST BRAND selama 2 tahun berturut2 iaitu 2009 dan 2010.


Kedua..tentu sekali PRODUK-PRODUKnya..
Tentu sekali jikalau pengasasnya adalah ISLAM dan kita dibuat dgn tangan yg sama bersyahadah tentu sekali ianya HALAL dan SELAMAT.Produk-produk ini tidak mengandungi bahan kimia dan dadah.Bersifat neutral dan campuran herba-herba terpilih.Org kata terlebih makanpun tidak mengapa kerana ianya tidak akan mengalami kesan sampingan jika mengambil dalam dos yg berlebihan.Harga produk-produk ini begitu kompetitif/berpatutan dna mampu dibeli oleh semua.Harga produk adalah sekitar RM20 hingga ke RM 500 sahaja.Ia bukan sahaja berkesan dgn cepat tetapi amat berkualiti.Kilang syarikat ini juga memiliki sijil GMP iaitu GOOD MANUFACTURING PRODUCT.Produk2 syarikat ini benar2 KILLER PRODUCT kerana ia mempunyai jualan ulangan yg sangat tinggi.Tidak sempat STOK produk berhabuk...(hihi)


Ketiga adalah melalui PELAN PEMASARAN
Ternyata pelan yg amat mudah.Anda berhak mendapat bonus C.U.B hanya dgn menggunakan produk sebanyak 125pv.Ianya cepat melalui pelan FAST START iaitu terdapat INSENTIF 1,2 dan 3.Bayangkan anda buat 1 kerja dan dibayar 3 kali...lumayankan!!
Pelan ini juga bersifat tahan lama dan anda boleh pencen cepat dan rasa aman..FREEDOM!!..Tahukah anda RCA Kamal memperolehi 6 juta total group PV selama 3 tahun berturut2...incomenya tidak pernah jatuh..malah semakin hebat!!..


Keempat iaitu KEBAJIKAN
Inilah istimewanya DCL.Misi syarikat yg sangat UNIK iaitu MEMBINA EKONOMI UMMAH BERDIKARI serta Visi: MENANG DUNIA MENANG AKHIRAT..
Setiap pembelian 125pv RM3.00 terus di masukkan kedalam TABUNG KHAIRAT ia adalah utk diberikan kepada pewaris simati.Manakala TABUNG JIHAD yg secara tidak sedar produk-produk yg selama ini kita amalkan telah mengeluarkan sbyk 0.25% dari harga produk utk disedekahkan kepada anak2yatim,ibu2 tunggal dan warga tua..Ini yg membuatkan hati saya terus lekat dgn DCL dan tidak mungkin berpaling pd yg lain.Inilah sudut pandangan MATA HATI yg perlu kita buka dan terokai dlm satu bidang perniagaan.


Kelima adalah Sistem Sokongan.
Hebatnya DCL kerana adanya sistem sokongan iaitu D'Eagle Motivation Centre.Dimana kita belajar mengenai BOS- Bisnes Orientations, BDS- Bisnes Developments, Leadership- Belajar bagaimana mahu menjadi PEMIMPIN, cara BERPAKAIAN serta PUBLIC SPEAKING dan sebagainya.


Inilah sebab2nya saya mahu bertahan di dalam syarikat ini.Jadi jika anda ingin menikmati 5 keistimewaan ini..
Booked appointment dgn saya hari ini..
I'll guide u all the way..
Ina B'Bidadari 012-3171593

Isnin, 12 Disember 2011

Rahsia Untuk Kekal Muda dan Sihat

MENYAHTOKSIK RAHSIA UNTUK KEKAL MUDA DAN SIHAT

Para penyelidik dan pakar-pakar penjagaan kesihatan bercaya bahawa sisa makanan dan toksin yang terkumpul di dalam badan dalah penyebab utama bagi penyakit dan penuaan pramasa.Penyahtoksinkan secara kerap untuk menyingkirkan bahan buangan dan toksin yang berbahaya ini membantu meningkatkan kesihatan dan kecergasan.

Kebanyakan program menyahtoksik melibatkan program berpuasa, pengawalan diet dan rawatan lain yang menyusahkan. Kini , terdapat satu program menyahtoksik yang lebih mudah dan praktikal, malah juga berkesan untuk membantu anda kekal muda dan sihat.

BEBERAPA MASALAH KESIHATAN BIASA YANG DI KAITKAN DENGAN PENGUMPULAN TOKSIN TERMASUK:


- Sering keletihan, daya tumpuan dan daya ingatan yang lemah

- Sembelit atau cirit-birit yang kerap
- Masalah-masalah kulit-jerawat, akne, ekzema, psoriasis, kulit yang pudar dan tidak bermaya.
- Kuku dan rambut yang rapuh
- Badan dan nafas berbau
- Sering sakit kepala
- Sakit leher , bahu , sendi dan otot
- Peredaran darah yang lemah, tangan atau kaki sejuk
- Imsomnia, masalah tidur
- Meradang dan kemurungan
- Kitaran haid yang tidak teratur dan masalah-masalah putus haid
- Berat badan dan pembendungan air dalam badan
- Masalah penghadaman , kesenakan dan rasa loya yang kerap
- Alergi dan pengidaman makanan
- Peningkatan tekanan darah
- Kurang tenaga syahwat.


APA YANG ANDA DAPAT JANGKAKAN DARI PROGRAM MENYAHTOKSIK YANG BAIK

* Kesihatan keseluruhan yang lebih baik, rasa lebih bertenaga dan cergas
* Daya ketahanan badan yang lebih kuat
* Fungsi penghadaman yang lebih baik, kurang angin dan senak
* Pembuangan air besar yang kerap
* Daya ingatan dan daya tumpuan yang lebih baik
* Kulit yang lebih cerah dan sihat
* Badan yang lebih langsing
* Ketiadaan sakit-sakit dan sengal-sengal badan.



Ia adalah hampir mustahil untuk kita mengelakkan diri daripada toksin-toksin ini kerana mereka berada di mana-mana sahaja.

Dalam makanan kita racun rumpai dan racun serangga dalam buah-buahan dan sayur-sayuran ,bahan kimi dan logam berat dalam ikan dari sungai dan laut yang sangat tercemar,antibiotik dan hormon dalam ayam, itik dan daging.


Dalam air minuman kita klorin, logam berat, bahan kimia , bacteria dan parasit dari sumber air yang tercemar dan paip air yang lama.


Dalam udara yang kita sedut bahan kimia dan asap berkabut dari kilang-kilang, asap kenderaan, asap rokok , serta asap dari pembakaran terbuka dan hutan terbakar dari negara-negara jiran.


Dari proses-proses badan sisa metabolik dan pereputan daripada makanan yang tidak dapat di hadamkan. 


Produk DETOX terbaikkk dari DCL... 


Packing lama...RM 48.00/20 capsule
Packing baru yg lebih jimat dan berbaloi utk wang anda.. RM 75.00 /100 capsule
   
SELAMAT BER'DETOX'....

NILAI yg amat bernilai

Semalam saya ke Nilai,N9...
Tujuan sebenar sekadar ingin meluangkan masa untuk diri sendiri dan berjumpa dgn sahabat seperjuangan..
Satu perjumpaan yg amat menyeronokkan dan very excited!!
Gambar menceritakan segala2nya...
Kami berjumpa didalam bisnes DCL ni..Kami pupuk rasa kasih sayang dan silaturrahim juga kerana bisnes ini...
Inilah bisnes MLM yg lain dari yg lain...
Dibina atas rasa percaya dan tanpa mengira samada tua atau muda...2 series...3 series...4 series...apa2pun boleh...

menjamu selera sambil beri pose terbaikk!! bersama team PZC..
pose tak ingat sebelum makan with Dayah..huhuh
Model durian bersama Kak Su..haha
makan durian 1 talam..ready with Oxypi Treatment Water..kasi neutral balik...
Setelah menjamu selera yg terlebih selera..kamipun beramai ramai menuju ke Nilai 3..Episod mencuci mata sambil membelek...dan akhirnya membeli...tapi sedih salah seorang takde...huhuh..iaitu Min..next time min...kita set another plan...
pilih jgn tak pilih Dayah dan Zura...
jumpa yg berkenan...excited!!!
sedang pilih2...mana yg sesuai...
pose tepi jalan jerr....
Team Bidadari meet Team PZC
We are great LEADER...Jom join team saya Ina B'Bidadari...anda boleh lihat bagaimana saya hargai sebuah persahabatan dalam bisnes menarik ini...bukan sekadar bisnes partner..Inilah SILATURAHHIM yg kita perlu cari...Hubungi saya...saya tunjukkan peluang menarik yg terbina dalam perniagaan yg INDAH ini...


Ahad, 11 Disember 2011

Kekurangan diri merupakan satu kekuatan


Kekurangan diri bukanlah suatu halangan di dunia ini untuk seseorang itu memburu impian dan cita-citanya, sebaliknya kekurangan diri jika di amati betul-betul ianya merupakan cabaran serta pendorong buat diri seseorang untuk memiliki kehidupan yang diimpikan. Rata-rata jika diri kita sempurna, adakalanya kita leka dengan kesempurnaan yang dimiliki, manakala jika kita kurang sempurna seharusnya kekurangan tersebut akan memberi kita kesedaran untuk berusaha lebih kuat agar tidak ketinggalan dan tidak terlalu bergantung dengan bantuan orang lain. Apa yang penting dalam kehidupan ini hendaklah memiliki cita-cita dan impian serta seterusnya menetapkan matlamat bagaimana dan bilakah ianya boleh dicapai. Seterusnya terus bergerak dan berjuang untuk mengusahakan apa yang ingin dicapai. Gunalah kelebihan yang ada sebaik mungkin manakala terus berusaha untuk memperbaiki kekurangan yang ada dengan gigih serta azam yang kuat. Tidak ada yang mustahil untuk dicapai dalam kehidupan ini, asal sahaja mestilah sesuai dengan keupayaan untuk mengusahakannya dan mestilah logik untuk dicapai. Dimana ada usaha pasti akan ada jalan untuk melaluinya, banyak kejayaan yang berjaya dibangunkan dalam dunia ini merupakan hasil daripada mereka yang optimis dengan apa yang diusahakan dan tidak mengenal erti kekalahan walaupun beberapa kali gagal namun dengan gigih dan tabah terus melakukan dan berusaha akhirnya mereka berjaya. Kejayaan tidak diukur dengan ketinggian pencapaian kita tetapi berapa kerap kita pulih dengan cepat apabila kita tersungkur jatuh. Kemampuan pulih dengan cepat inilah yang menentukan kejayaan.

Kelebihan yang ada pada diri membuatkan diri mudah untuk melakukan serta mencapai apa yang diinginkan. Kelebihan yang ada pada diri juga boleh jadi satu kekuatan jika digunakan dengan sebaik mungkin, manakala jika tidak digunakan pada jalan yang betul ada kemungkinan kelebihan tersebut memusnahkan diri kita. Oleh yang demikian hargailah kelebihan diri yang dimiliki, manakala sentiasalah berusaha untuk memperbaiki kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri. Mungkin ramai yang sedar akan setiap diri kita ini sudah pasti ada kekurangan dan kelebihan. Saya amat pasti tidak semua insan di dunia ini sempurna dalam semua perkara, baik dari segi fizikal, mental mahupun kehidupan. Tentu setiap insan yang mempunyai fikiran yang normal inginkan kejayaan dalam kehidupan ini. Bezanya setiap seseorang diantara kita ini adalah ilmu pengetahuannya. Hanya ilmu dan pengalaman yang akan membantu seseorang dalam pembanggunan kehidupan masing-masing. Setiap yang mempunyai fizikal dan akal fikiran yang sempurna seharusnya bersyukur, kerana tidak semua memilikinya. Bagi yang kurang pula, usah bersedih dan berduka kerana setiap kejadian yang menimpa diri itu tentu ada hikmahnya. Apa yang penting pada diri ku ialah semangat untuk mengenal pasti kekurangan dan kelemahan lalu berusaha untuk memperbaiki kekurangan dengan menjadikan kekurangan tersebut sebagai cabaran serta kekuatan untuk terus berusaha agar mampu dan boleh hidup seperti insan yang sempurna, walaupun terpaksa berusaha lebih sedikit daripada orang-orang yang sempurna fizikalnya.

Posnatal Depression

Sarah Mia...hari pertama melihat dunia...


TEKANAN DI KALANGAN WANITA SELEPAS BERSALIN
  1. Pendahuluan
  2. Kehadiran cahaya mata merupakan detik yang membahagiakan namun tidak ramai pasangan yang membicarakan tentang kesan tekanan emosi yang dihadapi oleh wanita khususnya selepas melahirkan anak terutama semasa dan selepas pantang. Malah banyak yang tidak mengetahui bahawa jangka masa berpantang adalah penting untuk menentukan sama ada ibu akan kembali normal seperti sebelumnya atau si ibu akan menderita akibat tekanan emosi seumur hidup.
  3. Definisi Tekanan Selepas Bersalin.
  4. Tekanan emosi yang diertikan oleh masyarakat terutamanya masyarakat melayu dengan nama "penyakit angin meroyan". Ia dikaitkan sebagai penyakit tekanan emosi bagi ibu-ibu yang mengalaminya sewaktu atau selepas dalam pantang.
    Dalam istilah perubatan ia dikenali sebagai "postnatal depression" yang bersangkut paut dengan kelakuan aneh sebagai kesan emosi (kejiwaan) yang dihadapi oleh wanita selepas melahirkan anak.
  5. Bentuk Tingkahlaku "postnatal depression"
  6. Wanita yang mengalami masalah "postnatal depression" seringkali menghadapi masalah sukar untuk tidur dan sentiasa mengalami kepenatan. Mereka kerap merasa tegang, rendah diri dan mudah untuk merasa marah. Mereka bukan sahaja menjauhi hubungan seksual dengan suami malah membencinya. Malangnya kebanyakan wanita yang menghidap "postnatal depression" tidak menyedarinya sebagai satu penyakit. Begitu juga dengan suami dan ahli keluarga. Suami mungkin menganggap isteri berubah laku bukan kerana penyakit "postnatal depression" tetapi semulajadi. Keadaan akan menjadi semakin teruk apabila suami tidak memahami keadaan tekanan emosi isteri
    Keadaan wanita ini juga akan menunjukkan perubahan yang mendadak seperti kemurungan, runsing dan kelihatan tidak bermaya. Sikap juga berubah dari periang boleh bertukar menjadi pendiam. Kebanyakannya seakan hilang sentuhan dengan dunia alam realiti.
  7. Faktor yang membawa kepada tekanan emosi "postnatal depression"
  8. Sebenarnya terdapat banyak faktor psikologi yang boleh membawa kepada "postnatal depression" ini berlaku. Tidak dinafikan, kelahiran adalah sesuatu yang dinanti-nantikan oleh setiap pasangan yang berkahwin. Tetapi tidak semuanya begitu. Berkemungkinan anak yang dilahirkan adalah anak yang tidak dikehendaki.
    Tekanan ketika bersalin ditambah pula dengan rasa tertekan perasaan apabila mengenangkan anak yang dilahirkan. Apatah lagi wanita yang bersalin berkemungkinan tidak mempunyai hubungan yang baik dengan ibunya sendiri atau mertuanya. Ini akan menambahkan rasa tekanan emosinya.
    Kesakitan melahirkan anak diharap dapat difahami bersama oleh suami. Tetapi sebaliknya suami menganggap isteri telah biasa dengan kelahiran. Selepas kelahiran, ibu terpaksa berjaga malam menyusukan bayi dan menukar lampinnya yang basah. Ini membuatkan isteri tidak dapat menikmati masa rehat yang cukup. Baginya tiada kegembiraan dalam menimang cahaya mata sebaliknya merasakan ia sebagai kerja yang membosankan.
    Tekanan emosi dan perasaan isteri akan lebih tertekan apabila suami tidak cuba memahami kepayahan dan kesakitan isteri. Setiap kali pulang kerja mengharapkan makanan terhidang, rumah bersepah isteri dimarah, sedangkan makan minum isteri ketika berpantang tidak pernah dihiraukan. Kerja-kerja rumah seperti mencuci pakaian harus dilakukan oleh suami jika tiada pembantu. Apabila keadaan tekanan ini tidak terbendung, rasa kecewa diluahkan dengan keadaan kemurungan dan menjadi pendiam. Yang lebih teruk sehingga menyebabkan isteri menjerit dan menangis seorang diri.
  9. Sokongan emosi orang terdekat paling berkesan
  10. Tidak banyak kajian yang dilakukan ke atas punca-punca berlaku kesugulan di kalangan ibu selepas melahirkan anak. Walaupun ada kajian yang menyatakan perubahan hormon merupakan punca berlakunya "postnatal depression" namun ia hanyalah faktor kecil disamping beberapa faktor penyebab yang lain. Seseorang wanita yang sering berasa kecewa, sentiasa muram dan bimbang juga menjadi punca berlakunya "postnatal depression".
    Begitu juga bagi wanita yang belum bersedia menimang cahaya mata tetapi terpaksa menghadapinya juga cenderung mengalami masalah tersebut. Waktu dalam pantang, ibu mudah rasa tertekan kerana kehadiran bayi memerlukan ibu berjaga malam. Ada kalanya keletihan menjadikan ibu mudah tertekan. Oleh itu amat penting bagi bakal ibu mendapat sokongan moral dan emosi yang kuat daripada seseorang khususnya orang terdekat seperti suami terutamanya pada saat-saat menimang cahaya mata dan selepas melahirkannya.
    Ini adalah kerana sokongan dan bantuan suami merupakan penawar yang paling mujarab ke arah kestabilan emosi isteri. Kajian yang dilakukan di negara-negara barat mendapati bahawa kaunseling merupakan ubat paling berkesan bagi merawat ibu yang mengalami "postnatal depression". Di Britain contohnya kaunseling biasanya dilakukan oleh kaunselor atau individu yang memberikan perkhidmatan menolong datang ke rumah pesakit. Sekaligus suami turut memberi bantuan sebagai kaunselor yang memberi sokongan emosi untuk menenangkan perasaan dan emosi isteri.
    Harus difahami bahawa, wanita yang mengalami "postnatal depression" biasanya disebabkan oleh rasa kecewa kerana menyedari keadaan selepas menjadi ibu tidak seperti yang diharapkan. Sebelum kelahiran bayi mereka membayangkan bahawa kehidupan selepas mempunyai anak tentunya lebih indah kerana dikelilingi oleh bayi yang comel dan sihat.
    Malangnya apabila mereka mengalami sendiri dalam dunia realiti, keadaannya berbeza. Apa yang dibayangkan dalam fikiran mereka menjadi sebaliknya. Mereka tidak melaluinya dengan mudah. Ini merupakan satu kejutan yang mengganggu emosi dan fikiran wanita tersebut. Maka bagi mereka yang gagal mengawal emosi ketegangan ini mudah mengalami "postnatal depression".
    Bagi bakal ibu, persediaan paling penting sebelum menimang cahaya mata adalah persediaan emosi dan mental yang kuat. Selain daripada pengetahuan mengenai perawatan bayi, bakal ibu juga perlu tahu mengenai kesihatan diri sebelum dan selepas bersalin disamping bersedia untuk menerima kemungkinan buruk selepas bersalin. Meletakkan harapan yang tinggi tanpa persediaan jiwa dan rohani yang mantap akan hanya membawa kekecewaan yang memungkinkan anda mengalami "postnatal depression".
  11. Pendekatan kaunseling sebagai satu altenatif
  12. Secara teoritikalnya kita rujuk kepada pendapat teori yang terdapat dalam Terapi Rasional Emotif yang dipelopori oleh Albert Ellis memberi andaian tentang sifat semulajadi manusia iaitu manusia dilahirkan dengan satu potensi untuk berfikir secara rasional dan tidak rasional. Di samping manusia berkecenderungan untuk memelihara dirinya, mencapai kebahagiaan, berfikir dan menyampaikan buah fikirannya, ingin dikasihi dan mengasihi serta berkomunikasi dengan orang lain untuk berkembang maju ke arah nirwana kendirinya sendiri.
    Sebagai suatu kaedah yang dianggap berkesan dalam mengatasi masalah tekanan semasa dalam pantang selepas melahirkan anak ialah melalui metoda psikoterapi dan kaunseling. Wanita-wanita dan suami yang bakal menimang cahaya mata disarankan supaya:
    6.i Mempunyai persediaan yang cukup dari segi mental, fizikal dan material dalam menghadapi sebelum dan selepas kelahiran cahaya mata.
    6.ii Bertemu doktor dan pegawai perubatan untuk mendapatkan nasihat bagi membuat persediaan yang berpatutan untuk menghadapi saat-saat kelahiran.
    6.iii Datang berjumpa kaunselor untuk mengadakan sesi kaunseling perkahwinan bagi membincangkan aspek-aspek persediaan emosi dan kedua-dua pasangan yang akan menimang cahaya mata.
    6.iv Menimba ilmu kemahiran menghadapi sebelum dan selepas kelahiran anak. Ini supaya kedua-dua pasangan tidak merasa janggal apabila berlakunya situasi tersebut.
    Secara kesimpulannya dapat dikatakan bahawa keseimbangan emosi dan mental wanita yang melahirkan anak samada sebelum dan selepas pantang amatlah perlu diberikan perhatian. Bukan wanita itu sahaja bahkan perlu juga sokongan kefahaman dan pertolongan di pihak suami dan keluarga. Wanita yang melahirkan anak amat sensitif dan mudah tersinggung kerana perhatian dan bantuan amat di perlukan ketika itu.
    Seseorang wanita yang mengalami tekanan postnatal depression ini boleh dipulihkan melalui sesi kaunseling dengan ahli-ahli keluarga terdekat seperti suami, ibu, kakak atau adik beradik yang lain haruslah bekerjasama dalam mengembalikan keriangan di dalam jiwanya. Pujuk dan bimbing supaya dia mendekatkan diri kepada Allah agar tidak berputus asa walaupun diberikan dugaan sedemikian rupa.
    Dari sudut terapi kerohaniannya seseorang wanita yang menghadapi tekanan adalah disarankan supaya menenangkan diri dengan menanamkan rasa sabar, yakin dan tawaakkal di atas taqdir-Nya di samping menerima realiti yang berlaku. Cara yang terbaik untuk mengurangkan tekanan perasaan ialah memohon kepada Allah SWT supaya menenangkan fikiran dan perasaan resah gelisah menerusi solat dan doa. InsyaAllah dengan kekuatan ini wanita tersebut akan dapat merasa lega dan selaras antara kognitif, afektif dan tingkahlakunya.
  13. Penutup
Masalah tekanan emosi dan mental seperti yang di alami oleh golongan wanita yang dikenali sebagai "postnatal depression" adalah merupakan suatu bentuk penyakit yang berlaku kepada wanita yang melahirkan anak. Jika tekanan ini dibiarkan berlarutan berkemungkinan ia akan menambahkan lagi kekusutan fikiran bahkan boleh menjadi tidak siuman.
Oleh yang demikian, tekanan seperti ini boleh di atasi dengan menggunakan kaedah kaunseling dan terapi yang dilakukan oleh suami atau individu yang ada kaitan dengan wanita tersebut. Namun apa yang lebih perlu ialah perhatian, kasih sayang dan juga bantuan kepada wanita yang melahirkan cahaya mata tersebut secara berterusan sehingga mengalami tahap kesihatan seperti sedia kala.
Selepas habis tempoh berpantang...
Set ini yang saya amalkan untuk mengurangkan tekanan dan mengembalikan tenaga dan kecergasan saya..Selepas 6 bulan kelahiran anak yg ketiga saya terus mengamalkan set ini sehingga ke hari ini...saya dpat menurunkan berat badan dan kulit lebih anjal dan jadi awet muda..manakala hubungan intim suami isteri setiap malam adalah malam pertama...