Jumaat, 9 Disember 2011

5 tip

Hari ini bila kita belajar dari kesilapan.Sebagai manusia biasa kita tidak akan pernah lari dari melakukan kesilapan.Biarlah apa yg orang mahukan katakan tentang kita..jika perkara itu benar tidak usah pula kita melenting atau menolak mentah2..malahan usahakanlah supaya menerima segala kritikan dgn hati yg terbuka dan tenang..Saya cuba melalui kesilapan demi kesilapan yg saya lalui dengan tabah.Saya tidak mahu sehingga terputus tali silaturrahim yg terbina.Saya mahu ia kekal...dan saya belajar hari ini..mcmana pedih dan sakitnya hati bila menerima sesuatu tamparan itu mmg saya akui...saya akan down...beberapa hari saya akan bersedih..menginsafi diri..bermohon Allah SWT menguatkan jiwa dan hati saya...
Bila berdoa jgn diminta kurangkan dugaan tetapi kuatkan lagi semangat untuk menempuh dugaan dariNya..Kdg2 kita lupa....lupa yg teramat sgt...selalu menyalahkan takdir dan orang2 disekeliling..
Dugaan itu sebenarnya tersembunyi atau tersirat..ada yg telah dijanjikan Allah jika kita kuat dan berjaya menghadapi dugaan tersebut...
Hari ini saya redha dgn ujian yg Allah berikan...
Saya tahu ada sesuatu yg menanti saya...saya yakin Allah sayangkan saya..sbb itu diujinya saya hari ini...
Dan saya yakin Allah mahu melihat sejauhmana saya mahu kekal dalam perniagaan ini...
Saya mmg mahu berjaya...mahu jadi insan hebat bukan sahaja hebat kerana bergelar JUTAWAN tetapi hebat dalam menjadi seorang khalifah Allah dimuka bumi ini...


Suka saya kongsikan MOTIVASI dari Irfan Khairi utk tatapan pembaca blog...5 tip yg terrbaikkk..
Untuk murah rezeki, setiap pagi, petang, siang, malam say: THANK YOU ALLAH!
Buat apa yang kita minat. buat apa yang kita cinta. kalau kita lakukan sesuatu kerana minat dan cinta (passion) kita tak akan rasa penat, bosan dan letih. Kerja siang malam pun kita rasa best. tidur pun excited nak bangun sebab nak buat kerja. masa buat kerja, tak rasa pun masa berlalu!
Sekiranya segalanya tidak seperti kita mahu, atau ditimpa malang, atau masalah yang besar, atau berada di dalam satu krisis, berhenti sebentar dan yakin pada diri sendiri bahawa segala-galanya ada hikmahnya. dalam apa pun keadaan yang sukar, pastinya ada penyelesaiannya dan seringkali kita akan menjadi in…san yang lebih kuat & hebat selepas melalui kesukaran tersebut!
Untuk BERJAYA, kita perlu melatih minda kita untuk melihat peluang-peluang yang ada di sekeliling kita. untuk GAGAL, kita perlu melihat halangan-halangan yang ada di depan kita!
Kita akan jadi seperti orang yang disekeliling kita. jika kita hendak berjaya, berkawan dengan orang-orang berminda positif. Jika kita hendak gagal, berkawan dengan orang-orang berminda negatif. Hadis pun ada menyebut umpama berteman pembawa minyak wangi, kita akan rasa harumannya. Bertemankan tukang besi…, akan terkena percikan api...

Jadi mari sama2 kita renungkan 5 tip ini...teruskan usaha anda pasti berjaya..!!

1 ulasan:

  1. semua perkara berlaku ada hikmahnya.. kena pikir apakah hikmahnya itu.. pasti kita redha!!

    BalasPadam