Ada orang berusaha keras untuk menjadi hebat,
sementara yang lain hanya
ingin dipandang hebat.Ada beza antara keduanya?Golongan yang pertama akan terus
mengikhlaskan niat,
mencipta kehebatan seperti
dikehendaki Allah dan
Rasul serta sentiasa sedar akan
kelemahan diri dan membaikinya.Golongan kedua akan terus tenggelam dalam
pujian dan pengiktirafan manusia.
Merasa hebat, dipandang hebat,
tapi indah khabar dari rupa.Selalunya orang yang ingin
dipandang hebat
hanya akan menyandarkan
kehebatannya pada orang lain.Ertinya mereka sentiasa merasa kagum dengan diri sendiri
padahal kehebatan sebenarnya terdapat pada orang lain.Mereka itu mungkin diri kita sendiri yang suka
diiktiraf berdasarkan kepada orang-orang yang kita kenal,
ataupun orang-orang yang mengenali kita.Misalnya kita dikenali oleh tokoh negara atau seseorang
yang diketahui kehebatannya, kita akan mula merasa
bahawa kita juga harus menerima pengiktifaran yang sama.
Kita mula berbicara "Ah, aku kenal Menteri Besar tu",
Kita mula berbicara "Ah, aku kenal Menteri Besar tu",
"Oh, Sheikh tu kenal aku kau tahu". Jadi, apa masalahnya?Masalahnya ialah kita hilang nilai-nilai
kehebatan diri sendiri
kerana hanya suka menyandarkan
kehebatan kita pada diri orang lain.berusahalah menjadi orang
yang memang hebat,
bukan hanya dipandang hebat.
- sumber i luv islam -
ini satu lagi cerita besar
ini satu lagi cerita besar
dalam sistem sosial kita
mahu hebat
nampak hebat
DUDUK DIBAYANG2
KEHEBATAN ORANG LAIN.
hari ini mari kita
mulakan kehebatan diri sendiri.
sebab dihujung segala kebagusan kita
adalah tindakan.
thanks kak atas nasihat ni...insyallah dijadikan panduan supaya kita jgn lupa diri...
BalasPadamentry2 ina tak mmg selalu best.. selalu mengagumkan akak.. teruskan berkarya & semoga sukses!!
BalasPadamsama2 kita manfaatkan nasihat ini dari sahabat motivasi ina...
BalasPadam