Selasa, 31 Januari 2012

Beruntungnya saya sebagai wanita..

6 SEBAB BERUNTUNGNYA PEREMPUAN MEMPUNYAI RAHIM

1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang
'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah
anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang
lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib
baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia
mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh
dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi
kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali
Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh
kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-
dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat
dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan
suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah
terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa
suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk
lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam
kesusahan isteri boleh bantu tambah
lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut
selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra
ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat
didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri
yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan
dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua
wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka
denganNya. Dan semua lelaki fahami hati
naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.......


Hari ini marila sama2 kita menjaga anggota tubuh badan kita luaran dan dalaman..Mulakan dgn SET WANITA ANGGUN..kelebihan BIDADARI, Q-SHE dan NUCELL benar2 menjadikan anda seorang wanita yg HEBAT disisi suami...


Isnin, 30 Januari 2012

Pemimpin @ Leader

Saya ingin berkongsi tentang kualiti seorang pemimpin dari sudut pandangan bekas perdana menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir.

Antara yang beliau gariskan adalah ;

7 KUALITI PEMIMPIN

1. Seorang pemimpin yang baik tidak semestinya merendahkan diri tetapi sekurang-kurangnya tidak bercakap besar.

2. Pemimpin mesti bersedia menerima tanggungjawab tetapi tidak boleh terlalu mendesak dan berkeras dalam kepimpinan.

3. Pemimpin tidak harus menyalahkan orang lain bagi kegagalan tetapi mengakui kelemahan diri sendiri. Beliau tidak harus menuding jari atau mencari seseorang untuk dipersalahkan.

4. Beliau patut bersikap Luhur dan tidak pentingkan pujian dan kemasyhuran.

5. Beliau patut tahu bagaimana mengendalikan pengikutnya begitu juga pihak atasan. Beliau perlu sensitif dengan sensitiviti orang lain.

6. Beliau patut bersedia melakukan yang diharapkan orang lain untuk dilaksanakan. Beliau patut mendukung slogan kepimpinan melalui teladan.

7. Beliau perlu bijak dan lebih pintar sekurang-kurangnya berbanding orang di bawah pimpinannya.

Jadi itulah antara 7 kualiti yang telah digariskan oleh Tun Dr. Mahathir sebagai seorang pemimpin yang berjaya.

Jadi, adakah ciri-ciri tersebut ada di dalam diri kita semasa kita dikala memimpin.? Berkualitikah kita bila digelar pemimpin?
Jadi mulai hari ini kenali POTENSI DIRI..
Belajar memimpin diri sendiri ...Bagaimana?
Dalam bisnes ini kami diajar dan diasuh utk memimpin..
KJC..Mentor@Leader yg bagus utk saya contohi..

Nothing possible!!

Duit atau modal wang bukanlah kunci utama kejayaan sesuatu perniagaan; sekiranya anda mempunyai wang tetapi tidak ada kemahiran, duit anda akan habis. Jika anda mempunyai wang tetapi tidak ada cita-cita, ke mana anda nak pergi? Jika anda mempunyai wang, tetapi tidak ada ilmu, wang itu pasti akan lesap. Jika anda ada wang, tetapi tidak ada keberanian, anda akan hanya ada apa yang anda ada.

Sekiranya anda mencari orang yang berpotensi berjaya, selalunya mereka adalah orang tidak ada wang atau hanya ada sedikit wang, tetapi mereka mempunyai kemahuan yang tinggi, keinginan yang luar biasa, sanggup berusaha atau bekerja untuk membina kejayaan dan suka atau ingin mempunyai banyak wang pada masa akan datang. Mereka ini saya suka. Mereka hanya perlukan sedikit wang dan berikan mereka ilmu bagaimana untuk membuat duit dan mereka akan berada di atas landasan yang betul untuk membina kekayaan & kejayaan.

Jangan jadikan masalah kewangan sebagai penyebab atau penghalang untuk kita merubah hidup kerana yang kita perlukan adalah kuasa bertindak, sedikit wang atau pinjam wang serta ilmu.

Saya pernah bergadai untuk mendapatkan ilmu. Saya asalnya tidak ada duit, tetapi ada kuasa tindakan, ada keinginan. Saya jual utk beli. Saya jual brg2 kesayangan saya utk "beli" ilmu, untuk "beli" kejayaan saya. Hidup jangan jadikan masalah duit sebagai alasan atau penutup jalan kejayaan kita kerana ramai orang yang berjaya asalnya tidak ada duit. - Terjemahan Dr.Azizan Osman daripada tulisan Jim Rohn, lagenda pakar motivasi antara yang terbaik di dunia-

Ahad, 29 Januari 2012

Bermula dengan cemerlang..

TEAM CANTEK...join us today..
 Tajuk hebat!!!
Bagaimana?!..Macamana?!
Hari yg benar2 mengujakan saya sebagai seorang yg setia dgn DCL...
Hadiah yg paling berharga dari syarikat utk pengedar2 seperti kami...kerana DCL is MY BUSSINESS..

Di ajar bagaimana menolak bantahan...
Hebatnya pengasas yg sentiasa mendengar idea2 baru dari kami..
Sedia menerima penambahbaikan yg amat hebat...amat lumayan..amat TERUJA...(hik)
Itulah tujuan seminar BDC dijalankan...
Majlis ilmu yg tidak rugi anda luangkan sedikit masa...
Plan paling hebat yg pernah saya lihat..
MOTO..Lebih Adil Lebih Sukces tidak pernah dipandang remeh oleh pengasasnya...
Plan Pemasaran yg begitu hebat...terhebat di rantau ini..
Mudah utk anda jana pendapatan...Mudah anda jadi KAYA...

Bakal JUTAWAN...tiada yg mustahil

Bagaimana?
Saya suka kongsikan Plan Pemasaran hebat ini...
Be in the right TEAM..saya tunjukkan caranya...
Saya tidak suka TAMAK dan KAYA sorang2...(hik)
Mulakan transformasi anda tahun ini..dimana dgn kuasa hujung jari anda mampu keluar dari ZON SELESA anda hari ini... 
Booked Appointment hari ini juga..
See me in person..then u decide..how good to be a part in this bisnes.....and be in our big family...

DCL big family...





 

Jumaat, 27 Januari 2012

Back to nature...

Rabu@25 Jan..
Saya sekeluarga meluangkan masa ke Sg Tua atau lebih dikenali dgn Ulu Yam..Request dari anak2 yg dah lama minta..Alhamdulillah dpt kami tunaikan..Kami sekeluarga lebih suka pergi mandi manda air terjun dari air laut..Bayangkan sejak usia Shasha 3 bulan..suami sudah mengajarnya masuk hutan dan nikmati alam ciptaan Tuhan..
Begitu jugalah dengn Saffiya dan Sarah..malahan semasa Saffiya berumur 6 bulan saya dan suami dah bawanya menikmati kesejukan air sungai....Dan ianya seolah menjadi tempat paling bagus dan baik utk kami sekeluarga menenangkan fikiran dan minda.Sambil menghirup udara yg nyaman dan dikelilingi tumbuh-tumbuhan yg menghijau..mmg amat mendamaikan...
Malang tidak berbau..mgkn kerana terlalu excited atau apa saya terjatuh kerana tak perasan ada satu lg anak tangga utk saya turuni..akibatnya lutut kiri terluka dan bahagian pergelangan kaki terseliuh..sudahla ketika itu mendukung si kecil Sarah..Mujur dia tak luka...menahannya dari jatuh...
Mula2 kena mmg tak terasa langsung sakitnya...mgkn kerana gembira melihat anak berseronok main air...tak ingat langsung kaki yg sakit...(hik)..datang utk berseronok bukan utk duduk saja...
Sedikit gambar kenangan...










Dan ini pula keadaan kaki saya yg terpaksa di bandage utk melegakan sakit dan bengkak...bila balik baru terasa berdenyut2nya...mujur suami byk membantu...malam tue beliau yg melakukan kerja2 rumah..terima kasih sayang..
bengkak kan...
Mmg kaki saya tak boleh me'napak'..bila letak jer sakit sangat...kemudian saya makan DBLESS dan AMAZING sebanyak 4 sudu besar dan rehat dgn tinggikan kaki...
Alhamdulillah..keesokkan harinya sakit dan bengkak berkurangan dan saya dah boleh menapak tanpa rasa sakit kuat..malahan saya boleh membawa kereta..manual plak tue...
Terima kasih kpd produk yg banyak membantu saya...Tidak perlu ubat penahan sakit yg mengandungi DADAH dan STEROID..hanya kembali kepada semulajadi dan dgn izin Allah segalanya kembali pulih...


Rabu, 25 Januari 2012

KEINGINAN

Suka ingin saya kongsikan coretan pena dari seorang sahabat mukabuku saya.Moga ianya menjadi iktibar utk saya dan pembaca2 blog diluar sana...

"HANYA MANUSIA SATU-SATUNYA CIPTAAN TUHAN YANG BOLEH MERUBAH SERTA MEMBENTUK NASIBNYA SENDIRI"
Assalammualaikum dan salam sejahtera...
Rasanya masih belum terlewat untuk mengucapkan, "Selamat Tahun Baru 2012" untuk warga pembaca sekalian. Diri ku agak sibuk kebelakangan ini dek kerana pada tahun ini diri ini telah diberikan cabaran baru dari sudut pekerjaan yang diusahakan. Rasa rindu kerana agak lama tidak berpeluang untuk menukil diruangan ini, diri ku juga pasti, tentu ada dikalangan warga pembaca dan khususnya pengikut setia yang tertanya-tanya, juga tertunggu-tunggu karya nukilan ku yang terbaru. Sebagai insan biasa pekerjaan harus diberikan keutamaan, kerana menjadi tanggungjawab diri ini para pelanggan harus diberikan keutamaan dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik, kerana ianya merupakan sumber rezeki utama diri ini. Namun sebagai blogger sambilan berhenti menukil tidak sekali, diri ku akan terus menukil walaupun hanya sedikit waktu yang dapat diluangkan. Cabaran diri ini, harus bijak membahagikan masa, kerana menukil merupakan minat yang sedia ada didalam diri ini semenjak sekian lama. Diri ku mendokan kesejahteraan buat warga pembaca sekalian, dan moga-moga nukilan ku pada kali ini, sedikit sebanyak dapat mengubat rindu kalian pada karya nukilan diri ku, serta mudah-mudahan juga nukilan pada kali ini, sedikit sebanyak dapat memberi sedikit input, inspirasi dan maklumat buat warga pembaca sekalian.

 "KITA BOLEH MERUBAH DAN MEMBENTUK DIRI KITA DENGAN MERUBAH PEMIKIRAN, SIKAP DAN AMALAN"

"KEINGINAN", begitulah tajuk nukilan diri ku pada kali ini. Keinginan merupakan satu perkara yang subjektif serta sangat luas jika dikupas dan dibincangkan. Tiap orang tentu mempunyai keinginan, serta berbeza-beza mengikut citarasa diri masing-masing. Bagi diri ku cukup sekadar memetik beberapa pandangan serta pendapat berdasarkan pengalaman diri serta pengamatan, selari dari kejadian hari ke hari yang dilalui sehingga ke saat ini. Tiap dari kita semenjak kecil lagi, apabila sudah mula mengerti tentang kehidupan sememangnya telah mempunyai berbagai-bagai bentuk keinginan. Sewaktu kecil, ibubapalah yang banyak berkorban memenuhi keinginan anak-anaknya. Namun apabila telah dewasa dan tamat dari pengajian, dan telah mula berkerja serta berdikari dalam melalui perjalanan kehidupan ini, diri sendirilah yang bertanggungjawab untuk memenuhi keinginan diri.

"PEMBANGUNAN DAN PEMBENTUKAN DIRI HANYA DATANG APABILA KITA MELAKUKAN SESUATU ATAU DIMANA KITA BERUSAHA MELAKUKAN SESUATU YANG SUSAH ATAU BARU"

Keinginan diri jika tidak dikawal ianya boleh menjadi negatif dan merosak kehidupan pada hari-hari mendatang. Manakala keinginan yang mampu dikawal dengan baik serta dipenuhi dalam kadar keupayaan serta kemampuan boleh menjadi positif dari aspek pembangunan diri pada hari-hari yang dilalui serta mendatang. Mengapa diri ku katakan begini? Keinginan berkait rapat dengan nafsu, nafsu pula jika tidak dikawal dengan baik ianya boleh merosak diri serta kehidupan. Oleh yang demikian berusahalah sebaik mungkin untuk mengawalnya agar ianya menjadi positif. Ada seorang teman pernah bertanyakan pada diriku, katanya, bagaimanakah caranya untuk mengawal keinginan diri ini yang ada kalanya sangat sukar dikawal. Tiap bulan sebelum sampai hari gaji pada hujung bulan, saya sering kehabisan wang serta tiada budget lagi, dan yang paling sukar terpaksa meminjam dari kawan lain untuk menampung perbelanjaan pada hari-hari berikutnya sebelum menerima gaji semula, ujarnya kepada diri ku. Begitulah kehidupannya saban hari, saban bulan, malahan telah bertahun-tahun lamanya. Kesian diri ku mendengarnya, namun pada pandangan ku, dengan meminjam berterusan masalah tidak juga selesai dan lambat laun kawan yang sudi memberi pinjaman juga akan berkurangan kerana tiap orang ada masalah masing-masing.

"RAMAI ORANG LEBIH GEMAR MEMBACA DARIPADA BERFIKIR, KERANA IANYA LEBIH MUDAH"

Apa yang dapat diriku katakan pada beliau adalah memberi sedikit kata-kata nasihat serta ransangan dan juga turut mendoakan beliau supaya cepat keluar dari kemelut demikian. Segalanya berpunca dari sikap keinginan serta nafsu keinginan yang sukar dikawal. Tiap bulan dapat gaji bayar hutang dan sering tidak cukup, pendek kata wang gaji hanya transit di akaun sahaja, dapat dilihat seketika serta seterusnya hilang kerana terpaksa menjelaskan tunggakan-tunggakan hutang yang entah bila akan selesainya. Bagi diri ku, kita seharusnya hidup didalam pendapatan sendiri dan jangan sekali-kali berani untuk hidup diluar pendapatan sendiri, kerana kelak kita sendiri yang akan menanggung padahnya. Hari ini dalam dunia yang serba pantas kita banyak dikaburi oleh barangan yang ada ketikanya tidak mustahak pada kita, namun nafsu yang sukar dikawal membuatkan kita membelinya juga. Sehingga sanggup menyalah gunakan kredit kard serta berbagai cara pinjaman kredit yang lain asal sahaja keinginan diri dapat dipenuhi. Apa perlunya kita berhabis, jika sebenarnya kita menyiksa diri. Belajarlah untuk hidup dalam pendapatan sendiri dan berusahalah untuk melawan nafsu dengan budaya ikut-ikutan yang hanya akan menyiksa diri. Berjimat cermatlah, kerana orang yang bijak sentiasa berusaha untuk menyimpan sekurang-kurangnya 10% pendapatan bulanannya setiap bulan. Dan orang yang berjimat cermat juga mempunyai keinginan, namun golongan ini, hanya akan memenuhi keinginan mereka apabila sampai pada waktunya dan terlebih dahulu berusaha menyediakan budget serta bijak merancang juga mengawal keinginan mereka. Bersabar itu lebih baik, kerana orang yang bersabar serta sentiasa gigih dalam berusaha, biasanya mendapat apa yang mereka inginkan, cumanya sedikit lambat. Apa salahnya sedikit lambat daripada hidup menanggung hutang yang seolah-olah tiada penghujungnya.

 "HENDAK MENYEGERAKAN PEMBANGUNAN DAN PEMBENTUKAN DIRI? BUANG YANG REMEH. LUANGKAN MASA DAN USAHA KEPADA PERKARA PENTING SAHAJA"

Dalam soal keinginan diri ini, tiada siapa yang dapat menghalang dan mengawal diri kita. Namun demikian diri kita, kitalah yang bertanggungjawab keatas setiap tindakan yang kita lakukan. Ada baiknya apabila ujudnya sesuatu keinginan pada diri, buat perancangan terlebih dahulu. Rancanglah dengan bijak, bagaimana serta bila untuk memilikinya serta buatlah kajian samaada kita benar-benar memerlukan apa yang kita inginkan itu atau sekadar untuk bergaya dan menunjuk-nunjuk. Apalah gunanya nampak bergaya, namun pada hakikatnya hidup terseksa dan menyiksa diri. Kebiasannya mereka yang mempunyai hutang lebih dari kemampuan untuk membayar balik kehidupannya kurang tenteram dan sering tertekan. Tak kurang juga prestasi kerja menurun dan motivasi diri tidak konsisten. Perkara ini juga boleh mengundang bahaya kepada mereka yang berkerjaya, kerana apabila prestasi kerja anda menurun berkemungkinan majikan anda tidak menketogerikan anda sebagai pekerja yang boleh diharap. Bagaimana mungkin anda menyelesaikan masalah dengan baik dalam pekerjaan harian anda, sedangkan masalah diri anda sendiri tidak pernah selesai. Fikir-fikirkan, kebanyakan masalah yang datang dalam kehidupan kita adalah ciptaan kita sendiri dan kita sendirilah yang bertanggungjawab menyelesaikannya. Kita mulakan dan kita jugalah yang sepatutnya sudahkan. Ini juga mungkin menjadi penyebab mengapa kita lama berkhidmat dengan syarikat tempat kita bekerja, namun kita kekal disitu. "Hidup tanpa masalah, ibarat kehidupan yang telah mati, hidup memerlukan masalah untuk membuat kehidupan kita menjadi bermakna serta bererti". Namun kehidupan seseorang yang mempunyai masalah terlampau banyak serta berlebih-lebihan, mungkin mengundang padah pada diri. Sebab itu kita lihat banyak orang terjebak dengan perkara yang salah kerana mereka tidak dapat menyelesaikan masalah mereka dan sangat malang pula, jika terlibat dengan gejala yang negetif seperti terjebak dengan pengambilan dadah dan sebagainya, yang kononnya dapat menyelesaikan masalah seketika, padahal masalah tidak selesai dan menjejaskan kesihatan diri pula. Pelbagai jenis penyakit juga mudah hinggap kepada golongan sebegini. Bagi yang menghadapinya, berusahalah untuk pulih dan keluar dari kemelut itu, rujuklah pada yang pakar jika perlu. Jangan malu untuk bertanya dan berusaha jika anda ingin berubah, kerana tiap masalah ada penyelesaiannya, apa yang penting berusaha dengan bersungguh-sungguh, jangan hangat-hangat tahi ayam. Bagi yang tidak terlibat dengan permasalahan sebegini syukur alhamdullilah dan berusahalah untuk terus maju dan berjaya dengan keinginan yang positif. Keinginan yang positif membawa kepada kejayaan dan kesejahteraan, dan manakala keinginan yang negatif membawa mudarat serta padah kepada yang gagal mengawalnya.

 "HIDUP TANPA MASALAH, IBARAT KEHIDUPAN YANG TELAH MATI, HIDUP MEMERLUKAN MASALAH UNTUK MEMBUAT KEHIDUPAN KITA MENJADI BERMAKNA SERTA BERERTI"

 Moga-moga nukilan pada kali ini sedikit sebanyak dapat memberi sedikit maklumat serta inspirasi kepada yang dapat merasakannya. Diri ini memohon ampun dan maaf kerana tidak berniat untuk meyakiti sesiapa, nukilan ini hanya sekadar berkongsi rasa hati, serta berkongsi pengalaman hasil daripada banyak pergaulan dan pengalaman  dalam perjalanan hidup ini.
Sekian untuk kali ini. Wassalam..........

Selasa, 24 Januari 2012

Cantiknya dia...

Lumrah manusia suka melihat keindahan ciptaan Allah SWT..Begitu juga dgn saya...tidak pernah lari dari melihatnya...
Bersyukur kerana dikurniakan dgn sifat dan fizikal yang sempurna sejak kali pertama saya melihat dunia...
Terima kasih kepada kedua ibubapa saya yg menjaga dan memberikan kehidupan yg baik dan sempurna sehinggalah saya menjadi menjadi isteri kepada suami saya dan menjadi ibu kepada anak2 saya..
Merungkai persoalan CANTIK ini..terlalu meluas..Tetapi ingin saya kongsikan sedikit pengalaman bersama2 dgn insan2 CANTIK ini...

With my lovely mum @ Pangkor


Beliau adalah ibu saya..Pn.Taksiah Bt Hitam berumur 65 tahun dan alhamdulillah masih sihat sehingga kini..Beliau begitu CANTIK dimata dan dihati saya...Insan yg benar2 memberikan saya seribu pengertian hidup..mengenali hidup..dan bagaimana beliau mewarnai dunia saya...Kasih seorang ibu mmg tidak boleh ditukar beli dgn wang ringgit..Walaupun berjuta sekalipun diletakkan dihadapannya jika sedikit masapun tiada utk berikan perhatian pdnya..hilang nilai jutaan tersebut..percayalah seorang ibu mmg mahu melihat kejayaan anak2nya..tetapi jgn sekali abaikan mereka..luangkanlah dan bahagikan sedikit masa serta berikanlah perhatian sewajarnya..
Kenanglah jasa beliau mengandungkan 9 bulan 10 hari..mengalami muntah dan pening,mengusung perut ke sana ke mari..kemudian bertaruh nyawa utk melihat kita berada di dunia ini..
I LUV u..mak..!!
Inilah CANTIKnya mak saya dimata saya..Erti kasih sayang yang tidak berbelah bahagi...

Dr Irma dan saya hujung tahun 2010

Insan kedua yg amat saya kagumi keCANTIKannya..
Lihat saja rupanya beliau sudahpun berusia 52 tahun dan beliau adalah majikan saya dulu Dr Hjh Irma Yulianti..Namanya sahaja sudah menunjukkan betapa cantiknya wanita ini...
13 tahun saya bekerja dgnnya..apa yg cukup saya kenali ttg wanita ini beliau sungguh lemah lembut dari segi percakapannya malah tangkas dlm pekerjaannya..Saya kagumi wanita ini yg mulutnya tidak pernah berhenti berzikir dan membaca Al-Quran setiap kali ada kelapangan.Wajahnya saja sudah cukup menenangkan jiwa saya...tatkala saya dirundung masalah beliaulah tmpt mengadu..beliau sudah saya anggap sebagai ibu saya sendiri...Tunjuk ajar dan segala nasihat dan teladan yg diberi masih saya simpan sehingga kini..malahan byk saya meniru caranya..Yg membawa kebaikan tiada salah saya amalkan..


My Wedding 2003
Insan ketiga tentula diri saya sendiri..
Tentula kita perlu hargai diri sendiri....betul tak?!
Sesungguhnya saya hargai setiap inci anggota badan saya.Terima kasih Allah kerana mengurniakan badan yang sihat dgn anggota yg cukup sifatnya.Walaupun tidak secantik artis kesayangan saya Erra Fazira(hik).. tetapi saya masih juga mahu memelihara kecantikan dari hujung rambut hingga hujung kaki...
Utk siapa..tentu sekali utk suami yg tercinta..
Usia sudahpun melangkah ke 33...masih muda..(iyer)
Jgn bataskan usia utk kelihatan cantik dan menarik..
Ada juga beberapa kenalan yg menegur bagaimana saya mengekalkan tubuh badan yg sihat dan FIT..caranya mudah hanya amalkan SET WANITA ANGGUN...Bukannya mahal mana...
Keluar modal sedikit utk kelihatan cantik dan menerima pujian dari suami..bukankah itu satu bonus berganda utk anda...
Tanyala suami mana2 sekalipun...mana yg tidak mahu isteri2 mereka kelihatan cantik dan bergaya..Soal gemuk,kurus atau gebu atau apa..bukan penghalang utk kita kelihatan cantik...
Hakikatnya ramai yg terlupa...utk kelihatan cantik mudah...cantikkan yg didalam dulu..
Jika dulu suka simpan dendam,marah,iri hati dan sebagainya penyakit hati..mulai hari ini elakkan dan cuba bersihkan..Insyallah..hati yg baik dan suci pasti terpancar keserian wajah yg asli...
SET WANITA ANGGUN pula adalah alternatif lain utk anda tampak lebih berseri dan anggun serta sihat secara semulajadi...


Apakata anda cuba hari ini...
Dapatkan bentuk badan yg tidak mengeleber dan tegang...
Anda hanya minum dan telan...dan amalkan secara teratur dan berdisplin...Insyallah hasilnya pasti TERBAIKKK...

Jumaat, 20 Januari 2012

Happy sgt..

Semalam saya menerima panggilan yang tidak disangka2...
Saya diterima utk menjalani kursus jangka pendek di GIAT MARA..Happy sgt2...syukur alhamdulillah..
Saya suka memasak..lebih2 lagi membuat kek dan biskut..Dessert dan mcm2 lagi..Kursus yg sy dapat pun adalah Kursus Bakery dan Confectionary..bestnya...xsabar menanti tarikh keramat tue...dlm bulan Feb atau Mac nanti..(hik)
Apapun lambat atau cepat segala2nya adalah ketentuan dari Allah SWT...
terima kasih kerana memperkenankan doa hambamu ini...
mmg niat saya dari dulu lagi hendak menambah ilmu ini..alhamdulillah akhirnya termakbul..
Bisnes DCL tetap saya jalankan...ini adalah satu bidang baru utk saya ceburi..Tidak salah menceburinya bukan..? Bukankah ilmu itu bersifat UNIVERSAL...jd cari dan dapatkan selagi ada kudrat...
 

Rabu, 18 Januari 2012

Tanpamu...NuCELL

Pertemuan NuCell beberapa bulan yg lalu bersama SET WANITA ANGGUN benar2 merubah diri saya..Bukan saja luaran malahan dalaman...
Dahulu SET WANITA ANGGUN terdiri daripada NUAGE,BIDADARI dan Q-SHE... dan kini penambaikkan kepada NUAGE dimana sekarang produk ini telah menjadi kegilaan wanita diseluruh dunia..dan ia dinamakan NUCELL...
Pendapat saya sendiri setelah menggunakan NUCELL bersama produk set anggun yg lain..ia lebih mempercepatkan tindakbalas yg saya inginkan... 
Jadi apa kata anda JOM NUCELL hari ini bersama2 SET WANITA ANGGUN...

Kelebihan NUCELL yang amat bagus utk mengesan penyakit dan merawatnya secara perlahan2.Jangan risau atau takut dgn HEALING CRISIS kerana selepas semua itu berakhir badan anda akan rasa lebih FIT dan ringan..




Call atau sms utk dapatkan produk hebat ini...
Pn. Ina B'Bidadari 012-3171593

Selasa, 17 Januari 2012

Bisnes tanpa sempadan usia

Best majlis ilmu di Wisma DCL semalam..
Pertemuan yang tua dan muda..Yang lama dan yang baru...
Seronoknya saya kerana semalam saya dapat ilmu tentang produk, perkongsian rahsia kejayaan dan sedikit motivasi..
Dan yg paling saya suka bila 2 testimoni yg dipanggil semalam..


Pertama, saya tak ingat namanya..beliau berusia 57 tahun masih tegap berdiri menyampaikan pengalaman beliau menggunakan produk NIGELLA dan DIABEHERBS...(beliau gunakan NIGELLA utk menyembuhkan luka terkena pasu dan DIABEHERBS utk kencing manis dan darah tinggi.selepas penggunaan badan rasa lebih ringan) Suka dgn cara percakapannya yg teratur dan tersusun..umpama sedang menyampaikan satu syarahan...maklum bekas seorang cikgu yg kini menjalankan bisnes DCL 100%...paling teringat kata2 beliau.."tak sayang keluar wang untuk kesihatan  " 
Begitu juga dgn isterinya...kebetulan saya duduk bersebelahan dgn isteri beliau sempat kami capture gambar..

Banyak betul ilmu yg saya dapat.Paling saya bangga adalah dari CD Rosman.Seorang pekerja kilang yg hanya berpendapatan RM 1600 sbln kini sudah mendapat pangkat kelima tertinggi DCL dgn income 10k sebulan...Segala2nya bermula dari diri sendiri.Mahu ubah cara kehidupan keluarga dan nekad meneruskan perniagaan ini secara FULL TIME.Hakikatnya tiada yg mustahil utk mencipta kejayaan.Perlu percaya pada diri dan tingkatkan kepercayaan dgn nilai yg tinggi.Inilah peluang yg beliau GRAB dan tidak bertangguh.Kejayaan telah tercipta...


Kemudian perkongsian kejayaan CA Khatimah berusia 47 tahun dgn 8 orang cahayamata.Seorang surirumah sepenuh masa..
Wow!! hebatkan pendapatannya sebulan mengalahkan CEO syarikat..30 k sbln...Hebat!!!
Insan hebat ni mentor terbaik utk saya.Banyak tips2 yg dikongsikan malam tadi.Beliau masih surirumah yg menguruskan anak2, memasak dan masih membuat kerja2 rumah...Bagaimana beliau lakukan...Caranya mudah...Gunakan modal 5m..apa tue modal 5m..
  • Mengguna
  • Menjual ( kongsi cerita)
  • Menaja
  • Membimbing
  • Memberi service

Katanya lagi tidak terlewat utk mencipta kejayaan.Kerana usia bukan penghalang utk capai impian.Lihatla usianya berbanding usia saya...Mengapa dan kenapa harus saya tunggu lagi..Satu cabaran bagi saya...Saya mahu cipta kejayaan sebelum usia 35 tahun...atau ketika itu...Saya mahu buktikan...Bukan hanya usia emas boleh berjaya malahan usia yg muda muda ini la perintis paling baik dan bagus utk dibangkitkan...
Anda..ya..anda diluar sana...tidak mahukah anda memperolehi kesihatan yang baik, poket lebih tebal.Dalam bisnes ini kita punyai GURU GURU yang boleh di minta nasihat dan tunjuk ajar...Kerana kami adala bisnes KASIH SAYANG..nilai SILATURRAHIM kami amat KUAT..
Join me and be in the right company...We will succeed together...
Booked appointment hari ini juga...
 

Isnin, 16 Januari 2012

Sihat dan Ceria

Alhamdulillah masih lagi dikurniakan kesihatan yg baik utk menulis entry baru...Bersyukur kehadrat ilahi kerana masih bernyawa hari ini..
Sabtu lalu...kami sekeluarga menghabiskan masa di Taman Alam Megah..taman rekreasi yg hanya 5 minit dari kediaman kami..
Sekali sekala meluangkan masa bersama2 keluarga tersayang mmg amat menyeronokkan...
Gembira melihat telatah anak2...
Kami sempat juga bermain badminton...betul2 terbakar kalori saya hari tue..(hik)
seronokla mama...

no make up masa ni...nak joging kan..

tgkla tue...bebas...

mama...adik tak pakai kasut ni...


 keletihan Piya dan Shasha lepas joging 2 pusingan..
hilangkan dahaga dgn air Oxypi...

Goyang jgn tak goyang...
Keesokkan ptgnya kami kesini lagi...tak puas kata Shasha.Seronok kalau selalu mcm ni...Jd petang sabtu dan ahad kami sekeluarga habiskan masa beriadah...
Selepas episod kami sekeluarga demam hujung tahun lalu berakhir..
Alhamdulillah..skrg dah bertambah sihat kami sekeluarga.Sebenarnya Allah berikan penyakit itu supaya kita lebih berjaga2 dgn keadaan kesihatan kita..Jangan ambil mudah...
Mujur ada produk2 DCL..Produk DCL mmg terbaik dan sudah menjadi amalan saya sekeluarga.Bagi saya duit boleh dicari tetapi utk kekalkan kesihatan agar dapat luangkan masa sebegini sukar dicari...




Ahad, 15 Januari 2012

Berdikari

My happy family...Aidilfitri 2009

Teringat saya ketika usia 15 tahun..
Ketika sedang menunggu keputusan PMR saya tidak betah utk diam di rumah..Saya dan kawan baik saya ketika itu Anna..kami sama2 keluar mencari kerja..dan akhirnya rezeki berpihak kpd kami dan bekerja sbgai pembantu kedai di Bintang Superstore di Seksyen 18,Shah Alam.
Sebulan je kami bekerja disitu dgn perolehan gaji sebanyak RM 500.Wow! itupun dah kira banyak bg kami...Mmg seronok bekerja ni..dan tenaga kami dikerah dari jam 10 pg hingga 10mlm..
Apalagi ketika itu masih remaja..tentu sekali rasa seronok dpt beli brg2 kegemaran.Tetapi saya tak lupa utk berikan mak RM100 ketika itu..Saya juga belanja makan KFC kpd adik beradik...
Indahnya kenangan masa tue...
Bermulala alam persekolahan..tika itu saya di tingkatan 4.Pd mulanya memilih jurusan SASTERA..tapi xtahan..xsampai 2 bln saya tukar kepada EKONOMI...Siangnya saya bersekolah sperti biasa.Diwaktu malam pula saya bekerja di gerai kawan di Seksyen 24, Shah Alam.Kerja2 saya mengambil order,menghantar makanan dan sekali sekala mencuci pinggan mangkuk.Bayaran gaji saya bergantung berapa ramai pelanggan yg datang mlm tue..adakala saya terima RM 5..sekali sekala RM 10...
Dengan duit gaji itulah saya buat belanja ke sekolah atau membeli buku2 rujukan yg saya perlukan...
Alhamdulillah, ibu bapa saya tidak pernah menghalang saya mencari rezeki asalkan pelajaran dan sekolah tidak saya tgglkan...
Begitulah saya ketika berusia belasan...sedari bukan dtg dari keluarga yg senang...
Dan kini...setelah berumahtangga dan memiliki ank2 yg comel.Saya masih lagi tidak betah utk duduk diam menunggu segala2nya dtg bergolek...Mungkin saya dah diterap dgn nilai berdikari itu..Saya suka cari duit sendiri...
Saat suami menyuruh saya berhenti kerja...saya rasa mmg berbelah bahagi.Terasa sayang meninggalkan kerja selama 13 tahun...Suami kata dia sudah mampu menanggung segala2nya..Saya turutkan saja..
Tapi saya mmg seorang yg DEGIL...
Saya tidak boleh kalau tak buat sesuatu yg boleh mendatangkan hasil atau senang cerita tak boleh duduk diam2 tunggu jer suami bg duit.Itu bukan saya...
Saya nak juga duit dari hasil titik peluh saya sendiri.Saya terus berjumpa dgn perniagaan ini.Tentangan mmg hebat...
Tapi saya akur...dalam meniti kejayaan perlu banyak pergorbanan yg saya perlu tempoh..dan alhamdulillah tidak sia2 saya lakukan pergorbanan demi pergorbanan kerana segala2 nya mula dibayar satu persatu..
Perlu percaya bahawa rezeki Allah itu terlalu besar dan terlalu banyak.Tidak terhitung...Yg paling penting selagi ada usaha, doa dan tawakkal.Pasti apa saja yg anda lakukan akan membuahkan hasil...
Percayalah...


Sabtu, 14 Januari 2012

Opps! I did it again...

Teringat lagu nyanyian Britney Spears...Opps ! I did it again...

Bukan nak cerita pasal lagu..
Tapi tajuk lagu tue sendiri..mmg sesuai dgn apa yg ingin saya coretkan hari ini..Saya semakin bersemangat utk meneruskan lagi perniagaan ini.. 

I'm so proud ...

Semalam, syarikat DCL mengungguli sekali lagi anugerah BEST BRANDS,dari SME Brand iaitu Best Brand Network Marketing Asia Pacific untuk 3 tahun berturut2...(2009,2010 dan 2011)
Wahh..mmg hebat...!!!
Tidak salah saya berada disyarikat ini...
Sudah terbukti kewibawaan seorang anak MELAYU dalam menjayakan sebuah syarikat yg HEBAT..
Itulah sebab2 yg paling ketara kenapa saya suka dan sayang akan bisnes ini...
Bukan sahaja produk2 yg berkualiti dan mempunyai REPEAT SALES tinggi..malahan perolehan pendapatannya juga amat memuaskan...

MODAL RM 2K...ini barang2 nya..KOPI out of stock..KIV

Justeru itu..saya tidak teragak2 utk mengeluarkan modal sedikit demi sedikit utk bisnes ini..Sebab saya nampak kelebihannya yg tidak mungkin akan saya perolehi dari mana2 bisnes lain...
Hanya bermodalkan RM 2k..anda sudah boleh mulakan perniagaan anda sendiri...Malahan anda diberi pilihan lagi utk mulakan dgn modal paling kompetitif iaitu RM 1658 ,RM 688 dan RM 762..
Anda dapat produk yg GERENTI boleh JUAL..
Sedikit pengetahuan dan pengalaman menggunakan PRODUK sudah cukup MODAL anda utk menjualnya...
Caranya anda hanya berkongsi apa yg anda rasa...itu sahaja!!..
Gunakan anugerah Allah paling hebat iaitu mulut utk kongsikan kebaikan kepada semua...

Jika anda mahu mulakan bisnes bersama saya..Ingin berada didalam team yg betul..Ingin berjaya...Ingin jadi KAYA...Just follow me..I'll guide u all the way...
Booked appointment hari ini...call me or sms jer...

"Jgn bazirkan wang anda mengalir tanpa tujuan..mulai hari ini gandakan wang anda dgn cara yg betul...mudah2an anda perolehi manfaat darinya..."



Rabu, 11 Januari 2012

10/01/2012

Ada apa dengan tarikh ni...
Hari ini adalah hari yg betul2 FULL...
Seawal pagi saya dah keluar rumah utk menghantar SHASHA dan SAFFIYA ke sekolah.Manakala si kecil SARAH juga senang bangun dan mahu terus mandi setelah melihat2 kakak2nya bersiap2..
Selesai menghantar SARAH ke rumah pengasuh..
Shasha

Saffiya hari pertama..baju tak dpt lg masa ni...huhu

Jam 9 pagi saya bergegas ke Plaza Alam Sentral atas urusan syarikat suami...Hati mula risau...
Sebab SAFFIYA keluar tadika jam 11.30..
Akhirnya urusan selesai betul2 jam 11.00
Saya terus bergegas ke Tadika dan sampai jam 11.45...alhamdulillah..
Semasa perjalanan utk mengambil SHASHA pula saya menerima panggilan dari sahabat lama tempat kerja dulu...
Mengajak berjumpa...
Terus saya bersetuju...
Selesai mengambil SHASHA jam 1.00 tengahari saya pulang ke rumah dahulu.Memberinya makan...nasi bungkus jer...kemudian jam 2.00 ptg saya menghantarnya utk ke sekolah agama..
Mujur sekolah2nya berdekatan dgn kawasan rumah..
Kemudian saya terus meluru ke Tesco, Shah Alam..
Tempat perjumpaan...yahoo..tak sabar rasanya...(hik)
masa kerja klinik dulu-dulu...

First word yg keluar dari mulut mereka berdua...
" Kak Ina dah kecikk...dah slim laa..."
Dalam hati sukanya..berhasil!!!
Dalam masa 6 bulan saya mengamalkan SET WANITA ANGGUN yg terdiri daripada BIDADARI,Q-SHE dan NUCELL..
Akhirnya...mmg ini kata2 pujian yg ingin saya dengar..Memberikan saya motivasi yg tinggi utk terus kekal sihat dan cantik dgn produk-produk hebat DCL...

Seronok berbual2..masa tidak mengizinkan utk lebih lama...
Sempat saya promo SET ANGGUN pada salah seorang kawan saya yg sudah berkahwin iaitu Lia..Katanya dia mmg berniat sgt nak kecikkan badan yg dah terlampau kembang...
Dia sudah mencuba bermacam2 produk termasuk pemakaian baju dalam atau corset..tetapi tidak berhasil...Katanya yg paling tak tahan masa pakai corset..rasa lemas sgt...
Lia seorang jururawat..pastila kerjanya memerlukan dia banyak bergerak dan mengeluarkan banyak tenaga..Jadi itulah luahan pendapatnya...
At last dia kata...insyallah dia akan cuba SET ni..alhamdulillah sampai niat saya untuk kongsikan manfaat kebaikan produk utk melihat kaum sejenis saya lebih cantik dan sihat...
Jam 4.30 ptg saya mengundurkan diri...huhuh
Sedih jugak...tapi gembira lepas rindu...(hik)
Saya bergegas ke Puchong..kembali ke ofis suami kerana ada urusan yg perlu diselesaikan...
Siap sudah urusan..jam 5.45 saya bergegas untuk mengambil Shasha pulang dari sekolah agama..
kemudian mengambil Sarah dirumah pengasuhnya...
Setibanya dirumah...saya sempat rehat dlm setengah jam...sempat lg membasuh kain...kemudian mandi...bersiap2 pulak utk MAJLIS ILMU...di mana lagi tentulah di Wisma DCL...
Dan sampai ke rumah hampir jam 12.30 tgh malam...

Alhamdulillah..saya lalui hari yg padat dgn tenang dan bertenaga..
Terima kasih kepada produk2 hebat ini...dan tentu sekali terima kasih yg paling istimewa buat suami yg begitu memahami...
Our wedding 3 October 2003..



Ahad, 8 Januari 2012

Cerita BIDADARI


Bila bercerita soal BIDADARI...
Mesti mind kita terus membayangkan seorang wanita yang cantik sgt2...tapi hari ini saya bukan nak cerita mengenai wanita cantik...(hik)
BIDADARI yg ingin saya ceritakan hari ini adalah PRODUK paling hangat keluaran syarikat DCL ini...

Tanyala mengenai BIDADARI..rata2 wanita mengenalinya...tapi pernahkah kita tahu dari mana asalnya...kita tidak pernah ambil tahu dari mana wujudnya BIDADARI itu sendiri...malahan kita tidak tahu bahawa BIDADARI ini adalah keluaran syarikat 100% bumiputera..yg kita tahu kelebihan yg terdapat dlm sebotol BIDADARI itu...

Tahukah anda BIDADARI sudah berada selama 15 tahun dlm pasaran...15 tahun bukanlah satu tempoh yg singkat...Mana mungkin anda akan temui produk lain dari keluaran syarikat bumiputera lain yang masih bertahan hingga ke hari ini..Sudahlah bertahan...mempunyai jualan ulangan paling tinggi...Jadi ini salah satu sebab saya memilih BISNES bersama DCL...dan tentu sekali saya berada di dalam team yg hebat TEAM CANTEK...

Kelebihan BIDADARI...anda amalkan sehingga bertahun2 lamanya..Produk ini mmg tiada kesan sampingan..
Ia dihasilkan dari MANJAKANI, KURMA, SERAI, KACIP PATIMAH, SIREH, JARUM EMAS, AKAR SERAPAT, SARI BUNGA dan lain2 herba terpilih.
Mekanisme BIDADARI, BINA DARI DALAM DIRI wanita untuk faedah wanita (isteri) dan suami.BIDADARI kaya dengan PROTEIN,SERAT,KARBOHIDRAT dan vitamin A, B, C dan E sangat baik untuk membina kesihatan terutamanya membina sistem RAHIM, meningkatkan seri wajah dan menjadi pemangkin kenikmatan perhubungan kelamin (suami dan isteri)..


Kini..PEK PERCUBAAN Bidadari telahpun berada dipasaran.Didatangkan dlm botol yg mudah di bawa kemana-mana.
Cuba hari ini..Hanya RM 75.00 mengandungi 5 botol x 75ml..
PENGHANTARAN PERCUMA utk pek percubaan ini..
Cepat!!!..dapatkan hari ini juga...






Mama makin cantik..

Masa bersiap2 utk keluar sabtu lalu...
Shasha dtg dan menegur...
"mama ni cantiklaa..."

Kanak2 mmg tak pandai menipu.Segala perkataan yg keluar dari mulutnya ada luahan dari perasaan yg JUJUR dan IKHLAS..
Bersyukur saya dgn kurniaanNYA...
Anugerah yg tidak ternilai..yg tidak mampu dibayar dgn wang ringgit..
Namun sebagai hambaNya kita perlu bijak menghargai setiap inci tubuh badan kita...Bagaimana?
Dgn menjaga dan berikan pemakanan yg baik2..agar kita sihat dan mudah utk beribadah kpdNya.
dengan SET WANITA ANGGUN..

Caranya mudah..hanya amalkan SET WANITA ANGGUN bersama2 dgn Nucell..Anda pasti tampil berbeza..
Bukan ingin merubah diri anda 100% dari tak cantik jadi cantik...tetapi lebih untuk mengekalkan kesihatan dan kecantikan agar anda lebih YAKIN dlm meniti usia anda...


Cuba 1 SET hari ini....
Anda hanya amal dan rasai perubahannya hari demi hari...