Setiap ubat2 yg anda makan pasti akan meninggalkan kesan sampingan jangka panjang..Kini,telah dipermudahkan dgn ubatan HOMEOPATHY yg ternyata lebih selamat dari 100% syarikat bumiputera ISLAM ini.Tidak perlu ragu akan HALAL dan HARAM..
Pengenalan.
Ramai yang menyangka sakit sendi adalah gout dan gout adalah sakit sendi. Ini adalah tidak betul.
Sakit sendi juga dipanggil arthritis (at-trai-tis). Ada banyak jenis sakit sendi atau arthritis. Antaranya:
- Osteoarhritis (os-tio-at-trai-tis)
- Rheumatoid arthritis (riu-matoid at-trai-tis)
- Gout (Gouty arthritis) dan lain-lain.
Ia adalah satu penyakit disebabkan oleh kandungan uric acid (=yurik asid) yang tinggi dalam tisu dan saluran darah.
Orang yang mempunyai gout samada
- menghasilkan uric acid terlalu banyak, atau
- tubuh mereka mempunyai masalah dalam mengeluarkan uric acid dari badan melalui buah pinggang atau ginjal.
Uric acid terjadi secara semulajadi dalam tubuh kita. Ia terhasil dari Purine.
Fungsi uric acid dalam tubuh ialah ia bertindak sebagai antioksidan yang kuat. Pada manusia, lebih separuh kapasiti antioksidan plasma darah adalah dari uric acid.
Oleh kerana ia adalah antioksidan maka ia juga ada kebaikannya iaitu mencegah kerosakkan sel-sel dalam tubuh kita.
Apa itu Purine?
Ini adalah bahan yang biasanya ditemui di hampir semua jenis sel-sel hidupan.
Dalam setiap sel dalam tubuh dan sel darah merah terdapat Purine. Purines dihasilkan secara semulajadi oleh badan.
Ia juga terdapat dalam makanan yang kita makan.
Purines terdapat dalam kepekatan yang tinggi dalam daging dan produk daging, terutama organ-organ dalaman seperti hati, limpa dan buah pinggang. Diet berasaskan tumbuhan secara amnya rendah purines.
Contoh lain sumber-sumber purina tinggi adalah seperti sweetbreads, ikan bilis, sardin, hati, buah pinggang lembu, otak, ekstrak daging (contohnya Bovril), herring, mackerel, scallop dan bir (dari ragi).
Jumlah sederhana purina juga terkandung dalam daging lembu, daging babi, ayam, ikan dan makanan laut, asparagus, bunga kubis, bayam, cendawan, kacang hijau, lentil, kacang kering, kacang, oat dan bran gandum.
Fungsi Purine adalah berkaitan dengan metabolisma dan pembiakan sel-sel.
Masalah dengan purines akan berlaku apabila ia dipecahkan oleh badan dan kemudian ditukar kepada uric acid dalam jumlah yang tinggi.
Jadi,
Setiap hari, 70% uric acid dalam badan dilupuskan oleh ginjal atau buah pinggang. Oleh itu sekiranya buah pinggang mengalami sedikit kerosakkan, sudah cukup untuk memnjejaskan perkumuhan uric acid. Akibatnya uric acid akan berada dalam dalam darah dengan jumlah yang tinggi. Oleh itu Gout boleh terjadi.
Lelaki, terutamanya mereka yang berumur antara 40 dan 50, lebih cenderung untuk mendapat gout berbanding dengan wanita. Sebelum menopaus, wanita jarang mengalami gout.
Ianya jarang berlaku pada kanak-kanak dan remaja.
Orang yang telah mendapat pemindahan organ adalah lebih mudah untuk gout.
Ada 4 Peringkat Gout.
- Tanpa tanda-tanda(Asimptomatik). Di peringkat ini, seseorang itu telah mengalami kandungan uric acid yang tinggi dalam darah (hyperuricemia), tetapi tiada tanda-tanda gout. Peringkat ini biasanya rawatan tidak diperlukan.
- Gout akut (Acute Gout). Pada peringkat ini uric acid telah berkupul di dalam sendi-sendi. Keadaan ini akan menyebabkan kesakitan yang amat sangat bersertakan bengkak sendi. Sendi terasa panas. Serangan akut ini biasanya berlaku pada waktu malam dan boleh dicetuskan oleh tekanan emosi, alkohol atau dadah, atau penyakit-penyakit lain. Serangan ini biasanya akan berkurangan dalam masa 3 hingga 10 hari, walaupun tanpa rawatan, dan serangan seterusnya tidak akan berlaku selama beberapa bulan atau beberapa tahun. Lama-kelamaan serangan gout boleh bertahan lebih lama dari sebelumnya dan lebih kerap berlaku.
- Antara Serangan Gout (intercritical gout). Ini adalah tempoh antara serangan akut. Pada peringkat ini, seseorang itu tidak mempunyai sebarang gejala.
- Gout kronik (tophaceous gout). Ini adalah peringkat gout yang paling tidak menyenangkan. Ia selalunya berlaku dalam tempoh yang lama, seperti 10 tahun. Di peringkat ini, penyakit ini boleh menyebabkan kerosakan yang kekal pada sendi dan kadang-kadang kepada buah pinggang. Tophi akan terbentuk dalam tisu dan kulit. Batu karang terbentuk dalam buah pinggang. Dengan rawatan yang betul, peringkat gout ini dapat dielakkan.
- Sakit sendi dengan tiba-tiba terutama sewaktu malam.
- Sakit sendi yang ada kaitan dengan memakan makanan yang tinggi purine (seperti di atas).
- Sakit terutamanya di ibu jari kaki. Sendi lain pun boleh terlibat juga.
- Sakitnya bagai dihiris pisau dan mencucuk.
- Sakitnya membuatkan terasa demam dan rasa tidak sihat badan.
- Bergerak sedikit atau tersentuh pun terasa sakitnya.
- Bengkaknya panas dan kemerahan.
- Sakitnya boleh hilang dengan sendiri tanpa rawatan biasanya selepas 7 hingga 14 hari. Sebelum serangan semula selepas beberapa hari atau beberapa bulan.
Matlamat rawatan:
- Untuk melegakan kesakitan semasa serangan akut (acute).
- Untuk menghalang serangan masa depan.
- Untuk mengelakkan pembentukan tophi dan batu karang dalam buah pinggang.
Rawatan yang berjaya, dapat mengurangkan ketidakselesaan yang disebabkan oleh simptom gout, serta untuk mengelakkan dari kerosakan jangka panjang kepada sendi yang terlibat. Rawatan akan membantu untuk mencegah kecacatan disebabkan gout.
Rawatan yang paling biasa untuk serangan akut gout:
- Anti Radang Tak Bersteriod (NSAID). Ia adalah ubat untuk menahan atau menghilangkan sakit dan diambil secara oral (melalui mulut). Ini seperti Voltaren, Ponstan dll. NSAID mengurangkan keradangan dan kesakitan yang disebabkan oleh deposit kristal asid urik dalam sendi, tetapi tidak mempunyai kesan ke atas jumlah asid urik dalam badan.
- Kortikosteroid. Ia diambil secara oral (melalui mulut) atau disuntik ke dalam sendi yang terlibat. Kortikosteroid hormon adalah anti-radang yang kuat. Kortikosteroid yang paling biasa diberikan adalah prednisone. Pesakit sering mula bertambah baik dalam tempoh beberapa jam selepas rawatan dengan kortikosteroid, dan serangan biasanya hilang sepenuhnya dalam masa seminggu.
- Colchicine. Apabila NSAID atau kortikosteroid tidak dapat mengawal gejala tersebut, doktor boleh mempertimbangkan untuk menggunakan colchicine. Ubat ini sangat berkesan berkesan apabila diambil dalam tempoh 12 jam pertama serangan akut.
- Allopurinol. Doktor juga boleh mempertimbangkan ubat mengurangkan kekerapan serangan gout secara tiba-tiba dan pembetukan tophi.
Gout vs Osteoarthritis
Gout | Osteoarthritis | |||
---|---|---|---|---|
Masa berlaku: | Tiba-tiba | Perlahan-lahan, bertahun-tahun | ||
Simptom pada sendi: | Sendi panas,merah,bengkak dan sangat sakit | Tendi sakit dan biasanya tiada bengkak | ||
Kekejangan sendi waktu pagi | Tiada | Sendi jadi kaku waktu pagi kurang 1 jam. Mungkin kejang semula di waktu senja atau malam. | ||
Gejala-gejala lain yang berkaitan: | Rasa kesejukan dan sedikit demam, rasa sakit badan keseluruhan. | Tiada | ||
Simptom berkaitan: | Tophi mungkin terjadi. Lihat gambarajah di atas. | Tiada | ||
Umur: | Biasanya umur 35 ke atas terutama di kalangan lelaki dan perempuan yang telah putus haid. | Usia tua | ||
Sendi yang terlibat: | Sendi ibu jari kaki sangat biasa terlibat. Lain-lain sendi ialah tumit, sendi kaki, lutut, pergelangan tangan, siku dan jari tangan. | |||
Corak sendi yang terlibat: | Simptom biasanya bermula disebelah badan yang kemudiannya ke sebalah yang lain. Ia berlaku perlahan- | |||
Kesakitan: | Kurang sakit berbanding Gout | |||
Penyebab: | Uric acid berlebihan | Proses guna dan haus yang normal | ||
Jantina: | Kejadian sama rata antara perempuan dan lelaki | |||
Diagnosis: | Melalui x-ray | |||
Rawatan: | Ubat menahan dan menghilangkan sakit (NSAID) |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan