Isnin, 30 Januari 2012

Nothing possible!!

Duit atau modal wang bukanlah kunci utama kejayaan sesuatu perniagaan; sekiranya anda mempunyai wang tetapi tidak ada kemahiran, duit anda akan habis. Jika anda mempunyai wang tetapi tidak ada cita-cita, ke mana anda nak pergi? Jika anda mempunyai wang, tetapi tidak ada ilmu, wang itu pasti akan lesap. Jika anda ada wang, tetapi tidak ada keberanian, anda akan hanya ada apa yang anda ada.

Sekiranya anda mencari orang yang berpotensi berjaya, selalunya mereka adalah orang tidak ada wang atau hanya ada sedikit wang, tetapi mereka mempunyai kemahuan yang tinggi, keinginan yang luar biasa, sanggup berusaha atau bekerja untuk membina kejayaan dan suka atau ingin mempunyai banyak wang pada masa akan datang. Mereka ini saya suka. Mereka hanya perlukan sedikit wang dan berikan mereka ilmu bagaimana untuk membuat duit dan mereka akan berada di atas landasan yang betul untuk membina kekayaan & kejayaan.

Jangan jadikan masalah kewangan sebagai penyebab atau penghalang untuk kita merubah hidup kerana yang kita perlukan adalah kuasa bertindak, sedikit wang atau pinjam wang serta ilmu.

Saya pernah bergadai untuk mendapatkan ilmu. Saya asalnya tidak ada duit, tetapi ada kuasa tindakan, ada keinginan. Saya jual utk beli. Saya jual brg2 kesayangan saya utk "beli" ilmu, untuk "beli" kejayaan saya. Hidup jangan jadikan masalah duit sebagai alasan atau penutup jalan kejayaan kita kerana ramai orang yang berjaya asalnya tidak ada duit. - Terjemahan Dr.Azizan Osman daripada tulisan Jim Rohn, lagenda pakar motivasi antara yang terbaik di dunia-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan