Selasa, 24 Januari 2012

Cantiknya dia...

Lumrah manusia suka melihat keindahan ciptaan Allah SWT..Begitu juga dgn saya...tidak pernah lari dari melihatnya...
Bersyukur kerana dikurniakan dgn sifat dan fizikal yang sempurna sejak kali pertama saya melihat dunia...
Terima kasih kepada kedua ibubapa saya yg menjaga dan memberikan kehidupan yg baik dan sempurna sehinggalah saya menjadi menjadi isteri kepada suami saya dan menjadi ibu kepada anak2 saya..
Merungkai persoalan CANTIK ini..terlalu meluas..Tetapi ingin saya kongsikan sedikit pengalaman bersama2 dgn insan2 CANTIK ini...

With my lovely mum @ Pangkor


Beliau adalah ibu saya..Pn.Taksiah Bt Hitam berumur 65 tahun dan alhamdulillah masih sihat sehingga kini..Beliau begitu CANTIK dimata dan dihati saya...Insan yg benar2 memberikan saya seribu pengertian hidup..mengenali hidup..dan bagaimana beliau mewarnai dunia saya...Kasih seorang ibu mmg tidak boleh ditukar beli dgn wang ringgit..Walaupun berjuta sekalipun diletakkan dihadapannya jika sedikit masapun tiada utk berikan perhatian pdnya..hilang nilai jutaan tersebut..percayalah seorang ibu mmg mahu melihat kejayaan anak2nya..tetapi jgn sekali abaikan mereka..luangkanlah dan bahagikan sedikit masa serta berikanlah perhatian sewajarnya..
Kenanglah jasa beliau mengandungkan 9 bulan 10 hari..mengalami muntah dan pening,mengusung perut ke sana ke mari..kemudian bertaruh nyawa utk melihat kita berada di dunia ini..
I LUV u..mak..!!
Inilah CANTIKnya mak saya dimata saya..Erti kasih sayang yang tidak berbelah bahagi...

Dr Irma dan saya hujung tahun 2010

Insan kedua yg amat saya kagumi keCANTIKannya..
Lihat saja rupanya beliau sudahpun berusia 52 tahun dan beliau adalah majikan saya dulu Dr Hjh Irma Yulianti..Namanya sahaja sudah menunjukkan betapa cantiknya wanita ini...
13 tahun saya bekerja dgnnya..apa yg cukup saya kenali ttg wanita ini beliau sungguh lemah lembut dari segi percakapannya malah tangkas dlm pekerjaannya..Saya kagumi wanita ini yg mulutnya tidak pernah berhenti berzikir dan membaca Al-Quran setiap kali ada kelapangan.Wajahnya saja sudah cukup menenangkan jiwa saya...tatkala saya dirundung masalah beliaulah tmpt mengadu..beliau sudah saya anggap sebagai ibu saya sendiri...Tunjuk ajar dan segala nasihat dan teladan yg diberi masih saya simpan sehingga kini..malahan byk saya meniru caranya..Yg membawa kebaikan tiada salah saya amalkan..


My Wedding 2003
Insan ketiga tentula diri saya sendiri..
Tentula kita perlu hargai diri sendiri....betul tak?!
Sesungguhnya saya hargai setiap inci anggota badan saya.Terima kasih Allah kerana mengurniakan badan yang sihat dgn anggota yg cukup sifatnya.Walaupun tidak secantik artis kesayangan saya Erra Fazira(hik).. tetapi saya masih juga mahu memelihara kecantikan dari hujung rambut hingga hujung kaki...
Utk siapa..tentu sekali utk suami yg tercinta..
Usia sudahpun melangkah ke 33...masih muda..(iyer)
Jgn bataskan usia utk kelihatan cantik dan menarik..
Ada juga beberapa kenalan yg menegur bagaimana saya mengekalkan tubuh badan yg sihat dan FIT..caranya mudah hanya amalkan SET WANITA ANGGUN...Bukannya mahal mana...
Keluar modal sedikit utk kelihatan cantik dan menerima pujian dari suami..bukankah itu satu bonus berganda utk anda...
Tanyala suami mana2 sekalipun...mana yg tidak mahu isteri2 mereka kelihatan cantik dan bergaya..Soal gemuk,kurus atau gebu atau apa..bukan penghalang utk kita kelihatan cantik...
Hakikatnya ramai yg terlupa...utk kelihatan cantik mudah...cantikkan yg didalam dulu..
Jika dulu suka simpan dendam,marah,iri hati dan sebagainya penyakit hati..mulai hari ini elakkan dan cuba bersihkan..Insyallah..hati yg baik dan suci pasti terpancar keserian wajah yg asli...
SET WANITA ANGGUN pula adalah alternatif lain utk anda tampak lebih berseri dan anggun serta sihat secara semulajadi...


Apakata anda cuba hari ini...
Dapatkan bentuk badan yg tidak mengeleber dan tegang...
Anda hanya minum dan telan...dan amalkan secara teratur dan berdisplin...Insyallah hasilnya pasti TERBAIKKK...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan