Isnin, 7 November 2011

Dulu lain sekarang lain..

Bila diimbas zaman ketika 8 thun lalu..byk benar dugaan yg telah saya dan suami lalui..tapi kami tidak pernah berputus asa..Alhamdulillah..masih lagi Allah berikan kami kekuatan utk menempuhinya..

Saat manis...
Saya dan suami diijabkabul pd thun 2003..ketika itu ekonomi negara agak goyah...suami bekerja disyarikat printing yg ketika itupun kejap ok kejap goyah..almaklumla pembayaran gajinya bkn on time..kemudian saya mengandungkan ank pertama...suami mmg cuba memberikan yg terbaik utk saya...bertungkus lumus beliau bekerja bagi memastikan saya dan anak dlm kandungan ketika itu cukup makan..Ketika itu suami bekerja part time pd sebelah ptgnya hingga ke malam...beliau bekerja dibengkel welding rakannya dgn bayaran sejam RM 5..Jam 12 tghmalam baru suami pulang...Begitulah hari2 yg kami lalui..sehinggala saya mahu melahirkan...sy dimasukkan ke wad bersalin dan selamat melahirkan bayi comel seberat 3.69kg iaitu Shasha Zulaikha...

Shasha Zulaikha, semasa 5 tahun
Sedang saya berehat..suamipun dtg melawat...katanya ptg nanti boleh keluar..saya hanya tersenyum...dlm hati saya tertanya mcamana dgn bil2 yg perlu dibayar nanti..sedangkan ketika itu 3 bln syarikat printingnya belum membayar gaji..hati saya gusar...
Disebelah ptgnya..suami mengambil saya pulang..saya bertanya kan bil2 tadi..katanya dah bayar...Pelik saya...mcmana?mana dpt duit?
Katanya bos syarikat tersebut membayar kesemua gaji yg tertunggak..dan terus diberhentikan kerja...
Ya..Allah dugaan betul..Allah berikan rezeki anak kpd kami..tapi diduganya kami dgn rezeki wang...
Bermula episod suami bekerja full time di bengkel kawannya...Alhamdulillah..mujur saya bekerja ketika itu...dapatlah sedikit sebanyak saya membantunya...
Hampir 8 bln suami bekerja..kemudian bos syarikat lama memanggilnya utk bekerja semula..hati saya melonjak gembira..inilah rezeki anak..
Saffiya Alieya, 2 thun ketika ini..
Dlm kehidupan kami tidak pernah dihuni dgn kesenangan sahaja...malahan sering juga kesusahan dtg menjelma..tapi kami berdua menghadapinya dgn tenang wlupun kdg2 ketenangan itu jadi tegang sekali sekala...
Ini cuma sebahagian cerita yg saya ingin kongsikan...
Bila kita tabah hadapinya..insyallah Allah berikan ganjaran yg lebih besar kemudiannya...Allah mahu melihat sejauhmana kuatnya hambanya dgn dugaan di dunia..

Sarah Mia..ketika berusia 3 bln
Saya pernah rasa mahu lari dari kesusahan tapi hakikatnya jikalau saya berbuat demikian saya adalah manusia yg paling bodoh!..
Pendapat saya kita perlu tabah,bijak dan sabar dlm menjalani ujian dariNya..Bukan hanya berpeluk tubuh bila kesusahan datang...fikirkan sesuatu dan lakukan...
Sebagai isteri kita perlu juga jadi kuat utk suami...bg semangat dan dorongan utknya...

Tahun lepas...
Dan hari ini walaupun pelbagai dugaan kami berdua pernah lalui tidak sekalipun ianya mengoyahkan keharmonian rumahtangga kami..malah bila kami bersatu mencari jalan
penyelesaiaan..alhamdulillah pasti akan jumpa..
Kini..kehidupan kami lebih tenteram..bkn nak kata tiada hutang yg perlu dibayar tpi hakikatnya semua tanggung beres..benarlah 9/10 rezeki dtgnya dari perniagaan...dan saya tahu suami sbnrnya menyokong saya dari belakang dgn bisnes yg saya lakukan skrg...bila kita saling menyokong..insyallah rezeki itu xkan berhenti mengalir..Yakin bahawa setiap yg berlaku sudah tertulis corak kehidupannya...Yakin Allah sentiasa bersama2 tidak kira sedang susah ataupun senang...
Our happy family @ Pangkor Island....

2 ulasan:

  1. terharu baca kisah ini.. banyak dugaan telah mendewasakan ina, kan?

    BalasPadam
  2. benar kak su..yg penting kita jgn mudah melatah dgnnya..klu ikutkan byk lagi pengalaman dan dugaan tpi ini yg mampu ina kongsikan utk tatapan pembaca..

    BalasPadam