Isnin, 28 November 2011

Fakta AIR

70% dari tubuh manusia mengandungi air.. kesihatan kita bergantung pada kualiti air yg masuk ke dalam badan kita.. berikan yg terbaik utk keluarga anda.. dan pastikan ianya Oxy-Pi Water Treatment...


H20 adalah air. Secara Saintifiknya air terdiri daripada 2 bahagian Hidrogen dan 1 Bahagian Oksigen. Air merupakan suatu keperluan yang amat penting dalam kehidupan kita. Tanpa air yang mencukupi, badan kita terutamanya tisu-tisu badan boleh menjadi rosak dan proses-proses di dalam badan tidak dapat dijalankan secara yang optimum. Sekiranya badan mengalami masalah kekurangan air untuk beberapa hari, ini boleh menyebabkan berlakunya perkara yang tidak diingini malah boleh menyebabkan maut.


Secara puratanya, badan seorang dewasa mengandungi hampir 70 % air. Di antaranya bahagian badan yang paling banyak mengandungi air adalah :

* 95% air terkandung di bahagian Otak manusia.
* 90% air berada dalam peparu
* 82% air terkandung di dalam darah

Walau bagaimanapun dianggarkan sebanyak 2.5 liter air yang terkandung di dalam badan akan hilang akibat daripada perkara-perkara seperti berikut:

* 1.5 liter melalui pembuangan air kencing
* 0.7 liter melalui perpeluhan dan penafasan
* 0.2 liter melalui proses respirasi
* 0.1 liter melalui sejatan daripada permukaan kulit.

Kehilangan air ataupun kekurangan air yang tinggi di dalam badan akan menyebabkan berlakunya kekurangan kepada badan anda. Kehilangan yang berlaku ini mestilah digantikan segera sistem badan dapat beroperasi dengan baik.

Nasihat :

** Minum 2 gelas air/500 ml air selepas bangun dari tidur untuk mengaktifkan organ dalaman

** Tanpa air yang mencukupi, badan kita terutamanya tisu-tisu badan boleh menjadi rosak dan proses-proses di dalam badan tidak dapat dijalankan secara yang optimum.

** Cara terbaik untuk membuang sisa organic dari badan dengan hanya menggunakan air beralkali

** Pengamalan minum air kosong 7 hingga 8 gelas setiap hari adalah baik untuk menyingkir toksik melalui 'sistem perkumuhan' & mengekalkan kesihatan buah pinggang. Dimana ia juga dapat meningkatkan metabolisme badan dimana air kosong juga 100% bebas kalori, kafein dan bahan kimia.

** Tahukah anda Klorin bukan sahaja digunakan untuk membunuh organisma yang mungkin mengancam kesihatan pengguna air malah turut digunakan sebagai senjata pada perang dunia pertama?

 
Tahukah anda bahawa Air yang terbaik di dunia ialah Air Zam-Zam. Manakala air yang terbersih di dunia ialah air Reverse Osmosis (R.O). Apakah maksudnya?
Air sebenarnya mempunyai ‘Roh’ & Perasaan. ‘Wajah’ air yang ‘hidup’ bertukar-tukar mengikut pendedahan pada persekitarannya. Air hujan, air matair, air perigi, air sungai adalah air hidup walaupun pada hakikatnya ia mungkin nampak tidak berapa bersih. Akan tetapi, ada 6 tempat di dunia ini yang Allah S.W.T kurniakan pada ‘air hidup’ ini yang mempunyai kesan penawar yang menakjubkan.
Antaranya ialah telaga Zam-Zam, Air Terjun Okinawa (Jepun), Air mata air di Hunza (Pakistan), di Equador dll. Air yang Hidup mempunyai sifat boleh ‘Mengingat atau Merakam’, ‘Menyimpan’ & ‘Memindahkan’ dan oleh itu mempunyai sifat Terapi. Manakala air yang sudah melalui proses R.O, Didihan, Deionize & Sulingan (distilled) & air kitar semula (NEW WATER) adalah air yang sudah dimatikan & sudah tiada lagi sifat Terapi walaupun ia sangat bersih & selamat diminum.
Bagi umat Islam, istilah bersih adalah yang kedua atau ketiga penting. Yang paling penting ialah ianya perlu SUCI dan diberkati.
Sifat Air Hidup ini telah ditemukan secara saintifik oleh seorang Saintis terkemuka dunia dalam ilmu air  iaitu Dr. Masaru Emoto. Dr. Masaru mengkaji reaksi wajah air atau molekul kristal air yang berubah-ubah setelah didedahkan pada muzik rock, lagu-lagu lembut, kata-kata yang buruk, ucapan Terima Kasih, bacaan Al-Quran dan malah gambar  Kaabah yang ditampalkan/dipaparkan pada bekas balang berisi air tersebut.
Wajah air yang diucapkan dengan perkataan yang baik atau penghormatan, menunjukkan wajah kristal yang cantik manakala wajah kristal dari air yang sama akan menjadi hodoh & terpencar jika ditunjukkan perkataan, paparan atau bunyi yang buruk.
Dr. Emoto sangat kagum dengan masyarakat Islam yang begitu menghargai & menggunakan air dalam pelbagai aspek selain sebagai egen penyucian/Taharah, berwudu’, perawatan/Terapi dan malah orang-orang Islam yang meninggal dunia pun sebelum dikebumikan akan dimandikan dahulu.
Beliau juga sangat kagum dengan kristal air Zam-Zam yang dianggapnya paling unik di antara mana-mana sampel kristal air yang pernah dikajinya.

 Bagi saya sudah terbukti bahawa air banyak memberikan manfaat yg terbaik kepada kesihatan tubuh.Testimoni produk Oxy-Pi Water Treatment adalah seorang pengidap DIABETIS tahap kronik iaitu dgn bacaan gula setinggi 30.0mmols.Doktor yg merawat beliau menyarankan utk memotong bahagian kaki yg sudah teruk..tetapi isteri beliau iaitu Pn.Maryam begitu yakin bahawa suaminya boleh sembuh dgn bantuan Oxy-Pi Water Treatment ini.Isteri beliau bukan sahaja memberikan suaminya minum air tersebut malahan menggantikan air suling dgn air Oxy-Pi untuk mencuci luka terbukanya.Alhamdulillah pengambilan selama 8 bulan yg berterusan kini bacaan kencing manis telah menjadi NORMAL iaitu 5.5mmols...
Banyak lagi cerita2 hebat mengenai Oxy-Pi Water Treatment ini...Malahan di Sabah seorang USTAZ telah menggunakan air ini utk mengeluarkan JIN dalam badan seorang pesakit dan masukkan kedalam sebotol air ini...
Dapatkan Oxypi Water Treatment dgn tawaran harga menarik hanya RM 1658.00

2 ulasan: