Saya amat terkesan membaca penulisan sahabat FB saya di blognya..Ia mampu membawa saya kearah bermuhasabah diri...
Saya copy paste bulat2 apa yg beliau ingin sampaikan..Moga mendapat iktibar pembaca-pembaca BLOG saya...Sharing is Caring...
"KITA BERUPAYA MENGUBAH DIRI SENDIRI DENGAN MENGUBAH PEMIKIRAN, SIKAP SERTA AMALAN"
Dalam melalui perjalanan kehidupan sehari-hari adakalanya kita akan bergaul dengan individu-individu tertentu ataupun berbagai cara dan karektornya. Ada ketika kita perlu berhadapan dengan individu ataupun golongan yang "tidak mahu memahami". Pernahkah anda menghadapi keadaan ini dalam soal pekerjaan, mahupun hubungan sosial? Mengapa ada ketika individu-individu sebegini hadir dalam kehidupan kita dan ianya menjadi cabaran untuk kita menghadapinya sekiranya ia berada disekitar kita? Tidak mahu memahami merupakan satu sikap ataupun boleh dikatakan tidak ambil peduli soal orang lain. Sikap sebegini sekiranya ia berada dalam kelompok pergaulan seharian kita memang meletihkan jika kita perlu berhadapan dan berurusan dengan individu sedemikian. Individu yang memiliki sikap tidak mahu memahami ini kebiasaanya adalah mereka yang sentiasa mengelak ataupun tidak mahu mengambil risiko langsung. Baik risiko yang kecil mahupun yang besar. Pemikiran mereka juga adalah sangat tertutup, dimana apabila kita berbicara dengan individu yang berperangai sebegini sangat degil dan tidak berkesan jika kita cuba untuk terus berurusan dengannya. Mengapa sikap sebegini ada pada mereka? Apa yang pasti apabila berhadapan dengan individu berperwatakan sedemikian rupa memang meletihkan. Ibarat mencurah air di daun keladi, tidak berkesan. Walaubagaimanapun dalam kehidupan ini, kita tidak akan boleh lari dari individu yang bersikap sedemikian rupa, ianya berada dimana-mana, kerana perkara ini merupakan sikap yang sememangnya ada pada individu-individu tertentu.
"CARA PALING BERKESAN DAN SEGERA UNTUK MENGUBAH PERIBADI ADALAH DENGAN MEMILIKI SATU MATLAMAT SERTA BERUSAHA KEARAHNYA"
Bagi diri ku, pada suatu ketika dahulu apabila terpaksa berhadapan dengan individu yang bersikap sedemikian rupa memang berbagai rasa perasaan ini pada suatu waktu dahulu. Namun pengalaman mengajar erti dewasa dan diri ku dapat menerima hakikat, memang ada segelintir individu berpendirian sedemikian rupa dan diri ku pasti mereka ini ada sebab-sebab tertentu berkeadaan sedemikian rupa. Maka adalah lebih baik kita mengambil pendekatan untuk memahami mereka terlebih dahulu sekiranya kita mahu golongan ini untuk memahami kita, apabila dipertemukaan atau mungkin berhadapan dan perlu berurusan dengan individu yang tidak mahu memahami ini. Apabila diperhatikan dan diamati betul-betul mengapa perkara ini terjadi, apa yang dapat dilihat individu berperwatakan sebegini sudah biasa dengan tabiat sedemikian sehingga terbentuknya sebuah sikap kepada diri mereka. Rata-rata yang berperwatakan sebigini adalah golongan yang akan mengelak ataupun tidak mahu mengambil risiko dan juga terlalu berhati-hati dan lebih bersifat realistik. Realistik yang dimaksudkan adalah hanya akan bersetuju apabila telah terbukti ataupun dibuktikan dengan sokongan fakta-fakta. Bagi golongan ini bayangan ataupun imiginasi adalah sesuatu yang mustahil dan lebih baik diam daripada menyokong.
"CUBA PERHATIKAN HARI INI KERANA IA MERUPAKAN SATU KEHIDUPAN DARIPADA KESELURUHAN KEHIDUPAN ITU SENDIRI"
Di dalam kehidupan ini terdapat tiga kategori manusia, golongan yang ketiga merupakan individu yang gemar memerhati, dimana saban hari sering memerhati kejadian-kejadian yang berlaku dalam lingkungan hidup mereka. Manakala golongan yang kedua pula merupakan individu yang gemar bertanya apa yang berlaku dalam lingkungan kehidupan seharian mereka. Dan golongan individu yang pertama pula merupakan golongan yang melakukan dan sentiasa mencuba dan berusaha untuk melakukan sesuatu yang lebih baik saban hari. Walaupun ada kalanya tidak berjaya, namun golongan ini tetap gigih dan tabah melakukan apa yang mereka fikir dan yakin untuk dilakukan. Dan apabila diperhatikan saban tahun dan waktu golongan individu yang pertama ini, tahap kehidupan mereka meningkat, tidak kira samaada peningkatan itu kecil atau besar, yang jelas golongan ini meningkat dan terus meningkat. Mengapa ini terjadi? Ianya terjadi kerana tabiat melakukan telah terbentuk kedalam diri mereka sehingga perkara melakukan telah menjadi sikap dan amalan mereka saban hari. Apa yang pasti melakukan, akan menghasilkan keputusan, samaada gagal atau berjaya. Jika gagal sudah tentu pengalaman dapat diperolehi dan melalui pengalaman kegagalan ini, jika dilakukan semula tentu lebih cerah peluang untuk berjaya kerana pengalaman telah diperolehi sebelumnya. Berbanding dengan melihat dan bertanya sahaja tanpa mahu melakukan, sudah tentu tiada apa yang akan diperolehi serta masa akan terus berlalu dan tidak akan kembali lagi setiap masa yang telah berlalu. Nah! selepas ini jangan berlengah lagi, sekiranya ada keinginan untuk melakukan sesuatu yang baik, adalah sebaiknya bertindak segera kerana lagi cepat anda bertindak maka lebih cepatlah diri anda berpeluang mendapat hasilnya.
"SANGAT MUDAH UNTUK MENJADI CERIA DIKALA KEHIDUPAN BERJALAN DENGAN LANCAR, NAMUN SESEORANG ITU AKAN LEBIH DIKAGUMI DI MASA DERITA DAN DIWAKTU ITU DIA MASIH MAMPU MENGUKIR SENYUMAN"
Corak pemikiran kita lama-kelamaan akan menjadi kebiasaan. Kita membentuk tabiat dan seterusnya tabiat membentuk sikap kita. Sebelum anda menyedari bahawa anda memiliki tabiat, sebenarnya ia telah terbentuk dalam diri anda. Kita perlu membentuk tabiat berfikir sewajarnya. Seseorang pernah berkata, pemikiran kita membentuk perbuatan, perbuatan pula membentuk tabiat, seterusnya tabiat akan membentuk sikap, dan akhirnya sikap akan membentuk takdir kita. Alasan mengapa mereka tidak berubah ialah kerana enggan menerima tanggungjawab. Selain dari itu, manusia lebih seronok meneruskan tabiat yang telah menjadi kebiasaannya. Dimana mereka ini mungkin kurang keinginan untuk berubah, kurangnya disiplin untuk berubah, kurangnya kepercayaan bahawa mereka boleh berubah dan kurangnya kesedaran bahawa perlunya mereka berubah.
"APABILA BERTEMU DENGAN KENALAN BARU, USAHAKAN AGAR ANDA TINGGALKANNYA SEBAGAI KAWAN"
Selagi ada waktu, ada keinginan dan ada daya usaha, maka masih belum terlewat untuk berubah. Tidak mengenal usia mahupun berapa lama tabiat itu telah kita amalkan, perkara ini boleh diatasi dengan kesedaran serta menggunakan teknik yang boleh mengubah kelakuan kita. Kita mungkin pernah mendengar bahawa anda tidak akan dapat mengajar beruk tua muslihat baru. Kita manusia, bukannya beruk. Kita juga tidak dapat mengelak dari muslihat. Kita boleh menolak kelakuan yang boleh membinasakan diri serta belajar perlakuan yang positif. Rahsia insan-insan yang berjaya adalah mereka membentuk tabiat melakukan sesuatu yang tidak suka dilakukan oleh orang-orang yang gagal. Walaupun insan-insan yang berjaya mendapati agak susah untuk melakukannya, namun mereka ini tetap melaksanakannya. Sebagai contoh orang-orang yang gagal tidak minat mengamalkan disiplin, bekerja keras dan juga melakukan komitment. Insan-insan yang berjaya juga tidak suka disiplin serta bekerja kuat. Seorang pemain bola sepak negara juga tidak suka dan tidak mahukan disiplin untuk bangun dan berlatih setiap hari, namun mereka tetap melakukannya. Mereka melakukannya secara tetap kerana telah membentuk tabiat melakukan sesuatu perkara yang tidak suka dilakukan oleh orang-orang gagal. "Kecemerlangan dalam kehidupan merupakan hasil dari kesedaran untuk berusaha", serta dilakukan berulangkali sehingga ianya menjadi satu tabiat. Dengan azam serta tekad yang tinggi dan kesungguhan, tiada yang mustahil untuk dilakukan. Manusia perlu membuat latihan yang secukupnya untuk membina tabiat sehingga terbentuknya sikap yang positif. Sikap yang positif pasti akan membentuk kecemerlangan dalam kehidupan....
"SESEORANG ITU TIDAK AKAN LEBIH KAYA TANPA SAHABAT, SENTIASA BERUSAHA MENCARI SAHABAT BARU NAMUN JANGAN SEKALI MELUPAKAN PADA YANG LAMA, BARU ITU IBARAT PERAK, MANAKALA YANG LAMA ITU UMPAMA EMAS"
Semoga apa yang di nukilkan pada kali ini mendapat manfaat buat warga pembaca sekalian, serta mudah-mudahan kita sama-sama mendapat motivasinya dari karya yang ringkas dan tak seberapa ini. Insya Allah di lain waktu jika berkelapangan diri ku akan terus menukil lagi buat warga pembaca yang di sayangi sekalian.
Sekian dahulu......Wassalam.......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan