Sabtu, 19 November 2011

Kerjasama

Entry ni dah lama berada dlm simpanan..baru hari ini saya masukkan utk tatapan pembaca2 BLOG yg saya sayangi dan hormati...


Dalam apa jua perkara yg kita lakukan segala galanya memerlukan kerjasama yg baik..Tentu sekali dlm bisnes MULTILEVEL MARKETING ini..WORK as a TEAM mmg menjadi PRINSIP pengedar utk berjaya...

Alhamdulillah..baru hari ini saya dpt update BLOG...Tiba2 wayar lappy saya meletup dan memaksa saya stop writing...(hihih)
tpi itu bukan halangan besar buat saya utk meneruskan penulisan..

Tajuk hari ini KERJASAMA...
Beberapa hari yg lalu(12 November ) saya dan suami serta anak2 pergi ke Bukit Sagu,Kuantan,Pahang..Memenuhi undangan perkahwinan sepupu suami...perjalanan yg mengambil masa hampir 4 jam itu dilalui dgn keadaan lembab dan sejuk sepanjang perjalanan...musim hujan kan..Setiap laluan yg kami lalui pasti terlihat beberapa kenderaan terbabas dan berlanggar sesama sendiri...jalan licin dan hilang kawalan mgkn antara punca2nya...mujur suami berhati2 ketika memandu..alhamdulillah kami selamat pergi dan pulang...
Setibanya saya dirumah kenduri..saya teruja melihat kerjasama org2 kampung menyediakan pelbagai jenis juadah utk menjadi santapan kami..Kami dihidangkan dgn LAKSA..mmg menyelerakan dan SEDAP...bukn itu saja..ada TAPAI, CUCUR BADAK,KARIPAP,PUDING dan bermacam2 lagi...mmg perut saya sentiasa kenyang berasa disitu..
Macam-macam ada...
 Disebelah ptgnya kamipun beredar ke Pekan Kuantan utk mencari tmpt bermalam..bukan tidak mahu bermalam disitu..almaklumla..rumah dah penuh..adat kenduri..tidur kene pandai2 cari sendiri...Kami berjumpa dgn HOTEL SRI INTAN..budget hotel..
Dgn bayaran RM 60 semalam..saya,suami dan anak2 dapat tidur lena dan merehatkan badan..Malam tu selepas isyak ada kenduri TAHLIL tapi saya dan anak2 mahu tinggal di hotel sahaja..sbb mengenangkan anak2 yg keletihan sejak sampai ptg tadi...Jadi suamipun pergi seorang diri...Akibat keletihan seawal jam 9 mlm kami semua dan berdengkur...zzzzZZZzzz...

Saya bangun seawal 5.30...menjalankan kewajipan sbagai umat islam kemudian dlm jam 7 pagi anak2 mula bangun..Setelah selesai mandi dan bersiap tepat jam 10 pagi kami beredar semula ke majlis kenduri..Inilah hari dimana pengantin datang..atau meraikan pengantin...
Sambil menunggu waktu makan dlm jam 12 tghari saya duduk sambil memerhatikan penduduk disitu menjalankan tanggungjawab mereka..dari memasak,mengoreng,menumis,memotong dan sbagainya.Mereka mempunyai kerjasama yg baik..Alhamdulillah kenduri berjalan dgn lancar dgn hidangan hebat iaitu Nasi minyak,Ayam masak merah,Daging masak 'oper',Keladi masak Asam dan Ikan Fatin masak asam tempoyak..mmg membuka selera pd sesiapa yg menikmatinya...
Wahh...menyelerakan...
 
Alhamdulillah kenduri tersebut selesai dgn jayanya..semuanya hasil kerjasama..Walaupun ada kalanya terdengar sedikit perselisihan pendapat tapi itu tidak mencacatkan perjalanan majlis tersebut.

Sebelum pulang ke Shah Alam..kami dibekal dgn 5 kg buah salak fresh yg baru dipetik dari ladang.Hasil pemberian penduduk disitu...


Di bandar kita tidak akan berjumpa dgn suasana begini..Perbezaannya amat ketara..Berila tugasan sebesar manapun..selagi ada kerjasama yg baik pasti hasilnya..SUPERB..
Tiada istilah pentingkan diri sendiri..semua punyai tugasan masing2..Tidak faham tanya...Rujuk kpd org yg lebih arif mengenainya... Nilai ini patut diserapkan kepada semua..bkn shj dlm bisnes memerlukan KERJASAMA yg baik malah keseluruhannya..
Tertanya saya...mengapa nilai sebegini hanya ada didesa...mengapa tidak dibandar?Salahkah didikan atau pengaruh luar yg terlalu tinggi?Bg saya tepuk dada tanya selera...
Walaupun saya dilahirkan dan dibesarkan dgn suasana bandar..namun saya sukakan suasana desa..Dlm diri saya ada naluri sana...sbb itu ramai yg menyangka saya asal dari kampung...
Mujur saya dijodohkan dgn org kampung...hakikatnya tiada beza antara keduanya..cuma...anda fikirkanlah...
Kerjasama Yg baik...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan