Ahad, 20 November 2011

Impian


Hakikatnya tidak mudah utk membina impian..
Ramai yg mampu MEMBINA IMPIAN tetapi seramai mana mampu menjadikannya KENYATAAN..
Untuk merealisasikan impian tue bukanlah satu perkara mudah yg perlu dianggap 'enteng'...
Sebagaimananya saya menceburi BISNES ini..
Satu ketika dulu saya pernah membina impian ingin berjaya dan jadi KAYA...dan bila saya katakan begitu ada sebilangan kecil yg akan mengejek dan mentertawakan impian saya...

Tetapi saya tahu apa yg saya katakan..apa yg terkeluar dari mulut saya bukan sekadar omong-omongan kosong tetapi saya mahu menjadikannya realiti...
Bukannya mengharapkan MAGIS akan menjelma..
Tetapi perlu terima QADA dan QADAR ketentuanNYA bahawa nak mencipta IMPIAN memerlukan masa yg panjang..Bukan sehari dua..bukan seminggu dua..bukan berbulan bulan..tetapi akan memakan masa bertahun2 lamanya utk IMPIAN itu menjelma...
Sedari hanya org yg SABAR dan TABAH serta berUSAHA akan perolehi kemenangan dimasa akan dtg...Ujian demi ujian yg diberi anggap sahaja bahawa ALLAH sedang memerhatikan kita..sedang menyayangi kita..Bulatkan hati bahawa apa yg dilakukan hari ini kerana ALLAH...

Jika hari ini ALLAH berikan rezeki yg tidak putus2 kepada kamu..sedarilah bahawa ia sedang menguji..setiap apa yg ALLAH berikan adalah UJIAN..manusia adalah org tengah sebagai pembuka rezekimu..ingatlah...
Ucapkanlah ALHAMDULILLAH ketika nikmat diberi..Ucapkanlah ALHAMDULILLAH bila nikmat itu ditarik...kerana segala2nya ada perancangan utk kita dimasa akan dtg...
Tidak sesekali curiga atas apa saja pemberian dariNYA..Jgn sekali kali mengeluh atas dugaan yg diberikan..
Berikanlah saya kekuatan utk merealisasikan impian ini demi mengubah nasib keluarga dan membantu yg memerlukan.Jgn dipesongkan hati dan kebaikkan saya jika satu ketika Allah berikan apa yg saya kehendaki....aminn robbillalamin...

1 ulasan:

  1. ya allah, kau berilah aku kesabaran, ketabahan utk menghadapi dugaan.. sesungguhnya engkaulah pemegang segala pintu rezeki..aminnn

    aku bersyukur ya allahhh.. aku redha dgn pemberianMu..

    BalasPadam