Khamis, 13 Oktober 2011

Jom jd Usahawan Wanita

Bakal Usahawan Wanita...

Bagi seorang usahawan yang berjaya, penolakan adalah suatu yang lumrah, dan menyedari bahawa, untuk dapat jumlah jawapan ‘YA’ yang realistic, dia terpaksa bersedia dan sanggup mendengar banyak jawapan ‘TIDAK’.

Jika anda tidak mahu kepada sebarang penolakkan, saya boleh kongsikan anda dengan satu cara, bahkah inilah satu-satunya cara ‘yang pasti’. Caranya adalah dengan tidak meminta dan mengharapkan apa-apa pun daripada prospek dan bakal pelanggan anda.

Dalam erti kata yang lain, jangan membuat janji temu, dan jangan cuba berkongsi tentang faedah barangan atau bagaimana anda dapat menolong menyelesaikan masalah mereka. Dengan cara ini pastinya anda tidak dibantah. Malangnya anda juga tidak mendapat apa-apa jualan dan membina rangkaian anda.

Bagaimana saya bukan pula bermaksud, bahawa jira anda tidak suka dibantah (penolakan), maka anda harus mengelak atau meninggalkan bidang ini. Sebenarnya hampir tiada orang yang suka dengan penolakan. Mereka kadang-kadang sedikit kecewa apabila berhadapan dengan penolakan.

Namur, bagi mereka ini (usahawan yang berjaya), jawapan ‘TIDAK’ adalah sebagai tanda ‘penglibatan’. Usahawan berjaya sentiasa menyedari, sekali prospek atau bakal pelanggan mengatakan ‘TIDAK’ bukan bermakna akan kekal ‘TIDAK’ buat selamanya.

Yang pasti, lebih banyak jawapan ‘TIDAK’ akan mendekatkan kepada jawapan ‘YA’. Munkin prospek dan bakal pelanggan anda belum memahami dan yakin terhadap produk, perkhidmatan atau peluang peniagaan yang anda kongsikan.

Justeru itu, tidakkah anda terfikir, kebanyakkan mereka yang menolak (mengatakan tidak) sebenarnya ingin memahami lebih mendalam tentang produk, perkhidmatan atau peluang perniagaan yang anda ingin kongsikan.

Tidak dinafikan juga sebahagian yang menolak adalah terdiri daripada prospek yang membantah justeru, untuk menidakkan produk, perkhidmatan atau peluang untuk ’mengenakan’ anda, agar membeli produk atau perkhidamatan yang dijualnya, atau menyertai perniagaan yang mereka sedang jalankan.

Mereka juga membantah (menolak) justeru mempertahankan apa yang mereka lakukan. Sehubungan itu, cuba kenal pasti golongan ini, dan jangan terlalu menghabiskan masa dengan mereka.

Namun, jika anda berjaya menyakinkan mereka bahawa mereka harus melakukan penghijrahan demi sebuah keberhasilan yang lebih baik tidak mustahil akan berlaku, apabila mereka juga menyedari produk, perkhidmatan atau perniagaan yang mereka jalankan tidak lagi relevan. Oleh itu, anda harus melakukan susulan berterusan.

Usahawan yang dihormati,

Jangan bimbang dengan bantahan atau penolakan. Tiada bantahan yang membuat anda perlu risau. Lazimnya, sebagaimana yang saya nyatakan sebelum ini, bantahan adalah satu penglibatan atau prospek ingnkan penjelasan. Manakala tanpa apa-apa bantahan selalunya tiada apa-apa penghasilan.

Oleh yang demikian hadapi bantahan (penolakan) dengan tenang. Kenal pasti jenis-jenisnya dan pelajari teknik-teknik menjawab bantahan. Pengalaman semasa berhadapan dengan penolakkan juga akan memberi pengalaman berguna.

Setelah anda boleh menguasai diri dan tidak berputus asa dengan sebarang penolakkan, anda sebenarnya sedang menuju sebuah kejayaan.


Ikhlas,

Datuk Stapa Hj Omar & Datuk Azlina Hj Che Abdullah
My Mentor




Tiada ulasan:

Catat Ulasan