Ahad, 2 Oktober 2011

Selamat Ulangtahun sayang...

Assalammualaikum...
Melayari bahtera perkahwinan dan mengekalkannya bukan lah sesuatu yg mudah.Sedangkan lidah lg tergigit bukan...Asam garam rumahtangga yg perlu dihadapi dari masa ke semasa..
Alhamdulillah saya dipertemukan dgn seorang suami yg amat penyayang dan memahami.Seorang ayah yg baik dan tegas..serta seorang kawan yg setia...
Suamila org yg banyak memberi sokongan kepada saya..Bukan dari segi wang ringgit sahaja malah apa yg saya lakukan.Beliau merupakan PENASIHAT yg baik..
Benarlah..tempat isteri disisi suami...
Saya juga byk menyokong dalam tindak tanduknya..sbb suami boleh mendengar pendapat saya.Kami sentiasa berbincang utk mengukuhkan perniagaan,memperbaiki hubungan..serta mendidik anak2...

Abang,
kehadiranmu amat bermakna di dalam hidupku.Terima kasih kerana menerimaku seadanya walaupun usia perkenalan kita hanya setahun jagung...
Abang,
Kau sabar melayani karenahku yg agak kebudak-budakan.Melayari bahtera bersamamu banyak mematangkan ku..Aku berjaya menjadi seorang isteri,ibu serta sahabat yg baik pdmu..
Abang,
Kadangkala aku suka membantah ckpmu..tapi ku lakukan bkn sengaja nak melawan kata2mu tetapi lebih kepada mengeluarkan pendapat..Sedari isterimu ini..mmg byk bercakap...
Abang,
Kita bercinta selepas berkahwin...Org kata zaman sekarang dah xder trend mcm tue..tapi bagi ku jodoh pertemuan Allah SWT yg tentukan dan berkehendakan...Mmg lebih bahagia bercinta selepas berkahwin..alhamdulillah kita berdua amalkan sikap GIVE and TAKE..menjadi...dan kita bahagia kekal ke hari ini...
Abang,
Usia perkahwinan kita yg sudah masuk tahun ke-8 hari ini..adalah satu kejayaan bg kita berdua.Dan ku mengharapkan biarla thun2 yg bertambah itu adalah bersama2 dgnmu...
Abang,
Terima kasih kerana memberikan benih cinta kita yg comel2...Shasha Zulaikha,Saffiya Alieya dan Sarah Mia..ketiga2 mereka adalah permata hati kita...Sentiasa mahu yg terbaik utk mereka..bkn saja dari segi pendidikan malah kesihatan..
Abang,
Ku sanggup bersamamu menempuh dugaan demi dugaan..kerana sedari diriku adalah penguat semangatmu...biarlah apa org lain katakan ttg dirimu..bgku kau lah insan HEBAT...
Abang,
Moga perkahwinan kita kekal hingga ke akhir hayat.Mahu bersama2 dgnmu hingga ke pintu syurga..tidak mahu meninggalkanmu..Ya Allah, perkenankanlah doa hambamu ini...aminnn

Tiada ulasan:

Catat Ulasan